(LIVE) Rafizi Ramli, Nurul Izzah, Aminuddin Harun & Rakan: Jelajah Trak ...

BERITA PELESU

 



Macam-macam taktik UMNO guna nak tunjuk Najib tak bersalah kononnya. Sampai sanggup reka cerita Tengku Maimun tak dibenarkan ke istana Kelantan.

Baca di sini: https://bit.ly/3TodTYQ

Semua ini cuma untuk meruntuhkan kredibiliti Ketua Hakim Negara supaya pengikut yang bodoh akan rasa Sultan Kelantan pun sokong Najib.

Dah puas tunggang agama dan bangsa, sekarang ni istana pun dia nak tunggang. Memang nampak sangat terdesaknya. Dah kehabisan idea ni.

Pihak Istana Kelantan bersedia ambil tindakan mahkamah. Aku harap itu berlaku. Tengok dorang bukak tabung Milo pula nak bayar saman nanti. Guane boh?

Raja Gelap

 

LAWAN TETAP LAWAN KINI UMNO LAUNG SOKONG NAJIB


MB SARDIN NI TAK SEKOLAH KA APA ?

 

MB sardin ni tak boleh bezakankan ke kes liwat dengan kes samun duit rakyat

 berbilion?

Anwar dah bertahun2 dalam penjara, Najib kan baru 5 hari.




 


MMMMMM.....REDHO....

 

ASRAFF  JEFFRY


Zaman sekarang,buat report di Media Sosial lagi efektif dari pergi ke Pejabat Badan Kerajaan. Masalah jalan dekat sini bukan baru satu bulan, dekat 1 tahun sudah. Lagipun,berhampiran JPJ saja. Tapi tiada tindakan dari pihak yang berkuasa. Bila viral minggu lepas,terus ada proses pembaikian.

.

Untuk makluman anda,area ini di bawah pengendalian Timbalan Menteri Besar Kelantan,Nik Amar. Kih!

 


Terima Kasih buat pihak yang bertanggungjawab dan Abe2, Pakcik2 yg baiki jalan kat traffic light Panji, KB..

Semoga Dipermudahkan Urusan Description: 👍Description: 👍Description: 👍

Kiriman Foto: Nurliyana Abdullah

 

Jangan Perasan boleh dak ? kah..kah...Kau siapa nak pastikan PH tak ke putrajaya? bukan rakyat ke yang pastikan?

Kau siapa nak pastikan PH tak ke putrajaya? bukan rakyat ke yang pastikan?

PH pun pastikan Lebai PAS akan hilang negeri T.ganu dan Kedah..bab PAS ke putrajaya tak payah mimpi la..lainlah kalau Hadi Awang tebuk lubang kut mana pulak, Hadi Awang kan pakar tebuk lubang.



UGUT AHLI PARLIMEN DAN PEJABAT PKR DIBAKAR- TAK LAMA DAPAT LA CEKUP. CCTV ADA DAN PERCAYA POLIS AKAN DAPAT TANGKAP.

 

Ahli Parlimen JB diugut bunuh, pejabat bahagian PKR dibakar




Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata pusat khidmat rakyat Parlimen Johor Bahru dibakar dipercayai akibat khianat dan sabotaj. (Gambar Twitter)

JOHOR BAHRU: Ahli Parlimen Johor Bahru Akmal Nasrullah Mohd Nasir mendakwa menerima ugutan bunuh daripada seorang pemilik akaun Facebook, pada Khamis dan Jumaat lalu.

Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Akmal berkata, individu yang mengugutnya meninggalkan satu mesej bertulis dan 27 mesej suara yang mengandungi ugutan berkenaan, bahasa kesat serta makian.




Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR itu pada masa sama, berkata pejabat bahagian PKR Johor Bahru di Larkin, yang juga merupakan pusat khidmat rakyat Parlimen Johor Bahru, disyaki dibakar kira-kira 6 pagi tadi.

“Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan tinjauan di lokasi, kejadian ini dipercayai perbuatan khianat dan sabotaj dengan terdapat lima tayar dikumpulkan di hadapan pintu pejabat sebelum api dinyalakan.

“Saya tidak pasti sama ada ugutan dan kebakaran itu melibatkan individu sama atau sebaliknya, namun untuk mengatakan kedua-duanya hanyalah kebetulan adalah sedikit pelik kerana perbezaan tempoh masa yang dekat,” katanya kepada pemberita selepas ditemui di pejabat berkenaan.

Beliau berkata, akibat kebakaran itu, beberapa kerosakan berlaku antaranya pintu “roller shutter”, dua unit penyaman udara, dinding pejabat dan beberapa barangan lain.

Bekas ketua Pemuda PKR itu berkata, laporan polis berhubung kejadian dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan, pada 2.15 petang tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Johor Bahru Selatan Raub Selamat ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung dua kejadian berkenaan.

Beliau berkata, polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api atau bahan letupan dengan niat hendak membinasakan rumah dan sebagainya.

Selain itu, Raub berkata laporan polis berhubung kes ugutan baru diterima dan akan disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.


Aaron Chia/Wooi Yik (21-19, 21-14) Ahsan/Setiawan | FINAL | Kejohanan Du...



DR WAN AZIZAH  WAN  ISMAIL

Tahniah diucapkan kepada pasangan beregu utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik kerana telah berjaya bergelar juara dalam Kejohanan Badminton Dunia yang berlangsung di Gimnasium Metropolitan Tokyo.

JUARA DUNIA Aaron Chia dan Soh Wooi Yik . MALAYSIA BOLEH

Tahniah juga kepada coach Rexy Mainaky kerana memberi kepercayaan kepada mereka dan berjaya membawa mereka mencipta sejarah!

 



GAMBAR MEMBUKTIKAN DUA PEMIMPIN UMNO INI DAH TAK SALING MENGHORMATI

 

HAMDAN  TAHA


Dua tokoh pemimpin umno sebelum ni saling hormat menghormati...tapi

 tengok gambar ni semalam sudah hilang rasa hormat kedua duanya....gambar

 bole membuktikannya




KEH..KEH-TAK ADA KLUSTER MAHKAMAH KATA ZAHID- TAPI Kluster mahkamah tunjuk kuasa tekan PM

 

Kluster mahkamah tunjuk kuasa tekan PM



Kira-kira 3,000 pemimpin bahagian Umno menghadiri perhimpunan di ibu pejabat parti semalam untuk diberi taklimat mengenai “isu semasa”. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Perhimpunan khas yang diadakan Umno semalam disifatkan sebagai “pertunjukan kuasa” untuk mendesak Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob supaya mengadakan pilihan raya umum awal.

Perhimpunan itu juga diadakan untuk menunjukkan bahawa Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan pendahulunya, Najib Razak, “masih memegang kuasa” walaupun Najib baru-baru ini dipenjarakan, kata James Chin daripada Institut Asia Universiti Tasmania.

“Mereka mahu ingatkan ahli (Umno), terutamanya yang berada dalam kluster kerajaan, bahawa mereka memegang majoriti,” katanya kepada FMT.

Istilah “kluster kerajaan” digunakan dalam kalangan orang politik untuk menggambarkan ahli Umno yang terbabit dengan kerajaan semasa.

“Kluster mahkamah” pula merujuk kepada individu-individu seperti Zahid, Najib dan lain-lain yang berdepan perbicaraan atas pelbagai tuduhan.

Chin berkata, perhimpunan itu bertujuan untuk memberi tekanan kepada Ismail, yang juga naib presiden parti, supaya mengadakan pilihan raya umum secepat mungkin.

Sebelum ini dilaporkan bahawa mereka yang sealiran dengan Zahid mendesak agar pilihan raya umum ke-15 (PRU15) diadakan lebih awal susulan kemenangan yang dikecapi parti itu pada pilihan raya negeri.

Bagaimanapun, Ismail baru-baru ini memberi bayangan bahawa PRU mungkin ditangguhkan berikutan kontroversi mengenai perolehan enam frigat dalam projek kapal tempur pesisir (LCS).

Felo kanan Akademi Nusantara Azmi Hassan menyuarakan sentimen yang sama mengenai taklimat khas tersebut, yang diadakan untuk pemimpin bahagian.

Beliau berkata, Ismail harus menetapkan tarikh selaras dengan “kehendak Umno”. Tekanan Umno terhadap Ismail berkesan, katanya, memandangkan perdana menteri itu “bersendirian dan tidak mempunyai sokongan akar umbi yang kukuh”.

“Perhimpunan itu adalah untuk memaksa Ismail menggunakan kuasanya sebagai perdana menteri (untuk memanggil PRU) dan membuktikan bahawa beliau sememangnya orang Umno,” kata Azmi.

Azmi berkata, walaupun Ismail mempunyai kata putus mengenai pilihan raya, beliau ahli Umno, yang kepimpinan partinya turut menentukan bila Parlimen patut dibubarkan.


BICARA KES MAHKAMAH TAK SIHAT-MESYUARAT SEMALAM SIHAT JA-MEMANG PENIPU

 


Bukan ke mamat ni yg mintak tangguh bicara kat mahkamah semlm sbb ada surat sakit? segar bugar nampak hari ni...haha


W.FAUDZIN


AKU MUDAH PELUPA

 



MOHD AFFENDI ABAS

Hj Hadi mudah lupa cam BossCow jugak dah ni! Time dia tebuk Atap dulu terus kes Covid19 mencanak naik! Nak pi parlimen pun x leh! Ni kan nak berdemonstrasi? Sah dah nyanyuk teruk Presiden PAS ni!

#PASik

 

KENYATAAN MEDIA BIRO UNDANG-UNDANG (KANUN) PARTI AMANAH NEGARA TAKLIMAT KHAS UMNO: PERHIMPUNAN JAHANAMKAN INSTITUSI KEADILAN MALAYSIA

 


KENYATAAN MEDIA

BIRO UNDANG-UNDANG (KANUN)

PARTI AMANAH NEGARA

TAKLIMAT KHAS UMNO: PERHIMPUNAN JAHANAMKAN INSTITUSI KEADILAN MALAYSIA

1. Pasca keputusan kes Dato’ Sri Najib Tun Razak oleh Mahkamah Persekutuan baru-baru ini telah menyebabkan pimpinan dan parti UMNO secara terbuka menzahirkan kemarahan mereka terhadap dua institusi pentadbiran keadilan di Malaysia iaitu institusi kehakiman dan institusi Peguam Negara. Pimpinan UMNO telah mengadakan satu perhimpunan khas kepada pimpinan bawahan dan memberikan taklimat yang jelas merendah-rendahkan kedua-dua institusi ini dan melancarkan kempen untuk solidariti kepada penjenayah yang telah disabitkan oleh 9 orang hakim bermula daripada Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan. Orang yang telah disabitkan oleh Mahkamah ini telah disanjung sebegitu tinggi dengan pelbagai naratif kononnnya penjenayah ini tidak mendapat perbicaraan yang adil dan telah dinafikan hak sebagai tertuduh sedangkan hakikatnya penjenayah ini telah diberikan peluang yang seluas-luasnya untuk membela diri. Malang sekali, penjenayah ini lebih memilih untuk membela diri di facebook berbanding dengan mengemukakan pembelaan di dalam Mahkamah.

2. Taklimat khas UMNO ini menzahirkan kebobrokan mereka terhadap kuasa politik dengan berbuat pelbagai desakan sama ada secara sah mahupun serangan dalam gelap melalui pelbagai media hantu daripada blogger-blogger politik. Bahkan, terdapat di kalangan penjawat awam yang berada dalam institusi ini juga turut bersekongkol dengan mensabotaj pihak Mahkamah apabila mencuri draf alasan penghakiman dan mendedahkan kepada orang awam sebelum keputusan Mahkamah diberikan. Mereka juga menzahirkan kekecewaan mereka terhadap institusi Peguam Negara yang tidak menarik balik kes terhadap suspek dan penjenayah yang telah merompak atau menyalahgunakan wang negara. Rakyat Malaysia masih belum boleh lupa bagaimana Dato Sri Najib Tun Razak telah memecat Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan menggantikan dengan Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali yang begitu beria-ia membersihkan Perdana Menteri ketika itu daripada kesalahan berkaitan 1MDB dan SRC.

3. Justeru, KANUN menyeru kepada semua penjawat awam supaya menunaikan amanah dalam pentadbiran dan tidak tunduk kepada tuntutan- tuntutan terdesak di kalangan orang UMNO yang masih menyanjung penjenayah yang sudah dibuktikan melalui proses Mahkamah. KANUN juga berharap para Hakim tidak gentar dan berasa terancam dengan sikap pelahap UMNO terhadap kuasa. KANUN juga merafak sembah kepada DYMM Yang di-Pertuan Agong untuk tidak menghampakan rakyat Malaysia untuk memberikan pengampunan segera kepada penjenayah sebelum mereka insaf dan bertaubat dan terlebih dahulu menjalani hukuman.

