PERUNGKAIAN KEPERLUAN MORATORIUM AUTOMATIK



Eng Huat Koh

Hujahan menangkis kenyataan Moratorium pinjaman menyeluruh mungkin bukan penyelesaian terbaik bagi peminjam berikutan pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara, sebaliknya mereka harus berunding dengan pihak bank untuk membantu mereka memenuhi obligasi hutang mereka adalah kurang tepat. 


Pada hemah kami, di hari lembaran yang mulia dan penuh erti serta keinsafan, kami ingin menyeru pihak Institusi Kewangan agar mengguna pakai slogan “Kita Jaga Kita” era Convid ini.


Dari perspektif Institusi Kewangan, seruan slogan ini adalah bertujuan mengajak Institusi Kewangan agar lebih bertanggung jawab dan nyahkan pandangan dan nasihat mahupun menunggu arahan perlaksanaan. 


TEKADKAN  AZAM,  USAHAKAN PAKEJ MORATORIUM AUTOMATIK  DEMI NEGARA YANG  TERCINTA. 


Intipati seruan ini berlandaskan faktaX2 berikut:-


1. Slogan “Kita Jaga Kita” untuk institusi Kewangan bermaksud mereka bertanggung jawab menjaga Si Meminjam. Tanpa mereka mampukah Institusi Kewangan mengukuhkan kewangannya


2. Keperluan Moratorium bukan sesuatu yang sengaja diwar-warkan demi mengelak dari menunaikan obligasi kewangan 


3. Ikatan Kewangan diantara Para Peminjam dan Si Pemberi Pinjaman berlaku sebelum era Convid. KeduaX2 pihak tidak menyedari akan wujudnya situasi luar jangka yang mampu menghakis dan meranapkan punca pendapatan mereka


4.Ketidak mampuan menjana pendapatan bukan disengajakan dan ianya terhasil dari sikap keakuran terhadap perlaksanaan PKP. 


5. Moratorium hanya merupakan penanguhan pembayaran dan di sepanjang tempoh penangguhan, Institusi Kewangan tidak dihalang mengenakan kadar bunga keatas baki pinjaman


6. Persoalannya, mengapa tiada usaha untuk menurunkan Caj kadar bunga, sedangkan kos pinjaman sebagaimana  petunjuk kadar bunga yang di pengaruhi kadar pinjaman malaman diantara bank telah lama ditambat pada kadar 1.75%.  Mengapa tiada usaha untuk mengurangkan kadar bunga pinjaman. Perlu ditegaskan pengenaan kadar bunga berlebihan merupakan satu bentuk riba


7. Pengenaan kadar bunga keatas baki pinjaman secara tak langsung bermaksud para meminjam mendapat satu bentuk pinjaman baru jangka pendek. Oleh itu adalah kurang tepat kiranya terdapat pernyataan bahawa tanpa pembayaran ansuran, Institusi Kewangan tidak berpeluang memberi pinjaman 


8. Pra syarat kelayakan untuk moratorium adalah si meminjam harus tidak mempunyai ansuran tertunggak. 


9. Berdasarkan syarat ini, Institusi Kewangan sepatutnya tidak bermasalah membenarkan Moratorium. Alasan kekukuhan Institusi Kewangan akan terjejas kiranya Moratorium dibenarkan adalah kenyataan kurang bijak berbanding Moratorium tidak dibenarkan. Tegasnya dengan Moratorium, Institusi Kewangan tidak akan menghadapi kadar Non Performing Loan (NPL) yg tinggi berbanding dengan tiada Moratorium.


Berdasarkan hujahan diatas diharap Institusi Kewangan akan lebih prihatin dan dengan penuh keinsafan untuk lebih bertanggung jawab melaksanakan Pakej Moratorium secara automatik 🙏🙏🙏



No comments: