PENGALAMAN BEKAS AHLI PARTI JALANG MENGKISAHKAN

 


Che Ibrahim.


Ambo pun sempat la merasa dlm kehidupan ini berceramah atas pentas UMNO. Sempat merasa seronok dan sedih bersama BN.


Kini giliran Pas bersama UMNO/BN, anggaplah jodoh PH tidak panjang bersama BN, jangan cemburu bila pasangan kita bersama teman baru.


Dzuliadin Abdullah


Saya berceramah dengan UMNO dia hukum kita macam macam tapi dia semua halal, orang lain munafik lah, jilat kafir lah, liberal sekular lah macam macam tuan, dia dengan UMNO boleh pulak, halal pulak yaaaa Rob,apa pun kita sama sama ada Allah SWT yaaaa Rob






SERUAN KEPADA PENGUNDI BN: BUKTI RAKYAT MALAYSIA TIDAK PERLUKAN PAS


Aman Muhamad






Kepada pengundi BN di 11 DUN yang BN tidak bertanding.


Kenapa korang nak undi PN?

Kenapa nak kuatkan PN?

Hakikatnya, PN adalah musuh kamu semua, kenapa nak kuatkan mereka?

Kenapa nak beri mereka kerusi dan kuasa?


Dalam PRU15, PN curi kerusi kamu.

Sekarang, PN curi lagi kerusi kamu.

Jadi, sila tanya diri sendiri, kenapa kamu nak kuatkan PN?


Di Johor, PN kena tapau 0 kerusi.

Rakyat Johor 100% tolak PN.

Jadi, kenapa kamu semua rakyat Negeri Sembilan nak beri PN kerusi pula?


Walaun memang sanggup undi BN, biarkan mereka dengan kebodohan mereka.

Kita yang cerdik ni, janganlah pula kita jadi bodoh macam walaun pergi kuatkan PN pula.


Jika PN menang.

PN akan jadi kerajaan bersama BN.

Ini bahaya, BN terdedah kepada pengkhianatan.

Tapi jika kamu undi BERSATU.

Mereka akan berada di blok pembangkang.

BN akan selamat dari sebarang pengkhianatan.


Jadi, wahai pengundi BN.

Jangan undi PN.

Jika kamu tak suka PH, maka undilah BERSATU.

Tak kisahlah kamu undi apa, jangan sesekali undi PN.

BN mesti kuat, tapi PN wajib lemah.

BN mesti jadi kerajaan tanpa PN.

Jangan beri mereka sebarang kerusi untuk mereka sailang BN.


Negara kita aman tanpa PN.

Atau lebih tepat, negara kita aman aman tanpa PAS.

Dan negara kita tidak perlukan mereka.


;)




Anwar tidak pernah khianat PAS dan UMNO



 Norman Raduan


Anwar tidak pernah khianat PAS dan UMNO

TIDAK PERNAH MENYESAL BERSAMA PERJUANGAN INI


Saya tidak pernah menyesal dan tidak pun berasa malu berdiri di belakang Anwar dlm melakukan reformasi negara malah berbangga menjadi sebahagian dari perjuangan ini.


Dulu Anwar diaibkan fitnah liwat, diaibkan sebagai agen Israel dan skg difitnah kononnya boneka DAP. 


Ketika Zahid pakai kopiah, jubah dan meletakkan ridak di bahunya… tanya Zahid secara jujur?


Benarkah DAP ancaman kpd org Melayu? Apa bezanya DAP dgn MCA? Parti mana yg lebih teruk?


DAP ini pernah dibela oleh TGNA, Hadi Awang, Mahathir, Muhyiddin, Zahid sendiri… tapi apabila masing2 inginkan kuasa DAP lah dikambing hitam kan.


Pernah u all bertanya sepanjang PH 1.0 dan PH 2.0…. Islam terancam itu di mana?


Umat Islam tak boleh pergi solat, Masjid tak boleh azan? Majlis Agama dihentikan?


Cari video ucapan Zahid… bukankah Zahid sendiri yg berkata insan yg menyelamatkan UMNO dari diharamkan adalah Anwar Ibrahim?


Bukankah Anwar telah memberi kementerian Luar Bandar, Pertahanan, Pengajian Tinggi, Mara dan Felda kpd UMNO utk parti ini kembali gemilang di kalangan org Melayu.


Sepertimana dahulu bila Mahathir dan Muhyiddin meminta tolong kpd Anwar di mahkamah utk izinkan BERSATU menyertai PKR… Anwar izinkan.


Sudah ada konsensus antara parti ketika itu. Tapi Anwar dikhianati dan ketika itu Zahid juga terlibat dlm pengkhiantan tersebut selepas Anwar selamatkan parti UMNO.


Kali kedua tiba2 Zahid dan UMNO khianat lagi kpd Anwar hanya utk mendapatkan kuasa nombor 1 negara.


Susu diberi, tuba dibalas, malah dicipta kononnya Anwar boneka DAP.


Mudah politik di negara ini. Anwar bekerja 24/7 utk sembuhkan negara Malaysia yg sakit. Alhamdulillah dia berjaya walaupun tak sepenuhnya dlm tempoh hanya 3 tahun sahaja.


Ketika UMNO mengkhianati Anwar… kita dikejutkan Ekonomi Malaysia berkembang kukuh sebanyak 5.8 peratus pada suku kedua 2026.


Pertumbuhan ini melepasi unjuran ahli ekonomi, didorong oleh prestasi cemerlang sektor perkhidmatan, pembuatan, pembinaan, dan perlombongan. 


Ini semua hasil kerja penat lelah Anwar ke sana sini mencari pelaburan.


Seperti kata Anwar baru2 ini buat mereka yg marahkan dirinya, apa yg salah dilakukan olehnya?


Ya atas faktor dan fakta, sebab itulah atas sebab apa saya perlukan tinggalkan Anwar… dia tak curi harta rakyat, dia tak khianat PAS atau UMNO. 


Kalian pernah dgr Anwar sesatkan PAS seperti dikatakan Mahathir, Muhyiddin dan pemimpin UMNO?


Malah di saat UMNO khianat Anwar… dirinya tetap tenang dan bekerja seperti biasa dgn usia dan kuasa yg ada utk rakyat.


Secara peribadi saya pun kecewa dgn sikap UMNO. Ribut tiada tiba2 bubarkan DUN Johor dan N9. Kenapa tidak fokus utk pulihkan ekonomi rakyat? Hanya utk cetuskan ketidakstabilan utk tebuk atap.


Tidak boleh UMNO tunggu habis penggal utk memusuhi Anwar? Ia bukan soal takut tetapi negara perlukan kestabilan politik utk pulih ekonomi negara.


Malangnya politik di negara ini,  ketika Anwar bekerja keras utk buktikan pelaburan, indeks rasuah, ringgit terbaik Asia, ekonomi berkembang sehingga 5.8%, minyak antara paling murah di dunia… cukup PAS berhujah ‘Islam terancam’?????


Lebih malang UMNO terikut dgn politik sempit PAS. Hanya doa yg mampu dilakukan semoga perancangan Allah yg terbaik utk semua.


Anwar terlalu fokus utk pulihkan negara ini, utk bantu org miskin, utk tinggalkan kuasanya agar baja yg ditanam ini akan berikan hasil buat generasi anak Malaysia.


Hinggakan Anwar tidak sedar rupanya UMNO merancang sudah lama utk jatuhkan dirinya. Parti yg beliau bantu utk bangkit akhirnya mengkhianati dirinya.


Anwar ingatkan org lain seperti dirinya. Ikhlas kpd persahabatan, ikhlas utk berjuang membantu rakyat, ikhlas kerana Allah utk perjuangan hingga langsung tidak tidak mengesyaki semua yg dilakukan UMNO hanya sebuah lakonan.


Akhir kata tiada apa yg dikesalkan dan tiada apa yg sebab kenapa perlu saya malu dgn insan bernama Anwar Ibrahim. 


Anwar tidak mengkhianati UMNO, Anwar tidak mencuri harta rakyat dan Anwar berjaya pulihkan ekonomi negara. 


Anwar jika suatu hari nanti tidak lagi menjadi Perdana Menteri hanya kerana beliau DIKHIANATI.


Sebagai org Islam yg baik belajarlah kisah Abdullah bin Ubay, iaitu Pengkhianat Terbesar dalam Sejarah Islam. 


Dlm  sejarah Islam, tiada pengkhianat yg lebih berbahaya dan licik daripada Abdullah bin Ubay bin Salul.


Dia bukan musuh yg menyerang dari luar, tetapi musuh dlm selimut yg berpura pura beriman sedangkan hatinya dipenuhi kebencian terhadap Rasulullah.


Antara pengkhiantan terbesar Abdullah b Ubay, membelot dgn menarik balik 300 org tenteranya di saat2 akhir sebelum pertempuran bermula. Tindakan ini bertujuan melemahkan semangat tentera Islam.





PULAK DAH

 


Ahmad Mursi


Dalam ceramah, UMNO Negeri Sembilan tuduh MB TokMin sembunyikan minit mesyuarat DKU.






Sejak bila Pejabat MB bertanggungjawab menyediakan, menyimpan atau mendedahkan minit DKU?


Itu urusan Setiausaha DKU, bukan Menteri Besar.


Kerajaan negeri hanya menerima, mengumumkan dan melaksanakan keputusan rasmi DKU.


Kenapa salahkan MB atas dokumen yang bukan di bawah kuasanya?





BERTEMU ILMUAN ISLAM.

 







Alhamdulillah, saya dapat bertemu dengan tetamu istimewa Al-’Allamah Syeikh Dr. Mustafa An-Nadwi Al-Hasani, ulama nadir asal Mansurah, Mesir  dan merupakan salah seorang murid kanan Syeikh Abul Hasan Ali al-Nadwi di Putrajaya hari ini.  

Syeikh Dr. Mustafa dikenali kerana peribadi yang menenangkan, seorang ilmuwan yang menekankan persoalan akhlak, hikmah dan kedalaman ilmu khususnya bidang hadis. Pada zaman yang sering mengangkat sensasi mengatasi ilmu, tokoh seperti Syeikh Dr Mustafa menawarkan kita teladan, mengingatkan kita bahawa ilmu dan hikmah hadir bagai embun di waktu subuh diam, lembut, tetapi menghidupkan alam. 


Kami bertukar pandangan mengenai hal ehwal semasa serta majlis Ilmu yang melibatkan Syeikh Dr.  Mustafa sepanjang berada di Malaysia minggu ini. 


Saya zahirkan penghargaan Syeikh Dr. Mustafa  atas nasihat serta doa  agar Malaysia terus memelihara perpaduan dan membina kemakmuran dalam keberkatan. Kami doakan semoga  Allah SWT terus memelihara Syeikh Dr. Mustafa An-Nadwi Al-Hasani, memberkati ilmu dan amalnya, serta terus menyambung mata rantai ulama yang membentuk umat dengan kebijaksanaan, kesederhanaan dan kasih sayang.


Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:


مَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا، سَهَّلَ اللهُ لَهُ بِهِ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ، وَمَا اجْتَمَعَ قَوْمٌ فِي بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللهِ، يَتْلُونَ كِتَابَ اللهِ، وَيَتَدَارَسُونَهُ بَيْنَهُمْ، إِلَّا نَزَلَتْ عَلَيْهِمِ السَّكِينَةُ، وَغَشِيَتْهُمُ الرَّحْمَةُ وَحَفَّتْهُمُ الْمَلَائِكَةُ، وَذَكَرَهُمُ اللهُ فِيمَنْ عِنْدَهُ


Maksudnya: “Barangsiapa yang menempuh satu jalan untuk menuntut ilmu maka Allah SWT akan memudahkan baginya jalan untuk ke Syurga. Tidaklah satu kumpulan berkumpul di dalam sebuah rumah di antara rumah-rumah Allah, membaca kitab Allah (al-Qur’an) dan mempelajarinya sesama mereka melainkan akan turun kepada mereka sakinah (ketenangan), diliputi ke atas mereka rahmat dan dinaungi oleh malaikat serta Allah SWT akan menyebut mereka pada malaikat yang berada di sisi-Nya”. [Riwayat Muslim (4867)]





TERBAIK UMNO BAB JAGA AHLI PARTI.

 


Tengok PA dia bagi apa? Macam tu laa baru betul. Datang jumpa orang jangan tangan kosong.


 Kenduri kawin pun kita salam kaut bang. Ini dah jadi kerajaan pun tak reti nak hargai penyokong. Kedekut masin. Geng dia & orang tertentu aje merasa. "Tunggu laa nasib kau", kata Encik Guling (bukan nama sebenar).




KEH KEH KEH...NAK BUAT LAGU MANA..DAH TAK SETIAKAWAN

 


KUALA PILAH, 20 Jul – Naib Presiden UMNO, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin menegaskan pelantikan serta kedudukan seseorang menteri dan timbalan menteri adalah hak mutlak Perdana Menteri. 






Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Timbalan Presiden UMNO, Dato’ Seri Mohamad Hasan, yang menyatakan kesediaannya melepaskan jawatan sekiranya diminta berbuat demikian. 


“Seperti yang saya katakan, soal pelantikan menteri semuanya adalah budi bicara Perdana Menteri. Kalau orang dah tak suka, buat apa nak tunggu,” katanya selepas merasmikan pelancaran jentera Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Johol, semalam.


Kenyataan itu hadir susulan peringatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim kepada semua menteri, timbalan menteri dan pemegang jawatan dalam agensi kerajaan agar tidak menggunakan kedudukan masing-masing untuk menyerang rakan dalam Kerajaan Perpaduan sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan. 


Perdana Menteri turut memberi amaran bahawa mana-mana pihak yang ingkar terhadap peringatan tersebut boleh diminta melepaskan jawatan masing-masing.


Dalam pada itu, beliau berkata pendekatan berhemah perlu diutamakan selaras dengan saranan Presiden UMNO merangkap Pengerusi BN supaya kempen dijalankan tanpa menggunakan kata-kata yang boleh menyinggung perasaan atau memburukkan pihak lain. 


“Ini pilihan raya peringkat negeri, jadi sewajarnya perkara dibincangkan adalah berkaitan negeri dan hala tuju negeri,” tegasnya.


Kredit: Berita Harian


#BeritaKS




BILA PARTI JALANG CAKAP..JANGAN AMBIK POT


 

BAGUS MAKCIK KENANG JASA.


 

KEH KEH KEH


 

HABIS DAH


 

HATI HATI.



 Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan seharusnya lebih berhati-hati dalam berbicara terutamanya ketika berkempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan yang ke-16.






ADUN Tebing Tinggi, Abdul Aziz Bari menjelaskan, ini kerana calon Barisan Nasional (BN) DUN Rantau itu, pada masa yang sama adalah Menteri Luar Negeri yang dilantik Datuk Seri Anwar Ibrahim ke dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan.


“ Mohammad Hasan sememangnya berada dalam dilema yang sebenar.


#malaysiagazette 


Berita lanjut layari www.malaysiagazette.com





NOHHHH...TAK KAN TAK PAHAM.

 

Man Slow



Orang tua2 pesan kita klau berkawan dengan orang buruk2..otomatik la perangai rupa pun ikut sama buruk la? . tu cerita pasai  kain buruk la? Contoh! .tok mat Tau dak apa makna professional? Di malaysia bekas pemain bola semi pro pun rasa professional? 


Tak kan hangpa yang jawatan tinggi jaga negara tak reti professional?. Kerja dengan politik ada masa la..bukan semua sama?

Soalan cancelor suruh Tanya ? Saya sampai kan aje?





"FELDA DULU RUGI BERBILLION, MANA SUARA PAS" ? PMX SEKOLAH PEMBANGKANG !


 

PM Anwar Ibrahim menjawab isu mengenai pelaburan KWAP dalam eFishery di Dewan Negara


 

BERSATU SOKONG ANWAR? BAKAL DITENDANG KELUAR - PAS PEGANG KUASA DALAM PN


 

Perlu siasat kerugian dana KWAP, teliti prosedur kelulusan - PM Anwar

 


KUALA LUMPUR : Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan perlunya siasatan lanjut dilakukan khususnya bagi meneliti prosedur kelulusan berkait isu kerugian dana pelaburan Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) dalam syarikat eFishery, Indonesia.

Justeru, Perdana Menteri berkata, kerajaan menyokong sepenuhnya tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang sudah memulakan siasatan terhadap kes penipuan terancang itu.

"Tentunya siasatan harus dilakukan. Sebab itu saya menyokong langkah SPRM untuk meneliti sekiranya ada keterlanjuran atau percanggahan dari segi hukum atau pun unsur rasuah.

"SPRM harus juga melihat proses pelaburan serta keputusan dibuat oleh panel pelaburan dan akhirnya yang dipersetujui oleh lembaga (KWAP)," katanya menjawab soalan Senator Dr Hajah Wan Martina Wan Yusoff pada sesi jawab lisan di Dewan Negara hari ini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman semalam memaklumkan, agensinya menubuhkan sebuah pasukan siasatan bagi meneliti isu kerugian RM200 juta membabitkan pelaburan KWAP dalam syarikat eFishery.

Mengulas lanjut, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, jika melihat kepada proses kelulusan dana pelaburan ke atas syarikat berkenaan sebelum ini, ia seolah-olah menyaksikan satu kejadian luar biasa.

"Dua audit bertauliah luluskan, yang ketiga pun luluskan, tak sempat disahkan. Ini tiga syarikat audit terbesar dunia meluluskan. Jadi saya kaji ini, wah.. ini memang 'kepakaraan' luar biasa dari Jakarta ini, tetapi dalam penipuan, malangnya.

"Tapi ini pengajaran juga, bahawa walaupun disahkan oleh syarikat audit terkenal dunia, ia tidak menjamin. Kalau kita ambil pengalaman 1MDB (1Malaysia Development Berhad), itu ada penglibatan Goldman Sachs, syarikat kewangan dan audit terkenal dunia, tapi terlibat 'complicit' dalam usaha penipuan ini.

