MACAMANA HADI NAK GEMBLENG NEGARA ARAB, NEGARA ARAB PUN TAK KENAI DIA? DIA BOLEH DEMONTRASI DAAM MALAYSIA SAHAJA. SEMBANG MAU KENCANG..FATWA MAU LEBIH.

 


Hadi perlu gembleng sokongan negara Arab bantah serangan Israel, kata Amanah



Ketua Penerangan Amanah Khalid Samad berkata, Presiden PAS Abdul Hadi Awang harus mencorakkan pendirian kerajaan dan rakyat untuk mengutuk sekeras-kerasnya serangan Israel ke atas Palestin.

PETALING JAYA: Presiden PAS yang juga duta khas Perdana Menteri ke Timur Tengah Abdul Hadi Awang perlu mengadakan kempen dalam kalangan negara Arab supaya bersama-sama dengan Malaysia membantah tindakan Israel ke atas Palestin, kata Khalid Samad.

Ketua Penerangan Amanah itu juga berkata, PAS, yang merupakan sebahagian daripada kerajaan, perlu mencorakkan pendirian kerajaan dan rakyat untuk mengutuk sekeras-kerasnya serangan Israel ke atas Palestin.

“Kita tak dengar daripadanya (Abdul Hadi) cadangan untuk menghadapi krisis ini sedangkan kesatuan negara Arab amat penting untuk menghasilkan bantahan yang berkesan.

“Mereka (PAS) sepatutnya mencorakkan pendirian kerajaan dan rakyat untuk mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Israel,” katanya kepada FMT.

Selain itu katanya, kerajaan perlu lebih proaktif dan berusaha mendapat sokongan di peringkat antarabangsa untuk memberikan tekanan ke atas Amerika Syarikat dan Israel supaya menghentikan keganasan terhadap Palestin.

“Malaysia, Turki dan Indonesia boleh memainkan peranan berkesan untuk menggembleng negara Islam dalam membela rakyat Palestin,” katanya.

Sejak Isnin lalu, ketegangan antara Israel dan Palestin semakin memburuk sehingga Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran bahawa ia bakal mencetuskan peperangan secara besar-besaran.

Menurut laporan media, setakat ini, sekurang-kurangnya 67 orang, termasuk 14 kanak-kanak maut, manakala 388 penduduk cedera dalam serangan udara tentera Israel di Gaza.

Siri keganasan itu meningkat berikutan tindakan pasukan keselamatan Israel menyerbu Masjid Al-Asqa dan menyerang penduduk Palestin.




No comments: