Maksudnya nampak di depan macam baik, tapi dalam hati berniat jahat.
Selesai PRN N9, elok saja mereka ni pergi menghadap, pastinya dengan muka penuh sopan dan berbudi bahasa.
Tapi apa yang terjadi selepas itu kita semua pun tahu.
Tanpa pedulikan perintah injunksi status quo Mahkamah, ditunggangnya adat, habis haru-biru seluruh negeri.
Sekarang, dah taktau nak pusing ke mana. Kiri salah, kanan salah, jalan terus langgar tembok.
Akhirnya terpaksa u-turn semula.
Memang kerja gila nak turunkan Raja yang puak mereka juga angkat sumpah untuk taat setia.
Kalau nak ikutkan tahap kurang ajar mereka tu, tak ada perkataan Melayu lain yang boleh gambarkan kecuali si** dan cel***.
Orang Negeri Sembilan kena faham, tak ada sidang DUN, tak ada belanjawan dibentangkan.
Habis rakyat seluruh negeri sengsara.
Tuanku Muhriz juga manusia, orang yang lebih berusia, ada hati dan perasaan.
Kalau ikutkan kata hati, mati; kalau ikutkan rasa, binasa.
Bersyukurlah rakyat Negeri Sembilan ada Raja yang mampu tolak ketepi perbezaan untuk kelangsungan Negeri Sembilan.
Walaupun dalam hati Baginda mungkin rasa nak tampar sorang-sorang mereka ini secara bergilir.
Hish aku la.

No comments:
Post a Comment