Lagi-Lagi Pembalakan Tebang Habis
1. Tulisan ini didedikasikan kepada :
a. Masyarakat Orang Asli Ulu Kelantan yg menderita. Tiada Pemimpin
Negeri dan Negara yg peduli - ketika persekitaran kehidupan mereka dirosakkan
terus menerus untuk selama-lamanya. Sebenarnya, ia juga merosakkan kekayaan,
kehidupan dan khazanah keseluruhan Rakyat Kelantan juga akhirnya.
(Penduduk Orang Asli bekalkan foto supaya saya dapat suarakan
bagi pihak mereka melalui posting-posting saya)
b. Generasi masa depan Rakyat Kelantan.
Supaya jadi ingatan mereka. Saya sebagai Rakyat Kelantan
generasi pendahulu mereka telah pun menegur kerosakan dan kehalobaan yang
berlaku - di tahun 2022 dan sebelumnya. Apa kan daya, belum ramai yang
mengerti.
2. Tebang Habis Untuk Perladangan Di HSK Gunung Stong Selatan
Kita tinjau kelulusan TEBANG HABIS UNTUK PERLADANGAN DAN
PEMILIKAN TANAH MELALUI PAJAKAN DI DALAM HUTAN SIMPAN KEKAL KELANTAN.
Kali ini di HSK Gunong Stong Selatan.
a. Syarikat Akar Prestij Sdn Bhd.
- Lesen no : DB 01(P)-11-2021
- Kompartmen : 116,118,119 dan 120 Hsk Gunong Stong Selatan
- Keluasan : 390 ha/ 963 ekar.
- Tarikh lesen : 4 November 2021 - 24 Februari 2022
- Sambung lesen : 15 Ogos 2022 - 24 Ogos 2022
b. Syarikat Akar Prestij Sdn Bhd
- Lesen no : DB 01 (P)18-2021 TLC
- Kompartmen : 121 dan 122 Hsk Gunong Stong Selatan
- Keluasan : 129 ha/ 319 ekar
- Tarikh lesen : 16 Mei 2022 - 15 Jun 2022
Akar Prestij Sdn Bhd sekurang-kurangnya mendapat dua kelulusan
perladangan dalam Hutan Simpan Kekal Gunong Stong Selatan.
Jumlah keluasan kelulusan dimiliki Akar Prestij Sdn Bhd di sini
ialah : 1,282 ekar.
c. Oriental Purity Sdn Bhd
- Lesen no : DB 01-07-2022
- Kompartmen : 60 dan 61 HSK Gunong Stong Selatan
- Keluasan : 95 ha / 235 ekar
- Tarikh lesen : 27 Mac 2022 - 26 September 2022
3. Pemilik Akar Prestij, ikut carian SSM ialah :
i. Tan Heng Ta
ii. Tan Heng Kong
Kedua-duanya bukan Anak Kelantan.
4. Pemilik Oriental Purity Sdn Bhd ialah :
i. Mary Fong Lee Kian
ii. Rosnani Abdul Hamid
iii. Per Hok Lai
Kecuali Rosnani Abdul Hamid, dua lagi pemilik Oriental Purity
adalah bukan Anak Kelantan.
5. Milik Tanah Dalam Hutan Simpan - Fenomena Baru
Perladangan dalam Hutan Simpan Kekal biasanya diberi pajakan 66
tahun dan sambungan 33 tahun lagi, menjadi 99 tahun.
Pemilikan dalam Hutan Simpan Kekal di Kelantan adalah fenomena
baru yang datang bersama Ladang Dalam Hutan Simpan.
Siapa pemilik bertuah itu?
6. Dulu Hanya Membalak -
Sekarang Boleh Milik Tanah Hutan Simpan dan Boleh Tebang Habis
Saya ulangi.
Dulu pembalak tak boleh milik tanah dalam Hutan Simpan dan tak
boleh tebang semua kayu.
Sekarang, boleh tebang habis dan boleh memiliki tanah dalam
Hutan Simpan.
Fikir-fikirlah akibat dari dua dasar ini.
7. Laungan Hutan Simpan Kelantan Terluas Hanya Pembohongan
Status Hutan Simpan atas kertas. Di atas Bumi, semua telah
diratah.
Husam Musa
27 Julai 2022
27 Dzulhijjah 1443H