JENUH PUSING MACAM NI JIB.

 


Apa yang aku boleh nampak, kaedah Najib bela diri dalam kes 1MDB ni dengan 𝘁𝗮𝗶-𝗰𝗵𝗶 semua kesalahan kepada 𝗝𝗵𝗼 𝗟𝗼𝘄. Senang cerita, Najib nak cipta naratif yang dia 𝗱𝗶𝗽𝗲𝗿𝗱𝗮𝘆𝗮 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗝𝗵𝗼 𝗟𝗼𝘄.



Betul ke tidak dia diperdaya, itu biar mahkamah yang tentukan. Tapi bagi aku, sama ada Jho Low memang perdayakan atau tidak, ia menjadi bukti Najib seorang 𝗽𝗲𝗺𝗶𝗺𝗽𝗶𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗯𝗮𝗶𝗸.


Kalau kata cerita tu rekaan, memang sahlah Najib tu jahat kan? Curi duit rakyat. Tapi kalau kata dia kena tipu dek Jho Low pun, itu menunjukkan lemahnya akal Najib dalam membuat penilaian.


Bayangkan, bila ditanya siapa yang kongsikan 𝗻𝗼𝗺𝗯𝗼𝗿 𝗮𝗸𝗮𝘂𝗻𝗻𝘆𝗮 kepada keluarga diraja Arab Saudi, si Najib jawab 𝗺𝘂𝗻𝗴𝗸𝗶𝗻 𝗝𝗵𝗼 𝗟𝗼𝘄. Maklumat peribadi sendiri pun dia tak boleh jaga, macamana dia jaga maklumat penting negara?


Bila ditanya kenapa tak ucap 𝘁𝗲𝗿𝗶𝗺𝗮 𝗸𝗮𝘀𝗶𝗵 lepas dapat duit, dia kata sebagai 𝗸𝗲𝘁𝘂𝗮 𝗻𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮, 𝗱𝗶𝗮 𝘁𝗮𝗸 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝘂𝘁𝘂𝘀 𝘀𝘂𝗿𝗮𝘁 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶. Adoi la. Lepas jadi PM Najib 𝘥𝘦𝘭𝘦𝘵𝘦 habis ke e-mail dia? Pen pun dia dah lelong?


Kan nampak sangat penipuannya di sini. Suruh walajib ikut perbicaraan ni 𝗿𝗮𝗽𝗮𝘁-𝗿𝗮𝗽𝗮𝘁. Lepas ni jangan kata Najib 𝘁𝗮𝗸 𝗱𝗶𝗯𝗲𝗿𝗶 𝗽𝗲𝗹𝘂𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗹𝗮 𝗱𝗶𝗿𝗶. Bila diberi peluang, dia buat macam sampah. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.