TEMPOH PKP 3.0 MUNGKIN LEBIH PANJANG, KERAJAAN PN PIMPINAN MAHIADDIN BUAT DUA KESILAPAN – NAJIB

 

Tempoh bagi PKP 3.0 ini mungkin akan jauh lagi panjang berbanding PKP 1.0 dan PKP 2.0.

Ini pasti, jika mengikut segala logik, sains dan data sebab:

1) keadaan sekarang adalah jauh lebih kritikal berbanding masa darurat + PKP 2.0 diumumkan

– bilangan pesakit dalam ICU adalah hampir 3 kali ganda

– jumlah kes baru adalah lebih 2 kali ganda

– jumlah kluster aktif hampir sekali ganda

– jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan hampir sekali ganda

– penularan sudah masuk ke komuniti dengan 80% kes sporadik yang tidak dapat dikesan puncanya berbanding lebih tertumpu kepada sektor kilang dan tapak pembinaan

– varian-varian baru lebih berbahaya sedang menular sejak PKP 2.0

Kenapa keadaan jadi begini di mana ianya lebih kritikal dan PKP 3.0 perlu dilaksanakan hanya selepas PKP 2.0 tamat?

Kenapa PKP 3.0 menyeluruh perlu dilaksanakan walaupun PM8 dah dua kali beri jaminan tiada lagi PKP menyeluruh?

Kenapa janji kerajaan bahawa kes baru jatuh ke dua angka menjelang bulan Mei dengan perlaksanaan darurat yang memberi kuasa penuh kepada kerajaan tidak kesampaian tetapi apa yang kita dapat ialah keadaan berkali ganda lebih kritikal pada bulan Mei ini?

Sehingga lawatan raya disekat walaupun ramai telah berbelanja untuk persediaan raya?

Sebenarnya, kerajaan PN sudah mengaku kesilapan.

“Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah mengakui kerajaan mungkin memberi kelonggaran terlalu awal kepada beberapa sektor ketika perintah kawalan pergerakan (PKP) 2.0 dilaksanakan awal tahun ini.”

“11 Mei 2021:Kelonggaran mungkin diberi terlalu awal ketika PKP 2.0, kata Noor Hisham”


https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/05/11/kelonggaran-mungkin-diberi-terlalu-awal-ketika-pkp-2-0-kata-noor-hisham/

Sehingga kini, hanya KP KKM seorang sahaja yang mengaku kesilapan kerajaan. Lain-lain dalam kerajaan diam saja dan buat-buat tak nampak. Langsung tak rasa bersalah.

Pada saya, kerajaan PN telah membuat dua kesilapan paling besar yang saya telah berkali-kali tegur dan memberi amaran dari awal-awal lagi sebab ianya terlalu jelas di depan mata.

Bahawa, ianya PKP 2.0 ini akan gagal dan kerajaan akan membazirkan duit dan sia-siakan pengorbanan Rakyat untuk menghadapi PKP 2.0.

Bahawa PKP 3.0 akan terpaksa dilaksanakan dan mudarat serta penderitaan Rakyat akan berpanjangan jika PKP 2.0 tidak dibuat dengan betul.

Kedua kesilapan itu adalah:

1. Turunkan tempoh kuarantin bagi pelawat asing dari 14 hari ke 7 hari pada bulan Disember ketika banyak negara-negara lain naikkan lagi tempoh kuarantin sebab bimbang dengan varian-varian yang baru muncul.

2. Buat PKP 2.0 secara separuh masak dengan membenarkan sektor-sektor yang merupakan penyumbang terbesar kes dalam gelombang ketiga untuk terus beroperasi seperti biasa.


Lalu, kerajaan terpaksa tamatkan PKP 2.0 walaupun kes baru lebih tinggi berbanding masa ianya bermula sebab Rakyat dah hilang sabar dan tertekan dengan PKP 2.0 separuh masak yang kurang berkesan.

Tapi geng Jkom dan PN pula kata saya meroyan berpanjangan masa itu. Cuma syiok sendiri untuk mendapat “likes”. Hanya tahu mengkritik dan mencari kesilapan.

Maaf, kesilapan-kesilapan itu adalah terlalu jelas dan akibatnya terlalu nyata.

Patutkah saya berdiam diri jika akibat kesilapan-kesilapan itu ialah mudarat, penderitaan berjuta-juta Rakyat yang berpanjangan dan kehilangan nyawa bagi lebih 1,100 warga Malaysia dalam tempoh 4 bulan darurat ini?

Lalu, Jkom akan sindir bahawa Najib selalu betul. Kerajaan selalu salah.

Najib bukan maksum. Bukan selalu betul.

Tapi Jkom perlu menghadapi realiti bahawa:

1) PKP 3.0 perlu dilaksana pada ketika hari raya dan hanya 2 bulan selepas PKP 2.0 tamat. Tempoh PKP 3.0 juga bakal lagi panjang berbanding yang lalu.

2) PM8 telah capatikan jaminan-jaminannya bulan lepas bahawa PKP menyeluruh tidak akan dilaksanakan lagi.


3) Keadaan pada PKP 3.0 adalah berkali ganda lebih parah biarpun kuasa penuh Darurat diberi selama 4 bulan dan PKP 2.0 telah dilaksanakan.

4) Malaysia diperli Indonesia setelah keadaan Covid dan jumlah kes baru melepasi negara jiran dan kita menjadi paling teruk dari segi saiz penduduk di ASEAN. Malah, kita lebih teruk berbanding Amerika Syarikat dan United Kingdom sekarang.

Ini bukan mencari kesilapan. Ianya kenyataan.

Tapi realitinya ialah kesejahteraan hidup bagi berjuta-juta Rakyat telah terkorban dan mudarat Rakyat masih berpanjangan akibat kesilapan-kesilapan yang telah diakui kerajaan.

Tak kan ini salah Najib juga?

NAJIB RAZAK

Bekas Perdana Menteri.


HEBATNYA DIA HENTAM PH DULU.TENGOK APA AIB YANG DIDEDAHKAN.....CELAKA PUNYA LEBAI.

 

May be an image of 20 people and text


IBRAHIM MAT ISA

Aku bukan suka sangat kecam lebai PAS ikut suka sahaja tanpa kaji selidik cari bukti. Memang awal dah jumpa bukti dia kaki like pos berkaitan seks dan gay.

Tapi sebab bulan puasa aku abaikan kerana tak mau ganggu puasa dengan kebodohan dan kecelakaan beberapa lebai PAS.

Lepas raya, baru nak stalking balik Twitter lebai tu, ternyata sama ada dia dah deactived atau kena sapu akaun tu lenyap.

Tapi heboh di Twitter cerita pasal dia di sana sejak kelmarin ternyata meminati dunia seks begitu. Entahlah.. Wallahu alam..

Tar Senik dulu pun berlakon alim kononnya difitnah sebagai kaki seks rambang, tapi ternyata beberapa kali kantoi dengan perangkap seks oleh cybertrooper.. siap berbukti lagi!

Nampaknya, lebai PAS sendiri yang melingkopkan parti mereka. Jadi aku tak perlulah memburukkan PAS teruk-teruk.

Allah dah hina parti PAS kerana kerja mereka memfitnah dan memburukkan parti lain, akhirnya sendiri yang rugi...

Padan muka!

 

KISAH LEBAI KENA PANAH PETIR




AHMAD SHAHRIL


 Aku ingatkan THOR tu cerita dongeng jea rupanya ada sungguh....lari dari tempat asalnya merajuk berebut tukul sakti dan tinggal di malaysia tukar nama jadi THORSUKI.

Panas! Setiausaha PAS Selangor diserang netizen hingga tutup akaun Twitter


Setiausaha Pas Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir diserang melalui Twitter malam tadi sehingga terpaksa menutup akaunnya @RoslanSms.

Beliau diserang oleh pengguna Twitter yang menamakan dirinya Zack Rocktar berdasarkan akaun Twitter milik bekas Setiausaha Akhbar Presiden Pas itu sendiri yang didakwanya suka melayari laman-laman porno gay.

“Ok, mari kita tengok akaun Roslan Sms, apa yang dia suka likes,” kata Zack yang kemudiannya menekan butang likes pada akaun Roslan dan memaparkan sejarah like Roslan di situ.

