TEMPOH PKP 3.0 MUNGKIN LEBIH PANJANG, KERAJAAN PN PIMPINAN MAHIADDIN BUAT DUA KESILAPAN – NAJIB

 

Tempoh bagi PKP 3.0 ini mungkin akan jauh lagi panjang berbanding PKP 1.0 dan PKP 2.0.

Ini pasti, jika mengikut segala logik, sains dan data sebab:

1) keadaan sekarang adalah jauh lebih kritikal berbanding masa darurat + PKP 2.0 diumumkan

– bilangan pesakit dalam ICU adalah hampir 3 kali ganda

– jumlah kes baru adalah lebih 2 kali ganda

– jumlah kluster aktif hampir sekali ganda

– jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan hampir sekali ganda

– penularan sudah masuk ke komuniti dengan 80% kes sporadik yang tidak dapat dikesan puncanya berbanding lebih tertumpu kepada sektor kilang dan tapak pembinaan

– varian-varian baru lebih berbahaya sedang menular sejak PKP 2.0

Kenapa keadaan jadi begini di mana ianya lebih kritikal dan PKP 3.0 perlu dilaksanakan hanya selepas PKP 2.0 tamat?

Kenapa PKP 3.0 menyeluruh perlu dilaksanakan walaupun PM8 dah dua kali beri jaminan tiada lagi PKP menyeluruh?

Kenapa janji kerajaan bahawa kes baru jatuh ke dua angka menjelang bulan Mei dengan perlaksanaan darurat yang memberi kuasa penuh kepada kerajaan tidak kesampaian tetapi apa yang kita dapat ialah keadaan berkali ganda lebih kritikal pada bulan Mei ini?

Sehingga lawatan raya disekat walaupun ramai telah berbelanja untuk persediaan raya?

Sebenarnya, kerajaan PN sudah mengaku kesilapan.

“Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah mengakui kerajaan mungkin memberi kelonggaran terlalu awal kepada beberapa sektor ketika perintah kawalan pergerakan (PKP) 2.0 dilaksanakan awal tahun ini.”

“11 Mei 2021:Kelonggaran mungkin diberi terlalu awal ketika PKP 2.0, kata Noor Hisham”


https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/05/11/kelonggaran-mungkin-diberi-terlalu-awal-ketika-pkp-2-0-kata-noor-hisham/

Sehingga kini, hanya KP KKM seorang sahaja yang mengaku kesilapan kerajaan. Lain-lain dalam kerajaan diam saja dan buat-buat tak nampak. Langsung tak rasa bersalah.

Pada saya, kerajaan PN telah membuat dua kesilapan paling besar yang saya telah berkali-kali tegur dan memberi amaran dari awal-awal lagi sebab ianya terlalu jelas di depan mata.

Bahawa, ianya PKP 2.0 ini akan gagal dan kerajaan akan membazirkan duit dan sia-siakan pengorbanan Rakyat untuk menghadapi PKP 2.0.

Bahawa PKP 3.0 akan terpaksa dilaksanakan dan mudarat serta penderitaan Rakyat akan berpanjangan jika PKP 2.0 tidak dibuat dengan betul.

Kedua kesilapan itu adalah:

1. Turunkan tempoh kuarantin bagi pelawat asing dari 14 hari ke 7 hari pada bulan Disember ketika banyak negara-negara lain naikkan lagi tempoh kuarantin sebab bimbang dengan varian-varian yang baru muncul.

2. Buat PKP 2.0 secara separuh masak dengan membenarkan sektor-sektor yang merupakan penyumbang terbesar kes dalam gelombang ketiga untuk terus beroperasi seperti biasa.


Lalu, kerajaan terpaksa tamatkan PKP 2.0 walaupun kes baru lebih tinggi berbanding masa ianya bermula sebab Rakyat dah hilang sabar dan tertekan dengan PKP 2.0 separuh masak yang kurang berkesan.

Tapi geng Jkom dan PN pula kata saya meroyan berpanjangan masa itu. Cuma syiok sendiri untuk mendapat “likes”. Hanya tahu mengkritik dan mencari kesilapan.

Maaf, kesilapan-kesilapan itu adalah terlalu jelas dan akibatnya terlalu nyata.

Patutkah saya berdiam diri jika akibat kesilapan-kesilapan itu ialah mudarat, penderitaan berjuta-juta Rakyat yang berpanjangan dan kehilangan nyawa bagi lebih 1,100 warga Malaysia dalam tempoh 4 bulan darurat ini?

Lalu, Jkom akan sindir bahawa Najib selalu betul. Kerajaan selalu salah.

Najib bukan maksum. Bukan selalu betul.

Tapi Jkom perlu menghadapi realiti bahawa:

1) PKP 3.0 perlu dilaksana pada ketika hari raya dan hanya 2 bulan selepas PKP 2.0 tamat. Tempoh PKP 3.0 juga bakal lagi panjang berbanding yang lalu.

2) PM8 telah capatikan jaminan-jaminannya bulan lepas bahawa PKP menyeluruh tidak akan dilaksanakan lagi.


3) Keadaan pada PKP 3.0 adalah berkali ganda lebih parah biarpun kuasa penuh Darurat diberi selama 4 bulan dan PKP 2.0 telah dilaksanakan.

4) Malaysia diperli Indonesia setelah keadaan Covid dan jumlah kes baru melepasi negara jiran dan kita menjadi paling teruk dari segi saiz penduduk di ASEAN. Malah, kita lebih teruk berbanding Amerika Syarikat dan United Kingdom sekarang.

Ini bukan mencari kesilapan. Ianya kenyataan.

Tapi realitinya ialah kesejahteraan hidup bagi berjuta-juta Rakyat telah terkorban dan mudarat Rakyat masih berpanjangan akibat kesilapan-kesilapan yang telah diakui kerajaan.

Tak kan ini salah Najib juga?

NAJIB RAZAK

Bekas Perdana Menteri.


No comments: