Zainuddin Omar
Saya ada seorang kenalan playboy dan pada satu hari kami bersembang berkenaan hobi beliau yang pandai memikat perempuan.
Nama beliau Osman (bukan nama sebenar).
Osman mengaku berumur 49 tahun dan setiap tahun angka tersebut tidak pernah berganjak.
Bila ditanya usia, beliau akan menjawab 49.
Tetapi muka beliau memang awet muda dan tak nampak seperti berumur 55 tahun (jangkaan saya).
Memang muka nampak ‘boyish’ dan saya rasa beliau ada cucuk susuk emas di muka.
Osman suka mencerita kepada saya ‘exploits’ beliau menakel (tackle) dan ngorat gegirl.
“Man, cerita sikit macamana taktik kau tackle gadis” tanya saya dengan curious.
“Ji, sebenarnya tackle gadis ni mudah sahaja. Kau perlu konfiden, look rich, pakai kereta hebat dan jangan sayang duit untuk belikan mereka hadiah” jawab beliau dengan selamba.
Osman memang pakai kereta Mercedes 320 yang menjalar panjang dan berpakaian kemas.
Jam rolex submariner sentiasa di pergelangan tangan dan sebentuk cincin delima di jari.
“Kadang kala kalau aku nampak gadis cantik yang sedang menunggu di stesen bas, aku berhenti dan pelawa dia naik merz aku dan kebiasaan mereka tak akan menolak” sambung beliau lagi.
“Dalam kereta aku sembang jual ubat dan ajak dia makan di restoren bagus. Kemudian aku bawa dia pergi shopping dan aku belanja apa dia mahu. Mereka tahu aku dah kahwin dan mereka pun hanya mau ‘having a good time’ dengan aku. Kau tak boleh kedekut dan semua main duit kalau nak tackle mereka. Pastu kau boleh buat apa kau nak dengan dia” kata Osman sambil menyedut rokok penuh nikmat.
“Dah berapa perempuan kau kerjakan” saya tanya direct tanpa berselindung.
“Haha, kau mesti tak percaya tetapi lebih 50 belum cukup 100. Aku pun rasa nak tobat kerana bini aku dah mula cium jejak aku” jawab Osman yang mempunyai isteri artis suam suam kuku.
“Kau tak rasa bersalah ke buat kerja tak baik gini” saya cuba mencungkil conscience beliau.
“Ji, memang aku selalu fikir hal ini tapi nafsu aku selalu menang. Dulu pernah aku dikepung oleh orang kampung nak tangkap aku khalwat tapi aku lepas melarikan diri dari loteng dan buka atap. Masa tu aku memang nak tobat tapi selalu nafsu tarik aku buat perkara ini balik semula” Osman ceritakan semasa zaman muda beliau.
“Kalau anak perempuan kau terkena dengan playboy seperti perangai kau, tentu kau akan marah kan. Aku berharap kau buat tobat nasuha dan tinggalkan kerja keji ini” nasihat saya pada beliau.
“Terima kasih ji, insyaAllah aku cuba ikut nasihat kau dan jadi orang baik”.
Cerita ini dah lebih 10 tahun lepas dan Osman pun telah tukar nombor telefon baru. Kami sudah terputus perhubungan.
Berjaga-jagalah dengan casanova dan playboy yang menjaja kereta hebat BMW atau Merz untuk menawan hati anda, for their pleasures.
Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar