RENCANA | MB Johor buat kecoh je!


 


JASON YEW

Saya ada membaca kenyataan terbaru Menteri Besar Johor, Datuk Seri Onn Hafiz Ghazi berkenaan proses penyerahan Bantuan Kasih Johor (BKJ). Panjang lebar penjelasan diberikan. Siap diumumkan lapan langkah penambahbaikan selepas mempengerusikan mesyuarat khas.

Antaranya mahu menambah sehingga 35 kaunter semakan, melanjutkan waktu operasi sehingga 12 jam sehari, menyediakan ruang menunggu lebih selesa dan menggerakkan Southern Volunteers untuk membantu warga emas serta orang kurang upaya.

Nampak sibuk. Nampak rajin bekerja. Nampak seperti kerajaan negeri sangat prihatin.

Tetapi persoalan asasnya masih sama kenapa pada tahun 2026 kerajaan masih memilih kaedah lama untuk mengagihkan bantuan kepada rakyat?

Teknologi hari ini sudah terlalu maju. Sistem perbankan digital sudah lama digunakan secara meluas. Kerajaan Persekutuan sendiri berjaya melaksanakan bantuan seperti STR dan SARA secara terus kepada penerima tanpa perlu rakyat beratur panjang di dewan atau pusat agihan tertentu.

Kalau benar-benar mahu memudahkan rakyat, khususnya warga emas, suri rumah dan golongan uzur, penyelesaiannya amat mudah.

Buat sahaja pindahan terus ke akaun bank penerima.

Tekan butang. Duit masuk. Selesai.

Tidak perlu buka 35 kaunter. Tidak perlu kerah pegawai bekerja 12 jam sehari. Tidak perlu minta warga emas datang seawal pagi semata-mata untuk mendapatkan bantuan RM200 secara tunai.

Lebih penting, rakyat tidak perlu dipaksa menanggung keletihan dan kesesakan hanya kerana kerajaan mahu mengekalkan kaedah lama yang sudah tidak relevan.

Sebab itu ramai mula bertanya mengapa kerajaan negeri masih berkeras mahu gunakan sistem tunai?

Jawapan yang bermain di fikiran rakyat mungkin mudah.

Kalau bantuan dimasukkan terus ke akaun bank, tiada lagi acara penyerahan bantuan. Tiada lagi gambar pemimpin hulur sampul kepada rakyat miskin. Tiada lagi video media sosial menunjukkan kononnya pemimpin turun membantu rakyat.

Pendek kata, tiada lagi “political mileage”.

Akhirnya, rakyat yang menanggung kesusahan demi memberi ruang kepada publisiti politik.

Ironinya, selepas rakyat mula marah dan mengeluh, kerajaan mengadakan mesyuarat khas untuk mengumumkan “penyelesaian” kepada masalah yang sebenarnya mereka cipta sendiri.

Kemudian kerajaan tampil seolah-olah hero kerana berjaya menguruskan keadaan.

Padahal akar masalah masih tidak disentuh.

Sistem pembayaran masih sama. Kaedah lama masih diteruskan. Rakyat tetap perlu hadir beratur.

Yang berubah cuma jumlah kaunter dan tempoh menunggu.

Kasihan rakyat.

Sudahlah hidup makin mencabar, mereka dipaksa pula melalui proses yang memenatkan hanya kerana ada pihak lebih mengutamakan persepsi berbanding penyelesaian sebenar.

Kalau benar mahu membantu rakyat, mudahkan urusan mereka. Bukan tambah acara.

Kalau benar mahu tunjuk prihatin, hormati maruah penerima bantuan. Jangan jadikan mereka bahan latar untuk publisiti politik.

Akhirnya rakyat akan menilai sendiri ini bantuan untuk rakyat atau program untuk bergambar?

“Buat Kejoh Je.”




Akademi Bola Sepak Faisal Halim Diharap Perkasa Pembangunan Bakat Muda – PM Anwar

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluncurkan Akademi Bola Sepak DNA Faisal Halim di Mengkuang Titi, Pulau Pinang pada 26 Mei 2026. Foto PMO

PERMATANG PAUH, 26 Mei – Akademi Bola Sepak DNA Faisal Halim di Mengkuang Titi, Pulau Pinang, ceria dengan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merasmikan akademi berkenaan hari ini.

Menerusi hantaran di media sosial, pelancarannya dilakukan sendiri Anwar sebagai usaha memperkasakan pembangunan bola sepak akar umbi serta mencungkil bakat muda negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluncurkan Akademi Bola Sepak DNA Faisal Halim di Mengkuang Titi, Pulau Pinang pada 26 Mei 2026. Foto PMO

Anwar berkata, akademi berkenaan bukan sekadar tempat latihan, sebaliknya medan membina disiplin, semangat juang dan keyakinan dalam kalangan generasi muda.

“Saya percaya masa depan sukan negara bergantung kepada usaha membentuk bakat muda dengan nilai kerja keras, adab dan iltizam yang tinggi,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluncurkan Akademi Bola Sepak DNA Faisal Halim di Mengkuang Titi, Pulau Pinang pada 26 Mei 2026. Foto PMO

Turut hadir, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow; Exco Kerajaan Negeri, Goh Choon Aik dan bekas ADUN Penanti, Dr Norlela Ariffin.

Anwar turut berharap akademi itu dapat melahirkan lebih banyak bakat muda, yang mampu mengharumkan nama negara di pentas lebih tinggi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluncurkan Akademi Bola Sepak DNA Faisal Halim di Mengkuang Titi, Pulau Pinang pada 26 Mei 2026. Foto PMO

Faisal, yang turut dikenali sebagai Mickey, merupakan antara tonggak serangan utama skuad Harimau Malaya dan Selangor FC yang bersaing dalam Liga Super serta AFC Champions League.

Beliau cukup terkenal dengan aksi lincah dan prestasi konsisten pada peringkat domestik serta antarabangsa selain menjadi inspirasi anak muda yang ingin mengikut jejak langkahnya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluncurkan Akademi Bola Sepak DNA Faisal Halim di Mengkuang Titi, Pulau Pinang pada 26 Mei 2026. Foto PMO


Aidiladha 1447: PM Anwar Imbau Puisi Dari Derita Bangsa Nukilan Usman Awang

 



Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat membaca puisi bertajuk ‘Saudara Anwar Ibrahim’ yang ditulis pada Ogos 1999 ketika cuti Hari Raya Aidiladha pada 27 Mei 2026. Foto Instagram Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 28 Mei – Cuti Hari Raya Aidiladha dimanfaatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meluangkan masa membaca pelbagai bahan ilmiah dan sastera, termasuk puisi terakhir nukilan Sasterawan Negara, Datuk Dr Usman Awang.

Menerusi hantaran berbentuk rakaman video di media sosial hari ini, Anwar dilihat membaca puisi bertajuk ‘Saudara Anwar Ibrahim’ yang ditulis pada Ogos 1999 sempena ulang tahun kelahiran beliau.

“Dari Derita Bangsa, penyelenggara Usman Awang dan anak angkatnya Allahyarham Mohd Dino Sheikh Othman atau lebih dikenali sebagai Dino SS serta diterbitkan pada 1998 selepas dipenjarakan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat membaca puisi bertajuk ‘Saudara Anwar Ibrahim’ yang ditulis pada Ogos 1999 ketika cuti Hari Raya Aidiladha pada 27 Mei 2026. Foto Instagram Anwar Ibrahim

“Mengambil kesempatan cuti Aidiladha untuk membelek beberapa buku kegemaran daripada pelbagai bidang termasuk sastera, sambil mencari ruang untuk terus belajar dan merenung perjalanan zaman yang semakin mencabar,” katanya.

“Buku mengajar kita untuk lebih sabar berfikir, lebih matang menilai dan tidak mudah tenggelam dalam budaya menghukum atau sensasi yang singkat usianya,” ujar Anwar.

Ia turut menggambarkan ketabahan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam mengharungi era Reformasi dengan menekankan kepentingan membaca karya sebegini untuk memupuk masyarakat yang lebih matang dan berfikiran.

Banyak karya-karya tersohor dalam simpanan Anwar ditelaah ketika mempunyai waktu kelapangan seraya menggalakkan rakyat terus mengamalkan sikap suka membaca bagi menajam akal dan memperolehi ilmu berguna.

“insya-Allah, esok saya akan meluncurkan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2026 sebagai tanda dukungan berterusan terhadap budaya ilmu dan pembacaan dalam kalangan rakyat, khususnya generasi muda,” ujar Anwar lagi.

G0M0 JEBAT NI PATUT T3DANG KELAUT - MUFTI TEGUR DUA EKOQ 84BE | SUMUD ZRA


 

HRC LIVE!! - ZRA KENA SEKOLAHKAN MP PASIR MAS | USTAD MANA BALUN ZRA ?


 

HRC LIVE!! - AGONG BEBAS NAJIB - BERGABUNG DENGAN RAFIZI? | ZRA MELAWAN BRIGAD 84818200


 

KENAPA LAH TIDAK DIPERMUDAHKAN MACAM STR


 

TERKINI! TITAH SULTAN SELANGOR & AMANAT PMX! DAN RAKYAT TERUS PILIH KEADILAN!


 

PEMBANGKANG YANG KUCAR KACIRKAN NEGARA


 

Pelan Hamzah Ambil Alih Bersatu, Singkir Muhyiddin

 

Hamzah yang juga bekas Timbalan Presiden enggan bersaing merebut jawatan Presiden daripada Muhyiddin pada pemilihan parti kerana faktor sokongan terhadap Ahli Parlimen Pagoh itu masih kuat.

KUALA LUMPUR, 28 Mei – Hamzah Zainudin didakwa menggunakan Pas dan Umno sebagai modal untuk memecah-belahkan Bersatu, sekali gus mengambil alih parti itu daripada Muhyiddin Yassin.

Bekas setiausaha sulit kepada Muhyiddin, Dr Marzuki Mohamad, berkata langkah itu digerakkan dengan misi menjatuhkan Presiden Bersatu itu, sekali gus dilantik sebagai pemangku Presiden.

Menurut beliau, Hamzah yang juga bekas Timbalan Presiden enggan bersaing merebut jawatan Presiden daripada Muhyiddin pada pemilihan parti kerana faktor sokongan terhadap Ahli Parlimen Pagoh itu masih kuat.

Pelantikan Ahmad Samsuri menggantikan Hamzah sebenarnya memperlihatkan PN terus berdepan krisis dalaman biarpun Bersatu telah menyingkirkan Hamzah sebagai Timbalan Presiden.

Sebaliknya, katanya Hamzah dikatakan memujuk Muhyiddin mengusahakan pelan peralihan parti dengan bekas Ketua Pembangkang itu dinamakan sebagai Timbalan Presiden.

Ini kerana Perlembagaan Bersatu menetapkan Timbalan Presiden memangku jawatan Presiden apabila Presiden berhenti.

“Menjadi Timbalan Presiden tanpa bertanding, kemudian desak Muhyiddin supaya berundur. Selepas Muhyiddin berundur, dia (Hamzah) menjadi pemangku Presiden Bersatu.

Penganalisis melihat, tindakan pemecatan Hamzah tambah merobekkan kekuatan Bersatu yang telah dijangka dari awal lagi, namun tidak menyangka ia seteruk ini.

“Kemudian dengan sokongan Pas dan parti komponen PN, dia dilantik sebagai Pengerusi PN. Tanpa susah payah bertanding,” katanya melalui kenyataan hari ini.

Pada 13 Februari lalu, media melaporkan Hamzah dipecat daripada Bersatu serta-merta kerana tindakannya melanggar Fasal 9.1.4 dengan perkara itu diputuskan Lembaga Disiplin, selaras Fasal 22.5 perlembagaan parti.

Jelas Marzuki, Hamzah pada asalnya tiada kedudukan dalam Bersatu sehinggalah Muhyiddin melantiknya sebagai Setiausaha Agung, kemudian endorse (sokong) beliau sebagai Timbalan Presiden.

Maksudnya, katanya Hamzah menang tanpa bertanding jawatan Timbalan Presiden sebaliknya atas endorsement Muhyiddin.

“Muhyiddin pujuk Ahmad Faizal Azumu (Naib Presiden Bersatu) turun selangkah bertanding Naib Presiden untuk beri laluan kepada Hamzah menang jawatan Timbalan Presiden tanpa bertanding.

“Tugas Timbalan Presiden dalam Perlembagaan Bersatu ialah membantu Presiden, tetapi Hamzah bukan sahaja tidak membantu, malah membuat gerakan menjatuhkan Presiden secara terang-terangan sejurus disahkan ke jawatan berkenaan,” katanya.

Tambah Marzuki lagi, dalam usaha mendesak pengunduran Muhyiddin, Hamzah melaksanakan pelannya dengan mempengaruhi ketua bahagian Bersatu menerusi gerakan mengumpul tandatangan.

“Lebih mudah ‘mempengaruhi’ 120 ketua bahagian Bersatu berbanding meraih sokongan ribuan perwakilan di semua bahagian dalam pemilihan parti,” kata bekas Timbalan Menteri Luar itu.

Kerjasama Bersatu, Pas dan Umno

Marzuki berkata, Hamzah dikatakan cuba mempengaruhi ketua bahagian Bersatu, menggunakan dakwaan kononnya beliau disokong Presiden Pas, Abdul Hadi Awang bagi menjatuhkan Muhyiddin.

Malah, katanya Hamzah antara lain dikatakan mengusahakan kerjasama Bersatu-Pas-Umno untuk membentuk kerajaan dengan syarat Muhyiddin perlu disingkirkan sebelum kerjasama itu boleh dilaksanakan.

Pertembungan Abdul Hadi Awang dengan Muhyiddin Yassin makin ketara berkenaan pelantikan ketua pembangkang apabila Abdul Hadi berkeras perkara itu akan dibuat menjelang sidang Dewan Rakyat Jun depan namun Muhyiddin Yassin ia perlu dibuat segera.

Syarat itu, dakwanya ditetapkan Presiden Umno, Dr Ahmad Zahid Hamidi, namun dinafikan selepas beliau membuat semakan dengan beberapa pemimpin kanan parti berkenaan.

“Tiada syarat sedemikian. Malah mereka beritahu saya, Umno tidak percaya kepada Hamzah. Sebab inilah semua langkahnya untuk tebuk atap dari Dubai hingga Bangkok gagal.

“Selain itu, seorang bekas Ahli Parlimen Bersatu pro-Hamzah pernah memuat naik gambar pertemuan Abdul Hadi, Hamzah dan beberapa Ahli Parlimen Bersatu dan Pas di ‘White House’ (pejabat Hamzah di Bukit Tunku) di Facebook.

“Beliau menjaja cerita kononnya di sinilah Abdul Hadi ‘endorse’ (sokong) Hamzah dan saya pernah ceritakan perkara ini kepada seorang pemimpin kanan Pas. Beliau menafikan pembabitan Abdul Hadi dalam gerakan Hamzah,” katanya.



Group WhatsApp ‘angel’ bawa padah, dedah remaja dibelasah?


 


Satu rakaman video memaparkan seorang pelajar perempuan dipukul beramai-ramai oleh sekumpulan remaja lain mengundang kemarahan netizen selepas tular di media sosial sejak semalam.

Mangsa yang berusia 13 tahun dipercayai menjadi mangsa serangan lima pelajar perempuan lain dalam kejadian yang berlaku di sekitar Kota Kinabalu minggu lalu.

Kejadian itu terbongkar selepas video berdurasi kira-kira satu minit memaparkan mangsa dikepung dan dipukul di luar kawasan sekolah mula tersebar secara meluas di media sosial.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Syed Lot Syed Abdul Rahman berkata pihak polis menerima laporan berhubung kejadian itu pada 23 Mei lalu kira-kira jam 7.51 pagi.

Menurut beliau, laporan dibuat sendiri oleh mangsa.

“Hasil siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku pada 22 Mei lalu kira-kira jam 8 pagi di sekitar kawasan Kota Kinabalu,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Beliau berkata mangsa dipercayai dipukul menggunakan tangan oleh lima pelajar perempuan sehingga mengalami lebam pada kedua-dua bahu dan kaki selain kecederaan pada telinga kiri dan lutut.

“Siasatan lanjut mendapati mangsa dan semua suspek adalah pelajar daripada beberapa sekolah berbeza di sekitar Kota Kinabalu,” katanya.

Menurut polis, semua pelajar terbabit dipercayai saling mengenali menerusi satu kumpulan WhatsApp dikenali sebagai “Angel”.

Siasatan awal juga mendapati mangsa dibawa ke lokasi kejadian oleh dua suspek sebelum kumpulan pelajar terbabit mengepung dan memukulnya dipercayai akibat salah faham serta rasa tidak puas hati.

Lebih membimbangkan, mangsa turut mendakwa diugut supaya tidak memaklumkan kejadian itu kepada ahli keluarga atau pihak polis.

“Kejadian itu disaksikan beberapa pelajar dan orang awam sebelum dirakam dan tersebar di media sosial,” katanya lagi.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah.

Rakaman video kejadian itu sebelum ini menerima kecaman ramai pengguna media sosial yang menyifatkan budaya buli melibatkan pelajar semakin membimbangkan.



Malaysia Hargai Peranan Pakistan Dalam Rundingan Iran-AS – PM Anwar

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan perbualan telefon dengan Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif di Hari Raya Aidiladha pada 27 Mei 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 27 Mei – Malaysia menghargai peranan Pakistan dalam usaha pengantaraan berterusan membabitkan rundingan Iran-Amerika Syarikat, serta kesediaan negara itu menjadi tuan rumah bagi rundingan seterusnya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu beliau dinyatakan ketika panggilan telefon dengan rakan sejawatnya dari Pakistan Shehbaz Sharif hari ini, yang turut menyentuh pelbagai perkembangan serantau dan usaha memperkukuh hubungan dua hala Malaysia-Pakistan.

“Sewaktu panggilan telefon dengan rakan sejawat saya dari Pakistan, Shehbaz Sharif, kami berbincang mengenai pelbagai perkembangan serantau dan usaha memperkukuh hubungan dua hala Malaysia-Pakistan yang sekian lama terjalin erat.

Perdana Menteri, Pakistan, Shehbaz Sharif mengadakan perbualan telefon dengan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Hari Raya Aidiladha pada 27 Mei 2026. Foto Facebook Shehbaz Sharif

“Saya turut menyampaikan ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada beliau serta rakyat Pakistan, dengan harapan semoga semangat pengorbanan dan persaudaraan terus memperkukuh keamanan dan kesejahteraan ummah,” kata beliau menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Anwar berkata beliau dan Shehbaz turut menyentuh perkembangan positif rundingan antara Iran dan Amerika Syarikat, termasuk perbincangan berkaitan pembukaan semula Selat Hormuz yang amat penting kepada kestabilan perdagangan dan keselamatan serantau.

“Dalam hubungan ini, Malaysia kekal berpendirian bahawa segala pertikaian perlu diselesaikan melalui dialog, diplomasi dan pendekatan damai demi menjamin kestabilan rantau Asia Barat,” kata Anwar.

Perdana Menteri berkata beliau dan Shehbaz juga berbincang mengenai kepentingan masyarakat antarabangsa bersuara serta mengambil langkah tegas bagi menghentikan keganasan dan kekejaman Israel terhadap orang awam di Gaza dan Lebanon.

“Insya-Allah, hubungan Malaysia dan Pakistan akan terus diperkukuh berlandaskan semangat persahabatan, saling menghormati dan komitmen bersama terhadap keamanan serta kemakmuran sejagat,” ujar beliau.

Gaji Sebenar Pekerja Di Singapura Naik 4% Pada 2025

 


Pekerja tempatan mendapati kuasa perbelanjaan mereka meningkat pada 2025 apabila gaji naik sementara kadar inflasi semakin mereda, ujar Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada 28 Mei 2026. Foto The Straits Times

SINGAPURA, 28 Mei – Pekerja tempatan mendapati bahawa kuasa perbelanjaan mereka meningkat pada 2025 apabila gaji naik sementara kadar inflasi semakin mereda, menurut Kementerian Tenaga Manusia (MOM).

Dalam pada itu, gaji sebenar di Singapura meningkat sebanyak 4 peratus pada 2025, berbanding 3.2 peratus pada 2024, berikutan kadar inflasi yang semakin reda.

MOM, dalam laporan tahunannya yang dikeluarkan pada 28 Mei, berkata jumlah gaji nominal terus meningkat pada kadar 4.9 peratus pada 2025, namun, kadar itu adalah lebih sederhana berbanding dengan 5.6 peratus pada 2024.

Berbeza dengan gaji sebenar, gaji nominal merujuk kepada jumlah keseluruhan gaji bagi pekerja tempatan yang telah berkhidmat dengan majikan yang sama selama sekurang-kurangnya setahun, dan termasuk caruman Tabung Simpanan Pekerja (CPF) oleh majikan.

Kadar inflasi keseluruhan Singapura mencatatkan purata sebanyak 0.9 peratus pada 2025, satu penurunan besar daripada 2.4 peratus pada 2024, ujar MOM.

“Setelah mengambil kira faktor inflasi, gaji sebenar meningkat sebanyak 4 peratus pada 2025, lebih tinggi berbanding 2024 iaitu sebanyak 3.2 peratus, sekali gus menunjukkan peningkatan dalam kuasa perbelanjaan pekerja.

“Bagi tempoh jangka sederhana, pertumbuhan gaji sebenar terus disokong oleh pertumbuhan daya penghasilan sebenar,” kata MOM.

MOM menambah, pertumbuhan gaji dijangka kekal positif pada 2026, walaupun syarikat dijangka akan lebih berwaspada dalam memberikan kenaikan gaji di tengah-tengah ketidaktentuan geopolitik dan tekanan inflasi.

Di samping itu, meskipun sebahagian besar syarikat terus memberikan kenaikan gaji, peratusannya menunjukkan penurunan daripada 78.3 peratus pada 2024, kepada 72.4 peratus pada 2025.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong mengadakan perbincangan di Carcosa Seri Negara pada 20 Februari 2026. Foto PMO

Lebih banyak syarikat juga mengekalkan gaji sedia ada tanpa perubahan, dengan kadar yang meningkat daripada 18.5 peratus pada 2024 kepada 24.5 peratus pada 2025.

Dalam kalangan syarikat yang memberikan kenaikan gaji, purata kenaikan gaji adalah sebanyak 5.8 peratus pada 2025.

Alasan yang paling kerap dinyatakan bagi kenaikan tersebut adalah untuk mengekalkan pekerja, kata MOM.

Terdapat peratusan kecil syarikat yang mengurangkan gaji, sebanyak 3.1 peratus, dengan purata pemotongan gaji sebanyak 3.7 peratus pada 2025.

“Syarikat-syarikat ini secara amnya mengalami prestasi perniagaan yang lebih lemah berbanding tahun sebelumnya, menyebabkan sebahagian daripada mereka memotong gaji,” kata MOM.

Pada 2025, pekerja berpangkat rendah atau pekerja rank-and-file menyaksikan pertumbuhan gaji sebanyak 4.8 peratus.

Kakitangan pihak pengurusan bawah dan pihak pengurusan atas pula masing-masing mencatat pertumbuhan sebanyak 5.1 peratus dan 4.9 peratus.

Kadar ini adalah lebih rendah berbanding 2024, yang menyaksikan pertumbuhan gaji bagi pekerja berpangkat rendah berada pada paras 5.8 peratus.

Sementara itu, kakitangan pihak pengurusan bawah dan atas pula, masing-masing mencatat pertumbuhan sebanyak 5.6 peratus dan 5.1 peratus.

Sementara itu, jumlah perniagaan yang melaporkan keuntungan meningkat kepada 83.1 peratus pada 2025 daripada 80.8 peratus pada 2024.

Ini mencerminkan keadaan perniagaan yang agak menguntungkan di tengah-tengah pertumbuhan ekonomi Singapura yang berterusan, jelas MOM.

Di samping itu, jumlah firma yang melaporkan keuntungan yang stabil atau bertambah baik meningkat kepada 64.1 peratus pada 2025, daripada 62.7 peratus pada 2024.

MOM telah meninjau kira-kira 6,236 firma dalam sektor swasta yang mempunyai sekurang-kurangnya 10 pekerja untuk laporan ini, dengan dapatan kajian tersebut mencerminkan keadaan gaji bagi lebih daripada 1 juta pekerja.



Oleh Shiqin Ramadan