SEEKOR GAGALIST JIKA DILETAK DI MANA SEKALIPUN DI AKAN GAGAL

 


Gangguan bekalan elektrik, pengguna terjejas diberi rebat, kata menteri







Takiyuddin Hassan berkata rebat akan disediakan khususnya peniaga
 besar yang terjejas akibat gangguan bekalan elektrik yang
 menjejaskan sebahagian besar Lembah Klang dan beberapa negeri
 Rabu lalu.

PETALING JAYA: Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan menyediakan rebat, khususnya kepada peniaga yang terjejas susulan gangguan bekalan elektrik yang dialami di beberapa negeri, Rabu lalu, kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli Takiyuddin Hassan.

Beliau berkata, seramai satu juta akaun mengalami gangguan bekalan elektrik selama dua jam 21 minit pada hari berkenaan.

“Ia melibatkan akaun domestik, industri dan komersial. TNB akan menyediakan rebat kepada mereka yang terkesan.

“Justeru, pengguna akaun yang terkesan untuk tempoh tertentu seperti peniaga besar contohnya KLCC, boleh membuat tuntutan dengan menyatakan jumlah kerugian yang dialami,” katanya ketika ditemui pada Majlis Mesyuarat Agung Tahunan PAS Parlimen Kota Bharu, menurut Berita Harian.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Bagaimanapun, Takiyuddin berkata maklumat terperinci berhubung perkara itu akan dibentangkan di Parlimen pada 4 Ogos nanti.

Rabu lalu, TNB mengesahkan berlakunya gangguan bekalan elektrik di sebahagian besar kawasan Lembah Klang dan beberapa negeri yang berpunca daripada kerosakan salah satu peralatan di Pencawang Masuk Utama (PMU) Yong Peng North di Yong Peng, Johor.

Ia telah mengakibatkan kehilangan beban sebanyak 2.2 gigawatt yang merupakan 10% daripada keseluruhan permintaan bekalan di Semenanjung Malaysia.

No comments: