TON DAN HADAM


 

TERUK DAH


 

RUPA RUPANYA TAHUN 2024 TAHUN MELAWAT KELANTAN. JOM LIHAT VIDEO IKLAN


 

RUPANYA RAMAI YANG TAK SUKA BILA NAK TANGKAP PENYAKAW DAN KEMBALIKAN DUIT PADA RAKYAT. MEREKA MASIH TAMAK


 

DENGAR BAIK BAIK WAHAI MELAYU


 

KESIANNYA PAS NI YA


 

UN BANTUAN DAH KELUAR TU


 

BODONYA YB NI.


 

INTI PATI PERTEMUAN PM ANWAR DAN PM ISHIBA ❗️








✅ Malaysia dan Jepun bersetuju untuk mengukuhkan kerjasama dalam pendidikan bagi mempertingkatkan hubungan dua hala ke tahap perkongsian  strategik yang lebih menyeluruh


✅ Jepun bersetuju berkongsi kepakaran, pengalaman dalam pengurusan risiko bencana dengan Malaysia


✅ Sebagai sebuah negara Islam, Malaysia memainkan peranan penting dalam menghubungkan Asia Tenggara dengan Timur Tengah


✅ Jepun sedia pererat hubungan dengan ASEAN yang menjadi keutamaan dalam diplomasi Kepengerusian Malaysia 2025


✅ PM Jepun menjemput Datuk Seri Anwar Ibrahim dan delegasi perniagaan Malaysia ke Ekspo Osaka 2025 tahun ini


✅ Petronas, Petros akan bekerjasama dalam sektor hidrogen di Sarawak, disokong oleh teknologi dari pihak konsortium Jepun diharap dapat dimudah cara menjelang Mei tahun ini 


✅ Malaysia setuju menyokong inisiatif Jepun untuk menjadi pengerusi  bersama dalam mesyuarat para menteri pada Julai mengenai pembinaan semula Gaza


✅ Jepun akan terlibat dalam pemprosesan REE di Malaysia 


✅ Malaysia dan Jepun membincangkan keperluan untuk mengekalkan keamanan serta Kod Tatalaku di Laut China Selatan


Sumber: Sidang Media Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba, Putrajaya, 10 Januari 2025


#MalaysiaMADANI 

#MyASEAN2025 

🇲🇾 🤝 🇯🇵



TUNGGANG YANG TAK JADI SEMUANYA

 

Jokers


Tunggang Krismas... Tak jalan. Tunggang Hanayo... Tak jalan. Tunggang Najib... Tak jalan. Tunggang Addendum... Tak jalan. Jumaat lepas demo... Tak jalan. Isnin lepas demo... Tak jalan. Ok.. kita dah bagi depa syok balun kita sejak Krismas kan? Tak jadi apa kan? Our Turn

Tunggang Krismas... Tak jalan. Tunggang Hanayo... Tak jalan. Tunggang Najib... Tak jalan. Tunggang Addendum... Tak jalan. Jumaat lepas demo... Tak jalan. Isnin lepas demo... Tak jalan. Ok.. kita dah bagi depa syok balun kita sejak Krismas kan? Tak jadi apa kan? Our Turn




Laungan Reformasi Sambut PM Anwar Bersolat Jumaat Di Masjid India

 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meninjau kawasan sekitar Masjid India selepas menunaikan solat Jumaat, hari ini. Foto Iskandar Ishak

KUALA LUMPUR, 10 Jan – Laungan keramat ‘Reformasi’ menyambut ketibaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid India, di sini tengah hari tadi.

Anwar yang juga Menteri Kewangan dilihat tiba di Masjid India kira-kira pukul 1.15 tengah hari bagi menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan.

Masjid India merupakan salah satu monumen ikonik selain Masjid Jamek menempatkan peserta himpunan itu dalam beberapa siri demonstrasi terhadap kerajaan pada 1998 hingga 2015 ketika itu.

Terdahulu Anwar yang juga Menteri Kewangan meraikan majlis makan tengah hari bagi meraikan lawatan dua hari Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba dan isteri di Seri Perdana jam 11.50 pagi.

Lawatan Ishiba ke Malaysia merupakan yang pertama sejak mentadbir negara matahari terbit itu pada Oktober tahun lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Jepun, Shigeru Ishiba usai majlis sambutan rasmi Perdana Menteri Jepun itu di Putrajaya pada Jumaat. Foto Bernama

Anwar dan lebih 5,000 jemaah turut mendengar khutbah bertajuk ‘Memuliakan Rejab, Menggarap Mustajab’ yang disampaikan Imam Masjid India, Ustaz Nasrul Haq Abdul Latif.

Khutbah tersebut antara lain mengingatkan dalam Al-Quran bahawa terdapat empat bulan ‘haram’ daripada bilangan 12 bulan setahun yang dimuliakan dalam kalendar Hijriah.

Ia antara lain menyebut empat bulan haram tersebut ialah Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab yang memiliki kedudukan istimewa kerana amalan kebaikan dilipatgandakan pahalanya, sebaliknya dosa yang dilakukan lebih besar kesannya.


PM Anwar Rai PM Jepun Dalam Majlis Makan Tengah Hari Di Seri Perdana

 


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meraikan lawatan rasmi Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba dengan majlis makan tengah hari di Seri Perdana pada Jumaat. Foto Bernama

PUTRAJAYA, 10 Jan – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menganjurkan majlis makan tengah hari bagi meraikan rakan sejawatnya dari Jepun, Shigeru Ishiba di Seri Perdana di sini pada Jumaat.

Ishiba bersama isterinya, Yoshiko dan delegasi Jepun yang tiba di Malaysia semalam, untuk lawatan rasmi dua hari, disambut oleh Anwar di kediaman rasmi Perdana Menteri, Seri Perdana jam 11.50 pagi.

Turut hadir isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Dr Wan Ismail, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba diperkenalkan dengan barisan kepimpinan kerajaan Malaysia sempena lawatan rasmi dua hari ke Malaysia di Perdana Putra pada Jumaat. Foto JPA

Terdahulu, Ishiba menerima sambutan rasmi di Perdana Putra, diikuti dengan pertemuan empat mata dengan Perdana Menteri dan seterusnya mengadakan sidang akhbar bersama yang disiarkan secara langsung menerusi televisyen dan di platform media sosial.

Hubungan Malaysia dengan Jepun bertambah kukuh dengan peningkatan hubungan dua hala kepada Perkongsian Strategik Komprehensif yang dipersetujui pada Disember 2023.

Untuk rekod, Jepun merupakan rakan ekonomi utama bagi Malaysia dengan sejumlah 2,821 projek pembuatan yang membabitkan penyertaan Jepun dilaksanakan di Malaysia setakat Jun 2024.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalaman dengan Perdana Menteri Jepun, Shigeru Ishiba ketika majlis sambutan rasmi Perdana Menteri Jepun itu di Putrajaya pada Jumaat.

Projek-projek ini mewakili pelaburan bernilai RM105.2 bilion (US$30.4 bilion) dan mewujudkan 344,996 peluang pekerjaan.

Jepun adalah pelabur asing keempat terbesar dalam sektor pembuatan Malaysia dan rakan dagang keempat terbesar Malaysia, dengan jumlah dagangan bernilai RM156.75 bilion (US$34.41 bilion) pada 2023.




Kementerian Wilayah Diminta Perbaiki Premis Niaga Uzur Sekitar Masjid India – PM Anwar

 


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meninjau keadaan sekitar Jalan Masjid India termasuk memeriksa awam selepas menunaikan Solat Jumaat di Masjid India pada Jumaat. Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 10 Jan – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meminta Kementerian Wilayah Persekutuan menerusi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk meninjau kawasan perniagaan yang usang, uzur dan memerlukan penambahbaikan di Jalan Masjid India.

Anwar berkata, deretan kedai dan gerai termasuk yang telah bertapak sekian lama di kawasan berkenaan adalah kawasan tarikan utama pelancong di ibu kota yang perlu diambil perhatian.

“Ada kedai yang rosak, ada yang teruk (keadaannya). Saya minta DBKL, Kementerian Wilayah Persekutuan lihat dan segerakan (baik pulih). Ini kawasan tumpuan ramai.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra bersama jemaah selepas menunaikan Solat Jumaat di Masjid India pada Jumaat. Foto Bernama

“Ini boleh dilakukan dan diselesaikan menggunakan kaedah ‘fast track’ bagi memberi keselesaan kepada pengunjung dan pada masa yang sama, membantu peniaga dan penjaja kecil memajukan perniagaan mereka,” katanya selepas melakukan tinjauan di sekitar Jalan Masjid India, hari ini.

Terdahulu, Anwar menunaikan solat Jumaat di Masjid India yang turut dihadiri kira-kira 5,000 jemaah.

Anwar bersama jemaah kemudian mendengar khutbah bertajuk ‘Memuliakan Rejab, Menggarab Mustajab’ yang disampaikan oleh Imam Masjid India, Nasrul Haq Abdul Haq.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meninjau kawasan sekitar Masjid India selepas menunaikan solat Jumaat, hari ini. Foto Iskandar Ishak

Isi khutbah yang disediakan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) itu menyeru umat Islam wajib memuliakan bulan Rejab kerana ia termasuk salah satu daripada empat bulan haram yang dimuliakan oleh Allah SWT.

Umat Islam juga disaran untuk mempertingkatkan amalan-amalan soleh terutamanya dengan memperbanyakkan berpuasa sunat pada bulan ini sebagai persiapan menyambut Ramadan.


BERITA TERKINI! UMNO sorok titah Adendum- KJ | PAS tak layak bawa imej ISLAM.



Antara menarik petang ini: 1. Tidak layak jadi ‘role model’ perjuang islam dan Melayu, Amanah tempelak PAS. 2. Khairy Jamaluddin tuduh Azalina Othman subahat sembunyi titah addendum Najib. 3. Isham Jalil desak Shamsul Iskandar mohon ampun kepada Sultan Pahang. 4. Ketua penerangan Bersatu cadang PM Anwar jadi mascot pelancongan negara. 5. Tun M dedah perbualan anaknya dengan anak Abdullah Badawi berhubung giliran mengaut kekayaan. 6. Najib beritahu, kemungkinan Jho Low Kongsi nombor akaun dengan pemberi sumbangan. Ikuti perkembangan semasa isu-isu panas politik Malaysia, setiap hari, hanya di NextStep Malaysia 🇲🇾 “Bersama Melangkah Dengan Yakin”









KETERUJAAN RAKYAT SOLAT BERSAMA PMX!DI MASJID INDIA KUALA LUMPUR, TERBAI...

PERKEMBANGAN SAMAN FITNAH BRO ISWARDY TERHADAP ZAMRI MANTOPP! MAKIN PANA...

PAS TUKAR AKIDAH...



 PAS bukan hipokrit lagi dah. Tapi dah tahap 𝗺𝘂𝗻𝗮𝗳𝗶𝗸 𝗵𝗮𝗿𝗮𝗸𝗶! Suatu masa dulu bukan main lagi 𝗺𝗲𝗻𝗲𝗻𝘁𝗮𝗻𝗴 pengampunan hukuman jenayah.



Pemerintah 𝗺𝗲𝗺𝗲𝗴𝗮𝗻𝗴 amanah Tuhan dan 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻𝗻𝘆𝗮 𝗺𝗲𝘄𝗮𝗸𝗶𝗹𝗶 𝗸𝘂𝗮𝘀𝗮 𝗧𝘂𝗵𝗮𝗻. Maksudnya cuma Tuhan yang layak berikan pengampunan.


Hari ni, dia pulak terlebih-lebih isu pengampunan. PAS dah tukar akidah ke? Sebab Islam tak pernah berubah. Kalau fatwa PAS berubah, maknanya agama PAS yang berubah.


Kali ni pemerintah 𝗱𝗮𝗵 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 mewakili Tuhan pulak? Mana pergi 𝗳𝗮𝗹𝘀𝗮𝗳𝗮𝗵 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺 macam yang PAS tulis ni? 𝘎𝘰𝘯𝘦 𝘸𝘪𝘵𝘩 𝘵𝘩𝘦 𝘸𝘪𝘯𝘥?


PAS betul-betul 𝗺𝗲𝗻𝗰𝗲𝗺𝗮𝗿𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝘀𝘂𝗰𝗶𝗮𝗻 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺. Tukar hukum ikut kepentingan parti. Dia buat Islam macam 𝗵𝗮𝗿𝘁𝗮 𝗺𝗮𝗸 𝗯𝗮𝗽𝗮𝗸 𝗱𝗶𝗮 je. Mak bapak dia pun marah kalau buat harta sesuka hati macam ni. Percaya lagi PAS? 𝘊𝘰𝘯𝘧𝘪𝘳𝘮 𝗯𝗮𝗴𝗵𝗮𝗹. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



JENUH PUSING MACAM NI JIB.

 


Apa yang aku boleh nampak, kaedah Najib bela diri dalam kes 1MDB ni dengan 𝘁𝗮𝗶-𝗰𝗵𝗶 semua kesalahan kepada 𝗝𝗵𝗼 𝗟𝗼𝘄. Senang cerita, Najib nak cipta naratif yang dia 𝗱𝗶𝗽𝗲𝗿𝗱𝗮𝘆𝗮 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗝𝗵𝗼 𝗟𝗼𝘄.



Betul ke tidak dia diperdaya, itu biar mahkamah yang tentukan. Tapi bagi aku, sama ada Jho Low memang perdayakan atau tidak, ia menjadi bukti Najib seorang 𝗽𝗲𝗺𝗶𝗺𝗽𝗶𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗯𝗮𝗶𝗸.


Kalau kata cerita tu rekaan, memang sahlah Najib tu jahat kan? Curi duit rakyat. Tapi kalau kata dia kena tipu dek Jho Low pun, itu menunjukkan lemahnya akal Najib dalam membuat penilaian.


Bayangkan, bila ditanya siapa yang kongsikan 𝗻𝗼𝗺𝗯𝗼𝗿 𝗮𝗸𝗮𝘂𝗻𝗻𝘆𝗮 kepada keluarga diraja Arab Saudi, si Najib jawab 𝗺𝘂𝗻𝗴𝗸𝗶𝗻 𝗝𝗵𝗼 𝗟𝗼𝘄. Maklumat peribadi sendiri pun dia tak boleh jaga, macamana dia jaga maklumat penting negara?


Bila ditanya kenapa tak ucap 𝘁𝗲𝗿𝗶𝗺𝗮 𝗸𝗮𝘀𝗶𝗵 lepas dapat duit, dia kata sebagai 𝗸𝗲𝘁𝘂𝗮 𝗻𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮, 𝗱𝗶𝗮 𝘁𝗮𝗸 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝘂𝘁𝘂𝘀 𝘀𝘂𝗿𝗮𝘁 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶. Adoi la. Lepas jadi PM Najib 𝘥𝘦𝘭𝘦𝘵𝘦 habis ke e-mail dia? Pen pun dia dah lelong?


Kan nampak sangat penipuannya di sini. Suruh walajib ikut perbicaraan ni 𝗿𝗮𝗽𝗮𝘁-𝗿𝗮𝗽𝗮𝘁. Lepas ni jangan kata Najib 𝘁𝗮𝗸 𝗱𝗶𝗯𝗲𝗿𝗶 𝗽𝗲𝗹𝘂𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗹𝗮 𝗱𝗶𝗿𝗶. Bila diberi peluang, dia buat macam sampah. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.

NAK TAHANAN DALAM RUMAH.



 Best jugak kalau Najib 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁 𝘁𝗮𝗵𝗮𝗻𝗮𝗻 𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵.



Satu-satunya cara nak membolehkan Najib dikenakan tahanan rumah ialah dengan menteri mengisytiharkan 𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗡𝗮𝗷𝗶𝗯 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗴𝗮𝗶 𝗽𝗲𝗻𝗷𝗮𝗿𝗮. Itu ikut undang-undang yang ada sekarang.


Tapi bila dah isytihar rumah dia jadi penjara, maknanya rumah tu 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗮𝘀𝗲𝘁 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗹𝗮. Dan keduanya, anak bini dia tak boleh dah duduk rumah tu sebab penjara cuma untuk banduan je.


Melainkan kalau 𝗮𝗻𝗮𝗸 𝗯𝗶𝗻𝗶𝗻𝘆𝗮 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗯𝗮𝗻𝗱𝘂𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗸𝗮𝗹𝗶.


Menarik juga. Patut bagi je la Najib tahanan rumah. Kerajaan dapat aset. Lagi best, dapat halau anak bini Najib keluar. Tapi dorang takde masalah. Takkan la kaya macam tu tak ada rumah lain. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


JIB.. JANGAN CAKAP GITU JIB...

 

RMS


Tak bolehlah cakap mungkin Jib.. mahkamah bukan kedai kopi..tapi untuk mencari bukti samada wujud dan berlaku perkara yang menyalahi undang undang.. jika mungkin.. baik nko cakap Mungkin saya dulu Raja Abdullah..




APA HAK MELAYU YANG KENA RAMPAS.. RAJA RAJA MELAYU MAKIN KUKUH DIBAWAH KERAJAAN INI. KUASA KAMU YANG HILANG DAN BAKAL KE PENJARA... ITU ISU SEBENARNYA


 

KEH.. KEH.. KEH


 

KEPALA HOTAK HANG FADLI... HANG BALIK BUAT PELUANG KERJA DI KELANTAN


 

PAS DAN NGO MELAYU JOM BELA NAJIB DENGAN KES BARU PULA.

 


Ini yang aku kata. Sibuk nak dapatkan pengampunan diraja untuk Najib. Nak 𝘁𝗮𝗵𝗮𝗻𝗮𝗻 𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵. Hakikatnya dia ada lagi kes di mahkamah. Dan nampak gaya yang ini pun 𝗯𝗮𝗸𝗮𝗹 𝗸𝗮𝗹𝗮𝗵. Ke penjara lagi le gamaknya.



Sepertinya biar selesai semua kes. Lepas tu barulah minta pengampunan. Baru berbaloi. Ni katalah Najib dapat tahanan rumah, lepas tu kalah kes 1MDB. 𝗡𝗮𝗸 𝗺𝗶𝗻𝘁𝗮 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗮𝗺𝗽𝘂𝗻𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗿𝗮𝗷𝗮 𝗹𝗮𝗴𝗶? Tak malu ke?


Dah kerja Agong nak ampunkan ko je ke?


Tengok cara Najib bela diri. Surat yang dia kata bukti duit yang masuk akaunnya 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗥𝗮𝗷𝗮 𝗔𝗿𝗮𝗯 𝗦𝗮𝘂𝗱𝗶 tak sebut langsung nama Almarhum. 𝗟𝗮𝗻𝗴𝘀𝘂𝗻𝗴 𝘁𝗮𝗸 𝗮𝗱𝗮! Ini dah macam surat 𝗸𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶 pun ada.


Nanti lepas ni dia kata 𝘁𝗮𝗸 𝗱𝗶𝗯𝗲𝗿𝗶 𝗸𝗲𝗮𝗱𝗶𝗹𝗮𝗻. Sedangkan bila ada peluang bela diri, dia buat 𝗰𝗶𝗻𝗰𝗮𝗶 𝗰𝗶𝗻𝗰𝗮𝗶 𝗷𝗲. Rakyat boleh nampak kalau hujah pembelaan kuat tapi mahkamah tak adil. Tapi yang ni, nampak sangat Najib tak mampu nak bela diri. Lemah! Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


SEDAP

 

RMS


Rancangan diteruskan lagi, kali ni kita terus ke segmen paling diminati.. Semua Salah DAP (SEDAP).. selamat menonton..😇😇




A. KADIR JASIN BANYAK BUNYI


 Lim Sian See


A Kadir Jasin ini banyak bising tentang Najib ketika ini.




Bila Najib dedahkan kekayaan luar biasa wartawan itu pada tahun 2020, dia hilang beberapa hari - siap suspend akaun FB dan blog dia.


Sampai hari ini dia belum jawab bagaimana dia boleh jadi antara pemegang saham terbesar syarikat gergasi MRCB pada tahun 1990an ketika boss dia jadi PM4.


Sekarang dia muncul semula untuk tiap-tiap hari petik nama Najib.


Dia ini juga yang tohmah projek TRX bahawa ianya sekadar lubang besar dalam tanah sahaja.