Akademi Bola Sepak Faisal Halim Diharap Perkasa Pembangunan Bakat Muda – PM Anwar

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluncurkan Akademi Bola Sepak DNA Faisal Halim di Mengkuang Titi, Pulau Pinang pada 26 Mei 2026. Foto PMO

PERMATANG PAUH, 26 Mei – Akademi Bola Sepak DNA Faisal Halim di Mengkuang Titi, Pulau Pinang, ceria dengan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merasmikan akademi berkenaan hari ini.

Menerusi hantaran di media sosial, pelancarannya dilakukan sendiri Anwar sebagai usaha memperkasakan pembangunan bola sepak akar umbi serta mencungkil bakat muda negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluncurkan Akademi Bola Sepak DNA Faisal Halim di Mengkuang Titi, Pulau Pinang pada 26 Mei 2026. Foto PMO

Anwar berkata, akademi berkenaan bukan sekadar tempat latihan, sebaliknya medan membina disiplin, semangat juang dan keyakinan dalam kalangan generasi muda.

“Saya percaya masa depan sukan negara bergantung kepada usaha membentuk bakat muda dengan nilai kerja keras, adab dan iltizam yang tinggi,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluncurkan Akademi Bola Sepak DNA Faisal Halim di Mengkuang Titi, Pulau Pinang pada 26 Mei 2026. Foto PMO

Turut hadir, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow; Exco Kerajaan Negeri, Goh Choon Aik dan bekas ADUN Penanti, Dr Norlela Ariffin.

Anwar turut berharap akademi itu dapat melahirkan lebih banyak bakat muda, yang mampu mengharumkan nama negara di pentas lebih tinggi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluncurkan Akademi Bola Sepak DNA Faisal Halim di Mengkuang Titi, Pulau Pinang pada 26 Mei 2026. Foto PMO

Faisal, yang turut dikenali sebagai Mickey, merupakan antara tonggak serangan utama skuad Harimau Malaya dan Selangor FC yang bersaing dalam Liga Super serta AFC Champions League.

Beliau cukup terkenal dengan aksi lincah dan prestasi konsisten pada peringkat domestik serta antarabangsa selain menjadi inspirasi anak muda yang ingin mengikut jejak langkahnya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluncurkan Akademi Bola Sepak DNA Faisal Halim di Mengkuang Titi, Pulau Pinang pada 26 Mei 2026. Foto PMO


No comments: