Azhar ‘silap’, Muhyiddin mahu sokongan DAP untuk jadi PM, kata Kit Siang



Jul 30, 2022 Veteran DAP Lim Kit Siang menafikan dakwaan Speaker Dewan Rakyat Azhar Harun bahawa Muhyiddin Yassin tidak pernah meminta untuk menjadi perdana menter




Mat Sabu: Melayu lemah enggan hukum pemimpin rasuah, Malaysia bakal jadi...WALAUN DOK DIAM SAJA...


Ahli Parlimen Kota Raja, Mohamad Sabu atau Mat Sabu ketika membahas rang undang-undang anti lompat parti menekankan kepentingan masyarakat menghukum pemimpin rasuah dengan tidak mengundi mereka. Mat Sabu turut menyelar pemimpin yang memanipulasi sentimen kaum dan agama "asalkan Melayu Islam" untuk terus mengamal rasuah dan kekal diundi.



'Agak lucu 'katak-katak' politik sokong RUU antilompat parti' - Anwar



Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim meluahkan perasan lucunya apabila beberapa ahli parlimen yang pernah bertukar parti sebelum ini turut menyokong RUU antilompat parti semalam. Bagaimanapun dalam satu video yang dimuatnaik ke Facebooknya, Anwar tidak menamakan ahli-ahli parlimen tersebut. Semalam, RUU itu diluluskan menerusi undi belah bahagian dengan 209 ahli parlimen mengundi menyokong dan tiada menentang, manakala 11 orang tidak hadir.

JANJI MANISMU- T.BRAHIM


 

KEMALUAN NEGARA





FAHMI REZA


Di Malaysia, semua wheatpaste poster muka badut banduan nombor satu negara yang aku tampal dahulu dah lama dikoyakkan, kecuali satu.

Aku baru jumpa satu foto terbaru di Instagram minggu lepas. Poster badut tu sekarang belakang plexiglass. Aku tak tahu siapa yang install, kemungkinan besar oleh pemilik dinding bangunan. Mungkin sebab ada macai yang dah cuba nak koyak poster tu tapi gagal. Description: 😂#KemaluanNegara

 

TOLONG PAKAT PAKAT CARI- DAPAT LUKU SOQANG SEKALI...

 


Polis buru lelaki pecah cermin, ugut pemandu wanita




Polis berkata pihaknya telah mengenal pasti lelaki itu yang berusia 40an dan membuat serbuan ke sebuah rumah di Nilam Puri, dekat sini, namun dia telah menghilangkan diri.

KOTA BHARU: Polis sedang mengesan seorang lelaki yang memecahkan cermin kereta dan mengugut seorang pemandu wanita dalam kejadian di Simpang Empat Limbat, Khamis lepas.

Pemangku Ketua Polis Kelantan Muhamad Zaki Harun berkata insiden itu berlaku pada 5.45 petang ketika mangsa berusia 35 tahun sedang memandu sebuah kereta Perodua Axia berseorangan.

“Mengikut keterangan mangsa semasa dia sedang memandu berseorangan, kenderaannya telah dihimpit sebuah kereta Toyota Vios yang dipandu suspek.

“Suspek kemudian secara tiba-tiba telah menghalang laluan dan berhenti di tengah jalan sebelum menghampiri kenderaan mangsa lalu memecahkan cermin kereta (bahagian pemandu) serta mengugut mangsa,” katanya dalam kenyataan.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Zaki berkata pihaknya telah mengenal pasti lelaki itu yang berusia 40an dan membuat serbuan ke sebuah rumah di Nilam Puri, dekat sini, namun dia telah menghilangkan diri.

Katanya anggota Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan telah digerakkan bagi mengesan dan memburu suspek.

Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan (KK), Seksyen 279 KK dan Seksyen 427 KK.

“Bagi Seksyen 506 KK, suspek boleh dihukum penjara selama tempoh sehingga tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali atas kesalahan mendatangkan ugutan jenayah,” katanya.

Terdahulu, dua rakaman video kejadian itu, masing-masing berdurasi dua minit 16 saat dan 36 saat, tular di media sosial sejak semalam.

PILIHAN ZAID IBRAHIM JADI PEGUAMBELA NAJIB HENDAKLAH DIHORMATI


 Semalam, veteran DAP Lim Kit Siang melahirkan rasa hairan berkenaan sikap Zaid Ibrahim yang sedia menjadi peguambela kepada Najib Razak dalam rayuan terakhir kes SRC International di Mahkamah Persekutuan.

Sebagaimana dimaklumkan kepada mahkamah, firma Zaid akan mengetuai pembelaan Najib bagi menggantikan Shafee Abdullah dalam rayuan bermula 15 hingga 26 Ogos depan.

Kata Lim, beliau tertanya-tanya bagaimana Zaid kini boleh berubah fikiran, terutama dalam kenyataan terbukanya yang yakin Najib tidak bersalah dalam skandal 1MDB.

Sebaliknya bagi Zaid, bekas Perdana Menteri itu sebenarnya telah ditipu.

“Kini saya yakin yang Najib ditipu. Bukan sahaja oleh Jho Low tetapi juga oleh pegawainya. Dia dikelirukan oleh pegawai-pegawainya dalam 1MDB dan ditipu oleh Goldman Sachs dan Aabar Investments di Abu Dhabi.

“Jadi kerugian berbillion ringgit ini, pada pendapat saya, bukanlah kerana salah Najib atau dalam kata lain, dia bukanlah yang merancangnya,” demikian Zaid dipetik sebagai berkata.

Selain Kit Siang, banyak pihak lagi turut mengecam Zaid atas keputusannya sedia menjadi peguambela kepada Najib, selain mereka menyiarkan semula berita dan video ucapan lamanya yang dipaparkan keras mengkritik bekas Perdana Menteri itu.

Salahkah sikap Zaid sekarang?

Harus kita fahami Zaid adalah seorang peguam dan atas profesionnya itu, beliau berhak memberi khidmatnya kepada sesiapa saja yang yakin serta percaya kepada kemampuannya.

Dalam hal ini, beliau memberi khidmatnya membela Najib adalah kerana bekas Perdana Menteri telah melantik dan mempercayainya.

Untuk itu, selain mesti membela dan memberi khidmat yang terbaik kepada Najib, semestinya Zaid juga harus melindunginya kliennya itu.

Keyakinannya bahawa Najib tidak bersalah adalah pandangan daripada sudut profesionnya sebagai peguam semata-mata berdasarkan dapatan yang ditelitinya setakat ini.

Ia umpama peguam yang membela seseorang yang dituduh membunuh, merogol atau mengedar dadah misalnya, khidmat pembelaan yang diberikan tidaklah bererti mereka bersetuju dengan perlakuannjenayah yang dipertuduhkan itu.

Pembelaan hanyalah untuk memberi keadilan dan akhirnya berdasarkan bukti-bukti yang dibentangkan di mahkamah, hakimlah akhirnya yang akan membuat keputusan bersalah atau tidak.

Begitu juga Zaid dalam kes Najib ini, beliau adalah seorang peguam dan bukan hakim yang kata-katanya adalah mutlak atau berupa suatu keputusan.

Oleh itu, semua orang, terutamanya Kit Siang yang juga berlatarbelakang seorang peguam, seharusnya bersikap terbuka dan tenang-tenang saja dalam hal ini.

Keputusan Zaid sedia menjadi peguambela Najib turut tidak harus dinilai oleh Kit Siang daripada sudut politik, tambahan lagi beliau kini adalah insan bebas yang tidak menganggotai mana-mana parti.

Nilailah beliau daripada sudut profesionalismenya sebagai seorang peguam. – ShahbudinHusin 30/07/2022.



HANTU POLITIK TIDAK LAGI BOLEH MELOMPAT


PERLU 680 TAHUN SELESAI KEWARGANEGARAAN KANAK KANAK?


HADI SOKONG SOSMA WALAU TIDAK HADIR ???





*- Kalau bab ganjaran, PAS bawah kepimpinan Hadi memang laju saja. Dulu bila timbul khabar angin *PAS dapat wang ehsan RM90 juta dari Bossku, Hadi bukan main seronok tapi cuba sorok-sorok.* Sampai PAS dapat hidup masa PRU14 pun dengan wang ehsan dari Najib itu.

- Sampailah bila Sarawak Report dedahkan pasal pemberian wang ehsan itu, Hadi terus mengamuk. Cuba nak nafikan dengan hantar surat saman Sarawak Report.

- Tapi bila Hadi tahu dia akan kalah dan banyak akan kantoi lagi kalau kes saman itu masuk mahkamah, dia terus tarik hand brake, tak jadi saman. Dia selesaikan kes luar mahkamah dan dia sanggup bayar RM700,000 kepada Sarawak Report. Jadi apa maknanya tu?

 
DATUK NUR JAZLAN MOHAMED 
TIMBALAN PENGERUSI BADAN PERHUBUNGAN UMNO NEGERI JOHOR MERANGKAP KETUA UMNO BAHAGIAN PULAI


 

RAZMAN SI KAKI FITNAH CUBA NAK TIMBULKAN KERAGUAN TERHADAP ANWAR- WOII LEBAI KAKI FITNAH...HANG PEE LA BUAT REPORT-KITA BAGI DIA MAKAN SAMAN PULAK KOT


 JADI, SIAPA SEBENARNYA YANG KAKI FITNAH...?

1. Papagomo (UMNO) vs Anwar Ibrahim RM951,260.30

2. Ismail Sabri (UMNO) vs Nurul Izzah RM450,000

3. Hj Razman vs Nizar Jamaluddin RM200,000

4. Wan Zawawi Ismail (PAS) vs Husam Musa RM50,000

5. Nasrudin Tantawi (PAS) vs LGE RM10,000

6. Nasir Desa (UMPAS) vs Khalid Samad RM100,000

7. Hamidah Osman ( Putra UMNO) vs Khalid Samad RM200,000 

8. Hassan Ali (PAS) vs Khalid Samad RM200,000

9. Utusan Malaysia (UMNO) vs Nizar Jamaluddin RM280,000

10. Khalid Abu Bakar (IGP-Umno) vs Nurul Izzah RM400,000

11. Utusan Malaysia (UMNO) vs Lim Guan Eng RM400,000

12. Utusan Malaysia (UMNO) vs Karpal Singh RM50,000 

13. Utusan Malaysia (UMNO) vs Anwar Ibrahim RM45,000

14. NST (UMNO) vs LGE RM130,000

15. TV3 (UMNO) vs Anwar Ibrahim RM1,100,000 

16. NST (UMNO) vs Husam Musa RM350,000

17. Utusan Malaysia (UMNO) vs Lim Kit Siang RM250,000

18. Azwandin (UMNO) vs Liew Chin Tong RM40,000

19. Azwandin (UMNO) vs Teresa Kok RM30 juta 

20. Jamal Tongkol (UMNO) vs Yeo Bee Yin RM5 juta

21. Raja Petra Kamaruddin (PAS) vs LGE RM600,000

STARKAN ,SIMPAN BUKTI INI. NANTI BILA PERLU SENANG NAK RUJUK


KISAH KAYANGAN FILEM

 Setelah kutipan Mat Kilau cecah RM90 juta, akhirnya Puteri Sarah dedah cerita sebenar

Setelah kutipan Mat Kilau cecah RM90 juta, akhirnya Puteri Sarah dedah cerita sebenar

Biarpun rumah tangga sedang bergolak, pelakon Puteri Sarah Liyana melayangkan ucapan tahniah kepada suami tercinta, Syamsul Yusof, apabila jualan tiket filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan mencecah RM90 juta selepas 33 hari ditayangkan di seluruh negara, Singapura dan Brunei.

Pergi ke set penggambaran

Ketika ditemui OhBulan!, Puteri Sarah menyatakan dia menjadi saksi melihat proses pembikinan filem epik mega itu.

Kata aktres berumur 36 tahun, biarpun ketika itu sedang hamil anak kedua iaitu Sumayyah, dia gagah diri turun ke set penggambaran untuk memberi sokongan.

Saya nak ucapkan berbanyak-banyak tahniah kepada Mohd Syamsul dan juga team Mat Kilau sepanjang menyiapkan filem yang kini menjadi naskah paling laris dalam sejarah perfileman tempatan.

Kalau nak ikutkan, saya baru mengandungkan Sumayyah ketika itu. Jadi, saya ada pergi ke set, bagi sokongan. Dan saya tahu proses-proses yang dilalui mereka ketika penggambaran.

Ada msalah dekat set dan proses suntingan pun dibuat ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Puteri Sarah berkata demikian ketika majlis Meet & Greet Puteri Sarah dan Rossa Sera anjuran Inayah Beauty Trading yang diadakan di Avante Hotel Bandar Utama, pada Isnin.

Kongsi keuntungan?

Dalam pada itu, pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin turut menghargai usaha keras barisan pelakon dan kru yang menjadi tonggak utama.

Berbanyaklah tahniah kepada pelakon, team kru yang paling penat sekali dan juga pengarah. Alhamdulillah syukur rezeki dapat RM90 juta sebab ramai yang berdoa.

Kepada producer Studio Kembara yang bakal dapat RM90 juta itu, tahniah!

Ditanya sama ada dia bakal menerima keuntungan daripada hasil kutipan tiket, pelakon drama Melastik Ke Hatimu menjawab, “Kalau saya Studio Kembara, saya dapat.

Ditayangkan sejak 23 Jun lalu, filem terbitan Studio Kembara Sdn Bhd diterajui ramai pelakon hebat antaranya Datuk Adi Putra, Beto Kusyairy, Khir Rahman, Fattah Amin Johan As’ari dan aktor aksi handalan Indonesia, Yayan Ruhian.

‘Puteri Sarah Tak Heran Kekayaan Suami’ – Pengurus

Menerusi Instagram Stories, Emi mengingatkan warganet agar berhati-hati dalam berbicara bagi mengelakkan timbul fitnah.

Bukan nak jadi batu api tapi nak pesan, dalam apa jua keadaan, jaga jari. Jangan tulis sampai lupa diri. Baca dan reserve your comments sebab bukan kita yang hadap.

Damage had been done. Moga pihak sana jadikan pelajaran.

Rajin cari duit

Dalam pada itu, Emi turut menyelar tuduhan yang mendakwa pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin enggan bercerai disebabkan kekayaan suaminya.

Tegas Emi, pelakon drama Sabarlah Duhai Hati itu seorang yang gigih mencari rezeki atas usaha sendiri.

Saya yang duk kira duit dia. Saya tau la dia tak heran (kisah) pun title ‘kaya’ tu. Tetapi dia bekerja sangat keras untuk berada di tempat dia sekarang.

Tahap kerajinan dia boleh kalah orang lain. Mak tabik yang tu sangat-sangat. Jadi yang tak tau, jangan main redah tulis sampai makan diri.

Pada 30 Jun lalu, Puteri Sarah memfailkan saman di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berhubung gangguan serta pemerasan yang diterimanya daripada Ira Kazar.

Sebelum ini, rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul Yusof didakwa dilanda masalah disebabkan kehadiran orang ketiga. Puteri Sarah juga mengakui dia sudah tidak tinggal sebumbung dengan Syamsul.

Sekadar info, Puteri Sarah, 37, berkahwin dengan Syamsul pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam serta Sumayyah.

SEEKOR GAGALIST JIKA DILETAK DI MANA SEKALIPUN DI AKAN GAGAL

 


Gangguan bekalan elektrik, pengguna terjejas diberi rebat, kata menteri







Takiyuddin Hassan berkata rebat akan disediakan khususnya peniaga
 besar yang terjejas akibat gangguan bekalan elektrik yang
 menjejaskan sebahagian besar Lembah Klang dan beberapa negeri
 Rabu lalu.

PETALING JAYA: Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan menyediakan rebat, khususnya kepada peniaga yang terjejas susulan gangguan bekalan elektrik yang dialami di beberapa negeri, Rabu lalu, kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli Takiyuddin Hassan.

Beliau berkata, seramai satu juta akaun mengalami gangguan bekalan elektrik selama dua jam 21 minit pada hari berkenaan.

“Ia melibatkan akaun domestik, industri dan komersial. TNB akan menyediakan rebat kepada mereka yang terkesan.

“Justeru, pengguna akaun yang terkesan untuk tempoh tertentu seperti peniaga besar contohnya KLCC, boleh membuat tuntutan dengan menyatakan jumlah kerugian yang dialami,” katanya ketika ditemui pada Majlis Mesyuarat Agung Tahunan PAS Parlimen Kota Bharu, menurut Berita Harian.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Bagaimanapun, Takiyuddin berkata maklumat terperinci berhubung perkara itu akan dibentangkan di Parlimen pada 4 Ogos nanti.

Rabu lalu, TNB mengesahkan berlakunya gangguan bekalan elektrik di sebahagian besar kawasan Lembah Klang dan beberapa negeri yang berpunca daripada kerosakan salah satu peralatan di Pencawang Masuk Utama (PMU) Yong Peng North di Yong Peng, Johor.

Ia telah mengakibatkan kehilangan beban sebanyak 2.2 gigawatt yang merupakan 10% daripada keseluruhan permintaan bekalan di Semenanjung Malaysia.

JANGAN LAGI PILIH PM BODO DAN SENANG KENA TIPU




Kita faham pendirian Zaid jadi camni. Mentang-mentang la syarikat guam dia dah dapat job besar....ha3

Tapi, ahli-ahli umno patut rasa terhina dan malu dengan kenyataan Zaid Ibrahim ini. Betulkah bekas Presiden Umno dan penasihat Umno sekarang yang dipuja sebagai 'bosku' itu sebodoh itu hingga mudah ditipu oleh ramai orang? Maksudnya, Najib tak layak lagi untuk jadi PM kerana kita tak mahu PM bodoh dan mudah ditipu. Betul?

 

PERTUNJUKKAN FESYEN KEDAH-JOM OIIII...KITA TENGOK PESYEN....


 

PH MAHU 3 LAGI PERKARA KERJASAMA PH – KERAJAAN DISEGERAKAN


SELEPAS ROS LULUSKAN PINDAAN, APAKAH UMNO YANG DIPIMPIN PRESIDEN BERMASALAH MAMPU MENCIPTA KEMENANGAN DALAM PRU15?

 

Apabila Jabatan Pendaftar Pertubuhan atau RoS akhirnya meluluskan cadangan pindaan perlembagaan UMNO petang semalam, petunjuk yang nyata kini ialah ia bermakna Parlimen akan dibubarkan dalam waktu terdekat ini.

Oleh kerana pemilihan UMNO sudah dibenar diadakan selepas PRU15 dilangsungkan dan tempoh penggal Parlimen sekarang berakhir ialah Julai 2023, kebarangkalian Parlimen akan dibubarkan adalah dalam tempoh dua atau tiga bulan daripada sekarang.

Rata-rata meramalkan Ismail Sabri Yaakob akan mengadap Agong bagi memohon pembubaran Parlimen sebaik saja Belanjawan 2023 dibentangkan pada awal Oktober depan.

Oleh kerana beliau sudah dinamakan sebagai “poster boy” BN, Ismail Sabri tentu saja ingin memanfaatkan Belanjawan 2023 dengan beberapa pendekatan yang memperlihatkan kerajaan pimpinannya lebih hampir serta mesra dengan kesusahan rakyat.

Hal ini adalah sesuatu yang lumrah dan biasa, malah siapa pun jadi Perdana Menteri pasti akan melakukan hal yang sama.

Cuma, dengan PRU15 diadakan terlebih dahulu sebelum pemilihan UMNO, ini bermakna Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO akan kekal memainkan peranan penting dalam banyak perkara, khususnya dalam soal pemilihan calon untuk bertanding.

Ada dua isu besar berbangkit dalam hal ini:-

Pertama, apakah nasib penentang-penentangnya dalam UMNO seperti Annuar Musa, Shahidan Kasim, Tajuddin Abdul Rahman dan lain-lainnya pada PRU15 nanti?

Adakah mereka kekal dicalonkan atau akan digugurkan?

Jika digugurkan, mungkinkah mereka dengan senang hati memilih bersara atau akan beralih untuk bertanding mewakili parti lain?

Jika itu berlaku, apakah kesannya kepada BN dalam mencari kemenangan?

Kedua, ini juga bermakna dalam PRU15 akan datang, buat pertama kali dalam sejarah di mana UMNO dan BN akan menyertai pilihan raya dalam keadaan parti dipimpin oleh Presiden yang masih berdepan kes mahkamah?

Tidak pernah dalam mana-mana PRU sebelum ini Presiden UMNO terkait dengan kes mahkamah, apatah lagi dengan jumlah kes yang banyak iaitu 87 pertuduhan.

Mahukah rakyat memberi sokongan dan undi sedangkan Presiden UMNO dan Pengerusi BN dilihat bermasalah dan tidak bersih, terutama jika Zahid Hamidi sendiri masih bertanding lagi di Parlimen Bagan Datuk?

Bagaimana UMNO mahu menepis kecurigaan dan kebimbangan rakyat bahawa jiwa UMNO dan BN diberi kemenangan, ia lebih mungkin digunakan untuk menyelesaikan kes mahkamah yang sedang dihadapi itu?

Mahu tidak mahu sebenarnya, dalam keadaan PRU15 diadakan terlebih dahulu sebelum pemilihan UMNO dan Presiden UMNO pula sedang bermasalah dan dilihat tidak bersih, bagi menjamin rakyat tiada kecurigaan untuk memberi undi kepada BN, pilihan yang terbaik ialah Zahid Hamidi mesti berjiwa besar dengan memilih untuk tidak bertanding sama sekali.

Beliau hanya perlu, atas kapasitinya sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi BN, memastikan kemenangan parti dengan segala kemampuannya tanpa memikirkan kepentingan untuk peribadinya.

Percayalah, jika ini dapat dilakukan, pengorbanan Zahid Hamidi pasti dibalas dengan sokongan yang melimpah ruah oleh rakyat. – ShahbudinHusin 30/07/2022.



SENARAI MAKAN GAJI BUTA

 



ILUTASI KARTUN...ZUNAR CARTOONIST FAN CLUB

SENARAI NAMA MAKAN GAJI BUTA ...TAPI DALAM BANYAK BANYAK YANG PALING GAJI BUTA DIA MAKAN IALAH HADI AWANG. TAK PERNAH DENGAR DIA KE SAUDI INTA SAUDI TOLONG MELABUR DI MALAYSIA ATAU TERENGGANU..PEJABAT DIA DI MARANG...APA PUNYA LEBAI LA MACAM NI...HARAM TAU MAKAN GAJI BUTE.....



LAGI-LAGI PEMBALAKAN TEBANG HABIS-HUSAM MUSA





LESEN AKAR PRESTIJ






Lagi-Lagi Pembalakan Tebang Habis

1. Tulisan ini didedikasikan kepada :

a. Masyarakat Orang Asli Ulu Kelantan yg menderita. Tiada Pemimpin Negeri dan Negara yg peduli - ketika persekitaran kehidupan mereka dirosakkan terus menerus untuk selama-lamanya. Sebenarnya, ia juga merosakkan kekayaan, kehidupan dan khazanah keseluruhan Rakyat Kelantan juga akhirnya.

(Penduduk Orang Asli bekalkan foto supaya saya dapat suarakan bagi pihak mereka melalui posting-posting saya)

b. Generasi masa depan Rakyat Kelantan.

Supaya jadi ingatan mereka. Saya sebagai Rakyat Kelantan generasi pendahulu mereka telah pun menegur kerosakan dan kehalobaan yang berlaku - di tahun 2022 dan sebelumnya. Apa kan daya, belum ramai yang mengerti.

2. Tebang Habis Untuk Perladangan Di HSK Gunung Stong Selatan

Kita tinjau kelulusan TEBANG HABIS UNTUK PERLADANGAN DAN PEMILIKAN TANAH MELALUI PAJAKAN DI DALAM HUTAN SIMPAN KEKAL KELANTAN.

Kali ini di HSK Gunong Stong Selatan.

a. Syarikat Akar Prestij Sdn Bhd.

- Lesen no : DB 01(P)-11-2021

- Kompartmen : 116,118,119 dan 120 Hsk Gunong Stong Selatan

- Keluasan : 390 ha/ 963 ekar.

- Tarikh lesen : 4 November 2021 - 24 Februari 2022

- Sambung lesen : 15 Ogos 2022 - 24 Ogos 2022

b. Syarikat Akar Prestij Sdn Bhd

- Lesen no : DB 01 (P)18-2021 TLC

- Kompartmen : 121 dan 122 Hsk Gunong Stong Selatan

- Keluasan : 129 ha/ 319 ekar

- Tarikh lesen : 16 Mei 2022 - 15 Jun 2022

Akar Prestij Sdn Bhd sekurang-kurangnya mendapat dua kelulusan perladangan dalam Hutan Simpan Kekal Gunong Stong Selatan.

Jumlah keluasan kelulusan dimiliki Akar Prestij Sdn Bhd di sini ialah : 1,282 ekar.

c. Oriental Purity Sdn Bhd

- Lesen no : DB 01-07-2022

- Kompartmen : 60 dan 61 HSK Gunong Stong Selatan

- Keluasan : 95 ha / 235 ekar

- Tarikh lesen : 27 Mac 2022 - 26 September 2022

3. Pemilik Akar Prestij, ikut carian SSM ialah :

i. Tan Heng Ta

ii. Tan Heng Kong

Kedua-duanya bukan Anak Kelantan.

4. Pemilik Oriental Purity Sdn Bhd ialah :

i. Mary Fong Lee Kian

ii. Rosnani Abdul Hamid

iii. Per Hok Lai

Kecuali Rosnani Abdul Hamid, dua lagi pemilik Oriental Purity adalah bukan Anak Kelantan.

5. Milik Tanah Dalam Hutan Simpan - Fenomena Baru

Perladangan dalam Hutan Simpan Kekal biasanya diberi pajakan 66 tahun dan sambungan 33 tahun lagi, menjadi 99 tahun.

Pemilikan dalam Hutan Simpan Kekal di Kelantan adalah fenomena baru yang datang bersama Ladang Dalam Hutan Simpan.

Siapa pemilik bertuah itu?

6. Dulu Hanya Membalak -

Sekarang Boleh Milik Tanah Hutan Simpan dan Boleh Tebang Habis

Saya ulangi.

Dulu pembalak tak boleh milik tanah dalam Hutan Simpan dan tak boleh tebang semua kayu.

Sekarang, boleh tebang habis dan boleh memiliki tanah dalam Hutan Simpan.

Fikir-fikirlah akibat dari dua dasar ini.

7. Laungan Hutan Simpan Kelantan Terluas Hanya Pembohongan

Status Hutan Simpan atas kertas. Di atas Bumi, semua telah diratah.

Husam Musa

27 Julai 2022

27 Dzulhijjah 1443H

#SAVEKELANTAN

#SelamatkanKelantan