Sehingga ini lebih 25,100 orang telah melayari video yang dirakam Zack berdasarkan Twitter Roslan Sms itu.

Selain aktivis politik, Roslan adalah penulis tetap Harakahdaily dan Harakah.



Musuh anda tak semestinya perlu jadi musuh saya - Zahid

MELÁMPÁU! MÜĤŸlÐÐlÑ SUDAH MULA ÜGÜT RÁKYÁT YANG BERSUARA!

Hadi Awang mengesahkan kenyataan Mohamad Sabu Kerajaan PN tidak dihormat...

((PANAS)) RAYUAN DATO LOKMAN KEPADA AGONG BERKAITAN ISU DARURAT & SIDANG...

DATO KAMAL - RAKYAT DIHUKUM & MULA MARAH, ANAK MUDA NAIKKAN BANNER #KERA...

SUARA RAKYAT!! MAKIN MEMBARA!!

Khalifah Harun dan Bahlol

 










Ada orang bertanya kepada saya, pernahkah dalam sejarah Islam, seseorang bisa mencelik dan menjagakan raja dari ketidakpedulian, ketidakpekaan, dan ketidakprihatinan masalah rakyat. Saya menjawab ada.

Nama seorang yang berani itu ialah Bahlul, dan saya akan menggunakan ejaan Bahlol untuk karangan ini. Ia adalah nama gelar untuk Wahab ibn Amr, salah seorang sahabat Musa Al-Kadhim. Beliau hidup ketika zaman sultan 1001 malam, iaitu Khalifah Harun Al-Rashid.

Bahlol seorang hakim, ulama, dan menurut saya seorang sasterawan (dari genre satira) yang dikatakan latar belakangnya seorang hartawan.

Dalam erti kata lain, Bahlol ini dari kaum kayangan, cuma perangai beliau tidak kayangan. Atau beliau berasal puak kayangan tetapi menggunakan kekayangannya itu untuk menegur sultan ketika itu. Oleh sebab dia dari golongan kayangan, dia tidak perlu kenyang dengan gelar, sogok, dan upah emas istana. Kalau tidak kerana dia itu murid Musa al-Kadhim (seorang sheikh sufi, yang membawa kepada Ja’far Al-Sadiq) saya tidak fikir Bahlol ini boleh menjadi seorang ulama dan satirawan yang tajam.

Untuk orang Melayu, bahlol diertikan oleh Kamus Dewan sebagai “bangang, bodoh, tongong; tak ada cita-cita”. Demikian juga menurut Kamus Besar Indonesia, bahlol itu “bodoh”. Sebenarnya bahasa Melayu tidak juga salah, ini kerana orang Melayu merujuk kepada kata “buhlul” yang dalam bahasa Arab bermakna bodoh, dan gila. Saya akan tunjukkan bagaimana kata bahlol itu dihubung dengan makna bodoh di hujung tulisan ini.

Mungkin juga ia terjadi kerana kesalahan membaca baris apabila ditulis perkataan itu dalam Jawi dan kemudian terbawa-bawa hingga kini. Saya harap satu hari nanti Dewan Bahasa dan Pustaka boleh membetulkan konteks perkataan ini supaya lebih jelas.

Baik, apa yang Bahlol lakukan kepada Sultan Harun?

Sebenarnya terdapat 1001 macam kisah antara Bahlol dan Harun. Akan tetapi ada satu kisah yang saya akan jejerkan di sini untuk menunjukkan bagaimana Bahlol, seorang ulama berani (baca: bukan ulama tahnik atau ustaz yang don atau yang jenis rentas negeri) bila berdepan dengan seorang raja. Ini pertemuan pertama kali Bahlol dan rajanya. Bahlol mensekolahkan seorang sultan yang besar. Siapakah yang tidak tahu besarnya si Harun Al-Rashid?

Jadi Bahlol baru pulang dari berhaji dan berehat di Kufah. Ketika Bahlol sedang melepak di serambi rumahnya, perarakan sultan melintasi jalan di hadapan kediamannya. Bahlol berteriak; “Harun! Harun! Harun!”

Benar, tiada gelar “tuanku”.

Harun yang terdengar laungan itu serta-merta meruok. Maka Harun bertanya kepada pengiringnya siapakah yang menamakannya hanya dengan nama itu, sungguh kurang ajar sekali. Pengiring yang cemas pantas menjawab, ‘Oh si Bahlol gila itu, tuanku.’

Maka Sultan menarik langsir tandu dari puncak unta (bayangkan macam Mercedes Kelantanlah lebih kurang) lantas bertanya dengan niat untuk melayan kegilaan Bahlol, “Kamu kenal beta kah?”

Bahlol menjawab yakin, “Kenal”.

Harun mulai digeli rasa seronok melayan orang yang menurutnya gila isim. Unta pun dihentikan, dan ini barangkali peluang untuk baginda kelihatan merakyat. Kerana, mana ada lagi sultan boleh menghentikan kenderaannya untuk meladeni seorang gila di jalanan?

Sultan pun bertanya kepada Bahlol, “Maka siapakah beta?”

Jawab Bahlol begini, “Oh engkau lah yang akan dipertanggungjawabkan dengan segala penindasan yang berlaku di Timur, meskipun engkau sedang berada di Barat. Engkau akan disoal di hari akhirat kerana engkau itu raja negeri ini.”

Harun yang terkena itu pun (pura-pura) menangis. Ramailah orang dari kejiranan Bahlol itu datang menyaksikan kejadian aneh tersebut. Oleh sebab makin ramai rakyat yang tiba untuk mengambil serta (bayangkan kalau hari ini ia dirakam dalam IG Story) maka Harun pun harus terus melayani Bahlol.

Mungkin dia menyesal memulainya, tetapi kerana sudah terlanjur mencetuskannya, maka Harun tidak boleh berhenti. Justeru Harun bertanya kepada Bahlol, “Apa pandangan kamu kepada beta?”

Jawapan Bahlol begini, “Bandingkan diri engkau dengan Al-Quran. Dari surah Al-Infitaar ayat 13 dan 14; ‘…sesungguhnya: orang-orang yang berbakti, tetap berada dalam Syurga yang penuh nikmat; dan sesungguhnya orang-orang yang bersalah, bertempat dalam neraka yang menjulang-julang’.”

Harun kaget kerana jawapan Bahlol itu digulung dari ayat suci. Maka raja yang tidak mahu kalah pun menyahut, “Tetapi bagaimana dengan macam-macam kebajikan yang beta pernah lakukan?”

Bahlol membalas pula dari sebahagian ayat 27 surah Al-Maa’idah; “‘Hanyasanya Allah menerima dari orang-orang yang bertaqwa’.”

Harun yang menyedari kian orang ramai berhenti melihatkan dialog itu mulai berasa resah dan mengilas pula, “Akan tetapi bagaimana dengan beta dari keturunan baik-baik yang ada pertalian darah dengan keturunan Rasulullah?”

Bahlol menyahut lagi, kali ini jawapan Bahlol itu dari ayat 101 surah Al-Mu’minuun; “…apabila ditiup sangkakala, maka pada hari itu tidak ada lagi manfaat pertalian kerabat antara mereka, dan tidak pula sempat mereka bertanya-tanyaan’.”

Harun yang panik kini menghujahkan, “Tetapi Nabi Muhammad memberikan syafaat”.

Bahlol mengatakan pula, kali ini memetik dari ayat 109 surah Taha; “Pada hari itu, tidak berfaedah syafaat kecuali dari orang yang diizinkan oleh Allah yang melimpah-limpah rahmatNya, dan kepada orang yang diredai perkataannya.”

Harun yang serasa kalah ingin mempamerkan kedermawanannya telah segera meningkah, “Apakah yang kamu mahukan hai si gila?”

Bahlol main drama dengan memberi reaksi kira-kira begini, “Ampuni dosa saya dan bawa saya ke syurga.”

Harun berasakan Bahlol kini terperangkap dan akan terserlah kegilaannya, lantas gesit menjawab; “Beta tiada kuasa menghantar orang ke syurga. Tetapi pengiring beta menjelaskan yang kau ada banyak berhutang dengan orang. Kau mahu beta membayarkannya?”

Reaksi Bahlol cekatan dan ia membalas, “Hutang tidak boleh membayar hutang. Apa yang engkau miliki Harun adalah datangnya dari (cukai dan kerja keras) rakyat, dan engkau bertanggungjawab memulangkannya kembali kepada rakyat.”

Harun yang kian putus asa melayani seorang yang ‘gila’ cepat berhujah pula, “Kamu mahu beta menanggung kamu seumur hidupkah?”

Di sinilah jawapan terkenal yang diberikan oleh Bahlol seorang satirawan kepada seorang sultan; “Saya hamba Allah, dan Dia memberi saya segala keperluan, engkau raja-raja menyangka Allah hanya mengingati kamu kerana kamu seorang raja lantas melindungi kamu, dan Allah itu melupakan saya?”

Dalam sejarah, terdapat banyak lagi dialog Bahlol dan Harun selepas itu. Malah Harun yang terkesima dengan perangai gila satirawan ini dikatakan kerap memanggil Bahlol ke istana untuk berbalas hujah, atau kira-kira semacam melayankan kerenah ‘gila’ Bahlol. Kadang malah Sultan meminta Bahlol mengadili sesuatu kes yang mengakibatkan Bahlol dirujuk juga orang ramai sebagai hakim.

Memang Sultan merasakan Bahlol itu orang gila atau bodoh yang banyak menjawab. Akan tetapi perlahan-lahan sebenarnya reputasi Bahlol merebak dalam kalangan orang awam dan masyarakat. Setiap dialog Bahlol itu ‘kebetulan’ berlaku secara terbuka dan mulai dicatat orang. Seperti kisah ini.

Sebetulnya kalau tidak kerana Bahlol orang akan selamanya menyangka Harun Al-Rashid itu raja yang adil dan dermawan. Padahal Harun itu ada ramai pengiring dan pekerja istana yang mencipta dan membina imej baiknya. Mujur ada Bahlol, maka rakyat tatkala itu kenal siapa Harun. Pun ramai juga yang tidak kenal perangai baginda. Itulah sebabnya kadang-kala kita membaca dan mendengar kisah-kisah indah dan kebaikan Harun dari Hikayat 1001 Malam (satu naratif muluk-muluk ala Hikayat Hang Tuah).

Jadi, yang mengenal Bahlol sahaja mengetahui betapa bobrok, bangkut, dan bejatnya Harun Al-Rashid. Seperti biasa ada puak yang akan menutup kisah-kisah jahat dan zalimnya Harun (seperti membunuh Musa Al-Kadhim). Kaedah perunding imej istana Harun ini menutup kebenaran ialah dengan memburukkan nama Bahlol. Maka Bahlol itu bodoh, tongong, bangang, atau tidak ada cita-cita.

Itulah yang akhirnya kita orang Melayu warisi, penipuan 1001 malam. Harun itu dikatakan adil padahal tidak pun. Bahlol pula dikatakan seperti bodoh. Padahal ia sebaliknya.

Selamat hari raya.

Demo ‘kerajaan gagal’: Fikir kenapa, jangan nak tangkap sahaja, kata Puad


Kenapa pada hari raya pertama rakyat sanggup menunjuk perasaan, tanya Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Puad Zarkashi.

PETALING JAYA: Puad Zarkashi menggesa pentadbiran Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin fikir kenapa rakyat bertindak menunjuk perasaan lagi-lagi ketika Aidilfitri, susulan penahanan individu yang dikaitkan dengan himpunan ‘kerajaan gagal’ di Johor.

“Sepatutnya yang perlu difikirkan kenapa pada hari raya pertama rakyat sanggup buat perkara tersebut. Jangan fikir soal nak tangkap mereka sahaja,” kata ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno itu dalam kenyataan.

Semalam, seorang lelaki berusia 21 ditahan selepas video dan gambar suatu tunjuk perasaan membabitkan pembakaran suar dan kain rentang “kerajaan gagal” di Parit Raja, Batu Pahat tersebar.

Terbaharu, sebanyak 20 penduduk setempat dipercayai terlibat ditahan. Polis percaya kira-kira 40 orang terbabit.

Puad menarik perhatian kerajaan bahawa tunjuk perasaan rakyat bukan di Parit Raja sahaja.

“Ada yang berhari raya di lebuh raya sambil tayang sepanduk ‘Kerajaan Gagal’. Semoga perdana menteri ke-8 berpihak di bumi nyata.”

Dalam pada itu, Puad menepis dakwaan mengatakan beliau mempunyai kaitan dengan himpunan itu.

“Mungkin, pertama kerana saya ketua Umno Bahagian Batu Pahat. Kedua, kerana saya konsisten mengatakan kerajaan perdana menteri ke-8 memang ‘kerajaan gagal’.

“Perlu dijelaskan bahawa Parit Raja berada dalam kawasan Parlimen Seri Gading, bukan Parlimen Batu Pahat, maka jangan tuduh semberono,” katanya.

Kes disiasat bawah Seksyen 144 dan 269 Kanun Keseksaan, dan Seksyen 8 Akta Bahan Letupan.

Sementara itu, di pihak Bersatu, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi, Muhammad Faiz Na’aman, menyoal adakah Puad menyokong “anarki”, susulan kenyataan beliau tentang tunjuk perasaan di Batu Pahat itu.

Beliau menepis penunjuk perasaan terbabit sebagai “sekumpulan Mat Rempit” yang melanggar Perintah Kawalan Pergerakan.

“Adakah sokongan terhadap para pelanggar undang-undang negara itu turut direstui kepimpinan Umno yang lain? Memusuhi kerajaan yang dianggotai tokoh-tokoh pemimpin mereka sendiri?” katanya dalam kenyataan.

Faiz berkata sokongan kepada “para perusuh” bagaikan penentangan terhadap seruan Yang di-Pertuan Agong supaya rakyat semua beraya di rumah semasa Aidilfitri.

“Umno wajar ambil tindakan tatatertib ke atas mana-mana ‘binatang politik’ yang kuat menghasut ketika darurat masih diperkenan Agong ketika ini,” katanya.

STEVEN SIM BANTU WARGA EMAS

 


UMI HAFILDA BEDAL AZMIN

 


MAN TOBA


Adik bedal abang. Tak semetinya status abang tu dia sentiasa betul aja. Reti sikit. Pengalaman masing-masing tak sama. Situasi ujian, cabaran masing-masing  tak sama.

 

Beza tu. Duduk bawah ketiak mak 24jam jangan nak banding dengan orang merantau jauh. Harap faham!

 




SUARA RAKYAT. PADAN MUKA KAU...


Exco Terengganu serah diri kepada polis, terima surat tawaran kompaun

MUDAHKANLAH SOLAT JEMAAH BAGI UMAT ISLAM..MENTERI AGAMA MANA DIA????


 JAMZURI ARDANI

Sepatutnya bagi memudahkan urusan umat Islam mengerjakan solat Jumaat semasa pandemik, dan menjaga maslahat keselamatan awam ... pihak berkuasa agama membenarkan lebih banyak surau-surau melaksanakan solat Jumaat buat sementara waktu ini. Jadi, walaupun dengan jarak 1.5 meter pun, masih ramai yang berpeluang menunaikan solat Jumaat.


Beratus-ratus surau yang sebelum ini tidak digunakan untuk solat Jumaat tentunya boleh dimanfaatkan. Kenapa tiada usaha supaya lebih ramai umat Islam boleh solat Jumaat, sementara SOP dipatuhi?  Pada saya, kebanyakan pentadbir pihak berkuasa agama tiada kesungguhan dan inisiatif.  Mereka terlalu complacent dengan keselesaan bekerja. Mereka hanya tahu turun ke lapangan untuk menguatkuasa peraturan dan memantau pematuhan.  Mereka turun dengan kuasa dan arahan.  Mereka bukan turun untuk membantu atau mencari jalan memudahkan urusan umat Islam. 


Memang mudah buat justifikasi hukum itu dan ini. Itu memang kemahiran golongan agamawan yang paling unggul. Tidak tersangkal lagi. Mereka punya kitab tebal dan pastinya juga banyak dalil.


Tapi, rasailah denyut nadi ummah, mereka merasa gundah gulana di hati apabila tidak berpeluang menunaikan solat Jumaat berbulan-bulan lamanya.


Saya sukar faham, kenapa mereka tidak memahami?



Terkini! Dr Rozaimi ‘bedal’ wakil rakyat Pas langgar SOP

 


Terkini! Dr Rozaimi ‘bedal’ wakil rakyat Pas langgar SOP


Sebenarnya bukan YB saja rasa begitu. Kami rakyat marhaen juga rasa begitu tambahan pula jika yang datang itu ialah keluarga. Tetapi SOP tetap SOP. Bila kerajaan kata tidak boleh ziarah raya maka kami sebagai rakyat perlu taat kerana bimbang disaman atau dipenjarakan seperti amaran Menteri KDN.

Untuk mengurangkan kesedihan tidak boleh ziarah raya, bolehlah lakukan ziarah rumah sendiri seperti ziarah dapur, ziarah bilik dan ruang tamu. Moga perjalanan ziarah itu selamat.

Sekian cadangan saya.


ADAKAH INI KERJA PDRM. ??? IANYA AMAT MELECEHKAN.

 

Sejak KPN baru ni naik, rakyat lihat PDRM sibuk nak kira kasut depan rumah rakyat, ketuk pintu rumah rakyat kira tetamu dalam rumah, memantau rakyat yg muat turun gambar beraya di media sosial yg langgar pkp semata-mata nak sampaikan saman, datang angkut makcik pakcik serta rakan tetangga yg beraya sebagaimana gambar yg dah tular di media sosial.

Apa ni pdrm... Rakyat bukan tak tahu sop tu semua, ada rumah kejiranan rakyat yg dh sediakan facemask percuma, cek suhu badan siap spray sanitizer sebelum masuk ke rumah.

Dahulu perayaan lain, pulis siap tolong angkat barang tu berarak bersama. 15 orang ahli keluarga buleh makan besar. Utk org Islam meraikan perayaan hangpa nak kira selipar & pantau rakyat upload gambar raya di media sosial?

Rakyat bukan tak faham sop & pentingnya jaga diri serta kewujudan covid 19. Rakyat mmg sdg berperang dgn covid.

Tapi yg menyampahnya menteri tebuk atap tanpa facemask pun x di saman. Gambar menteri langgar sop, langgar kuarantin pun pdrm pejam mata buat-buat pening lalat. Tang rakyat, di kejar sehabis lumat ibarat penjenayah.

Ya, kami menyuarakan rasa tak puas hati dan terkilan rakyat di kejar sebegini. Pd masa sama, jauh di lubuk hati lebih suka "deep state" beroperasi sedemikian agar rakyat buka matanya bahawa kerajaan Pee End sedia ada ini adalah sebuah kerajaan gagal! Semestinya sangat bagus buat PH.

Teruskan...kejarlah.

Rakyat bukan tidak risau akan wabak, tapi mencengkam sebegini hingga kira selipar dan memaksa rakyat pula berhutang kpd kerajaan melalui surat saman pkp, buatkan rakyat menyampah dan sudah semestinya bonus buat PH.

Selamat Hari Raya.

Yang berkarya:

Gino Marvela

 

SUAMI KEJAM DERA ISTERI. KHIDMAT SOSIAL. SEMOGA SI SUAMI DIBALAS SEWAJARNYA

 

AMAN SHAH II


May be an image of child and sitting



Ziarah keluarga dan anak-anak Allahyarhamah Siti Khidijah Abd Manaf, 32 thn sebentar tadi di Kg Telok Wang, Sungai Petani.

Ini setelah saya memaklumkan dan peroleh kebenaran daripada pihak polis.

Arwah menemui ajal akibat dari kesan penderaan teruk oleh suaminya.(pendarahan teruk pada otak).



SI SUAMI DIBUANG KERJA AKIBAT DADAH. ORANG JOHOR.

May be an image of 1 person and standing


Kematian arwah begitu tragis dan menyayat hati.

Paling menyentuh hati, bila saya turut diceritakan oleh abang si mati tadi, bagaimana kisah dan derita yang disembunyikan oleh arwah sejak begitu lama.. ianya kerana arwah lebih meletakkan kepentingan anak-anaknya daripada mengadu ttg perbuatan suaminya yang tak berhati perut.

Saya diceritakan, sewaktu melahirkan anak ke-4, arwah melahirkan cahayamatanya bersendirian di bilik air..dan hanya mampu mengagahi diri menelefon abg nya yg kemudian bergegas dan terpaksa memanjat pagar utk memasuki rumah yg didiami arwah waktu itu di Bandar Puteri Jaya.

Ini kerana hari sebelumnya, arwah dibelasah, disepak terajang oleh suaminya walaupun dlm keadaan sarat dan tunggu masa utk bersalin. keadaan arwah begitu lemah..Description: 😥

Rasa amat sebak bila lihatkan anak bongsu arwah, Mohd irfan Arshad (2 tahun) yang sedang lena atas buaian yang tentunya belum mengerti apa-apa dan 3 lagi, kakak sulung dan 2 abang nya. iaitu Alia Nadrah Qaisara( 8 thn), Abdul Raziq (5 thn) dan Abd Wafiy (4 tahun)...

Pada lebih kurang jam 2.30 pagi, 14 mei 2021 (Jumaat/raya ke2).. arwah akhirnya menghembuskan nafasnya yg terakhir di hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani.. terlerai sudah derita nya di dunia.

Al - Fatihah..(dibaca)

*Pada yang ingin membantu anak-anak arwah, boleh berbuat demikian dengan menyumbang ke akaun:

Bank Islam

02114020140880

Marina bt Mohd Isa (mak saudara ank2 arwah)

Sila maklumkan atau menelefon ke nombor 014 6712735 .

#ZiarahPrihatin

#PusatKhidmatParlimenSgPetani

 

KEPIMPINAN PM YANG JELAS GAGAL - RAKYAT KINI TERTUMPU KEPADA ISTANA

 

Saya mewakili GERAK Negeri Pahang sekali lagi merafak sembah Kebawah Duli Tuanku Yang Dipertuan Agong untuk menilai semula kedudukan PM sekarang.

Bukan rahsia lagi bahkan dunia mengetahui akan kegagalan PM sekarang untuk menguruskan negara ini dengan baik. PM telah mengangkat sumpah di hadapan Tuanku dan berjanji untuk menjalankan tugas dan amanah yang dirampas dari mandat rakyat, ternyata jawatan yang diperolehi hasil dari pengkhianatan itu pun gagal dilaksanakan.

Cuba sebut satu sahaja kejayaan Muhyiddin. Beri duit BPN kepada rakyat waktu Covid? Dapat menjadikan Mak Cik Kiah kaya raya dengan meniaga goreng pisang? Dapat mengeluarkan pelaburan dari dalam negara ke luar negara? Lebih banyak masjid ditutup? Lebih banyak bazar ditutup? Lebih ramai penganggur? Aktiviti judi berjaya ditingkatkan? Miliki menteri paling ramai dalam sejarah? Cuba sebut mana satu kejayaan Muhyiddin?

Rakyat hanya mengharapkan agar Istana memahami perasaan rakyat sekarang. Negara kita perlukan seorang pemimpin yang rakyat redha atau paling tidak direstui oleh Ahli-Ahli Parlimen. Berapa jumlah MP yang restu Muhyiddin sekarang? Melantik Imam solat pun perlu direstui oleh makmum. Ini kan pula jawatan pemimpin negara. Jangan pandang remeh dan sambil lewa kerana kesannya amat besar kepada rakyat dan negara.

Situasi politik dan ekonomi negara sekarang amat membimbangkan. Apakah kita perlu tunggu kerosakan dan kemusnahan lebih teruk berlaku baru kita mahu bertindak? Apabila negara ini hancur, tiada siapa yang boleh selamat termasuk di singgahsana. Waktu itu, penyesalan tidak berguna lagi.

WAN FAUZULDIN WAN SAMAD

Ketua GERAK Pahang

 

(function() { var d = document, w = window; w

THE GAGALIST

  KAK IDA ABDULLAH HENTIKAN HIPOKRASI! Sudah lebih 20 tahun negara dipimpin pemimpin #GAGAL . Tak teringin ke nak rasai suatu kerajaan yan...