PRESS STATEMENT 1 October 2010

PRESS STATEMENT

1 October 2010


Is Zaid being marginalised in PKR?


PKR vice-president Dr Lee Boon Chye's statement against fellow leader Datuk Zaid Ibrahim was played up by all the mainstream media today. The New Straits Times even used it as the main news today, all in an attempt to undermine our party and our efforts to Putrajaya.


What was the reason for Lee to issue such a statement in the first place? Was he trying to portray himself as PKR's champion with the statement or was he instructed by someone to continue the attacks on Zaid?


This is not the first 'anti-Zaid' statement that has come from the party leaders. Even the party's communications directors Nik Nazmi Nik Ahmad has opted to take sides in joining the attacks against Zaid Ibrahim, thus belittling his position which warrants that he remains neutral.


And then we had the deputy president Dr Syed Husin Ali joining the fray. After that vice-president R Sivarasa, Wanita Chief Zuraida Kamaruddin and party strategist Tian Chua have also continued with the attacks.


Strangely all these leaders spoke to the media about this. Why is Lee now criticising Zaid for giving interviews to the media?


It is quite clear that Zaid is being continuously marginalised in the party. The various incidents during PKR cabang elections around the country in the past two weeks will show that the 'anti-Zaid' sentiment is being put in place by someone high-up in the party.


The question is who is responsible for this? Judging by the statements coming out from our very own leaders, including the Ketua Umum who warned of Trojan horses in the party, I can only conclude that these people are all in one group – the group which wants Azmin to defeat Zaid for the deputy's post.


Am I wrong in making this assumption? Based on what's happening in the party, I don't think so. I am starting to believe the stories about the Azmin cartel now.


It will be a sad day for the party if we have to forget our aims and principles, all to ensure Azmin is given a free ride to the top post. I hope not to see that day. Let's allow PKR to remain free and independent.


N Gobalakrishnan

Tel: 016-537 3737


KOMPONEN BN DAH SIAP HADAPI PILIHANRAYA


Ahli MIC beri tumpuan PRU-13

02/10/2010 2:55pm

MELAKA 2 Okt. - Ahli dan pemimipin MIC diminta bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 bagi memastikan kejayaan parti itu dan mengenepikan isu-isu lain, kata Naib Presiden parti, Datuk Dr. S. Subramaniam.

Beliau berkata, yang mustahak adalah bagi semua ahli dan pemimpin memberi tumpuan pada pilihan raya umum akan datang untuk merebut semula kerusi yang MIC tewas pada pilihan raya umum lepas.

"Sekiranya pada pilihan raya umum akan datang, jika MIC tidak berjaya merebut kerusi yang kita hilang ataupun kalah pada pilihan raya umum 2008 maka ini akan menjadi masalah kepada kita (MIC)," katanya di sini hari ini.

Beliau yang juga Menteri Sumber Manusia berkata, keputusan Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu, 74, untuk meletakkan jawatan sebagai presiden pada Januari depan setelah 31 tahun memimpin parti itu, adalah berdasarkan keputusan beliau sendiri dan bukan atas desakan pihak lain sebagaimana yang didakwa.

"Ini satu kehilangan kepada parti kerana beliau (Samy) mempunyai pengalaman yang banyak dan telah berjaya menyatupadukan parti ini.

"Pada satu ketika, apa yang berlaku di MIC seperti apa yang berlaku di Parti Keadilan Rakyat (PKR) sekarang, orang gaduh dan tumbuk (semasa mesyuarat)," katanya. - Bernama


Mat Sabu cabar Putrajaya dedah jumlah kutipan ‘cukai dosa’

TU LA DIA NAINA..LAIN KALI NAINA CAKAP PAKAI OTAK.....PASAI TU UMNO DAH KENA TOLAK OLEH ORANG MELAYU...PASAI SEMUA SEMBAB MACAM NAINA.....NAINA KAYA RAYA,NAINA PANDAI LA CAKAP.....BANYAK LAGI MAMAK YANG HIDUP SUSAH KAT PENANG NI....

October 02, 2010
TASEK GELUGOR, 2 Okt — Pemimpin PAS mencabar kerajaan pusat mendedahkan kepada umum jumlah kutipan wang cukai dosa sejak memerintah negara sepanjang lima dekad lalu ekoran tindakan Umno Pulau Pinang mempertikaikan ‘kesucian’ wang ihsan RM100.

Demikian dinyatakan oleh ahli jawatankuasa kerja pusat PAS Mohamad Sabu dalam ceramah isu semasa di Markas PAS, Pongsu Seribu di sini malam tadi berkata, kerajaan wajib berbuat demikian.

Menurut beliau lagi, kerajaan wajib mendedahkan kepada rakyat negara ini supaya perbezaan antara wang dari cukai dosa seperti pungutan dari sumber judi, arak, cukai rumah urut da pusat hiburan dapat diketahui.

“Tolong hebahkan melalui media massa termasuk media milik BN bahawa sehingga tahun 2010 berapa pungutan dari Toto, Magnum, Kelab Lumba Kuda, Carlsberg serta rumah-rumah urut yang bertaburan dalam negara telah mereka kutip.

“Ke manakah hasilnya jika bukan disatukan sebagai dana disatukan.

“Dari hasil penyatuan inilah gaji kepada kakitangan awam turut dimanfaatkan.

“Oleh kerana itu, sepatutnya Umno dan BN jangan memainkan isu sumber judi yang boleh memudaratkan mereka sendiri,” katanya lagi.

Mohamad juga menyelar tindakan Umno Pulau Pinang yang menimbulkan isu sumber judi di Pulau Pinang bagi membuktikan kepada rakyat kononnya kerajaan negeri tidak layak untuk memerintah.

“Umno di Pulau Pinang sepatutnya sedar, kerajaan negeri tidak mempunyai kuasa untuk meluluskan apa-apa lesen judi.

“Kerajaan pusat yang mereka pimpinlah yang telah meluluskan lesen judi kepada Sports Toto, Magnum Corporation, Genting Berhad, agensi empat nombor ekor serta kilang-kilang yang mengeluarkan arak, pusat penjualan arak dan sebagainya,” katanya.

Mohamad berkata, seandainya isu ini terus dipermainkan oleh Umno dan BN, beliau yakin ia tidak akan mendatangkan mudarat kepada kerajaan Pakatan Rakyat (PR), sebaliknya “tamparan seperti meludah ke langit akan mengenai batang hidung mereka sendiri.”

Katanya lagi, tiada perbezaan antara wang ‘sin tax’ yang dipungut oleh kerajaan pusat yang disatukan dengan pendapatan yang diterima oleh mana-mana kerajaan negeri sekiranya ia tidak diasingkan.

“Dalam konteks kerajaan negeri Pulau Pinang, mereka telah menyatakan terdapat lebihan dari peruntukan sebanyak RM20 juta bagi program penghargaan warga emas.

“Hanya RM10.7 juta yang telah digunakan. Lebihan sebanyak RM9.3 juta lagi masih ada hasil dari sistem cekap, akauntabiliti dan telus yang dilaksanakan,” tegas beliau.

Tambah Mohamad, usaha yang diambil Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN kerusi Penaga, Datuk Azhar Ibrahim baru-baru ini supaya warga emas memulangkan wang penghargaan sebanyak RM100 yang diterima daripada kerajaan negeri juga tidak akan berjaya mempengaruhi majoriti masyarakat Melayu.

Beliau juga tidak menafikan kemungkinan sebilangan warga emas yang telah dibawa ke Pusat Khidmat ADUN Penaga dalam program mengembalikan wang tersebut adalah warga emas yang tidak mendaftar dengan kerajaan negeri atau pun telah diperdayakan bagi retorik politik Umno dan BN.

Baru-baru ini isu wang dari sumber judi yang dislaurkan kepada warga emas dan program miskin tegar telah ditimbulkan oleh Umno Pulau Pinang.

Ketua Pemuda Umno Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Marican Naina Marican telah meminta Ketua Menteri menjelaskan dakwaan yang telah dibuat oleh sebuah blog.

Ketua Menteri turut menafikan dakwaan yang disifatkan sebagai fitnah dan bohong oleh Umno dan BN di Pulau Pinang bagi meraih sokongan masyarakat terhadap mereka.

Ketua Menteri Lim Guan Eng sekali lagi menafikan dakwaan terbaru Reezal bahawa kerajaan negeri menggunakan sumber yang haram bagi program miskin tegar pula.

Exco Kerajaan Negeri, Abdul Malik Abul Kassim juga telah menegaskan dakwaan bahawa wang dari Kelab Lumba Kuda sebanyak RM500,000 digunakan bagi program miskin tegar termasuk masyarakat Islam adalah satu pembohongan.

Sekretariat Pemuda PR sekali lagi telah mengeluarkan kenyataan supaya kesemua 11 ADUN Umno di Pulau Pinang mengembalikan gaji dan elaun yang mereka terima sebelum ini sekiranya mendakwa sumber yang mereka terima itu adalah dari punca yang haram

BANDUAN AKHIR

Banduan Akhir from MalaysiakiniTV on Vimeo.

SETIAP KALI UMNO BERSUARA, AKHIRNYA TERMAKAN DIRI SENDIRI

MALU PUN YA, BUTA PERUT PUN YA....MALU PADA BANGSA LAIN...KAH..KAH..KAHHH.TU LA PIMPINAN UMNO YANG ADA KAT PULAU PINANG



Pemuda DAP: Reezal jangan persoal hak bersuara, bacalah Perlembagaan

October 02, 2010
KUALA LUMPUR, 2 Okt — Loke Siew Fook mendakwa Ketua Penerangan Pemuda Umno Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican “hipokrit” dan “juga buta perlembagaan” apabila merumuskan ketua Pemuda DAP itu tidak boleh mempertahankan kerajaan negeri Pulau Pinang dalam isu wang ihsan.

“Saya berasa amat lucu dengan maklum balas Reezal kerana ini menunjukkan beliau tidak mampu menjawab hujah saya bahawa kerajaan persekutuan Barisan Nasional telah menggunakan sumber hasil perjudian sejak merdeka lagi,” kata Loke.

Pemimpin DAP Sosialis itu menambah, Reezal bukan sahaja buta maklumat dan hipokrit, malah menyifatkan beliau juga seorang yang buta perlembagaan.

Loke merujuk laporan dalam The Malaysian Insider semalam yang memetik Reezal, pemimpin Pemuda Umno dari Pulau Pinang, yang mendakwa beliau tidak mempunyai hak untuk bersuara dalam isu tersebut kerana ini adalah isu Pulau Pinang, malah bukan anak Pulau Pinang.

Oleh itu, Ahli Parlimen Rasah ini menyoal bukankah hak bersuara setiap warganegara Malaysia termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.

“Bukankah Pulau Pinang sebahagian daripada Persekutuan Malaysia?” katanya.

“Jadi, mengapa sebagai warganegara Malaysia saya dinafikan hak saya oleh Reezal untuk bersuara tentang sesuatu isu yang bangkit di sebuah negeri dalam Persekutuan Malaysia?” soal Loke lagi.

Sehubungan itu Loke berkata, beliau mahu Reezal menggunakan masanya sebaik-baik untuk memahami Perlembagaan Persekutuan terlebih dahulu daripada terus membuat tohmahan dan fitnah terhadap kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang.

“Kalau mengikut logik Reezal bahawa seseorang yang bukan anak Pulau Pinang tidak berhak bersuara tentang hal ehwal Pulau Pinang, saya ingin bertanya kepada Reezal sama ada beliau juga mencadangkan bahawa Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga tidak ada hak untuk member komen tentang isu wang ihsan kerajaan Pulalu Pinang kerana Muhyiddin juga bukan anak Pulau Pinang dan berasal dari Johor,” katanya.

Dalam reaksi kepada The Malaysian Insider semalam, Reezal menyifatkan Loke tidak mempunyai hak untuk bersuara dan campur tangan dalam isu wang ihsan kerajaan negeri Pulau Pinang yang dipersoalkan pihaknya.

“Beliau (Loke) tiada hak untuk bercakap soal ini (wang ihsan), beliau orang luar bukan rakyat Pulau Pinang.

“Lagipun ini hal rumah tangga rakyat Pulau Pinang, jadi biar rakyat dan Ketua Menteri (Lim Guang Eng) sahaja yang terlibat,” kata Reezal kepada The Malaysian Insider.

Isu ini dilihat sebagai serangan terbaru Umno-BN terhadap pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

Tambahnya, sebagai anak kelahiran Pulau Pinang beliau mempunyai hak untuk membawa rintihan rakyat di negeri itu.

“Saya bercakap sebagai seorang rakyat Pulau Pinang dan apa yang saya cuba bawa ini adalah rintihan rakyat,” katanya mengulas kenyataan Loke terdahulu, yang mengatakan bahawa beliau buta maklumat dan hipokrit apabila mempersoalkan skim wang ihsan dengan mendakwa ia bersumberkan hasil judi.

Loke berkata buat masa ini sebahagian hasil kerajaan persekutuan juga adalah hasil judi dan ia bukan perkara baru.

Kata beliau, hasil daripada aktiviti perjudian adalah dikategorikan sebagai hasil cukai kepada kerajaan.

Dalam ulasannya, Loke menambah, Pemuda DAP akan terus bersuara untuk mempertahankan kerajaan Pakatan Rakyat dan membongkar sikap hipokrit pemimpin-pemimpin Umno termasuk Reezal.

Beliau juga menegaskan pemimpin Umno Pulau Pinang sepatutnya insaf dengan “kebodohan” mereka untuk terus membangkitkan isu wang ihsan kerajaan Pulau Pinang untuk fakir miskin kerana daripada 100,000 warga emas yang telah menerima wang sagu hati RM100 daripada kerajaan negeri, Umno hanya mampu mendapat 40 warga emas untuk memulangkan wang tersebut.

“Itu hanya 0.04 peratus daripada mereka yang memberi keyakinan kepada kerajaan Pulau Pinang,” kata beliau sambil menambah, 40 orang tersebut juga disyaki diperdaya oleh Umno Pulau Pinang.

“Untuk makluman Reezal juga, saya rakyat Malaysia dahulu dan rakyat Negeri Sembilan kemudian.

“Mungkin beliau rakyat Pulau Pinang terlebih dahulu, rakyat Malaysia kemudian? Kegagalan “Satu Malaysia” lagi!” kata Loke.

APA PULA KURANG AJAR.......ITU BIJAK NAMANYA KERANA CARA PEMAIKAIAN TUDUNG ITU BOLEH DI TIRU SESIAPA SAHAJA





Pergerakan Puteri Umno, membuat laporan polis berhubung tulisan yang didakwa berbentuk manipulasi oleh Malaysian Insider, lapor Umno Online. Menurut ketua penerangannya, Nordiana Shafie, apa yang dinyatakan oleh wartawan portal berita itu, Boo Su-Lyn dalam tulisannya hanya petikan sebahagian daripada ucapan yang disampaikan oleh timbalan pengarah Biro Tata Negara (BTN) Wilayah Persekutuan, Hamim Husin “Wartawan tersebut sengaja memanipulasikannya untuk membangkitkan kononnya Umno adalah parti perkauman,” katanya. Beliau berkata demikian selepas mengiringi exconya Seriwani Sabtu membuat laporan polis berhubung hal terbabit di Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur, semalam. “Mereka tidak beretika, tidak tahu menghormati majlis yang diadakan, dan melakukan sesuatu yang tidak wajar sebagai seorang wartawan,” jelasnya. KATA PUTERI UMNO




Sebenarnya perkara sebegini telah lama berlaku di luar negara sana. Waratwan bukan sahaja menyamar ,malah berlakon untuk mendapatkan bahan sensasi. maka kerana itu kebodohan bukan kepada wartawan yang bijak, akan tetapi kepada puteri yang bongok.

SELEPAS MENYATAKAN PIMPINAN PAS TIADA TOKOH WIBAWA,UMNO PULA LETAK CALON LAMA

SELEPAS MENGUTUK PAS DENGAN MENYATAKAN BAHAWA PAS KEKURANGAN CALON WIBAWA, KINI UMNO MELUDAH KE LANGIT DENGAN MELETAK CALON KULI SEBAGAI GALANG GANTI.










Siapa ketuai BN di Galas? Ku Li terus berteka-teki
Okt 1, 10 8:10PM
"Rakan, rakan, saya tidak berkata ya ataupun tidak. Saya akan menjelaskan berhubung Galas apabila saya pulang ke Malaysia,” tulis Razaleigh di Twitter pada jam 6.35...
Okt 1, 10 4:59PM
NONE "Kita beri lebih ruang pada beliau (selaku pengarah pilihan raya kecil BN) untuk senaraikan (calon) dan kalau fikir ada nama paling tepat, sesuai," kata...







(function() { var d = document, w = window; w

SIDANG PARLIMEN KHAS TENTU KEABSAHAN MAHIADDIN MESTI DIADAKAN SEGERA, BUKANNYA SEPTEMBER

  Kami, Ahli-Ahli Parlimen Pembangkang bersependapat bahawa satu sidang khas Parlimen mesti diadakan SESEGERA MUNGKIN TIDAK LEWAT DARI 9 O...