AKHIRNYA ANWAR YANG DIBENCI BANTU KAKITANGAN AWAM

 

Norman Radzuan


Mahathir suruh ikat perut, Muhyiddin imbuhan dipotong



Anwar bukan scammer dan kelmarin beliau membuktikan reform yg mahu dilakukan dikotakan. Walaupun dimaki hari2 tetapi Anwar tetap membela nasib lebih 1 juta penjawat awam.


Penjawat awam turut berkongsi rasa teruja mereka menerima kadar gaji baru melalui pelbagai hantaran di media sosial dan antaranya


" Alhamdulillah, tq madani saya ucap terima kasih bagi pihak isteri saya sbg seorg penjawat awam... kenaikan gaji sekitar rm500 utk beliau kali ini... kata beliau, lagi setahun, akan naik sekitar rm500 sekali lagi... syukur alhamdulillah... semoga Allah mempermudahkan urusan krjn madani utk memerintah negara ini," kata Zul Ismail dalam ruangan komen di Facebook.


Jelas skg di era Mahathir, dia meminta penjawat awam membantu kerajaan dgn mengikat perut utk mengurangkan perbelanjaan jabatan dan agensi masing2. Mahathir tiada idea bagaimana utk mencari dana bagi membantu kakitangan awam.


Malah dlm satu hantaran video, Mahathir sinis terhadap cita2 Anwar menaikkan gaji pekerja. Katanya mana Anwar nak cari duit utk beri kenaikan gaji yg tinggi kpd kakitangan awam.


Di zaman Muhyiddin paling tidak bertanggungjawab.

Hanya utk memenuhi nafsunya utk menjadi PM, dia mempunyai jamaah Menteri paling ramai iaitu 70 org dgn penambahan sekitar RM 7.6 juta setahun utk membayar gaji lambakan Menteri Kabinet. 


Muhyiddin hanya fikir kuasa hingga sanggup amalkan scheme of things membazirkan jutaan ringgit wang rakyat.


Mudah Muhyiddin buat kerja, 800,000 penjawat awam pula dipotong Imbuhan Tetap Keraian (ITK) dan Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA). Org politik diraikan, penjawat awam dipotong imbuhan.


Berbeza dgn zaman PMX… Perdana Menteri tidak ambil gaji, Menteri pula  ditolak 20% daripada gaji mereka tetapi kakitangan awam dinaikkan gaji dgn melibatkan kos RM 10billion.


Nampak bagaimana prinsip perjuangan Anwar, rakyat marhaen diangkat, pemimpin2 dididiknya berkorban utk rakyat. Akhirnya rakyat dpt manfaat atas segala usaha Anwar.


Saya tertarik serta tersentuh dgn hantaran seorang pengguna FB yg merupakan pengundi Tambun.


“Sahabat Anwar Ibrahim Alhamdulillah... Hari nie terbukti PMX Datuk Seri Anwar Ibrahim mengotakan janjinya pda aku.. di pagi Hari penamaan calon PRU15 tempoh hari aku dpt Srapan pagi semeja dgn DSAI sebelum ke Tempat penamaan calon.. aku luahkan kpd Beliau Berkenaan Gaji aku Sbgai Penjawat Awam,aku cerita kpd Beliau kometmen aku dgn gaji yg aku perolihi waktu tu,Potongan Rmh,kereta,ank Sekolah dn Sgala Bagai.. aku kta kpdnya Harap Klau Datuk Seri jdi PM nnti tolong lh naikkan Gaji minimum pnjwt Awam.. dia kata kpd aku "Doakn Sy Menang d Parlimen Tambun ini dn dpt Jdi Perdana Menteri utk Mentadbir Negara, insyaallah Sy akan usahakan." Syukur Alhamdulillah hari nie Gaji dh Naik 8%  tahun dpn KGT naik RM100 Januari 2026 pula naik lgi 7% Syukur Alhamdulillah 🤲🏻 Terima kasih PMX dn Terima kasih Kerajaan Perpaduan 🥰💙🇲🇾♥️’


Alhamdulillah dan Insyallah hari demi hari, bulan demi bulan dan tahun demi tahun rakyat akn dpt menilai antara Anwar dan pemimpin2 sebelum ini.


Anwar yg dicaci hari hari, bekerja keras tanpa cuti mencari pelabur dan menghapuskan korupsi semata mata utk mencari peruntukkan utk membantu kakitangan awam ini. Nikmat apa lagi mahu didustakan.