Jebonista.
BetullaRR...
Amat malang jadi manusia dalam parti Pas..
Kan elok jadi binatang sbb tak boleh berfikir.. senang² kena sembelih (tipu) dgn pimpinan mereka..
Jebonista.
BetullaRR...
Amat malang jadi manusia dalam parti Pas..
Kan elok jadi binatang sbb tak boleh berfikir.. senang² kena sembelih (tipu) dgn pimpinan mereka..
Che Ibrahim
Sejauh manakah hukuman sebat syarie yang akan dilaksanakan pada 27/12/2024 akan memberi impak yang baik kepada Islam???
Ambo secara peribadi berpandangan hukuman ini tidak relevan dan lebih kepada "menunjuk nunjuk".....
Semoga penjawat awam khasnya bangsa Melayu tau bersyukur dan bantu tuk memperkasakan pentadbiran Kerajaan PH.
Jika semak komen ahli dalam mana2 page penjawat awam, pesara kerajaan dan pesara tentera lebih ramai kutuk dari sokong!
Hanz
MP Permatang Pauh fawaaz bagi beras sekampit, sayuq sket depa bagi viral boleh tapi bila MP Bukit Mertajam YB Steven Sim post dia bantu sekeluarga 7 beranak kat RM10k walaun duk hina kata tak boleh....
LEVEL PENGUNDI PEEMATANG PAUH SETAKAT BERAS SEKAMPIT JA KAA ?? 🤣🤣
Anwar Ibrahim
Inna lillahiwa inna ilaihi rajiun. Menerima perkhabaran duka pemergian kenalan keluarga, Dato’ Dr Ahmad Shukri Mohamed.
Almarhum adalah pakar mata yang telah memberi rawatan kepada saya tatkala dibantai di dalam tahanan polis pada tahun 1998. Almarhum juga antara yang tampil sebagai saksi memberikan keterangan kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menafikan tohmahan kononnya saya telah mencederakan diri sendiri.
Jasa dan keikhlasan Almarhum akan sentiasa terpahat dalam ingatan. Mendoakan keluarganya diberi kekuatan dan semoga Allah mengampunkan dosa Alhmarhum, Insya-Allah.
Al-Fatihah.
Eloklah tu...bantu seperjuangan fitnah. Guna duit penyokong2.
Kita orang tak panas pun kalau korang bantu orang miskin dan susah seperti YB Steven Sim bantu satu keluarga dari Kelantan tu
W. Faudzidin
Tuaran Sabah
Kerajaan harus berusaha bersungguh-sungguh untuk membendung dan mengelakkan sebarang elemen politik perkauman di negara ini daripada terus berleluasa, ini kerana elemen berkenaan seperti ungkapan kebencian ('hate speech') banyak membawa kepada faktor permusuhan sehingga boleh menyebabkan keganasan berlaku dalam sesebuah negara.
"Saya anggap politik perkauman itu sebagai dasarnya iaitu dari situ bermula penyakit-penyakit lain… kalau ada kerajaan yang mengizinkan diskriminasi kaum berlaku, maka dari situ wujudnya masalah.
"Ini kerana daripada situ diskriminasi kaum itu boleh berlaku seperti dari segi penggunaan undang-undang, dasar, institusi awam, program kerajaan yang akhirnya tiada lain selain usaha untuk menang pilihan raya dan kekal berkuasa,"
bagi membendung perkara itu, sikap toleransi, memahami dan meraikan kepelbagaian budaya dan kaum perlu menjadi paksi dalam mewujudkan persekitaran hidup bersama dalam budaya damai.
konsep bersederhana dalam mengamalkan budaya yang berbeza, juga perlu diterapkan supaya rakyat dapat meraikan kemajmukan dan menyantuni semua golongan tanpa diskriminasi...
Selepas lebih sedekad pesawat Malaysia Airlines MH370 hilang dari radar, masih banyak persoalan dan misteri belum lagi terungkai.
Pandangan saya, kerajaan perlu mengimbangi keperluan mencari MH370, tetapi pada masa sama memastikan nilai terbaik dalam membelanjakan wang rakyat.
Bukan sahaja keluarga dan waris, malah rakyat juga berhak untuk mendapatkan jawapan akan segala persoalan dan justeru itu, keraiaan akan memberikan kerjasama sepenuhnya jika pencarian berjaya membuahkan hasil yang dinanti-nantikan selama ini.
#MalaysiaMADANI
#MH370
HARAPAN DAILY.
Ramai yang balas dengan tempek kes Lim Lip Eng (LLE) kena saman RM2 juta dan kutip derma awam.
Ada beza ya.
LLE kena saman sebab beliau mewakili beberapa pengadu buat laporan polis berkaitan scam pelaburan oleh sebuah syarikat.
Syarikat itu dakwa kena fitnah. LLE lawan di mahkamah tapi kalah.
Ia adalah kes seorang MP cuba mewakili sekumpulan individu lawan sebuah syarikat, in most likely a business transaction went wrong.
Tapi selepas kalah, sekelip mata LLE berjaya kumpul duit untuk bayar saman. Tidak pasti siapa derma, tetapi mungkin oleh kumpulan individu yang tidak berpuas hati tadi.
Kes Mastura MP Kepala Batas pula lain.
Dia seorang diri tabur fitnah atas pentas sebab nak tarik undi.
Yang difitnah saman. Mastura kalah.
Sekarang dia minta derma orang ramai untuk bayar keceluparan mulut dia tempoh hari.
Itu beza dia.
Penerangan UMNO Marang (PUMAR) mempersoalkan kepedulian pemimpin Pas di Terengganu terhadap rakyat termasuk Ahli Parlimen kawasan itu, Tan Sri Abdul Hadi Awang.
Menerusi catatan di Facebook, PUMAR turut memetik nama Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ru Rendang.
PUMAR membangkitkan isu berkenaan ketika mengulas tindakan Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim membantu tujuh sekeluarga dari Kelantan yang menempuh keperitan hidup di Pulau Pinang.
“Bagaimana pula dengan MP Abdul Hadi Awang, pernahkah dalam 30 tahun terakhir ini rakyat Parlimen Marang melihat beliau turun padang, melihat longkang, naik ke rumah rakyat miskin, berdialog di kedai kopi, berkhidmat seperti YB biasa?
“Atau tugasan hakiki beliau, mendengar ucapan di Dewan Rakyat yang menyentuh langsung kepada pembangunan & kepentingan rakyat Parlimen Marang?
“Pernahkah rakyat DUN Rhu Rendang melihat ADUN Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar turun padang tanpa majlis rasmi seperti amalan YBhg Ahmad Razif Abd Rahman lakukan di DUN Seberang Takir dahulu?” soal Penerangan UMNO Marang.
Menurut PUMAR, rakyat di Terengganu kini jarang melihat pemimpin mereka turun ‘mencari masalah’ seperti dilakukan Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki; Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh serta ADUN Duyong, Mohd Noor Helmy Abdul Halem.
Mengulas keprihatinan Steven Sim yang juga Menteri Sumber Manusia, PUMAR berpendapat sikap pemimpin DAP berkenaan selayaknya dipuji.
“Apakah kerana beliau beebangsa Cina bukan Islam, maka segala sesuatu dari DAP tidak boleh diterima sedangkan pemimpin kita sendiri bobrok dan tidak berupaya?” soalnya.
Sehubungan itu, PUMAR berharap, disebalik perseteruan politik antara BN dan Pas, kesemua wakil rakyat di Terengganu menggunakan topi mandat kepimpinan daripada rakyat untuk benar-benar berkhidmat.“Usahlah terlalu fokus kepada perkara kecil yang membawa kemenangan, fokuslah kepada kami keseluruhan rakyat, kerana ini amanah Allah, bukan sekadar parti.
“Amalan ucapan “takziah” kepada Yang Berhormat Pas di kala memenangi pilihan raya seharusnya menjadi panduan dan ingatan betapa beratnya amanah yang kalian pikul, bukannya sekadar retorika lisan untuk kepuasan halwa telinga sesama sendiri,” kata PUMAR lagi.
Seorang pemimpin Pas dilihat ‘panas’ susulan tindakan parti itu memohon ‘derma jihad’ bagi membiayai tuntutan saman fitnah sebanyak RM825,000 daripada tiga pemimpin DAP terhadap Ahli Parlimen Kepala Batas, Dr Siti Mastura Muhammad.
Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Azman Ibrahim yang juga Ahli Dewan Undangan negeri (Adun) Jabi, Terengganu dilihat berang apabila menegaskan bukan minta duit pengkritik parti itu pun.
“Kami buat pungutan dana untuk bantu saudara seperjuangan kami. Duit itu nanti akan dapat kepada gang seperjuangan ka
“Yang kamu jadi kepanasan kenapa? Bukan minta duit kamu pun!” katanya menerusi catatan di X.
Namun, api ‘kepanasan’ Azman yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Terengganu itu ibarat dicurah minyak apabila terus dihujani deretan kecaman dan sindiran.
Malah ramai turut menyampaikan peringatan Rasullullah mengenai laknat Allah terhadap orang yang melindungi penjahat.
“YB kena faham fitnah perbuatan dosa besar pada yang beragama Islam. Kita juga faham fitnah satu amalan biasa untuk Bani Pas dan pengikutnya. Jadi, kutip cara senyap dari semua pemimpin, MP & Adun Pas/PN tanpa pengetahuan atau libatkan orang lain yang beragama Islam.“Kamu tahu tak kamu membela perbuatan fitnah? Kamu keluarkan dalil syarak yang membolehkan kita mempertahankan perbuatan keji tersebut. Tolonglah Abang Man. Dalam kita kutuk ni, kita pun nak kasi Abang Man dan orang Pas sedar sikitlah.
“Sejak bila fitnah termasuk dalam kategori “jihad” ni YB? Ada dalil baru turun melalui mimpi Mursyidul Am ke?” demikian antara pendapat orang ramai.
Pada 22 Disember lalu, Pas membuat rayuan ‘derma jihad’ bagi mengelak Siti Mastura yang dipanggil sebagai ‘Ustazah’ itu berdepan dengan prosiding kebankrapan.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dalam surat arahan kepada pimpinan dari peringkat pusat, negeri, kawasan, dewan hingga cawangan tersebut berkata, kegagalan melunaskan tuntutan sebanyak RM825,000 itu boleh mengakibatkan Ahli Parlimen Kepala Batas hilang kelayakan dan kerusinya akan dikosongkan untuk suatu Pilihan Raya Kecil (PRK).
Rayuan ‘derma jahad’ seperti sindiran netizen itu susulan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, Datuk Quay Chew Soon pada 4 Disember lalu, mengarahkan Mastura membayar RM300,000 kepada Lim Kit Siang, RM250,000 lagi kepada Lim Guan Eng dan RM200,000 kepada Teresa Kok.
Selain ganti rugi global kepada setiap pemimpin DAP itu, Mastura juga diperintah membayar kos sebanyak RM25,000 kepada setiap plaintif.
Hakim Quay memutuskan bahawa kenyataan yang dibuat oleh Mastura yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Muslimat Pas Pusat (DMPP) itu berunsur fitnah dan pembelaannya atas dasar komen adil, keistimewaan bersyarat, dan penyebaran tanpa niat jahat tidak dapat dibuktikan.
KOTA KINABALU, 25 Dis – Semua pihak diingatkan terutama masyarakat Islam supaya tidak terikut-ikut dengan provokasi pihak tertentu yang mempertikai pelantikan mantan Ketua Menteri, Tun Musa Aman sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah ke-11.
