SATU LAGI KEPELIKAN DI SELANGOR




Berikut adalah kenyataan media Biro Politik PKR yang bermesyuarat malam tadi berhubung kedudukan tiga Exco Pas yang enggan melepaskan jawatan mereka dalam kerajaan negeri Selangor, meskipun kedua-dua parti tiada lagi hubungan politik.

Kenyataan Media

Biro Politik KEADILAN malam ini telah mendengar taklimat dari YAB Dato' Seri Mohamed Azmin Ali, Dato’ Menteri Besar Selangor merangkap Timbalan Presiden KEADILAN, berhubung situasi di Negeri Selangor ekoran keputusan Majlis Syura Ulama PAS yang membatalkan tahaluf siyasi di antara PAS dengan KEADILAN.

Biro Politik KEADILAN mengambil maklum penjelasan yang diberikan YAB Dato' Menteri Besar Selangor bahawa, walaupun mereka bukan sebahagian dari Pakatan Harapan, kesemua 13 Ahli Dewan Negeri dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor dari PAS telah bersetuju untuk terus menyokong dasar bersama Kerajaan Negeri Selangor berasaskan Buku Jingga, dan meneruskan keyakinan terhadap kepimpinan Dato' Menteri Besar Selangor YAB Dato' Seri Azmin Ali.

Biro Politik KEADILAN turut bersetuju dengan pendekatan YAB Dato’ Menteri Besar Selangor untuk menjamin kestabilan Kerajaan Negeri menjelang PRU 14 dan meneruskan usaha membangunkan Negeri Selangor selaras dengan mandat besar rakyat pada PRU 13.

Biro Politik KEADILAN yakin terhadap kepimpinan YAB Dato' Seri Mohamed Azmin Ali untuk terus menerajui Kerajaan Negeri sebagai Dato' Menteri Besar Selangor dan melaksanakan pembangunan negeri demi kemakmuran dan kesejahteraan rakyat Selangor.

YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden KEADILAN
23 Mei 2017.


Jelas kini bahawa tiga Exco Selangor daripada Pas akan terus memegang jawatan masing-masing, sekurang-kurangnya sehingga PRU 14 akan datang diadakan.

Selepas Pas berkeras tidak mahu meletakkan jawatan mereka, nampaknya PKR  juga tiada keberanian untuk menyingkirkan tiga Exco berkenaan.

Maka, bukan saja tiga Exco berkenaan terus kekal menerima gaji, elaun dan kemudahan-kemudahan lain daripada kerajaan Pakatan Harapan yang Pas tiada hubungan dengannya, bahkan lebih 5,000 penjawat yang lain yang terdiri daripada ketua kampung, ahli jawatankuasa surau dan masjid, pelbagai jawatan lain dalam majlis perbandaran, majlis daerah dan GLC milik kerajaan negeri masih boleh terus bergembira dengan gaji yang diterima.

Alasan yang diberikan Azmin dalam penjelasannya ialah sebagaimana perenggan kedua kenyataan media Biro Politik  yang antara lain berbunyi, "walaupun mereka bukan sebahagian dari Pakatan Harapan, kesemua 13 Ahli Dewan Negeri dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dari Pas telah bersetuju untuk terus menyokong dasar bersama Kerajaan Negeri Selangor berasaskan Buku Jingga dan meneruskan keyakinan terhadap kepimpinan Dato' Menteri Besar YAB Datuk Seri Azmin Ali."

Dengan kata lain, dua asas yang menjadikan tiga Exco itu dikekalkan ialah kerana mereka sedia menyokong dasar kerajaan negeri berasaskan Buku Jingga dan juga menyokong kepimpinan Azmin di Selangor.

Bukankah ini sesuatu yang pelik?

Tiada hubungan politik, tetapi masih boleh berada dalam kerajaan negeri hanya semata-mata kerana sedia menyokong dasar kerajaan negeri dan juga menyokong kepimpinan Menteri Besar?

Wakil rakyat Pas nampaknya sanggup menyokong dasar kerajaan negeri Selangor dan menyokong kepimpinan Azmin yang kedua-duanya adalah sebahagian daripada Pakatan Harapan yang dimusuhi semata-mata kerana ingin mempertahankan jawatan serta gaji yang lumayan.

Kepada siapa wala' tiga Exco Pas ini sebenarnya?

Kepada kerajaan negeri Pakatan Harapan yang didalamnya ada DAP dan Amanah atau kepada dasar perjuangan Pas sendiri yang memutuskan hubungan dengan PKR?

Bolehkah seseorang ahli politik mempunyai dua kesetiaan?

Selain itu, dengan kekalnya mereka itu dalam kerajaan negeri, bagaimana kedudukan mereka ketika kempen PRU 14 diadakan nanti?

Adakah ketika itu mereka akan terus menyokong dasar kerajaan dan kepimpinan Azmin sedangkan mereka bertanding atas tiket Pas yang bermusuh dengan Pakatan Harapan?

Kenapa kerajaan negeri Pakatan Harapan Selangor begitu lemah sehingga membiarkan musuh yang dikenali terus berkeliaran dalam rumah sendiri? (ShahbudinHusin 24/05/2017).

Syarikat China rakan kongsi Proton Holding





Cerdik juga rupanya...yang ada dijual bagai..bukan nak tingkatkn teknologi dan kepakaan..tapi jaan mudah jual..kalau India..bukan sahaja teknologi Russia dikuasai..malahan Jet pejuang dari negara itu ditingkatkan teknologinya...Sebab itu, bila Najib nak jual MIG 29..India sedia membelinya kerana India mempunyai kepakaran dalam meningkatkan keupayaan MIG...





Syarikat DRB-Hicom akan menjual 49.9 peratus ekuiti dalam Proton Holding kepada syarikat pembuat kereta China, Kumpulan Geely Holding.
Menurut DRB-Hicom, yang dipetik oleh portal The Star kedua-dua pihak telah mencapai persetujuan dan akan memeterai Perjanjian Definitif pada Julai 2017.
Syarikat bermasalah itu juga dilaporkan akan menjual semua kepentingannya dalam syarikat pembuat kereta British, Lotus kepada Geely.
"Perjanjian itu juga akan menyaksikan Proton menjual keseluruhan ekuitinya dalam Lotus kepada Geely Holding, yang akan melihat kumpulan itu tidak lagi akan berkecimpung dalam segmen kereta sport," kata DRB-Hicom.
Dengan keputusan itu, Geely yang menguasai Geely Automobile Hong Kong dan Kumpulan Kereta Volvo Sweden menjadi pemilik kereta nasional negara yang diasaskan pada tahun 1983 oleh bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad.
Geely Holding, yang juga memiliki The London Taxi Company, adalah antara syarikat pembuat kenderaan penumpang terkemuka di China.
Ia mempunyai kemudahan di sebahagian besar dunia, termasuk 16 kilang pembuatan, tujuh studio reka bentuk dan lima pusat penyelidikan dan pembangunan.
Pengarah Urusan DRB-Hicom, Datuk Seri Syed Faisal Albar dipetik berkata, perjanjian itu bagi memastikan jenama Proton akan terus berkembang.
"Hasrat kami adalah sentiasa untuk memastikan nama Proton terus giat semula. Ia adalah jenama kereta nasional pertama di Malaysia dan mempunyai sejarah lebih 30 tahun.
"Perjanjian ini akan menjadi pemangkin untuk meningkatkan jenama yang sebatii dengan rakyat Malaysia," katanya.
Kerajaan, sebelum ini mengarahkan DRB-Hicom, sebuah syarikat berkaitan kerajaan yang dimiliki oleh jutawan Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary, supaya mencari rakan kongsi strategik untuk Proton Holdings sebagai sebahagian daripada syarat sebelum pinjaman mudah RM1.5 bilion disalurkan tahun lalu.

Enam dekad perintah P. Pinang, apa UMNO-BN buat untuk rakyat?




GEORGE TOWN, 24 MEI: Tidak dapat disangkal lagi rakyat Pulau Pinang menikmati banyak manfaat sejak Pakatan Harapan mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri dengan pelbagai dasar pro-rakyat sejak tahun 2008.
Malah, Ahli Majlis di Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Syerleena Abdul Rashid berkata, pencapaian kerajaan negeri Pulau Pinang yang diterajui DAP dalam membantu golongan sasaran berpendapatan rendah mengatasi rekod enam dekad pemerintahan UMNO-Barisan Nasional (BN).
Sebagai contoh, katanya, program Agenda Ekonomi Saksama (AES) yang diperkenalkan sejak 2009 telah memanfaatkan 1,037 keluarga Melayu di negeri itu.
“Program AES merupakan inisiatif membasmi kemiskinan dalam kalangan keluarga miskin tegar bagi menjamin setiap keluarga memperolehi pendapatan sekurang-kurangnya RM790 sebulan.
“Kerajaan negeri akan ‘top-up’ atau tambah nilai perbezaannya setiap bulan sehingga ia genap RM790,” katanya yang juga Penolong Publisiti DAP Pulau Pinang kepada Roketkini.
Ahli Majlis di Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Syerleena Abdul Rashid
Ia, katanya, tidak termasuk program bantuan Penghargaan Kerajaan Negeri seperti Warga Emas, Ibu Emas serta Projek Titian Saksama Rakyat yang disalurkan kepada mereka yang layak tanpa mengira kaum dan agama.
“Banyak lagi contoh yang membuktikan kerajaan negeri pulau pinang berjaya melaksanakan dasar yang pro-rakyat dan bermanfaat.
“Persoalannya sekarang, selama enam dekad Pulau Pinang di bawah pentadbiran UMNO-BN, apakah inisiatif yang diambil oleh mereka untuk meringankan beban rakyat?
“Kalau kita lihat di peringkat persekutuan, melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) menonjolkan betapa keringnya hati mereka terhadap keperitan yang dihadapi rakyat,” katanya, sekaligus menempelak fitnah sesetengah pihak terhadap Pakatan Harapan.
Beliau berkata demikian sebagai merujuk kenyataan Pengarah Strategik BN, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan yang menuduh kononnya kerajaan negeri Pulau Pinang di bawah Pakatan Harapan gagal menunaikan manifesto pilihan raya umum (PRU). 

Tidak bersendiri, Pakatan Harapan saling melengkapi


Mohamad Sabu Mohamad Sabu
Presiden Amanah, Mohamad Sabu menyifatkan gabungan empat parti dalam Pakatan Harapan sebagai saling melengkapi dan meyakinkan rakyat untuk menggantikan Umno-BN di Putrajaya.
Menurutnya, kesepakatan Amanah, PKR, DAP dan Bersatu penting kerana pengalaman pilihan raya lalu membuktikan sikap bersendirian tidak diterima dalam masyarakat majmuk di negara ini.
"Sekarang empat parti masing-masing ada kelebihan. Gabungan empat parti ini saling menampung kekurangan yang ada dalam mana-mana parti. Rakyat melihat inilah alternatif untuk mengambil alih pentadbiran Malaysia.
"Mana-mana parti politik tidak boleh bersendirian kerana keadaan majmuk masyarakat di negara ini. Kuat macam mana Umno pun, dia kena bersama dengan parti-parti lain (membentuk komponen BN)," tegasnya dalam Pidato Pakatan Harapan 'Negara Ini Kita Bina Bersama' di Gombak kelmarin.
Tanpa menyebut secara langsung nama Pas, beliau yang mesra dikenali sebagai Mat Sabu menganggap 'parti yang bersendirian' itu tidak perlu dipedulikan lagi memandangkan banyak usaha sebelum ini mengajak parti tersebut untuk bersama-sama melawan Umno-BN tidak berhasil.
"Kita gembira bila ramai kawan. Ada parti itu suka duduk sorang-sorang. Biarkanlah," katanya sebelum menggunakan panggilan 'kami' merujuk kepada pengalamannya yang bergiat dalam Pas selama hampir 40 tahun.
Beliau menceritakan Pas meraih banyak kejayaan dalam pilihan raya apabila bersama-sama membentuk blok pembangkang menentang Umno-BN.
"Kami (Pas) pernah bersendirian dulu. Bila berceramah ramai yang hadir. Kadang-kadang mencecah puluhan ribu. Datang pilihan raya, tidak menang kerana kaum lain tidak mengundi kami.
"Tetapi bila kami bersama Pakatan Rakyat baru menang lima negeri pada 2008 kerana kita bermuafakat. Kekuatan satu parti tidak boleh menang di Malaysia ini tetapi kalau bergabung kita boleh menang," tegas bekas Timbalan Presiden Pas itu.
Sehubungan itu, beliau menggesa rakyat tidak lagi mengadu-domba sentimen perkauman yang sebenarnya hanya memanjangkan hayat Umno-BN untuk terus berkuasa.
"Hentikan gembar-gembur isu perkauman. Saya sudah meluat dengan isu perkauman ini yang dimainkan untuk survival Umno-BN.
"Kalau tiada isu perkauman ini mereka (Umno-BN) tidak boleh menang. Sekarang Tun Mahathir bersama kita meruntuhkan isu perkauman ini," ujarnya disambut tepukan gemuruh hadirin yang memenuhi Dewan Sri Siantan di Selayang itu.
Beliau berpendapat kejayaan meruntuhkan sentimen perkauman sempit menjadikan rakyat memilih pemimpin berdasarkan nilai kebertanggungjawaban.
"Bila runtuh semangat perkauman, orang memilih wakil rakyat berdasarkan kualiti khidmat dan yang mengamalkan 'good governance' (urus tadbir baik), sudah pasti rakyat memilih Pakatan Harapan," tambahnya lagi.

Majlis Presiden boleh murnikan calon bakal PM, kata Amanah


Datuk Seri Anwar dicadangkan sebagai PM ke 7 oleh Kongres PKR.Datuk Seri Anwar dicadangkan sebagai PM ke 7 oleh Kongres PKR.
Amanah yakin Majlis Presiden Pakatan Harapan mampu memurni dan menyelesaikan perbezaan pendapat tentang calon perdana menteri jika Pakatan Harapan memerintah negara ini.
Timbalan presiden Amanah, Salahudin Ayub berkata, dengan dibarisi oleh pemimpin yang sudah berpengalaman panjang dalam politik, mereka mampu menyelesaikan perkara ini dengan baik.
Salahudin Ayub... Allahyarham Ustaz Fadzil pernah cadangkan Anwar sebagai PM.Salahudin Ayub... Allahyarham Ustaz Fadzil pernah cadangkan Anwar sebagai PM."Dengan adanya Tun Dr Mahathir, Kak Wan Azizah, Mohamad Sabu dan Lim Kit Siang, saya penuh yakin mereka boleh memurnikan isu ini dengan baik.
"Saya juga yakin rakyat memang menunggu apa pemurniaan yang akan dibuat oleh Majlis Presiden," kata Salahudin.
Beliau tidak menyalahkan kongres PKR baru-baru ini yang mencalonkan pemimpin mereka Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi perdana menteri ke 7.
"Itu hak kongres PKR untuk mencalonkan pemimpin mereka. Parti lain pun berhak berbuat demikian.
"Esok atau lusa, Amanah, Bersatu atau DAP sekalipun boleh mencalonkan pemimpin masing-masing tetapi Majlis Presiden yang perlu memurnikannya dan mereka layak berbuat demikian," kata Salahudin mengulas tindakan kongres PKR yang mencalon Anwar sebagai calon PM.
Lagipun, katanya, nama Anwar sudah dicalonkan sebagai bakal PM sejak menjelang pilihan raya ke 10 iaitu pada tahun 1999 lagi.
"Allahyarham Datuk Fadzil, presiden Pas ketika itu sendiri mencalonkan Anwar. Jadi kalau diulangi oleh Kongres PKR, ia bukan sesuatu yang janggal.
"Cuma sekarang Majlis Presiden Pakatan Harapan kena putuskan siapa PM ke 7 sebelum Anwar jadi PM ke 8 kerana sekarang ini Anwar berada dalam penjara," kata Salahudin.
Sebelum ini, Tun Dr Mahathir telah dinamakan sebagai penasihat dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail sebagai pengerusi Pakatan Harapan.
Tiga pemimpin turut dinamakan sebagai naib pengerusi iaitu Mohamad Sabu (Presiden Amanah), Tan Dri Muhyiddin Yassin (Presiden Bersatu) dan Lim Guan Eng (Setiausaha Agung DAP).
Namun ia belum disahkan lagi oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan yang dijangka akan bermesyuarat tidak lama lagi sebelum nama-nama itu dikemaskini dan difailkan kepasa Pendaftar Pertubuhan ketika pendaftaran Pakatan Harapan dibuat.

Pas beri talian hayat kepada Umno?


Faiz Fadzil forumFaiz Fadzil forumPas sebenarnya memberi talian hayat kepada Umno yang pada masa ini nyawa-nyawa ikan ekoran tidak lagi popular dalam kalangan rakyat, tegas Timbalan Ketua Pemuda Amanah Nasional, Faiz Fadzil.
Ujarnya, Pas seolah-olah tidak memahami ungkapan 'musuh kepada musuh aku adalah rakanku' apabila secara jelas berada di pihak Umno yang terhimpit dengan pergolakan politik dalaman parti dan urus tadbir negara yang korup dan zalim terhadap rakyat. 
Beliau berpendapat demikian ketika mengulas penafian Ketua Pemuda Pas, Khalil Abdul Hadi bahawa partinya bukan talian hayat bagi Umno dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ketika diwawancara akhbar tempatan baru-baru ini.
Pas, jelasnya, tidak mencerminkan kematangan dalam politik dan tidak berpijak di bumi yang nyata memandangkan perkembangan mutakhir menyaksikan Pas tidak lagi lantang menentang Umno-BN tetapi pada masa sama galak menyerang Pakatan Harapan.
"Tambahan pula, pengumuman Presiden Umno Najib Razak dalam sambutan 71 tahun bahawa Pas telah memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR.
"Begitu gembiranya Umno dengan tindakan tersebut dan seolah-olah ia sebuah hadiah ulang tahun paling bermakna dalam sejarah Umno. 
"Pas juga tidak lagi bersuara menentang penyelewengan dan kezaliman kerajaan pimpinan Najib Razak seperti tidak mengundi menolak Bajet 2017, GST (cukai barang dan perkhidmatan) dan Rang-rang Undang-undang Pencegahan Keganasan (POTA) 2015. 
"Apatah lagi dalam isu korupsi terutama 1MDB (1Malaysia Development Berhad), Pas terus menyepi malah menyokong Najib apabila terdapat kenyataan pemimpin kanan Pas bahawa dakwaan terhadap MO1 (Malaysian Official 1) memerlukan empat saksi," hujahnya dalam satu kenyataan.
Khalil yang juga anak Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang antara lain berkata, pihaknya tidak mahu rakyat berpolitik sepanjang masa sehingga merugikan rakyat dan negara.
Menyentuh tentang PRU14, beliau memberitahu blok ketiga yang ditubuhkan Pas melalui Gagasan Sejahtera akan memberi tumpuan di kawasan majoriti pengundi Melayu yang dianggapnya sebagai kekuatan Pas.
Mengulas lanjut, Faiz menyifatkan Gagasan Sejahtera begitu 'jelas dengan suluhan yang terang' membuktikan Pas sebagai talian hayat bagi Umno kerana menjadi penganggu kepada undi rakyat yang mahu menolak Umno-BN.
"Apatah lagi kenyataan Presiden Pas yang memberikan pilihan undi sama ada Pas atau Umno tanpa menyebut Pakatan Harapan. Bahkan, kedua-dua parti itu sekarang sehaluan memainkan sentimen perkauman dan agama bagi mengalih isu korupsi dan ekonomi yang dihadapi Najib dan Umno.
"Jelas pilihan yang ada dalam pemikiran Pas adalah Umno," tegasnya serta berpandangan Pas menyelamatkan kesalahan Najib dengan menggunakan naratif agama walaupun terdapat kes prima facie. 
Menurut Faiz, Pas turut menggunakan hubungan kerajaan dengan kerajaan (G2G) antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri sebagai alasan untuk mengaburi hati ahli dan penyokong Pas bahawa kerjasama yang wujud adalah untuk kebaikan rakyat.
"Sebaliknya, hubungan antara kerajaan tidak harus dijadikan halangan untuk mana-mana parti politik menentang kemungkaran dan kezaliman Umno-BN," tambahnya lagi.

Pakatan Harapan dicemburui kerana berjaya di Pulau Pinang, Selangor


KUALA LUMPUR, 24 MEI: Pencapaian cemerlang dasar ekonomi dan negeri berkebajikan kerajaan Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang dan Selangor merupakan kejayaan urus tadbir cekap dan berintegriti yang dibawa agenda reformasi.
Menurut Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail, kejayaan pentadbiran di kedua-dua negeri itu menjadi petunjuk kepada pencapaian yang mampu dikecapi jika berjaya membentuk kerajaan dalam pilihan raya akan datang.
“Jika kita boleh mentadbir dengan cemerlang Selangor dan Pulau Pinang, percayalah, kita juga boleh mentadbir dengan cemerlang jika rakyat memberi mandat kepada kita memimpin Putrajaya InshaAllah,” katanya dalam kemaskini facebook beliau sempena ucapan dasar Kongres PKR 2017.
Hasil kejayaan itu katanya telah membawa kemakmuran kepada negeri dengan pengurangan hutang dan peningkatan rizab negeri sebanyak RM4 bilion bagi Selangor dan RM1.7 bilion bagi Pulau Pinang.
“Lebihan hasil pendapatan negeri dipulangkan kepada rakyat. Lantas membawa kesejahteraan kepada negeri Selangor di bawah pentadbiran Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali gah dengan Inisiatif Peduli Rakyat.
“Pulau Pinang di bawah kepimpinan Ketua Menteri Saudara Lim Guan Eng melaksanakan skim I-Sejahtera,” katanya.
Ekoran itu, bukan sesuatu yang menghairankan jika kedua-dua negeri ini diserang dengan pelbagai fitnah dan tohmahan tidak berasas untuk memburuk-burukkan kepimpinan negeri.
“Oleh kerana golongan kleptokrat kebuntuan menghadapi pemimpin yang adil, telus dan beramanah. Lalu fitnah ditabur. Tuduhan direka-reka.
“Kini, saudara Lim Guan Eng berdepan dengan tuduhan yang direka-reka. Kepada saudara Lim Guan Eng, kami KEADILAN dan HARAPAN akan teguh bersama anda melawan fitnah yang dilontarkan ini,” ujarnya.
Dalam ucapan dasarnya dalam Kongres PKR 2017 di Shah Alam kelmarin, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu mengambil contoh Pulau Pinang berkata pihak lawan juga terpaksa memainkan sentimen kaum.
“Mereka terpaksa meniup sentimen perkauman.
“UMNO tuduh Guan Eng anti-Melayu, MCA dan Gerakan pula menuduh Guan Eng terlampau membantu agama Islam dan orang Melayu,” ujarnya lagi.
Segala tohmahan itu realitinya sekadar dakwaan semberono yang menunjukkan UMNO-BN telah kehabisan modal berpolitik dan terpaksa menjaja politik ketakutan dan kebencian

PERKASA HANTAR SURAT KEPADA KPN HUBUNGAN UMNO – PARTI KOMUNIS CHINA

DOKUMENTARI ABC MENGENAI NAJIB...

PATUTLAH NAJIB TAK DAPAT BERSELFIE DENGAN TRUMP DI RIYADH!!




Tak disangka-sangka, dalam kita menduga Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mempunyai imej buruk dan paling tidak popular, rupa-rupanya kedudukan Najib Razak lebih teruk lagi daripada itu. 

Menurut majalah antarabangsa Time, Najib adalah antara lima pemimpin dunia lain yang kedudukannya lebih teruk daripada Trump yang dianggarkan kadar penerimaan rakyat Amerika Syarikat terhadapnya cuma 40 peratus saja.

Bersama Najib yang ditaksir mempunyai populariti lebih rendah daripada Trump itu ialah Presiden Venezuela, Nicolas Maduro, Presiden Brazil, Michel Temer, Presiden Afrika Selatan, Jacob Zuma dan Perdana Menteri Greece, Alexis Tsipras.
Kata majalah itu lagi, punca teruknya kedudukan Najib ialah kerana skandal 1MDB, kemasukan berbilion-bilion ringgit ke dalam akaun peribadinya dan tindakan Peguam Negara membersihkan namanya daripada sebarang salah laku berkaitan dua perkara itu.

Maka, disebabkan kedudukan Najib yang lebih teruk itukah yang menjadi punca tidak ada gambar selfie antara beliau dengan Trump di mesyuarat di Riyadh yang dihadirinya baru-baru ini?

Bukankah Najib selalu mengambil kesempatan berselfie dengan pemimpin dunia yang ditemuinya untuk menunjukkan beliau diterima baik oleh mereka?

Kenapa tidak ada selfienya dengan Trump sebagaimana beliau mudah melakukannya dan selalu menunjuk-nunjuk gambarnya dengan Obama sebelum ini?

Selain itu, adakah ini juga merupakan suatu petanda Trump ingin membiarkan kes saman sivil Jabatan Kehakiman AS untuk menyita aset dan hartanah yang dipercayai berpunca daripada dana 1MDB yang diselewengkan berjalan dengan bebas, lancar dan tidak terganggu?

Disebabkan tidak dapat berselfie dengan Trump, musnahlah impian Najib untuk "gebang besar" dengan gambar itu yang kemudian sudah tentu juga akan dimanipulasi oleh media arus perdana dan askar maya A9 untuk menunjukkan seolah-olah saman di Amerika "tidak ada apa-apa" sebenarnya.

Apa pun, kedudukan Najib yang semakin teruk itu merupakan mesej yang baik kepada rakyat Malaysia bahawa usaha menolak dan menyingkirkan beliau mesti diteruskan sehingga mencapai kejayaan.

Tidak ada kebaikan sama-sekali kepada negara dan rakyat jika kita mengekalkan pemimpin yang imej dan reputasinya sudah diketahui berada di tahap yang sebegitu rendah. (ShahbudinHusin 23/05/2017).


Enggan terima memorandum pejabat SPR dirantai


Pemuda Pakatan Harapan menunjukkan  pagar pejabat SPR yang dikunci kerana keengganan wakil SPR menerima memorandum Pakatan Harapan.-Foto oleh Wan Zahari Wan Salleh.Pemuda Pakatan Harapan menunjukkan pagar pejabat SPR yang dikunci kerana keengganan wakil SPR menerima memorandum Pakatan Harapan.-Foto oleh Wan Zahari Wan Salleh.
Buat pertama kali sejarah kewujudan ibu pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Putrajaya, hari ini bangunan tersebut dirantai oleh peserta demonstrasi.
Tindakan itu dilakukan ekoran SPR enggan menerima memorandum bantahan Pemuda Pakatan Harapan berhubung akses kepada Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) suku tahun.
Terdahulu, lebih 50 demonstran termasuk dari Kelantan dan Terengganu berkumpul di perkarangan Menara SPR itu selama sejam bagi menyerahkan memorandum berkenaan.
Peserta demontrasi  mengunci pintu masuk ke pejabat  SPR.Peserta demontrasi mengunci pintu masuk ke pejabat SPR.







Menurut Ketua Pemuda Amanah Nasional, Sany Hamzan, keengganan SPR mengedarkan salinan daftar pemilih itu bakal disusuli dengan laporan polis minggu depan selain penyerahan memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).
"Kita sangat dukacita kerana demonstrasi hari ini gagal menyerahkan memorandum bantahan larangan edaran salinan RDPT kepada Pengerusi SPR.
"Kita juga akan mengusahakan perkara ini untuk mendapat perhatian dan campur tangan daripada Yang DiPertuan Agong dan Majlis Raja-Raja," tegasnya kepada pemberita di perkarangan ibu pejabat SPR hari ini.
Sementara itu, Pengerusi Amanah Putrajaya Kamal Koh berkata, SPR harus melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan oleh Agong bagi proses pilihan raya berjalan secara bersih dan adil.
"Tindakan mengunci pagar pejabat SPR ini simbol protes rakyat meluahkan kemarahan dalam usaha kita menegakkan keadilan.
"Kita mendidik rakyat tentang hak demokrasi bukannya kuku besi dan angkuh sehingga turun terima memorandum pun tak mahu," ujar Naib Pengerusi Amanah Wilayah Persekutuan itu lagi ketika ditemui Malaysia Dateline.
Pemuda dan Wanita Pakatan Harapan ketika mengadakan demonstrasi di hadapan pejabat SPR di Putrajaya hari ini.Pemuda dan Wanita Pakatan Harapan ketika mengadakan demonstrasi di hadapan pejabat SPR di Putrajaya hari ini.

Projek Lembah Binjai: penduduk akan buat laporan polis


Hishamudin (kiri) bersama sepasang suami isteri yang rumahnya terlibat dengan pengambilan tanah untuk projek Lembah BinjaiHishamudin (kiri) bersama sepasang suami isteri yang rumahnya terlibat dengan pengambilan tanah untuk projek Lembah Binjai
Pemilik rumah yang terlibat dengan pengambilan untuk projek Lembah Binjai, Kubang Kerian akan membuat laporan polis kerana mendakwa merasa tertipu.
"Sangat mendukacitakan, pihak kerajaan maklumkan pada media bahawa tuan rumah dan pemilik tanah telah setuju," kata Setiausaha Jawatankuasa Penduduk Pulau Tengah Bantah Lembah Binjai, Hishamuddin Ghazali dalam satu kenyataan hari ini.
"Sedangkan semalam hasil yang saya dapat sebaliknya.
"Tuan tanah tidak mendapat sebarang dokumen dari kerajaan negeri Kelantan yang tanah mereka akan diambil," katanya.
Penduduk terlibat katanya, akan hadir beramai-ramai bagi membuat Laporan Polis khamis ini kerana membantah projek itu.
Menurutnya, mereka akan menamakan Menteri Besar Kelantan, Exco Pihak Berkuasa Tempatan Dato Abdu Fattah Mahmood, Adun Demit Hajah Mumtaz Nawi, YDP MPKB, Pengarah PTG, dan Ketua Jajahan Kota Bharu sebagai pihak bertanggungjawab.
"21 pemilik tanah dan rumah di kampung Chepa dalam kawasan Zon A memberitahu mereka tidak setuju, tapi diberitahu mereka setuju dengan projek tersebut," katanya.
Pada sidang media 19 Mei lalu katanya, Exco PBT, Datuk Abdul Fattah Mahmood dan Adun Demit Mumtaz Mat Nawi memberitahu kononnya mereka telah bersetuju membenarkan tanah mereka diambil.
"Malam tadi saya, Datuk Dr Abdul Halim Yusof, Hj Fauzi Muhammad dijemput oleh penduduk sendiri, setelah mereka tahu perjuangan penduduk Kg Pulau Tengah membuahkan hasil.
"Apabila Exco secara lisan telah menyebut Warta 4 Kampung ditarik balik, tapi kami teruskan bantahan selagi tidak dapat jaminan hitam putih bertandatangan.
"Yang hadir semalam dari pelbagai latar belakang parti, iaitu dari Umno, Pas, Amanah, Bersatu dan MCA.
"Mereka terdiri pelbagai kaum iaitu Melayu dan Cina dan mengenepikan semua warna parti, demi tanah mereka yang akan diambil alih oleh kerajaan negeri seluas 45 ekar," katanya.
Paling sedih katanya, rupa-rupanya mereka telah membuat surat petisyen bantahan tidak setuju tanah mereka diambil kepada Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar Kelantan.
"Salinan juga disampaikan kepada YDP MPKB, Pengarah PTG, Pejabat Tanah Jajahan Kota Bharu bertarik 6 April 2017 lagi.
"Seramai 21 orang penduduk tidak bersetuju, senarai dilampirkan.
"Rupanya permintaan mereka tidak dilayan," katanya.

Guan Eng sangkal dakwaan UMNO tentang tanah Island Hospital



GEORGE TOWN, 24 MEI: Penjualan tanah kepada Island Hospital Sdn Bhd adalah sejajar dengan harga yang ditentukan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Persekutuan dan bukannya di bawah harga pasaran, tegas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Beliau berkata demikian menjawab dakwaan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Datuk Jahara Hamid kononnya kerajaan negeri menjual tanah bagi pembinaan hospital itu di bawah harga pasaran.
Malah jelas Guan Eng, penjualan tanah tersebut dengan harga RM156.44 juta dengan pajakan 99 tahun adalah lebih tinggi dari cadangan jabatan persekutuan itu.
“Kita tidak menjual (tanah) di bawah harga (pasaran) semasa, tapi ikut harga Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, iaitu sebuah badan di bawah Kerajaan Persekutuan.
“Sekiranya Ketua Pembangkang (Datuk Jahara Hamid) masih tidak berpuas hati, beliau boleh buat kritikan ke atas Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta.
“Elok berhentilah pembohongan. Kita ikut apa harga yang mereka (Jabatan Penilaian) tetapkan,” katanya yang juga Exco Hal Ehwal Tanah dan Pembangunan Tanah dalam sidang media sebagaimana yang  dilapor Buletin Mutiara.
Dalam suratnya bertarikh 13 Oktober 2015, Jabatan Penilaian telah menggariskan nilai pasaran bagi pegangan kekal berjumlah RM156,440,000 atau RM6,000 bagi setiap meter persegi; RM148,620,00 atau RM5,700 per meter persegi untuk pajakan 99 tahun; RM119,940,000 atau RM4,6000 per meter persegi untuk pajakan 60 tahun dan RM96,474,000 atau RM3,700 per meter persegi bagi pajakan 30 tahun.
Nilai pasaran yang dicadangkan di tanah seluas 6.443 ekar atau 26,074 meter persegi terletak di lot tanah bernombor 1449 Seksyen 4 Bandar George Town itu juga adalah munasabah dan terpakai bagi tempoh 12 bulan daripada tarikh kerja penilaian dilaksanakan, iaitu pada 3 September 2015.
Turut hadir dalam sidang media itu ialah ialah Timbalan Pengurus Besar Perbadanan Ketua Menteri (CMI), S. Bharathi.