PRESTASI KERAJAAN PERPADUAN LEBIH BAIK

 



“Prestasi Kerajaan Perpaduan setahun lebih baik dari zaman Perikatan Nasional. Perikatan Nasional sepatutnya buat Semak dan Imbang. Bukan Tebuk Atap”

- Ilham Centre


Kredit : Liyana Marzuki



BERI PELUANG. JANGAN NGIGAU NAK MAKAN GAJI BUTA DAN MENYAKAW.

 


Sultan Ibrahim bertitah, tidak mungkin untuk Anwar membuat perubahan mendadak dalam tempoh satu tahun.


Saya akan memburu semua orang yang korup. Saya akan pastikan saya membawa hasil (buru orang yang korup)," titah baginda.


Sultan Ibrahim turut mencadangkan supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melaporkan terus kepada Yang di-Pertuan Agong, bukannya kepada Parlimen seperti sekarang.



PMX HADIRI JAMUAN BEKAS PELAJAR MCKK

 












Saya sempat hadir majlis makan tahunan Persatuan Bekas Pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCOBA) sambil menyantuni hadirin yang terdiri dari sahabat lama sewaktu zaman kolej dahulu selain alumni persatuan.


Ruang lingkup itu saya gunakan untuk bertegur sapa dan bertanya khabar selain diajak bergambar sebagai momen kenangan.


Dalam ucapan ringkas, saya singgung rancangan dan hala tuju kerajaan khasnya demi pembangunan agenda bangsa selain meningkatkan ekonomi dan menoktahkan kemiskinan.


Bagi mencapai hasrat itu, saya maklumkan, tidak akan tolak ansur dalam isu tatakelola dan cita-cita kita angkat martabat negara ini untuk menjadi negara hebat di rantau ini.


Insya-Allah saya akan lebih bebas dan tegas menarik teknokrat atau pakar-pakar dan membantu kementerian.


#MalaysiaMADANI



KEH..KEH..KEH....


 

Walaun mana mandi. 5 hari sikit.Pakat beekubang lam besen diumah ja.


 

DIA MACAI ORANG TUA TU...TAK KAN LA BERANI. LAGINPULA SETAKAT NI TAK DAK SAPA BERANI MELAWAN SAKA TUA TU


 

LAGI KOMEN MENGENAI HADI AWANG. TAK PAYAH KOMEN LA ORANG NYANYUK CAKAP.


 

GEMPAR..!! PMX bergambar dengan Mahathir




Nanti walaun dan HaramKah putar TAJUK berita, "Anwar sudah berbaik dgn Atok?" Tanda soal mesti ada sbb nak elak kena saman. 🤣


Mau tidak? Hutang cetak pun tak terbayar. Pelarq betoi lebai. 


Loglaq.


- Zus Din 

10122023



BENARKAH J-KOM BAKAL DIKETUAI PEGAWAI KERAJAAN?



15 Disember ini bermakna berkuatkuasalah dengan rasminya perletakan jawatan Prof Dr Mohd Agus Yusof selaku Ketua Pengarah J-Kom.


Ketika mengemukakan surat perletakan jawatannya pad 15 November lalu, Dr Agus memberi notis selama sebulan berkaitan pengundurannya iaitu berkuatkuasa 15 Disember 2023.


Tetapi, hanya lima hari saja menjelang tarikh tersebut, siapa pengganti Dr Agus masih lagi belum kedengaran khabar beritanya.


Siapakah yang Perdana Menteri, Anwar Ibrahim akan lantik untuk mengetuai J-Kom?


Dalam tulisan saya sebelum ini bertarikh 2 Disember 2023, saya telah menyebut tiga syarat yang diperlu diambil kira dalam perlantikan Ketua Pengarah J-Kom yang baru bagi memastikan agensi tersebut berperanan dengan lebih baik.


Pertama, individu yang mahu dilantik itu mestilah seorang yang dikenal pasti benar-benar boleh bekerja dan mampu menggalas tugas sebagai Ketua Pengarah J-Kom.


Kedua, sebaiknya individu berkenaan mestilah orang parti yang ada pengalaman serta faham dengan sepak terajang politik di lapangan.


Ketiga, belajar daripada apa yang berlaku sebelum ini, lebih selamat agar dipastikan individu yang mahu dilantik itu mempunyai naluri seks yang jelas, iaitu kalau ia lelaki, mestilah lelaki sejati, begitu juga jika ia wanita, mestilah juga wanita sejati.


Tulisan penuh berkenaan perkara itu boleh dibaca di sini – https://shahbudindotcom.net/2023/12/02/isu-dr-agus-dan-cabarannya-kepada-anwar.html


Bagaimanapun, daripada beberapa sumber yang dekat dengan Putrajaya memaklumkan kerajaan dikatakan lebih cenderung untuk melantik pegawai kerajaan untuk mengisi jawatan yang ditinggalkan Dr Agus itu.


Difahamkan, seorang PTD berkemungkinan akan diberi tanggungjawab mengetuai J-Kom.


Jika perkhabaran ini benar, bermakna tiada orang politik, ahli akademik atau pempengaruh media sosial akan dilantik mengetuai agensi tersebut.


Secara umumnya, peranan J-Kom adalah bersifat politik dan untuk matlamat politik – jika benar agensi itu bakal dipimpin oleh pegawai kerajaan – bolehkah mereka J-Kom berperanan dengan lebih baik?


Apa pandangan anda semua? – ShahbudinHusin 10/12/2023.


https://shahbudindotcom.net/2023/12/10/benarkah-j-kom-bakal-diketuai-pegawai-kerajaan.html



DARI PRESIDEN SENDIRI.

 



Ahmad Mursi


Kalau walaun bawahan main isu akidah, bolehlah PAS kata bukan dasar Parti.. tapi dia datang dari Presiden Parti..


Lebih kuat PAS main isu akidah dalam demokrasi, lagi kuat imej Khawarij akan melekat pada PAS.


Dalam demokrasi ni, kamu bersaing sesama Muslim. Jadi tidak betul main isu Aqidah.



JANGAN MASUK SEBAGAI PELANCONG ,BERAKHIR SEBAGAJ PATI


Che Ibrahim




 Huh... Ramainya pelancong ke Malaysia...

Ambo bimbangnya mereka mari dengan visa/pas pelancong, tapi akhirnya jadi PATI, tak balik dan buat macam macam kerja di Malaysia.



MENGUTUK JA KERJA PEMBANGKANG NI. MASA JADI KERAJAAN SAKAW JAA KEEJANYA. APA PUN TAK BOLEH BUAT.




 Titah Tuanku Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Sultan Iskandar ni mungkin akan buat beberapa pemimpin lebai tak dapat tidur malam.


Tuanku dah beri petunjuk jelas. Bermakna Tuanku tak mahu kerja tebuk atap, rampas kerajaan melalui pintu belakang, dibuat ketika ini.


Paling utama, Tuanku Sultan juga memberi jaminan yang Baginda akan menegur kerajaan sekiranya buat perkara yang tidak betul.


Titah ini jelas. Tak ada belit-belit dan tak berselindung. Orang yang faham Bahasa Melayu pastinya faham apa yang Tuanku Sultan maksudkan.


Lepas ni kalau masih ada lagi cakap-cakap nak tukar kerajaan, maka jelas ianya satu penderhakaan kepada titah Sultan. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



Lari sikit dari politik.


Aku ada baca komen setengah orang mahu Stadium Nasional Bukit Jalil digunakan hanya khusus untuk perlawanan bolasepak. Ini bagi memastikan keadaan padang sentiasa terbaik.


Cadangan yang logik tapi adakah ianya praktikal?


Kita tahu yang stadium perlu diselenggara. Dan kos selenggara bukannya murah. Kena bayar orang yang jaga rumput, kebersihan serta segala macam fasiliti dan itu semua melibatkan kos.


Macamana nak bayar? Nak bergantung pada kutipan tiket semata-mata macam banyak stadium-stadium besar terutamanya di Eropah?


Di sana, kutipan tiket tak murah. Mahal melantung. Tak betul-betul memang tak mampu. Masalah orang kita, kalau tiket mahal, masing-masing menyumpah. Habis semua minta harga Rahmah.


Jadi macamana nak uruskan kos selenggara? Takkan segala benda nak harapkan bantuan kerajaan sedang duit tersebut lebih baik jika dibelanjakan untuk basmi kemiskinan tegar.


Kalau tak mahu acara selain perlawanan bolasepak diadakan di SNBJ, sanggup tak korang bayar harga tiket berganda? Kalau tak sanggup, maka terpaksa la biar SNBJ cari duit cara lain.


Bagi aku, isunya di sini bukan soal pengajuran konsert tapi kerana perancangan. Kalaulah dua acara ini telah dirancang dengan baik, takkan ada isu.


Konsert Coldplay kan dari tahun lepas dah tahu bila akan diadakan. Sepatutnya masa nak tetapkan tarikh perlawanan akhir Piala Malaysia, tarikh konsert telah diambil kira sekali.


Contoh, kalau rumput perlukan masa sebulan untuk pulih, jadi perlawanan akhir dibuat sebulan selepas konsert. Atau pun tak boleh diadakan apa-apa konsert sebulan sebelum tarikh perlawanan akhir.


Selain itu, mungkin pihak pengurusan stadium boleh cari peralatan tambahan yang boleh digunakan bagi melindungi keadaan padang dan rumput kiranya ada konsert dibuat di stadium tersebut.


Isu ni lebih kepada perancangan je. Gagal merancang bererti merancang untuk gagal. Bila sesuatu kejadian yang tak diingini berlaku, tak pernah kerana kesilapan satu pihak saja. Sebaliknya ianya siri kesilapan dari beberapa pihak. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


ANAK MUDA MALAYSIA


 

KALUT


 

MARAH PADA ZAHID


 

KENA CEKUP


 

HINA MELAYU MALAS.NETIZEN MINTA MAK IK BALIK NEGARA ASAL


 

MAZHAB TAKFIRI @ MENGKAFIRKAN ORANG ISLAM.



Che Ibrahim.


Sebenarnya ada 3 mazhab/puak yang berbeza dalam isu takfiri ini:


1. Puak Khawarij yang mengkafirkan semua pelaku dosa (تكفير أهل  الذنوب). Saidina Ali, Saidina Muawiyyah dan Saidina Amru dianggap kafir dan murtad oleh puak khawarij kerana terlibat dengan "Majlis Tahkim" selepas Perang Siffin, sebab itu ketiga tiga tokoh ini wajib dibunuh mengikut fatwa politik khawarij. 


2. Puak Murjiah yang berpendapat tidak boleh menghukum kafir kepada mereka yang beriman kepada wahdaniah Allah @ keesaan Allah walau apa pun yang mereka lakukan kerana hanya Allah yang berhak menghukum kafir kepada orang yang beriman. 


3. Puak yang dinamakan sebagai "ahli Sunnah" yang tidak menghukum kafir kepada ahli kiblat kecuali mereka dengan jelas melakukan perkara perkara yang boleh membatalkan syahadahnya.



OWHHH..TENGGELAM PULAK


Ahmad Shahril


Takde hal la tu...kami buke nok stadium pung kami nok isley jah.




PEMBULI HARUS DIKELUARKAN DARI SEKOLAH

 




Harap-harap bukan dari sekolah berasmara penuh. 


***************

Ibu kepada Muhammad Daniel Akmal Zulkhairi, 14, yang melarikan diri dari asrama sebuah sekolah menengah di Kuala Lumpur kerana mendakwa tidak tahan dibuli, akan membuat laporan polis dalam masa terdekat berhubung kejadian yang berlaku kepada anaknya.


Shuhada Jamaludin, 38 berkata pihaknya akan berbuat demikian selepas keadaan anaknya yang kini sedang menerima rawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Cheras, berada dalam keadaan stabil.


“Doktor berkata buat masa ini keadaan anak saya masih belum stabil dan perlukan rehat, selepas dia benar-benar sihat baru saya akan buat laporan polis tentang kejadian buli yang dialami anak saya. Saya mahukan keadilan untuk anak saya.

Buat masa ini saya tidak mahu desak dia untuk bercerita, saya tunggu emosi dan keadaan dia stabil dahulu,” katanya ketika dihubungi Bernama di Kuala Lumpur semalam.


Menurut Shuhada anak sulungnya daripada tiga beradik itu sebelum ini itu pernah mengadu dirinya dibuli, namun beliau menganggapnya tidak serius dan memintanya menyelesaikan masalah yang dialami dengan dengan individu berkenaan secara baik.


Bagaimanapun beliau tidak menyangka anaknya tertekan dengan perkara itu sehingga bertindak nekad melarikan diri dari asrama sekolah pada pukul 3 pagi dalam keadaan sehelai sepinggang sebelum dijumpai dalam keadaan tidak bermaya di pondok menunggu bas di hadapan Masjid Saidina Othman, Bandar Tun Razak malam semalam.


Ditanya sama ada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ada menghubungi beliau mengenai kejadian berkenaan, Shuhada berkata setakat ini tiada mana-mana individu daripada kementerian berkenaan menghubunginya.


KPM dalam kenyataannya pada malam ini memaklumkan pihak kementerian sedang menjalankan siasatan terhadap dakwaan kejadian buli berkenaan melibatkan pelajar berkenaan dan akan memastikan perkara itu diselesaikan segera.


Terdahulu Ketua Polis Daerah Cheras ACP Zam Halim Jamaluddin berkata Muhammad Daniel dilaporkan hilang dari kawasan sebuah sekolah di Cheras di sini Khamis lepas, ditemukan dalam keadaan lemah di hadapan Masjid Saidina Othman, Bandar Tun Razak malam semalam.

-Bernama





 Macam2 dah label Akidah PAS bagi.. terlalu banyak.. tapi bila kita kata "inilah Kelakuan Khawarij" ikut definisi buku teks..   


PAS mulalah kata:

"tak baik label"

"Kamu mufti ke nak jatuh hukum?"




Selama ni mereka tak tanya pula ye??




SEHINGGA KINI TAK MUNGKIN KOT.


Che Ibrahim


 Mengapa Pas terlalu rindukan UMNO??

Mungkinkah hubungan mereka bertaut kembali setelah percintaan yang sekejap yang tidak kesampaian??







APA CARA YG BERKESAN HENTIKAN KES BULI??



1) Alhamdulillah pelajar yg lari dari Sekolah Berasrama Penuh di Cheras ditemui selamat. Pada saya, dia ambil tindakan terdesak yg betul supaya "didengari". Guru mungkin tak suka dia buat begitu tapi sebagai parent, saya anggap dia berjaya selamatkan nyawa dan mental dia. Kita tidak tahu tahap buli itu sampai fizikal atau ke tahap mana?


2) Kes buli di SBP memg berlaku. Sukar dielak. Ramai yg kena. Anak saya yg sulong pun pernah kena buli dgn senior tapi tidaklah fizikal. Dia bersabar walaupun dia ada ilmu mempertahankan diri. Saya larang dia bertumbuk sbb dia pernah ada kes bertindak sendiri di sekolah rendah apabila dibuli oleh sekumpulan pelajar.


3) Skrg, giliran anak saya yg bongsu pula jadi salah seorg yg dibuli. Di sekolah rendah, depan guard dia pernah bertumbuk dgn budak yg ejek2 dan buli dia. Teruk saya marah anak bongsu saya tu supaya jgn gaduh dan dia dihukum tak boleh ke mana2. Grounded.


4) Sbb itu saya dan abg dia yg nasihat dan larang bimbang berlaku kecederaan. Dia marah sbb saya tak benarkan dia melawan secara fizikal, so dia merayu nak keluar dari sekolah tu tapi saya minta dia bertahan. 


5) Report pada guru pun dianggap remeh. Disuruh anak saya sendiri yg tulis, bukan surat dari saya meskipun surat dari saya adalah apa yg anak saya ceritakan. Bila anak saya tulis, isinya tentulah sama seperti apa yg saya tulis sebelum itu tapi dikata isu remeh.


6) Dari "remeh" itu lah boleh bertambah teruk. Guru mcm pandang ringan shj. Parent pelajar terbabit tidak dimaklum pun. Kawan2 terus ejek, pulau dan kata sape yg bgtahu guru adalah "spy" dan barua, jd budak2 junior ni takut. Setiap kali anak saya boleh outing, saya akan tanya dia beberapa kali apa berlaku kali ni? Dia sudah keberatan nak cerita dan kata ok shj. Selagi saya tak nampak kecederaan fizikal, saya tak akan bertindak.


7) Dalam group Telegram ada parent yg marah2 anak dia kena buli dan wang dicuri. Dia berulangkali tegur parents tolg nasihat anak2 janganlah buli kawan2 satu dorm, junior dan jangan mencuri. Offcoz No response. Sape yg tahu anak dia buat kerja tu? Saya shj mintak dia bertenang dan cuba sejukkan hati dia bhwa semua parents taknak anak dia jd kaki buli.


8.) Tapi jauh di sudut hati saya berharap sebagai parents kita cakna dan sering bertanya serta nasihat ulangkali pd anak2 sygi kawan2 jangan buli, pertahankan kawan2 yg kena buli. Saya beri pesanan yg sama pd anak saya yg sulong sehingga yg bongsu begitu dan jgn buli sesiapa bila kamu dah jd senior sebaliknya pertahankan pelajar yg dibuli dan laporkan pd guru.


9) Sejak zaman kita bersekolah masalah buli ini sukar diatasi sehinggalah ke anak2 kita. Apa kaedah berkesan utk atasi masalah buli? Tiada kepastian. Budak2 kaki buli ni datang dari parents dan latarbelakang yg mcm mana? Saya rasa satu perkara yg menarik juga utk dikaji dan diatasi. Juga bagi memahami apa sebenarnya difikirkan oleh kaki2 buli ini sehingga ada kes pelajar mati dan cacat kekal.


10) Saya tulis artikel ini supaya kita semua mengambil ibrah dari kejadian ini dan kpd parents yg anak mereka sedang atau akan belajar di SBP nasihatlah anak SELALU dan BERULANGKALI supaya JANGAN JADI KAKI BULI dan bencikan perbuatan itu. Samada pertahankan kawan2 atau laporkan pd guru.


Wallahualam.


- Zus Din 

10122023


Newslink : https://newswav.com/A2312_RfcUze?s=A_xaivTS0&language=en



PMX DI Ijtimak Harakiy Wadah ABIM PKPIM di Putrajaya.











 Alhamdulillah saya dan Azizah berpeluang hadir ke Majlis Makan Malam dan Pidato Melakar Nahdah Ummah bersempena Ijtimak Harakiy Wadah ABIM PKPIM di Putrajaya malam tadi.


Saya amat menghargai kehadiran para senior aktivis sezaman dengan saya yang setia dengan perjuangan gerakan dakwah, pelajar dan belia dalam acara ini.


Dalam ucapan, saya singgung cabaran pengalaman awal dalam gerakan Islam yang memerlukan kebijaksanaan hikmah dalam dakwah. Tatkala ilmu yang terbatas serta asakan pemikiran Barat yang kuat, gerakan  ini menumpukan pengisian dari sudut peningkatan kefahaman yang mendalam. 


Susulan cabaran semasa, nahdah atau kebangkitan dengan kesedaran dan pencerdasan menjadikan tanggungjawab lebih berat. Kita harus bekerja lebih kuat, tersusun dan bersungguh-sungguh memberi pencerahan kepada umat.


#MalaysiaMADANI



DIA NYANYUK DAH TU


 Posted by Admin

Cartoon by Haili


Tuduh orang tak apa, jangan kata kat dia…




IKUT MUNG....MUNG DOK PAHANG DOK INGAT APA MUNG CAKAP.





 Pulak dah... Menamakan calon PM awal bercanggah dengan adab ajaran Rasulullah saw. Habis yang PAS namakan Samsuri sebagai calon PM tu bercanggah la dengan adab Nabi saw?


Macamana ni? Kata parti Islam. Takkan la parti Islam langgar ajaran Nabi saw. Agak-agak-agak neraka tak ni dah namakan Samsuri sebagai calon PM dari PN?


Ops... Yang jadi bercanggah dengan ajaran Nabi saw tu kalau orang lain buat je. Kalau dia sendiri yang buat tak menjadi apa. Bahkan boleh dikatakan amalan yang terpuji pulak. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.