Kata sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pelantikan itu yang sudah diperkenan oleh DYMM Yang di-Pertuan Agong adalah `satu ketentuan’ takdir daripada Allah SWT.
“Masyarakat Islam dinasihat agar tidak terikut-ikut rentak provokasi mana-mana pihak. Takdir telah tersurat dan ini merupakan satu ketentuan daripada Allah SWT,” ujar kenyataan itu.
Sehubungan itu, semua pihak diminta menjunjung kasih dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Tun Musa atas pelantikan sebagai TYT Sabah.
“Pelantikan Tun Musa sebagai ketua dan payung pemerintahan negeri Sabah adalah atas ketentuan daripada Allah SWT. Manusia hanya merancang, tetapi Allah jua yang menentukan segalanya,” katanya.
NGO berkenaan menambah, pelantikan Tun Musa amat bertepatan sekali dengan mengambil kira pengalaman luas beliau dalam politik sejak zaman Usno lagi.
Selain itu, katanya, Tun Musa turut membuktikan kecemerlangan sebagai pemimpin terbaik yang banyak berjasa kepada rakyat dan negeri Sabah sepanjang 15 tahun menjadi Ketua Menteri di bawah pemerintahan UMNO dan Barisan Nasional (BN).
“Beliau (Tun Musa) banyak membawa perubahan kepada negeri ini, sebagaimana terlihat dalam landskap pembangunan negeri ini,” katanya.
Dalam pada itu, golongan belia terutama mahasiswa juga digesa supaya tidak membuat apa-apa tindakan yang boleh merosakkan masa depan mereka.
Beliau berkata khabar angin mengenai cubaan segelintir mahasiswa mengadakan tunjuk perasaan pada 31 Disember ini, berkaitan isu politik Sabah mutakhir ini, adalah sesuatu yang tidak wajar dilakukan.
“Sebaiknya tumpukan perhatian kepada pembelajaran kerana mahasiswa hari ini bakal menjadi pelapis kepimpinan masa depan,” katanya.
IPOH, 25 Dis – Tidak mustahil rating penerimaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan MADANI akan meningkat lebih tinggi jika lebih banyak inisiatif dan pencapaian yang dilaksanakan oleh kerajaan disebarkan kepada rakyat dengan cara yang lebih menyeluruh.
Dalam era komunikasi digital dan sebaran media sosial kini, penyebaran maklumat yang tepat, jelas, dan mudah diakses amat penting untuk memastikan rakyat tidak hanya tahu apa yang dilakukan oleh kerajaan, tetapi juga memahami manfaat yang diterima mereka sepanjang masa.
Terdahulu Merdeka Center mengeluarkan laporan berkaitan pencapaian Anwar dan prestasi kerajaan MADANI melalui kaji selidik yang dilaksanakannya awal bulan ini yang mendapati pengundi secara umumnya berpuas hati dengan prestasi Perdana Menteri.
Kepuasan itu merentasi beberapa bidang, termasuk dalam menarik pelaburan, meningkatkan imej negara dan meningkatkan perkhidmatan awam, tetapi memberikan penilaian bercampur terhadap usaha memperkukuh ekonomi.
Mengulas peningkatan itu, pemimpin KEADILAN Perak, Abul Jais Ashfaq Ahmed menyeru seluruh rakyat terus berganding bahu menyampaikan maklumat dan penerangan berkaitan usaha dan ikhtiar kerajaan meningkatkan taraf hidup mereka.
“Sepanjang dua tahun Kerajaan MADANI, dengan agenda pembaharuan dan pembangunan inklusif, kita dapat lihat pelaksanaan pelbagai program untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat, memerangi kemiskinan, dan memperkasa ekonomi negara.
“Namun, tanpa komunikasi yang efektif, pencapaian ini mungkin tidak sampai kepada khalayak sasaran. Oleh itu, saya menyeru usaha untuk mempertingkatkan penyebaran maklumat melalui pelbagai saluran media—baik tradisional mahupun digital lebih dipergiat,” katanya.
Selain itu, penglibatan masyarakat dalam menyampaikan maklumat mengenai inisiatif kerajaan juga boleh membantu meningkatkan kesedaran rakyat serta menambah pemahaman mereka dengan lebih baik.
“Dengan meningkatkan transparensi dan mengedepankan pencapaian-pencapaian nyata seperti penurunan kadar kemiskinan atau penciptaan peluang pekerjaan, kerajaan dapat memperkuat hubungan dengan rakyat dan membina keyakinan mereka.
“Sekiranya rakyat merasakan manfaat yang jelas dan segera dari pelaksanaan dasar-dasar kerajaan, mereka pasti akan lebih menghargai kepimpinan Perdana Menteri dan memberi sokongan yang lebih besar kepada Kerajaan MADANI,” jelas Ketua Cabang KEADILAN Beruas itu lagi.
Beliau berharap semua pemain media mengaplikasi strategi komunikasi yang lebih berkesan kerana tidak mustahil rating penerimaan kerajaan ini dapat terus meningkat pada tahun depan.
Norman Radzuan
Mahathir suruh ikat perut, Muhyiddin imbuhan dipotong
Anwar bukan scammer dan kelmarin beliau membuktikan reform yg mahu dilakukan dikotakan. Walaupun dimaki hari2 tetapi Anwar tetap membela nasib lebih 1 juta penjawat awam.
Penjawat awam turut berkongsi rasa teruja mereka menerima kadar gaji baru melalui pelbagai hantaran di media sosial dan antaranya
" Alhamdulillah, tq madani saya ucap terima kasih bagi pihak isteri saya sbg seorg penjawat awam... kenaikan gaji sekitar rm500 utk beliau kali ini... kata beliau, lagi setahun, akan naik sekitar rm500 sekali lagi... syukur alhamdulillah... semoga Allah mempermudahkan urusan krjn madani utk memerintah negara ini," kata Zul Ismail dalam ruangan komen di Facebook.
Jelas skg di era Mahathir, dia meminta penjawat awam membantu kerajaan dgn mengikat perut utk mengurangkan perbelanjaan jabatan dan agensi masing2. Mahathir tiada idea bagaimana utk mencari dana bagi membantu kakitangan awam.
Malah dlm satu hantaran video, Mahathir sinis terhadap cita2 Anwar menaikkan gaji pekerja. Katanya mana Anwar nak cari duit utk beri kenaikan gaji yg tinggi kpd kakitangan awam.
Di zaman Muhyiddin paling tidak bertanggungjawab.
Hanya utk memenuhi nafsunya utk menjadi PM, dia mempunyai jamaah Menteri paling ramai iaitu 70 org dgn penambahan sekitar RM 7.6 juta setahun utk membayar gaji lambakan Menteri Kabinet.
Muhyiddin hanya fikir kuasa hingga sanggup amalkan scheme of things membazirkan jutaan ringgit wang rakyat.
Mudah Muhyiddin buat kerja, 800,000 penjawat awam pula dipotong Imbuhan Tetap Keraian (ITK) dan Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA). Org politik diraikan, penjawat awam dipotong imbuhan.
Berbeza dgn zaman PMX… Perdana Menteri tidak ambil gaji, Menteri pula ditolak 20% daripada gaji mereka tetapi kakitangan awam dinaikkan gaji dgn melibatkan kos RM 10billion.
Nampak bagaimana prinsip perjuangan Anwar, rakyat marhaen diangkat, pemimpin2 dididiknya berkorban utk rakyat. Akhirnya rakyat dpt manfaat atas segala usaha Anwar.
Saya tertarik serta tersentuh dgn hantaran seorang pengguna FB yg merupakan pengundi Tambun.
“Sahabat Anwar Ibrahim Alhamdulillah... Hari nie terbukti PMX Datuk Seri Anwar Ibrahim mengotakan janjinya pda aku.. di pagi Hari penamaan calon PRU15 tempoh hari aku dpt Srapan pagi semeja dgn DSAI sebelum ke Tempat penamaan calon.. aku luahkan kpd Beliau Berkenaan Gaji aku Sbgai Penjawat Awam,aku cerita kpd Beliau kometmen aku dgn gaji yg aku perolihi waktu tu,Potongan Rmh,kereta,ank Sekolah dn Sgala Bagai.. aku kta kpdnya Harap Klau Datuk Seri jdi PM nnti tolong lh naikkan Gaji minimum pnjwt Awam.. dia kata kpd aku "Doakn Sy Menang d Parlimen Tambun ini dn dpt Jdi Perdana Menteri utk Mentadbir Negara, insyaallah Sy akan usahakan." Syukur Alhamdulillah hari nie Gaji dh Naik 8% tahun dpn KGT naik RM100 Januari 2026 pula naik lgi 7% Syukur Alhamdulillah 🤲🏻 Terima kasih PMX dn Terima kasih Kerajaan Perpaduan 🥰💙🇲🇾♥️’
Alhamdulillah dan Insyallah hari demi hari, bulan demi bulan dan tahun demi tahun rakyat akn dpt menilai antara Anwar dan pemimpin2 sebelum ini.
Anwar yg dicaci hari hari, bekerja keras tanpa cuti mencari pelabur dan menghapuskan korupsi semata mata utk mencari peruntukkan utk membantu kakitangan awam ini. Nikmat apa lagi mahu didustakan.
Desa HM.
Lagi isu 'Jalan Kaki ke Mekah'...
Aku ni.. bukan dengki atau apa... ko nak jalan kaki ker... ko nak merangkak, nak mengesot ker... ko punya pasal.. tak ada sebab utk aku nak campur...
Tapi... aku tak suka diperbodohkan. Dan aku tak suka, sebahagian rakyat Malaysia pun turut diperbodohkan...
Benda bodoh2 ni... memang aku tak suka.. nak buat macam mana.
Yang aku cakap bodoh tu kat mana?
Awalnya, aku mati2 ingat ko nak jalan kaki terus sampai Mekah... rupa2nya... jalan sikit... buat bagi orang kampung gempaq... lepas tu ko naik flight konon pegi India... lepas tu.. up dua tiga minit video tiktok jalan kaki... lepas tu tutup tiktok... ko naik bas... lepas tu sambung naik kapalterbang...
Dah ko nak naik kapalterbang... kenapa tak naik jer kat KLIA... turun kat India.. lepas tu naik lagi turun kat Dubai.. lps tu naik lagi turun kat Jeddah...
Yang buat payah2... konon surung troli merata kampung... kenapa?.. nak bodohkan orang kampung?..
Sampai pakat keluaq mai beratoq tepi jalan... pakat huloq derma... habis jem satu highway... semata2 nak tengok angpa dok muhong?..
Nak pi Mekah jalan kaki.. konon setiap langkah dikira pahala...
Langkah taik minyak apa.. ko jalan kaki 1% jer... 99% lagi ko naik kenderaan....
Aku ni... bab membodohkan minda bangsa, aku cukup pantang. Memang aku angin.
Cukup2 lah minda kebanyakkan orang melayu memang sudah diperbodohkan oleh sebahagian pemimpin2 politik terutama dari kalangan puak2 lebai tiga suku... angpa pulak, mai buat ramai... konon surung troli, nak jalan kaki pi Mekah...
Habih mak cik2 kampung jatuh ayaq mata, terharu.. padahal tak sedar, depa kena scam...
Cilanat tul....
🙄🙄🙄🙄🙄🙄
Aman Mohammad
Yang salah tu menderma kepada orang yang salah.
Konsep asal menderma ialah membantu golongan yang susah.
YB PAS tu bukan orang susah.
Dia bergaji dan elaun berpuluh ribu sebulan.
Dia bukan orang miskin.
Dia hidup sebagai elitis.
Dia ada rumah dan kereta.
Dia ada anak-anak dan keluarga yang tidak kelaparan.
Dari apa jua sudut sekalipun, dia tidak layak langsung menerima sebarang bentuk derma.
Kalau ada pun layak bantu dia, maka yang layak bantu dia adalah ahli-ahli Parlimen PAS yang lain.
PAS ada 43 orang Ahli Parlimen.
Tertinggi dalam sejarah.
kalau setiap 43 orang tu bantu RM20,000 seorang.
Maka sudah cukup untuk lunaskan saman fitnah RM800,000 tu.
Tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.
Ahli-ahli Parlimen PAS yang bergaji dan berelaun puluhan ribu sebulan ni tidak diarah menderma pun kepada YB PAS tu.
Yang dikerah menderma pula ialah ahli-ahli dan walaun bawahan yang memang hidup miskin dan susah dengan bantuan kerajaan pusat.
Lebih teruk lagi, PAS mempergunakan agama untuk memperdaya walaun mereka dengan istilah 'derma jihad' kononnya bantu YB PAS bayar saman fitnah tu dapat pahala dan dijamin ke syurga.
Jadi betul sungguh apa yang Nabi kata, ulamak jahat ni adalah sejahat-jahat manusia. Apa jua ulamak jahat berbohong atas nama agama, pengikut ulamak jahat seperti walaun akan terus percaya.
Berdoalah kepada Tuhan agar kita umat Islam tidak terpedaya dengan puak ulamak jahat ni.
:)
Baru-baru ini, Menteri Besar (MB) Terengganu sekali lagi mencuri perhatian apabila menghadiri seminar ekonomi di United Kingdom pada Disember 2024. Lawatan itu dikatakan atas jemputan kerajaan UK, kononnya untuk membincangkan peluang pelaburan dan pembangunan negeri. Namun, apa yang mengejutkan, program yang dimaksudkan itu rupa-rupanya diadakan di sebuah kedai milik komuniti Pakistan di sana.
Hal ini menimbulkan pelbagai persoalan dan kritikan daripada rakyat. Ramai mula mempertikaikan sama ada lawatan tersebut benar-benar atas jemputan rasmi atau sekadar alasan untuk berjalan ke luar negara. Malah, ada yang menyindir bahawa program itu hanyalah gimik politik yang tiada impak besar kepada rakyat Terengganu.
Lebih parah, program kecil seperti ini dihebohkan seolah-olah ia satu pencapaian besar. Sesetengah pihak menyifatkan ini sebagai “masuk bakul angkat sendiri” kerana hampir semua aspek, dari penganjuran hingga promosi, dilakukan oleh agensi kerajaan negeri sendiri. Situasi ini mengingatkan peribahasa “ayam bertelur sebiji, riuh sekampung”.
Rakyat turut membandingkan lawatan ini dengan usaha lebih signifikan yang pernah dilakukan pemimpin terdahulu. Jika lawatan seperti ini benar-benar ingin membawa pelaburan, mengapa lokasinya di kedai kecil dan bukan di tempat yang lebih sesuai seperti pusat ekonomi atau pelabur besar?
Kritikan ini mencerminkan rasa tidak puas hati rakyat terhadap keutamaan yang diambil pemimpin negeri. Bukannya membawa pulang pelaburan atau peluang kerja untuk rakyat, tetapi lebih kepada mencipta publisiti murahan. Sehingga kini, ramai masih menanti laporan sebenar tentang manfaat lawatan ini, atau ia hanya satu lagi cerita yang gah pada nama tetapi kosong pada hasil.
Mantoba @ King Jason
Aktivis Bloggers
Mursyidul Am PAS Hashim Jasin berkata tidak salah ahli semua peringkat parti itu menyumbang dalam ‘derma jihad’ kepada Ahli Parlimen Kepala Batas Siti Mastura Muhammad yang kalah dalam kes saman fitnah difailkan tiga pemimpin DAP.
Katanya, hal ini kerana sikap bantu-membantu sudah menjadi amalan PAS sebagai parti Islam.