4. KANUN juga berasa kecewa kerana rakan politik UMNO yang bersama dalam kerajaan iaitu PAS dan PPBM tidak tegas menyatakan pendirian mereka terhadap jenayah terbesar dan memalukan negara di mata dunia apabila seorang yang berjawatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan tergamak untuk menyalahgunakan kuasa, pecah amanah dan melakukan penggubahan wang haram sebanyak RM 42 juta. KANUN menyatakan bahawa tindakan kedua-dua parti ini bekerjasama dengan UMNO dalam langkah tebuk atap Langkah Sheraton adalah kesilapan politik terbesar sehingga menyebabkan institusi pentadbiran keadilan dihina sebegini rupa pada hari ini.

5. Akhir sekali, KANUN menyeru supaya rakyat Malaysia berdiri teguh untuk menolak UMNO-BN dalam PRU 15 akan datang. Akibat buruk akan menunggu rakyat Malaysia sekiranya UMNO-BN sekali lagi diberikan kuasa untuk memerintah Malaysia dengan kemusnahan pelbagai institusi penting negara dan wang negara akan dijarah tanpa rasa malu. KANUN menyeru rakyat Malaysia untuk bersama-sama Pakatan Harapan dalam PRU 15 untuk membersihkan negara ini daripada kemusnahan akibat korupsi dan salah guna kuasa.

Dr. Zulqarnain Lukman

Pengerusi KANUN (Biro Undang-Undang)

Parti Amanah Negara

28 Ogos 2022

 

AZALINA, PENASIHAT KHAS PM TAPI SECARA TERBUKA HENTAM PM – BILA LAGI NAK LETAK JAWATAN?

 

Dalam majlis taklimat Presiden UMNO semalam yang sebenarnya lebih berupa majlis solidariti kepada Najib Razak yang dipenjara atas kesalahan jenayah, pemimpin UMNO yang terlihat begitu ghairah, seronok dan bersemangat memberi ucapan ialah Azalina Othman Said.

Sasaran ucapannya adalah Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob berkaitan hal perlantikan Peguam Negara.

Menurut Ahli Parlimen Pengerang itu, sesiapa sahaja yang menjadi Perdana Menteri perlu melantik “orang dia” sebagai Peguam Negara untuk memudahkan urusan sebagai Perdana Menteri.

“Pelantikan Peguam Negara adalah atas nasihat Perdana Menteri dan Perdana Menteri harus melantik “orang dia” bagi jawatan tersebut untuk mudahkan segala urusan.

“Jika kuasa penukaran Peguam Negara di tangan Perdana Menteri, mengapa Perdana Menteri tidak menukar Peguam Negara?

“Saya nak tanya satu sahaja, takkan nak tukar Peguam Negara pun tak boleh,” katanya bersambut sorakan kuat daripada para hadirin.

Dengan menyebut perkara demikian, walaupun tidak menyebut nama, adalah jelas dan tidak diragui lagi bahawa Azalina telah menghentam Ismail Sabri secara terbuka.

Sebaik mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada 21 Ogos 2020, selain terus mengekalkan Idrus Harun sebagai Peguam Negara, Ismail Sabri turut membuat beberapa perlantikan yang lain.

Antaranya ialah Azalina sendiri dilantik sebagai Penasihat Khas Perdana Menteri bagi hal ehwal undang-undang dan hak asasi manusia.

Berita perlantikan beliau disiarkan dalam pelbagai media pada 2 Oktober 2021, namun difahamkan Azalia menerima surat perlantikannya daripada Ismail Sabri di Pejabat Perdana Menteri pada 30 September 2020.

Sehingga hari ini dipercayai Azalina masih memegang jawatan tersebut kerana tidak terdengar sama sekali beliau sudah meletakkan jawatannya itu.

Dengan demikian, bagaimana seorang Penasihat Khas Perdana Menteri boleh secara terbuka di pentas UMNO mempertikai dan menghentam Perdana Menteri iaitu bossnya sendiri?

Mengapa bellau tergamak menggigit tangan orang yang memberinya jawatan?

Jika beliau mempertikaikan Perdana Menteri kerana tidak menukar Peguam Negara, bagaimana dengan dirinya sendiri sebagai Penasihat Khas Perdana Menteri, tapi menghentam Perdana Menteri?

Bukankah perlakuan beliau itu adalah seburuk-buruk perangai sebagai manusia?

Dalam pada itu, jika penukaran Peguam Negara dipertikaikannya, pernahkah beliau sebagai Penasihat Khas Perdana Menteri berkaitan Undang-Undang menasihati Perdana Menteri untuk menukar Idrus dan melantik orang baru sebagai Peguam Negara?

Jika tidak, apa kerja beliau selama ini sebagai Penasihat Khas kepada Perdana Menteri?

Pernahkah juga kita dengar Azalina melalui jawatannya itu melakukan sesuatu kerja yang lain yang bermanfaat untuk rakyat?

Adakah hanya makan gaji buta saja?

Dan terlanjur beliau telah menunjukkan perlakuan serta perangai sedemikian rupa – satu saja nak tanya – bila lagi nak letak jawatan? – ShahbudinHuisin 28/08/2022.



AGAK KELAKAR




Berita ni kelakar wei!

Aku ni bukan penyokong Mahathir. Malah aku amat membencinya. Dialah pengkhianat nombor 1. Demi kuasa, dia belakangkan kepentingan rakyat. Dia juga yang runtuhkan kerajaan sendiri.

Tapi kalau nak tuduh Mahathir pengaruhi keputusan hakim dalam perbicaraan dan rayuan Najib, aku rasa sangat-sangat-sangat tak logik. Jelas tuduhan itu direka oleh mereka yang terdesak.

Baca artikel di sini: https://bit.ly/3Cypm1N

Pertama, Mahathir bukan punya kuasa sekarang. Dia cuma pembangkang. Malah pembangkang yang sangat lemah. Partinya pun hidup segan mati tak mahu. Apa kuasanya nak pengaruhi hakim?

Keduanya, kerajaan hari ini dipimpin oleh BN. PM pun daripada UMNO. Orang yang mungkin boleh pengaruhi hakim mestilah yang punya kuasa seperti Isnail. Kenapa tak tuduh Isnail yang buat?

Ketiga, tuduhan ini merendahkan intelek hakim. Kita pun tahu, orang paling jahil undang-undang pun boleh kata Najib bersalah kerana kuatnya bukti dan lemahnya Najib dalam pembelaan.

Tak perlu Mahathir nak pengaruhi hakim. Setiap manusia yang waras, yang ikuti perbicaraan boleh faham setiap pertuduhan dan akan bersetuju yang Najib memang telah lakukan jenayah itu.

Kenapa UMNO macam tak boleh terima hakikat? Sampai nak suruh Isnail pecat Ketua Hakim? Bagi aku jawapannya mudah. Ini adalah bukti selama ini memang UMNO biasa campur tangan dalam badan kehakiman.

Disebabkan dia pernah buat, sebab itu dia ingat semua orang tak jujur macam dia. Tapi nak buat macamana. Dulu pun Mahathir juga yang ajar UMNO untuk curang seperti ini.

Yang menuduh ni mungkin pernah lihat Mahathir buat begitu masa dia berkuasa dulu. Mungkin Mahathir pernah campuri urusan mahkamah dulu. Tapi tidak hari ini. Kerana hari ini, yang memerintah adalah UMNO manakala Mahathir bukan lagi dalam UMNO. Guane boh?

Raja Gelap

 

KERAJAAN PH MENIPU RAKYAT - KATA PAS YANG TAK BERFUNGSI SEJAK MASUK JADI KERAJAAN PINTU BELAKANG


 

MOHD SHAH RIM


MAIL SABRI KE MESYUARAT MKT UMNO DIRINGI KENDERAAN POLIS BERAT

 




Mesyuarat MKT Umno tadi di Ibupejabat Umno Paklong Mail di iringi oleh Kereta perisai dan Unit Khas yang luar biasa ramai kehadiran nya untuk escort …

Mesyuarat Parti sendiri dalam Bangunan sendiri pun dah tak selamat ka Paklong Mail ini. Luarbiasa.... ingat kan Mesyuarat di Palestin ..

