Kabinet Baru PAS perkasakan PR, kata Anwar




SHAH ALAM 6 JUN : Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan 'kabinet' baru PAS yang dipilih dua hari lalu sebagai mantap dan mampu melakar masa depan yang cerah bersama Pakatan Rakyat dalam menghadapi pilihan raya umum ke- 13 yang dijangka diadakan tidak lama lagi.

"Kini Pas yang dipimpin Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Tuan Guru Abdul Hadi Awang, ditunjangi pula Timbalan Presidennya yang baru Saudara Mohamad Sabu, pastinya mengorak langkah yang lebih jauh bersama Pakatan Rakyat mendepani segala tantangan serta cabaran, terutamanya berhadapan Pilihanraya Umum ke 13 yang kian hampir," kata Anwar dalam blognya.

Sehubungan itu, Anwar mengucapkan tahniah kepada semua perwakilan PAS yang matang dalam menilai dan memilih pucuk pimpinan tanpa dibayangi emosi dan hasad dengki.
"Muktamar kali ini sekali lagi menyaksikan parti tersebut menolak suatu persepakatan politik yang berbaur rasuah serta penyelewengan kuasa pimpinan Umno- Barisan Nasional," kata Anwar.
"Seperti pemilihan sebelumnya, ahli Pas memilih pimpinan untuk memperkasa parti tersebut demi memperkukuh Permuafakatan Pakatan Rakyat, suatu permuafakatan yang zahir dari hasrat menjamin kebajikan serta kemaslahatan seluruh rakyat Malaysia,"ujarnya.

Anwar berkata, muktamar PAS ke- 57 yang berakhir semalam itu bukan sahaja melabuhkan tirai dengan jayanya bahkan juga mampu mencapai kata sepakat terutama dalam setiap usul yang dibahaskan perwakilan.

Muktamar kali ini yang bertemakan 'Membangun Negara Berkebajikan' sekali lagi meluluskan usul, menolak kesepakatan politik berbaur rasuah serta penyelewengan kuasa pimpinan oleh Umno- Barisan Nasional (BN).

Anwar berkata, PAS sebagai parti yang berpengalaman luas dalam politik memiliki sejarah tersendiri dalam memperjuangkan keadilan untuk rakyat, sejak sebelum merdeka.

Jelas Anwar, perjuangan PAS dalam menegakkan keadilan dan menentang kezaliman tidak dapat dipisahkan lagi setelah dipimpin tokoh-tokoh ulama seperti Almarhum Dr Burhanudin al Helmy, Almarhum Zulkifli Muhammad dan Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor.

Malah ujar Anwar, beliau turut terkesan dengan ucapan dasar yang dibuat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam bahawa tekad dan iltizam hanya untuk terus mara bersama Pakatan Rakyat.

Pemilihan PAS menyaksikan Mohamad Sabu dipilih menjadi Timbalan Presiden baru parti itu manakala Exco Kerajaan Negeri Kelantan Husam Musa juga menang kerusi Naib Presiden.
Pemilihan itu turut menyaksikan persaingan untuk 18 kerusi jawatankuasa kerja pusat. Datuk Seri Abdul Hadi mengekalkan jawatannya sebagai Presiden apabila menang tanpa bertanding untuk penggal ke lima berturut-turut.

Pertahan Prinsip Keluhuran Beragama dan Menyanggah Faham Melampau

KENYATAAN MEDIA
6 JUN 2011

Pertahan Prinsip Keluhuran Beragama dan Menyanggah Faham Melampau

Kita menyedari agama Islam mempunyai kedudukan yang unik di negara ini dan di rantau Asia Tenggara. Peranan mubaligh yang menerapkan pesan Islam secara aman dan berperingkat telah berupaya membentuk weltanschauung umat Islam yang terbuka dan toleran (tasamuh) terhadap kemajmukan budaya. Islam juga telah berperanan merungkai minda umat Melayu yang sebelumnya berasaskan mitos serta tahyul kepada pemikiran yang rasional yang sejajar pula dengan pesan- pesan Al Quran.


Agama Islam merupakan agama yang menjunjung prinsip Keadilan, cintakan keamanan, menghormati hak penganutnya dan juga hak penganut agama lain untuk mengamalkan kepercayaan mereka. Prinsip utama syariah yang dikenali sebagai maqasid syariah merumuskan bahawa adalah satu keutamaan untuk melindungi agama, nyawa, keturunan, aqal, harta dan maruah.

Makanya berteraskan kefahaman Islam yang tepat, penghayatan agama yang tuntas oleh umat Islam untuk memastikan cara hidup yang berintegriti. Umat Islam yang mahu memenuhi maksud ihsan dan keadilan sebagaimana yang sering dianjurkan pastinya menolak penindasan, rasuah serte segala bentuk penyelewengan. Oleh itu tidak hairanlah ramai dari kalangan umat Islam kesal dengan sikap pimpinan Umno serta media kongkongannya yang tidak konsisten dalam penghayatan agamanya. Apatah lagi rasuah dan penyelewengan kuasa masih berleluasa.

Mutakhir ini, ada pimpinan Umno dan media yang dimilikinya mencuba menggugat keamanan antara penganut agama di Malaysia dengan retorika perkauman sempit yang tajam, dangkal dan tidak berasaskan prinsip Keadilan sebagaimana dianjurkan Islam. Upaya mereka semata mata mahu menakut-menakutkan umat Islam serta menimbulkan prasangka antara kita.

Kita kesal kerana retorika serta propaganda pimpinan Umno dan media yang dimilikinya hanya membantutkan usaha baik dari kalangan kita demi memenuhi maksud pesan Li ta'arafu, iaitu berusaha kenal mengenali antara kita yang berbeza kepercayaan dan budaya.

Dengan nada yang sama maka kami juga ingin menyanggah kecenderungan sebahagian yang menyarankan faham melampau di kalangan penganut agama mereka tanpa menghiraukan sensitiviti umat Islam di negara ini.

Maka kepada wakil wakil badan Islam serta agama agama Buddha, Kristian, Hindu dan lainnya, kami ingin mengulangi komitmen mempertahankan prinsip keluhuran hidup beragama yang termaktub dalam Perkara 3, Perlembagaan Persekutuan.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

YA NEGARA KOMUNIS CHINA PUN BAGI KEBAJIKAN KEPADA RAKYATNYA....??? TAK GITU????

Kalau setakat buat sekolah,jalanraya,subdisi yang tengah dan sedang di tarik,bantuan itu ini untuk kroni dan juga ahli....ingat negara lain memang tak terbuat seperti Malaysia ini.Malaysia memang hebat....beli itu ini semuanya komisyen ....bila dituduh rasuah...ianya bukan curruption ...tetapi comission.....Malaysia Boleh.......grrrrrrrr....1 Malaysia.......




Datuk Seri Najib Razak berkata laungan terbaru oleh PAS yang kononnya hendak mewujudkan sebuah negara kebajikan bukanlah perkara baru bahkan itulah yang sudah diperjuangkan oleh Umno dan BN selama ini.

umno 65th anniversary 110511 najib making doaPerdana Menteri berkata perjuangan Umno dan BN selama ini menepati ciri-ciri negara kebajikan seperti dalam bidang pendidikan, kesihatan, subsidi makanan dan minyak yang semuanya sudah dinikmati oleh rakyat sejak sekian lama.

"Perubahan slogan tagline PAS yang bukan lagi untuk mewujudkan negara Islam tetapi negara kebajikan bukan perkara baru tetapi labelling baru saja," katanya dalam sidang media dengan wartawan Malaysia di hari pertama lawatan rasminya ke Kazakhstan di Astana, Isnin.

ISHHH...ISHHHHH..TIDAK TAHU...??????

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menafikan laporan akhbar Australia yang mendakwa adiknya dibayar untuk menjayakan kontrak kerajaan dengan syarikat negara kiwi itu.

NONEBercakap kepada pemberita hari ini, beliau mendakwa tidak tahu menahu mengenai kegiatan Haris Onn Hussein (kanan).
Biasanya la..kalau kes Anar Ibrahim...video tak keluar lagi dah tahu...kalau kes Anwar ..fuyoooo bukan kemain lagi nak itu nak ini....adoiiii..nampak sangat tak begitu cekap ye menjalankan tugas....









"Pertama sekali, saya tidak tahu menahu apa adik saya lakukan. Keduanya, saya tidak rasa bahawa (syarikat) Australia akan melakukannya," katanya ketika ditemui semasa pelancaran ibu pejabat daerah Dang Wangi di Kuala Lumpur.

Ditanya sama ada beliau menafikan semua dakwaan dalam laporan itu, Hishammuddin berkata: "Itu yang saya katakan. Ya."

Menurut akhbar The Age yang berpengkalan di Melbourne, Securency - firma teknologi kewangan - mengupah Haris pada 2009 untuk mendapatkan kontrak di Malaysia.

"Securency mengupah Haris Onn Hussein dengan harapan

DAP Sertai Umno : Dakwaan Bekas Pengerusi Bercanggah Jumlah Sebenar Ahli



PUCHONG 6 JUN: Tidak pernah timbul keinginan untuk menyertai Umno apatah lagi membuat dakwaan bahawa mereka merasa terpinggir dalam parti yang dipimpin dan dianggotai majoriti bukan Melayu di negara ini.

Itu tegas Pengerusi baru DAP cawangan Lembah Kinrara apabila timbul dakwaan bahawa 64 ahli DAP berbangsa Melayu di kawasan itu bertindak keluar parti dan menyertai Umno kerana menyedari parti itu tidak memberi kepentingan kepada masyarakat Bumiputera.

“ Di sini saya bersama dengan rakan-rakan Melayu DAP di Lembah Kinrara ingin menegaskan bahawa kami langsung tidak pernah dimaklumkan tentang penyertaan kami dalam Umno, dan kami merasa hairan kenapakah Pak Harun (Harun Abdul Wahab) mengheret kami tanpa kebenaran dan pengetahuan kami,"soalnya dalam satu sidang media di sini, hari ini.

Akhir bulan lalu, bekas pengerusi DAP cawangan Lembah Kinrara, Harun Abdul Wahab mendakwa 63 ahli Melayu DAP di Lembah Kinrara bertindak menyertai Umno bersama-samanya.

Malah mendakwa kehadiran ahli DAP Melayu di kawasan itu hanyalah semata-mata sebagai 'pencukup kuota' untuk parti itu menunjukkan bahawa ada orang Melayu yang menyokong DAP.

Walau bagaimanapun menurut Azhar, mengikut siasatannya hanya beberapa ahli yang mengikut jejak Harun menyertai parti itu dengan menyerahkan keahlian pada Majlis Mesyuarat Mingguan Umno bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Pusat Dagangan Dunia pada 31 Mei lalu.

Pada majlis tersebut, beliau mewakili 63 yang lain menyerahkan borang keahlian Umno kepada Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan.

Malah jelas Azhar, tidak pernah timbul isu bahawa ahli parti itu merasa terpinggir dengan layanan yang diberikan oleh kepimpinan DAP di kawasan itu termasuk dari ADUN kawasan itu, Teresa Kok.

Bahkan ujarnya, pelbagai skim yang disediakan oleh kerajaan negeri di bawah program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) seperti skim mikro kredit, tuisyen percuma, sumbangan kepada warga emas dan golongan miskin, seminar keusahawanan dan pelbagai lagi sudah cukup untuk meringankan beban penduduk yang dihimpit dengan kenaikan harga barangan yang tidak terkawal di bawah pemerintahan Umno-BN.

"Kami ahli Melayu DAP tetap tolak Umno yang asyik memainkan isu kaum, agama dan merosakkan masyarakat di negara kita ini. Kami sokong perjuangan DAP yang menjaga kepentingan semua kaum dan kami akan terus bersama dengan DAP,"tegas beliau.

Sementara itu ADUN Kinrara yang juga Exco kerajaan negeri Selangor, Teresa Kok Kinrara berkata, jumlah orang Melayu yang menjadi ahli DAP Lembah Kinrara ialah 60 orang.

Beliau hairan dengan kenyataan bekas pengerusi cawangan itu, Harun Abdul Wahab bahawa sebanyak 64 ahli DAP menyertai Umno.

"Kalau mengikut data dalam sistem, maklumat di ibu pejabat DAP di cawangan Lembah Kinrara kita hanya ada 60 oarang sahaja.

