MAT SABU LAKUKAN LAWATAN DEMI PADI 5 MUSIM 2 TAHUN.DAPAT BAJA RACUN JANGAN JUAI.



 Bila tiba musim tanam, pesawah perlu tahu bila air akan sampai ke sawah. 


















Sempena lawatan kerja ke Perlis dan Kedah hari ini, Bang Mat mengikuti taklimat Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) di Tam Teh Homestay untuk mendapatkan perkembangan terkini Projek Pemulihan Menyeluruh Empangan Pedu.


Empangan Pedu ialah antara komponen utama sistem pengairan jelapang padi MADA di Kedah dan Perlis. 


Komponen hidromekanikalnya telah mencapai had jangka hayat 50 tahun. 


Projek pemulihan bernilai RM234.84 juta ini bermula pada 4 November 2025 dan dijadualkan siap sepenuhnya pada penghujung 2027 bagi memastikan empangan terus beroperasi dengan selamat. 


Seperti yang ditegaskan oleh YAB Perdana Menteri dalam pembentangan Belanjawan MADANI Tahun 2027, pemulihan ini turut menyokong Projek Penanaman Padi Lima Musim dalam Tempoh Dua Tahun.


Bang Mat minta MADA untuk pastikan projek berjalan mengikut jadual dan kos yang diluluskan. 


Kerja pemulihan mesti diselaraskan dengan jadual pelepasan air dan musim penanaman padi. 


Kalau ada perubahan yang boleh menjejaskan pengairan, maklumkan awal kepada pesawah melalui Pertubuhan Peladang Kawasan dan saluran komunikasi sedia ada. 


Kita mahu pesawah dapat meneruskan kerja di sawah mengikut jadual dan bekalan beras negara lebih terjamin untuk jangka panjang.


#KPKM

#MADANIBekerja

#CukupDanTerjamin




BAJET TAK SOKONG. PERUNTUKAN NDAK. JENIS TAK MALU. BUSUK.


 



NAK JADI PEMIMPIN HIGH LEVEL, ENGLISH PUN KENA POWER!

 








🔥 NAK JADI PEMIMPIN HIGH LEVEL, ENGLISH PUN KENA POWER!

Jangan hanya pandai bercakap depan penyokong sendiri. Bila duduk semeja dengan orang luar, jangan setakat angguk, geleng dan senyum!


Jawatan besar, komunikasi pun kena bertaraf dunia. Jangan sampai jadi bahan sindiran! 🤭


#MyCommunityNewsPahang #PowerEnglish #Kepimpinan





KUAT KA ?..

 

RMS


Gelombang tolak bulan diKelantan Kali ini sangat kuat..setelah 36 tahun.. PAS pasti kalah..




PARTI SAKAW RUPANYA YA...

 

Apa ceritanya FAKTA.



Pulohan tahun umno perintah tanah2 org melayu habis di jual . Bila kalah tiba2 barua2 kata org lain  yang jual.





KHIANAT ORANG MELAYU KERANA BEZA POLITIK

 


Tindakan tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang mengambil pendirian berkecuali ketika pengundian Belanjawan Selangor 2027 dipersoalkan selepas isu banjir menjadi antara perkara utama dibangkitkan dalam perbahasan minggu lalu.






ADUN Seri Serdang, Abbas Azmi berkata, hampir kesemua ADUN kerajaan dan pembangkang membangkitkan isu banjir ketika membahaskan belanjawan berkenaan, namun tujuh wakil rakyat memilih untuk berkecuali ketika pengundian belah bahagi.


Menurutnya, Belanjawan Selangor 2027 memperuntukkan peningkatan dana pembangunan infrastruktur, khususnya bagi menangani masalah banjir yang dihadapi rakyat negeri itu.


“Malangnya ada tujuh orang yang berbahas berdegar-degar, berapi-api itu dan ini, tetapi bila nak buat undi belah bahagi, mereka bersikap berkecuali,” katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang media di Dewan Negeri Selangor, Shah Alam, hari ini.


Turut hadir ADUN Batu Tiga, Danial Al-Rashid Haron Aminar Rashid; ADUN Meru, Mariam Abdul Rashid dan ADUN Kota Damansara, Muhammad Izuan Ahmad Kasim.


Abbas berkata, beliau telah mengemukakan surat kepada Speaker Dewan Negeri Selangor semalam bagi mendapatkan penjelasan berhubung rekod tujuh ADUN yang mengambil pendirian berkecuali itu.


Menurutnya, berdasarkan surat maklum balas daripada pejabat Speaker, tujuh wakil rakyat terbabit ialah;


ADN Paya Jaras - PAS 

ADN Sijangkang - PAS

ADN Sungai Ramal - PAS

ADN Sabak - PAS

ADN Semenyih - PAS

ADN Ijok - PAS

ADN Hulu Bernam - PAS


Beliau turut menyatakan terdapat dalam kalangan ADUN pembangkang yang menyokong belanjawan berkenaan, sekali gus menunjukkan perbezaan pendirian dalam blok pembangkang ketika pengundian berlangsung.


Abbas menegaskan pendedahan tersebut bukan bertujuan memalukan mana-mana wakil rakyat atau menyekat amalan demokrasi, sebaliknya mahu rakyat mengetahui pendirian ADUN masing-masing.


Katanya, Menteri Besar Selangor turut menyatakan komitmen untuk turun ke kawasan yang terjejas akibat banjir, termasuk kawasan yang diwakili ADUN pembangkang.


“Ini bukan belanjawan politik, ini belanjawan rakyat, ini belanjawan untuk negeri Selangor,” tegasnya.


Sementara itu, Mariam berkata, Belanjawan Selangor 2027 bukan sahaja melibatkan peruntukan pembangunan, malah merangkumi perbelanjaan pengurusan termasuk pembayaran gaji, elaun dan bonus kakitangan awam.


Beliau menyifatkan tindakan tujuh ADUN berkenaan mengambil pendirian berkecuali sebagai tidak adil memandangkan belanjawan tersebut turut melibatkan kebajikan dan kepentingan penjawat awam.


Abbas berharap semua wakil rakyat mengetepikan perbezaan ideologi politik ketika berhadapan dengan bencana serta memberikan keutamaan kepada usaha menyelesaikan permasalahan rakyat.




WALAUN TERSAKITI...TAMBAH TAMBAH TAK DAPAT DUIT RUMAH.

 






Saya nampak ada beberapa posting walaun yang copy paste exactly tulisan yg sama. Saya assume ianya adalah orchastrated by team CT walaun. 


Ia menggambarkan seolah perkara ini pertama kali dibuat padahal telah ada beberapa precedences sebelum ini termasuk pemberian tanah berstatus institusi di zaman PN. 


Kenapa tidak timbul isu mekanisma? 


Hakikatnya ialah kamu sebenarnya sudah terciduk dan sedang cuba menyorokkan wajah rasis kamu. 


Situ duduk!




DAH DIA LAKUKAN YANG TERBAIK. SEPATUTNYA LAMA DAH DIA DUDUK TEMPAT TU.

 


NAJIB Sa KAU



Ertinya kau tak percaya qada' dan qadar Allah, walaupun kau sokong atau tidak jika ia dah ketentuan dari Allah Anwar tetap jadi PM. Jangan sampai kau terkeluar dari Akidah , bertaubat l





10 Sebab Walaun koyak dengan PMX




 Kami Viral




10 Sebab Walaun koyak dengan PMX

👇👇👇
* EKONOMI MALAYSIA BERKEMBANG MELEBIHI 5%
* PELABURAN DILULUSKAN MENCECAH RM426.7 BILION
* RINGGIT ANTARA MATA WANG BERPRESTASI TERBAIK ASIA
* DEFISIT FISKAL BERJAYA DIKURANGKAN
* BANTUAN STR DIPERLUASKAN
* SARA DIPERKENALKAN BAGI MEMBANTU KOS SARA HIDUP
* BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN RM200 UNTUK SEMUA MURID
* MALAYSIA NAIK KE TANGGA KE-15 DAYA SAING GLOBAL
* REFORMASI PEROLEHAN KERAJAAN DAN KETELUSAN KONTRAK
* SUARA MALAYSIA SEMAKIN DISEGANI DI PENTAS ANTARABANGSA




PASCA KEPUTUSAN ICJ: BANGLADESH GERAK PELAN 18 BULAN HANTAR PULANG, DI MALAYSIA PULA DIGESA TERUS SIMPAN?

 







PASCA KEPUTUSAN ICJ: BANGLADESH GERAK PELAN 18 BULAN HANTAR PULANG, DI MALAYSIA PULA DIGESA TERUS SIMPAN?
Keputusan bersejarah Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 19 November lalu yang mensabitkan Myanmar atas jenayah genosid terhadap etnik Rohingya sepatutnya menjadi titik noktah kepada krisis pelarian yang berlarutan hampir sedekad.
Namun, reaksi dua negara yang paling terkesan dengan lambakan pelarian ini Bangladesh dan Malaysia memperlihatkan perbezaan hala tuju yang sangat ketara.
1. Bangladesh: Guna ICJ Sebagai Tiket Hantar Pulang
Tidak sampai 24 jam selepas penghakiman dibacakan di The Hague, kerajaan Bangladesh melalui Menteri Negara Hal Ehwal Luarnya, Humayun Kabir, terus bertindak pantas. Dhaka mengumumkan pelan diplomatik agresif bersama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi membuka laluan penghantaran pulang pelarian Rohingya ke Negeri Rakhine dalam sasaran tempoh 12 hingga 18 bulan.
Bagi Bangladesh yang menanggung lebih sejuta pelarian, penghakiman ICJ bukan sekadar kemenangan moral di atas kertas, tetapi alat tekanan undang-undang untuk menuntut pampasan dan memulangkan semula beban tersebut ke tempat asalnya demi kelangsungan negara dan rakyat mereka sendiri.
2. Malaysia: Retorik Diplomatik dan Desakan Jangan Hantar Pulang
Di Malaysia yang ketika ini menampung lebih 133,400 pelarian Rohingya berdaftar dengan UNHCR (belum termasuk yang tidak berdaftar) situasinya jauh berbeza:
- Tiada Garis Masa Konkrit: Wisma Putra dalam kenyataannya pada 22 November sekadar mengulangi nada diplomatik biasa iaitu menghormati keputusan ICJ dan berjanji akan terus berunding dengan PBB, OIC, serta ASEAN untuk mencari penyelesaian menyeluruh dan berkekalan. Tiada sebarang sasaran tempoh atau pelan penghantaran pulang diumumkan kepada rakyat tempatan yang semakin terhimpit dengan persaingan ekonomi serta isu sosial.
- Kecelaruan Isu Penempatan Ketiga: Belum pun reda rasa tidak puas hati rakyat terhadap ketiadaan pelan jangka panjang, negara dikejutkan pula dengan pengumuman cadangan menghantar 10,000 pelarian Rohingya ke Turkiye yang akhirnya dinafikan sekeras-kerasnya oleh Ankara sebagai tidak berasas, manakala menteri Kabinet sendiri mendedahkan perkara itu belum pernah dibincangkan di peringkat Jemaah Menteri.
- Desakan SUHAKAM Pertahan Keberadaan Pelarian: Lebih ironi, pada 21 November lalu, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) tampil mendesak kerajaan menghentikan serta-merta sebarang penghantaran pulang pelarian dan pemohon suaka ke Myanmar selagi keselamatan mereka tidak dijamin sepenuhnya.
Persoalan kepada Pembuat Dasar
Dari sudut pemerhatian dasar awam, hak asasi pelarian memang perlu dihormati mengikut lunas undang-undang antarabangsa. Namun, apabila negara lain sudah mula menyusun jadual waktu untuk memulangkan pelarian ke tanah air mereka, Malaysia pula kelihatan masih selesa dengan retorik mesyuarat serantau, sambil institusi dalam negara sendiri mendesak agar pintu penghantaran pulang terus ditutup.
Sampai bilakah rakyat Malaysia perlu terus menjadi tuan rumah tetap tanpa sebarang garis masa yang jelas, tatkala negara jiran sudah pun merangka jalan keluar?
Apa kata ANDA?
Tenang studio
PASCA KEPUTUSAN ICJ: BANGLADESH GERAK PELAN 18 BULAN HANTAR PULANG, DI MALAYSIA PULA DIGESA TERUS SIMPAN?






“Yang tak perform tiga kali PRN parti lain, tapi Presiden parti kami (Umno) yang kena letak jawatan.

 






Tindakan anak Presiden Umno, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid mempertikaikan desakan supaya bapanya meletakkan jawatan mengundang pelbagai reaksi netizen.

Menerusi hantaran di Facebook, Nurulhidayah mempersoalkan mengapa presiden partinya didesak meletakkan jawatan sedangkan menurutnya, parti lain yang gagal menunjukkan prestasi dalam tiga pilihan raya negeri (PRN).
“Yang tak perform tiga kali PRN parti lain, tapi Presiden parti kami (Umno) yang kena letak jawatan.
"Pasai paa? Pelik-pelik sungguh keinginan hangpa,” tulis Exco Wanita Umno berkenaan.
Bagaimanapun, kenyataan itu mendapat respons netizen yang membangkitkan kembali kata-kata yang dikaitkan dengan bapanya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, mengenai campur tangan anak-beranak dalam urusan politik.
Seorang pempengaruh, Jason Yew turut mempersoalkan mengapa ruangan komen hantaran berkenaan ditutup.
“Buat status, lepas tu tutup komen. Banyak cantik ya!” perlinya.
Jason turut mengungkit kenyataan yang pernah diucapkan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkenaan, iaitu ‘Anak-beranak campur ni apa hal?’
“Sekarang, janganlah terkejut kalau orang ungkit balik kata-kata sendiri,” katanya.
Seorang lagi pengguna Facebook, Rfhan Affan turut memberikan respons dengan mengulangi sindiran hampir sama.
“Anak masuk campur apa hal,” tulisnya disertai emoji ketawa.
(Klik pautan di ruangan komentar untuk laporan penuh)