ZAHID TAKUT KE PENJARA

 


ZAHI HAMIDI - GAMBAR SEMALAM NAMPAK ADA JANGGUT


HAMDAN TAHA


Saya yakin antara zahid dan najib keberanian dan berjiwa besar adalah najib razak

Zahid sebenarnya penakut yang amat sangat bila dia tengok najib masuk penjara dia cukup takut tak lelap tidur dia tu

Itu yang dia buat macam macam cara dan saya sangat percaya dia memang ada buat sesuatu untuk meminta tun dr m dan muhidden membantu dia supaya di selamatkan dari mahkamah Allah tahu itu

Najib pula saya yakin dia tidak begitu dia lebih bersifat kelakian dan punya keyakinan diri yang tinggi tidak menangis

Saya tulis ni berdasarkan pengalaman bersama zahid agak lama dia memang penakut lagi pula umur 70 tahun sekarang ni lagi keberanian dia sangat rendah,ketika umur 40 an pun takut dan nangis dan tak tahan masa di tahan isa

Kena lokap dah letak jawatan ketua pemuda inikan pulak penjara

Itu sebab nak pru cepat bukan kerana sayang rakyat tapi kerana nak selamat diri,tapi Allah kan ada kenapa perlu minta tolong pada manusia,minta lah pertolongan Allah

Penjara bukan penamat kehidupan boleh jadi pemulaan

Hamka memulakan tulisan tafsir al quran dalam penjara

Ramai Hamba Allah memulakan kehidupan baru ketika dalam penjara

Ada manusia penjara itu lebih baik dari luar penjara

Bukan semua orang ada peluang masuk penjara tetapi di pandang mulia oleh penyokong

Hanya beberapa orang saja ada peluang itu

1. Anwar

2. Najib

Dan ke

3. Tak tahu lagi siapa

Apa pun penjara adalah pusat ilmu kesabaran dan keinsafan bagi orang yang beruntung,tapi ramai juga keluar masuk penjara menjadi manusia lebih teruk

Itu tak ada hidayah namanya

 

USTAZ, USTAZAH JANGAN KELIRUKAN RAKYAT SOKONG NAJIB

  

PENGANALISIS : ISMAIL DITEKAN ..SEBAB PRESIDEN UMNO TAK ADA APA APA JAWATAN INI SATU LIPATAN SEJARAH BAGI UMNO

 

Lengahkan tarikh PRU15, mungkin makan diri Ismail, kata penganalisis




Ismail Sabri Yaakob pada minggu lalu menyatakan pilihan raya umum mungkin ‘dilewatkan’ susulan kontroversi pembelian kapal pesisir laut (LCS). (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Tindakan melengahkan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) boleh “memakan diri” Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, penganalisis politik memberi amaran.

Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya (UM) berkata, walaupun ia mampu melemahkan pengaruh Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan bekas perdana menteri Najib Razak dalam parti, namun taktik itu juga mempunyai kesan baik dan buruk.

Katanya, Zahid kini satu-satunya pencabar Ahli Parlimen Bera itu untuk jawatan perdana menteri, selepas Najib dipenjara atas kesalahan rasuah pada Selasa lalu.

“Tetapi parti itu boleh kehilangan populariti dan goyah kerana Najib kekal berpengaruh terutama di media sosial,” katanya kepada FMT.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Ahad lalu, Ismail berkata PRU berkemungkinan “dilewatkan” susulan kontroversi pembelian kapal pesisir laut (LCS).

Beliau berkata, langkah itu bagi mengelakkan parti lawan memperalatkan isu terbabit seperti mana mereka menggunakan isu 1MDB untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada 2018.

Ismail juga dilaporkan berkata PRU hanya akan diadakan apabila negara ini “sudah bersedia”.

Awang Azman menyifatkan projek LCS itu hanya “alasan”.

Iskandar Hasan Tan Abdullah dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kelantan pula berpendapat, tindakan menangguhkan pilihan raya adalah strategi kumpulan tertentu di Perikatan Nasional (PN) dan BN yang ingin kekal berkuasa dalam kerajaan pusat.

Namun seperti Awang Azman, Iskandar juga berkata taktik itu boleh menghantui BN.

Ini kerana, kini lebih ramai pengundi muda yang arif menggunakan media sosial dan “rasional” dalam kecenderungan politiknya. Kumpulan ini, katanya, tidak gemar dengan “cara politik lama”.

“Ia boleh menyaksikan BN kehilangan sokongan pengundi muda.”

Azmi Hassan dari Akademi Nusantara berpendapat, BN bakal berdepan dengan dua situasi jika melambatkan PRU15.

Satu, lebih banyak kontroversi lain akan timbul selain LCS yang boleh dimanfaatkan pembangkang.

“Tetapi BN dan kerajaan juga boleh mempertahankan diri berdepan dengan isu itu,” katanya.