"Jadi saya rasa hairanlah di mana datangnya 64 ahli DAP. Jadi maklumat ini tidak betul. Ini ada laporan dari Utusan Malaysia yang dikatakan mengikut bekas Pengerusi Cawangan ini iaitu Encik Harun yang kata lebih 100 penduduk yang jadi ahli DAP cawangan Lembah Kinrara dijangka mengikut jejak mereka dalam masa terdekat. Ini tidak betul. Ahli DAP Melayu di kawasan ini hanya 60 orang," tegas Teresa lagi.

Malah ujarnya, DAP akan terus menjaga kebajikan ahlinya tanpa mengira kaum.

Bahkan katanya, laporan seumpama itu hanya menguatkan lagi usaha DAP untuk menjalankan kempen menambah ahli termasuk dari kalangan masyarakat Melayu.

Anwar : Hakim, Pendakwaraya Sempitkan Ruang Saya Bela Diri


KUALA LUMPUR 6 JUN : Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas pendakwaraya kerana menafikan peguambela beliau akses kepada saksi-saksi seperti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor.

"Saksi yang kita perlukan dikemukakan kepada kita, tidak memberi kerjasama....sehingga kini kami menunggu Najib dan Rosmah Mansor, namun tidak ada jawapan dari pihak pendakwaraya," Anwar memberitahu pemberita di luar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

"Dalam satu kes yang lain, (Bekas Ketua Polis Negara) Musa Hassan dan pegawai polis ACP Rodwan Yusof yang diminta hadir (untuk disoal) juga tidak hadir tanpa sebarang alasan," tambah beliau.

Pihak pendakwaraya menawarkan lebih 70 saksi kepada pasukan peguambela Anwar untuk disoal. Hanya selepas proses itu, peguambela akan memutuskan sama ada saksi berkenaan perlu memberi keterangan di mahkamah.

Najib dan Rosmah didakwa berjumpa dengan pengadu Saiful Bukhari Azlan beberapa hari sebelum Saiful membuat laporan polis kononnya beliau diliwat oleh Anwar.

Selepas bertemu mereka, Saiful dilaporkan menghubungi Musa dan mengadakan pertemuan dengan Rodwan di sebuah hotel di Kuala Lumpur sebelum membuat laporan polis itu pada Jun 2009.

Musa dan Rodwan terpalit dengan dakwaan memalsukan bukti terhadap Anwar setelah ahli parlimen Permatang Pauh itu dipecat oleh Mahathir Mohamad dari Umno dan kerajaan pada tahun 1998.

Anwar merengkok enam tahun di penjara sebelum dibebaskan pada tahun 2004.

Hari ini Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menolak permohonan Anwar untuk berundur dari kes itu kerana memberikan penghakiman berat sebelah.

Pada 16 Mei lalu, Zabidin mengarahkan Anwar membela diri atas tuduhan meliwat Saiful. Zabidin menyifatkan Saiful sebagai seorang saksi yang berwibawa dan keterangannya adalah benar, tanpa mendengar pembelaan Anwar.

Antara keterangan Saiful yang mengejutkan mahkamah ialah beliau mendakwa dipaksa untuk melakukan perbuatan itu, namun akur selepas kejadian itu beliau makan karipap dan minum kopi sebelum pulan ke rumah.

Saiful juga mendakwa beliau tidak membuang air besar dua hari kerana mahu menyimpan bukti liwat itu namun doktor yang memeriksanya mendapati dubur beliau adalah kosong.

"Ternyata keputusan hakim berat sebelah kerana sebelum mendengar keterangan tertuduh iaitu saya, beliau sudah buat keputusan bahawa pendakwaraya termasuk Saiful itu benar, tepat dan berwibawa," kata Anwar.

"Kalau macam itu buat apa panggil saya (membela diri)?....Sepatutnya mana-mana sistem atau hakim perlu dengar kedua-dua belah pihak, yang dituduh dan yang menuduh," tegas Anwar.

Anwar berkata pihaknya akan mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Rayuan terhadap keengganan Zabidin menarik diri.

Mahkamah akan bersidang semula pada 13 Julai depan bagi memberi laluan kepada pihak pembelaan mengemukakan rayuan.

Menteri Beri Amaran Demo BERSIH 2.0




KUALA LUMPUR 6 JUN : Pihak berkuasa memberi amaran tegas bahawa tiada pengecualian undang-undang terhadap perhimpunan untuk menuntut pilihan raya yang bersih dan adil, BERSIH 2.0.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein berkata, pihaknya tidak akan bertolak ansur atau memberi layanan istimewa kepada demonstrasi berkenaan.

"Demonstrasi jalanan ini bukan benda baru. Dulu sudah ada (perhimpunan) anti-Isa, anti-PPSMI (program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris).

"Memang menjadi pertimbangan (pembangkang) sebab pilihan raya umum mungkin tahun ini, maka (mereka) mula mencari isu-isu sebegini rupa,"dakwa beliau.

"Kita ikut undang-undang, keutamaan kita (pada) keamaanan dan keselamatan. Jika ini pertimbangan kita, tidak ada sesiapa yang boleh tuduh KDN dan polis salah guna kuasa," tambahnya, petik portal Malaysiakini.

Semalam, muktamar PAS ke-57 meluluskan usul berhubung penglibatan PAS dalam perhimpunan itu, sekali gus bersetuju menghantar anggotanya turut serta pada 9 Julai akan datang.

Umno Harus Bawa Isu UDA Ke Parlimen, Kata Rafizi





SHAH ALAM 6 JUN : Isu UDA Holding Bhd harus dibawa ke Parlimen susulan badan yang diamanahkan menjaga kepentingan bumiputera itu menanggung hutang berjumlah RM1.7 bilion, kata Pengarah Strateji Parti Keadilan Rakyat Rafizi Ramli.
Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu juga kini dibelit tuduhan memberikan kontrak Bukit Bintang City Centre (BBCC) kepada syarikat luar negara dan meminggirkan syarikat bumiputera.

BBCC adalah antara projek dibawah Trasformasi Ekonomi (ETP) yang akan dibangunkan di atas bekas tapak Penjara Pudu dan dijangka menelan belanja kira- kira RM6.7 bilion.

Rafizi berkata hanya perbahasan yang telus di Parlimen akan mendedahkan sejauh mana UDA berjaya menggalas tanggungjawab membela kontraktor bumiputera dan bagaimana syarikat itu menanggung hutang sebegitu besar.

"Saya kira yang terbaik adalah bawa isu ini ke Parlimen untuk dibincangkan dengan mendalam terutamanya, pegangan- pegangan tanah UDA dibandar yang telah dilupuskan kepada syarikat swasta yang mengkhianati tujuan asal penubuhan UDA," kata beliau kepada TVSelangor.

Rafizi berkata satu audit menyeluruh harus dilaksanakan mengenai prestasi UDA khususnya rekod syarikat itu bersabit penggunaan hartanah yang dimilikinya.
UDA Holding dibidas Pertubuhan Peribumi Perkasa (PERKASA) dan pihak tertentu dalam Umno yang menuduh syarikat itu meminggirkan kontraktor bumiputera dalam projek turnkey BBCC.
Kritikan itu dipercayai berkait dengan kesungguhan pihak berkepentingan dalam Umno untuk membolot kontrak-kontrak lumayan ketika rakyat sedang bergelumang dengan kos sara hidup yang semakin meningkat.
Rafizi bagaimanapun isu syarikat bumiputera dinafikan kontrak turnkey BBCC harus dikupas dari sudut sejauh mana UDA menjalankan tanggungjawabnya selama ini.
"Perkara yang lebih besar adalah UDA bukan sahaja tersimpang daripada matlamat asal penubuhannya, tetapi sebaliknya kita mendapat maklumat UDA menjual tanah- tanah diberikan kepada UDA Holding," tambah beliau," kata Rafizi.

UDA Holding ditubuhkan pada 12 November 1971, untuk memastikan penyertaan kontraktor bumiputera dalam sektor hartanah di bandar.

Namun setelah diswastakan pada tahun 1996, UDA Holding mengalami masalah kewangan yang kronik.

Laporan akhbar Utusan Malaysia hari ini memaparkan satu muka surat penuh temubual ekslusifnya dengan Pengerusi UDA, Datuk Nurjazlan Mohamed.

Jazlan tanpa berselindung memberitahu UDA Holding menanggung bebanan hutang RM900 juta tidak termasuk RM800 juta yang dihutang kepada Kementerian Kewangan dan Khazanah Nasional.
Syarikat itu perlu memperuntukkan RM15 juta untuk membayar faedah tahunan ke atas hutang-hutang itu.

Rafizi berkata, Jazlan sepatutnya berhati- hati dalam mendedahkan kedudukan kewangannya.

"Datuk Nur Jazlan harus berhati- hati dalam membuat komen. Kalau diberi gambaran dengan hutang RM700 juta dan pelbagai tanda- tanda dan bukti bahawa kewangan UDA Holding sekarang sesak teruk, sepatutnya pemegang saham dan badan- badan yang dipertanggungjawabkan termasuklah kementerian kewangan sepatutnya telah lama ambil tindakan," tegas Rafizi.

Rafizi menambah beliau sebenarnya simpati kepada Jazlan kerana diberi bebanan untuk mewarisi sebuah syarikat yang korup sejak sekian lama.

"Saya bersimpati dengan Datuk Jazlan sebab dia mewarisi syarikat yang sudah lama korup sehingga menanggung hutang jutaan ringgit," kata Rafizi.

Mengulas arahan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar UDA Holding membentangkan laporan bersabit projek BBCC di kabinet, Rafizi berkata, arahan sedemikian seharusnya dibuat lebih awal dan bukan selepas kewangan UDA Holding tenat.

"Bukan sekaranglah Tan Sri Muhyiddin patut buat kenyataan seperti itu, sepatutnya kalau beliau, Perdana Menteri, Najib Razak dan UMNO peka kepada badan- badan yang dipertanggungjawabkan menjaga kebajikan bumiputera, masalah kewangan UDA ini patutnya dikesan sejak dari dulu," katanya.

Dakwaan Jenayah Turun Adalah Cerita Dongeng, kata Teresa




SHAH ALAM 6 JUN : Dakwaan kerajaan kononnya kadar jenayah susut 10 peratus empat bulan pertama tahun ini adalah "dongeng" kerana rakyat masih mengkhuatiri keselamatan diri, kata Exco Selangor, Teresa Kok.

Teresa berkata desakan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa masyarakat perlu mengubah persepsi keselamatan diri jelas menunjukkan beliau gagal memahami perasaan orang awam.

Muhyiddin membuat dakwaan kononnya jenayah susut hanya untuk mencanang Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) sebagai satu kejayaan walaupun hakikat adalah sebaliknya, kata beliau.
" Kebiasaanya bila Ketua Polis Negara, Ketua Polis Selangor dan pemimpin negara kita menggunakan statistik NKRA untuk membuktikan bahawa kadar jenayah telahpun turun orang ramai memang tidak akan percaya," teresa memberitahu TVSelangor.
"Ini kerana ramai antara mereka merupakan mangsa jenayah khususnya di kawasan-kawasan bandar. Jadi kita tak tahu macam mana polis dan NKRA perolehi data statistik sebegitu,”kata beliau yang juga Pengerusi DAP Selangor.

Muhyiddin semalam dilaporkan berkata, kerajaan dan Polis mahu mengubah persepsi masyarakat mengenai kadar jenayah dalam membentuk keyakinan masyarakat terhadap keselamatan negara.

Beliau berkata masyarakat perlu mengubah persepsi bahawa kadar jenayah masih meningkat sedangkan statistik rasmi menunjukkan penurunan.
Menurut beberapa pihak hakikat disebalik penurunan kadar jenayah itu adalah kurang orang melaporkan kes jenayah kerana hilang keyakinan terhadap polis.
Manakala semakin banyak penduduk kawasan perumahan mengadakan rondaan bersama untuk mengekang kecurian dan pecah masuk rumah yang semakin meningkat.
Muhyiddin bagaimanapun mendakwa kaji selidik Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) PDRM, jenayah keseluruhan menurun sebanyak 10 peratus bagi tempoh Januari hingga April tahun ini.

(function() { var d = document, w = window; w

GILA TALAK KA NIH ?

Hamzah Rie Na Sekarang korang tahulah kan? Kerja pas siang mlm ratip salah DAP. Punya gila essim dengan dap, Tak ada ribut Tak ada petir nak...