"Ini pengajaran, peringatan kepada kita. Tak bergantung pada syarikat audit, sukar untuk dapat kelulusan. Kalau bergantung sepenuhnya, kita lihat ada juga risiko," katanya.

Anwar berkata, dengan kes penipuan sedemikian, panel pelaburan bagi mana-mana agensi pelaburan termasuk KWAP semakin tercabar, untuk tidak hanya bergantung kepada kepakaran audit saja, sebaliknya melihat juga dari segi nilai peraturan yang ada.

"Sebab itu kalau dalam MADANI ini kita sebut, kepintaran, kepakaran, 'new technology', menggapai di langit, itu perlu, tetapi mesti berakar ke bumi dengan nilai dan akhlak," katanya.






PRN NS: Jangkaan pertama - BN menang majoriti mudah, PN merosot teruk, BN & PH dominasi pilihan raya


 

PRN NOGORI! UMNO SEDIA SERANG KERAJAAN PH DI NOGORI! DEMI MENGATUR KUASA!


 

“PH nak sambung apa yang dah jadi? Manifesto PRN Negeri Sembilan dilancar malam ini”

 


Pakatan Harapan (PH) akan mempertaruhkan kesinambungan pembangunan sebagai teras utama kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan apabila melancarkan manifesto gabungan itu malam ini.

Ketua Pengarah Bilik Gerakan PH Negeri Sembilan, Datuk Muhammad Zaki Md Sabri berkata manifesto berkenaan dirangka dengan memberi penekanan kepada usaha meneruskan agenda pembangunan serta kemakmuran yang dinikmati negeri itu sejak PH mengambil alih pentadbiran pada 2018.

Menurutnya, dokumen manifesto itu telah diperhalusi secara menyeluruh oleh kepimpinan tertinggi gabungan bagi memastikan setiap komitmen yang ditawarkan mampu memberi impak ekonomi dan sosial yang mampan kepada rakyat.

“Insya-Allah, manifesto akan dilancarkan malam ini. Sekretariat PH akan memaklumkan perincian mengenai lokasi dan kehadiran pimpinan.

“Manifesto akan memberi penekanan terhadap kesinambungan kejayaan serta kemajuan negeri ini seperti yang dijanjikan,” katanya pada sidang media di Seremban .

Mengulas perjalanan kempen yang memasuki hari kedua, Muhammad Zaki berkata jentera PH beroperasi dengan lancar, khususnya dari segi logistik, selain menerima maklum balas yang menggalakkan daripada pengundi di kawasan yang dikunjungi.

Beliau pada masa sama menyeru semua parti yang bertanding agar mengekalkan kempen secara matang dan berhemah tanpa mencetuskan provokasi melampau atau memainkan isu melibatkan institusi diraja, agama dan kaum (3R).

Katanya, persaingan sihat akan memberi ruang kepada rakyat menilai tawaran setiap parti berdasarkan dasar dan rekod pentadbiran, bukannya retorik yang boleh memecahbelahkan masyarakat.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 1 Ogos sebagai hari pengundian bagi PRN Negeri Sembilan ke-16, manakala pengundian awal berlangsung pada 28 Julai.

PRN itu diadakan selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan dibubarkan pada 5 Jun lalu. Seramai 889,490 pengundi berdaftar layak mengundi, terdiri daripada 867,151 pengundi biasa, 16,884 anggota tentera dan pasangan, serta 5,455 anggota polis.





Apa tujuan seksyen seksyen tersebut dikanunkan semula??

 

Che Ibrahim Mohamed




Apa tujuan seksyen seksyen tersebut dikanunkan semula??

1. Mahkamah telah sahkan peruntukan atau seksyen tersebut tidak sah dan batal kerana bercanggah dengan Perlembagaan @ di luar dari bidangkuasa Mahkamah Syariah.
2. Hukuman bagi kesalahan tersebut dalam Kanun Kesiksaan jauh lebih berat dari hukuman yang diperuntukkan dalam enakmen jenayah syariah.
3. Penguatkuasaan ke atas jenayah tersebut jauh lebih teratur dan mengcukupi berbanding tenaga penguatkuasa di mahkamah syariah dan Jabatan Hal Ehwal Agama





KWAP rugi RM160 juta, Anwar beri amaran: Kalau ada rasuah, tiada siapa akan terlepas

 


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan kerajaan tidak akan melindungi mana-mana pihak sekiranya siasatan mendapati wujud unsur rasuah atau penyelewengan dalam pelaburan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP), termasuk kes kerugian RM160 juta membabitkan syarikat teknologi akuakultur Indonesia, eFishery.

Anwar berkata, walaupun laporan awal tidak menunjukkan petunjuk berlakunya rasuah, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tetap perlu menyiasat keseluruhan proses pelaburan bagi memastikan setiap keputusan dibuat mengikut tatakelola yang betul.

“Saya ingin tekankan kita tidak boleh bertolak ansur sekiranya terdapat penyelewengan ataupun rasuah.

“Saya telah menemui pengurusan KWAP untuk menyatakan mereka mesti memberi kerjasama sepenuhnya. Walaupun melihat laporan awal, saya tidak percaya ada unsur-unsur begitu,” katanya ketika menjawab soalan Senator Mohd Hasbie Muda di Dewan Negara hari ini.

Menurut beliau, siasatan perlu meliputi keseluruhan proses termasuk penilaian panel pelaburan serta keputusan yang akhirnya diluluskan oleh lembaga pengarah KWAP.

Mengulas kerugian RM160 juta dalam pelaburan eFishery, Anwar berkata insiden itu berpunca daripada penipuan korporat bertaraf antarabangsa yang turut memperdaya beberapa firma pelaburan terbesar dunia.

Katanya, syarikat pelaburan antarabangsa seperti SoftBank, Temasek, Northstar, 42X Fund dan Aqua-Spark turut mengalami kerugian, malah jumlah pelaburan mereka jauh lebih besar berbanding KWAP.

“Penipuan ini sangat canggih sehingga tiga firma audit terbesar dunia turut meluluskan penyata syarikat tersebut.

“Ini menjadi pengajaran bahawa walaupun sesuatu pelaburan disahkan oleh firma audit bertaraf dunia, ia masih tidak menjamin bebas daripada penipuan,” katanya.

Beliau berkata, pelaburan sememangnya mempunyai risiko tertentu dan kejadian itu perlu dijadikan iktibar untuk memperkukuh proses semakan, tadbir urus serta pemantauan terhadap semua keputusan pelaburan pada masa hadapan.

Pada masa sama, Anwar meminta orang ramai tidak menilai prestasi KWAP hanya berdasarkan satu kerugian tersebut.

Sebaliknya, beliau berkata prestasi keseluruhan KWAP kekal kukuh apabila dana persaraan itu mencatat keuntungan bersih RM12.9 bilion dengan pertumbuhan dana sebanyak 9.3 peratus hasil pengurusan pelaburan yang berkesan.

Menurutnya, rekod itu menunjukkan asas kewangan KWAP masih kukuh, namun kerajaan tetap berpendirian bahawa setiap pelaburan yang menimbulkan persoalan akan disemak secara teliti bagi memastikan kepentingan pencarum dan integriti institusi sentiasa terpelihara.




Angka tak boleh menipu: Rekod Aminuddin jadi taruhan PH

 


Pakatan Harapan (PH) mempertahankan rekod pentadbiran Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun dengan menyifatkan prestasi ekonomi dan kewangan Negeri Sembilan sepanjang lapan tahun lalu sebagai bukti kerajaan negeri berjaya mentadbir secara berkesan.

PH berkata penilaian terhadap sesebuah kerajaan tidak seharusnya dibuat berdasarkan ceramah politik semata-mata, sebaliknya perlu berpandukan kepada pencapaian yang boleh diukur menerusi data ekonomi, kedudukan kewangan negeri dan manfaat yang diterima rakyat.

Menurut gabungan itu, di bawah pentadbiran Aminuddin, Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Negeri Sembilan meningkat kepada RM59 bilion, sekali gus mencerminkan pertumbuhan ekonomi negeri yang lebih kukuh.

Pada masa sama, hasil kerajaan negeri dilaporkan meningkat kepada RM785 juta, manakala lebihan hasil mencecah RM203 juta, sekali gus menunjukkan pengurusan fiskal yang lebih berdisiplin.

PH turut mendakwa nilai pelaburan yang berjaya dibawa masuk ke Negeri Sembilan meningkat kepada RM19 bilion, sementara rizab kewangan negeri kini mencecah RM1 bilion.

Selain itu, kerajaan negeri juga berjaya mengurangkan hutang, di samping memberi bonus sehingga tiga bulan kepada penjawat awam negeri.

Menurut PH, pencapaian itu memperlihatkan perbezaan yang ketara berbanding pentadbiran Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

“Dalam tempoh Aminuddin memimpin, negeri bukan sahaja mencatat pertumbuhan ekonomi, malah kedudukan kewangan kerajaan diperkukuh, pelaburan meningkat dan kebajikan penjawat awam turut diberi perhatian.

“Ini membuktikan beliau bukan sekadar mentadbir, tetapi mengurus negeri secara cekap, berdisiplin dan menghasilkan manfaat yang boleh dirasai rakyat,” menurut kenyataan itu.

PH menjadikan rekod pentadbiran kerajaan negeri sebagai antara kekuatan utama dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, dengan menegaskan kesinambungan pentadbiran diperlukan bagi meneruskan agenda pembangunan dan pertumbuhan ekonomi negeri.




PRU Negeri Sembilan – ‘Letak jawatan jika serang Kerajaan Perpaduan’ – PM Anwar

 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Program MADANI Kita di Dewan Komuniti Taman Perpaduan, Ipoh pada 19 Julai 2026. Foto PMO

IPOH, 18 Jul – Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada mana-mana menteri, timbalan menteri dan pemegang jawatan dalam agensi kerajaan supaya tidak menggunakan kedudukan untuk menyerang rakan Kerajaan Persekutuan ketika berkempen pada Pilihan Raya Umum (PRU) Negeri Sembilan.

Perdana Menteri berkata, mana-mana pihak berkaitan yang melakukan perkara itu akan diminta berundur daripada jawatan yang disandang.

“Kalau dia pegang jawatan daripada persekutuan, dia tak boleh serang, menjadikan ini sebagai satu medan politik menyanggah kerana dia kena jaga disiplin.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Program MADANI Kita di Dewan Komuniti Taman Perpaduan, Ipoh pada 19 Julai 2026. Foto PMO

“Kalau dia pilih untuk buat begitu, dia harus undur daripada jawatan dia. Kita kena jaga supaya jangan langgar kerana kalau ada pelanggaran, saya akan minta mereka undur,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri Program MADANI Kita di Dewan Komuniti Taman Perpaduan, di sini, hari ini. 

Anwar berkata, perkara itu diputuskan selepas beliau menghubungi Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof semalam.

“Kita ingatkan calon-calon, terutama yang pegang jawatan menteri, timbalan menteri atau pemegang mana-mana agensi, dia boleh bertarung dalam isu-isu negeri.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Program MADANI Kita di Dewan Komuniti Taman Perpaduan, Ipoh pada 19 Julai 2026. Foto PMO

“Setakat ini, kita minta mereka kawal supaya hubungan kita di Persekutuan kekal baik, supaya kerja boleh dijalankan.

“Biarlah kita kawal kalau ada pertarungan di peringkat negeri,” katanya.



Kerajaan Sokong SPRM Siasat Dana Pelaburan KWAP – PM Anwar

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada sesi soal jawab di Dewan Negara pada 20 Julai 2026.

KUALA LUMPUR, 20 Jul – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan perlunya siasatan lanjut dilakukan khususnya bagi meneliti prosedur kelulusan berkait isu kerugian dana pelaburan Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) dalam syarikat eFishery, Indonesia.

Justeru, Perdana Menteri berkata, kerajaan menyokong sepenuhnya tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang sudah memulakan siasatan terhadap kes penipuan terancang itu.

“Tentunya siasatan harus dilakukan. Sebab itu saya menyokong langkah SPRM untuk meneliti sekiranya ada keterlanjuran atau percanggahan dari segi hukum atau pun unsur rasuah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada sesi soal jawab di Dewan Negara pada 20 Julai 2026.

“SPRM harus juga melihat proses pelaburan serta keputusan dibuat oleh panel pelaburan dan akhirnya yang dipersetujui oleh lembaga (KWAP),” katanya menjawab soalan Senator Dr Hajah Wan Martina Wan Yusoff pada sesi jawab lisan di Dewan Negara hari ini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman semalam memaklumkan, agensinya menubuhkan sebuah pasukan siasatan bagi meneliti isu kerugian RM200 juta membabitkan pelaburan KWAP dalam syarikat eFishery.

Mengulas lanjut, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, jika melihat kepada proses kelulusan dana pelaburan ke atas syarikat berkenaan sebelum ini, ia seolah-olah menyaksikan satu kejadian luar biasa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada sesi soal jawab di Dewan Negara pada 20 Julai 2026.

“Dua audit bertauliah luluskan, yang ketiga pun luluskan, tak sempat disahkan. Ini tiga syarikat audit terbesar dunia meluluskan. Jadi saya kaji ini, wah.. ini memang ‘kepakaraan’ luar biasa dari Jakarta ini, tetapi dalam penipuan, malangnya.

“Tapi ini pengajaran juga, bahawa walaupun disahkan oleh syarikat audit terkenal dunia, ia tidak menjamin. Kalau kita ambil pengalaman 1MDB (1Malaysia Development Berhad), itu ada penglibatan Goldman Sachs, syarikat kewangan dan audit terkenal dunia, tapi terlibat ‘complicit’ dalam usaha penipuan ini.

“Ini pengajaran, peringatan kepada kita. Tak bergantung pada syarikat audit, sukar untuk dapat kelulusan. Kalau bergantung sepenuhnya, kita lihat ada juga risiko,” katanya.

Mahkamah Tinggi memerintahkan Najib Razak memulakan hukuman penjara 15 tahun dalam kes 1MDB pada 23 Ogos 2028, selepas hukuman penjara enam tahun dalam kes SRC International selesai.

Anwar berkata, dengan kes penipuan sedemikian, panel pelaburan bagi mana-mana agensi pelaburan termasuk KWAP semakin tercabar, untuk tidak hanya bergantung kepada kepakaran audit saja, sebaliknya melihat juga dari segi nilai peraturan yang ada.

“Sebab itu kalau dalam MADANI ini kita sebut, kepintaran, kepakaran, ‘new technology’, menggapai di langit, itu perlu, tetapi mesti berakar ke bumi dengan nilai dan akhlak,” katanya.



JAJARAN POLITIK BARU MENJELANG PRU 16








PMX perlu membentuk jajaran politik baru menjelang PRU 16 apabila BN dengan nyata dan jelas telah menolak Kerajaan Madani meskipun BN masih bersama dalam Kabinet PMX.


Pilihan yang ada di tangan PMX samada bubar Parlimen atau membentuk kabinet baru tanpa BN. Harapan yang ada ialah pakatan antara PH + GRS + GPS + Warisan + Muda + MP Bebas. Bersatu mungkin boleh dibawa sama. 


Biarkan PN dan BN mengetuai barisan pembangkang.



BILA FITNAH DIANGGAP BENAR







 Bila fitnah dianggap benar...


Ia tidak memerlukan bukti.


Ia hanya memerlukan satu perkara.


Pengulangan.


Ulang hari ini.


Ulang esok.


Ulang minggu depan.


Ulang bertahun-tahun.


Akhirnya, orang ramai tidak lagi bertanya sama ada ia benar atau tidak. Mereka mula mempercayainya kerana ia terlalu kerap didengari.


Itulah yang berlaku terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Selama lebih dua dekad, nama beliau dikaitkan dengan pelbagai tuduhan dan kontroversi yang akhirnya membentuk persepsi masyarakat.


Dalam episod Liwat 1, Mahkamah Persekutuan pada tahun 2004 membenarkan rayuan beliau dengan keputusan majoriti 2-1 dan mengetepikan sabitan.


Beberapa tahun kemudian muncul pula episod Liwat 2. Pada tahun 2012, Mahkamah Tinggi membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Namun pada tahun 2014, Mahkamah Rayuan membatalkan pembebasan itu dan mensabitkan beliau. Pada tahun 2015, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan tersebut.


Pada 16 Mei 2018, selepas melalui proses perundangan yang panjang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima Pengampunan Diraja penuh dan dibebaskan daripada penjara.


Namun bagi mereka yang memilih untuk hidup dengan persepsi, semua perkembangan ini tidak lagi penting.


Naratif yang sama terus diulang. Fitnah lama dikitar semula. Fitnah baharu pula dicipta.


Ambil sahaja contoh fitnah "Planta".


Cerita itu bukan lahir daripada bukti. Ia berpunca daripada dakwaan seorang individu yang mengaku sebagai bekas warden penjara, sebelum dipopularkan melalui siaran langsung TikTok bersama Parpu Kari.


Ribuan orang menonton.


Ribuan orang ketawa.


Ribuan orang mempercayainya.


Tidak lama kemudian, dakwaan itu mula berlegar di Facebook, TikTok, WhatsApp dan pelbagai platform media sosial seolah-olah ia adalah satu fakta.


Namun apabila Parpu Kari sendiri tampil membuat permohonan maaf pada tahun lalu dan mengakui bahawa dakwaan tersebut tidak benar, fitnah itu telah pun melakukan kerosakannya.


Persepsi telah terbentuk.


Kebencian telah disemai.


Sebab itulah sehingga hari ini masih ada yang dengan mudah melabel Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang penjenayah, sedangkan apa yang mereka percayai hanyalah fitnah yang telah diulang berkali-kali sehingga dianggap sebagai kebenaran.


Yang paling menyedihkan ialah mereka yang terus menyebarkan fitnah itu benar-benar percaya bahawa apa yang mereka lakukan adalah betul.


Mereka tidak sedar bahawa setiap komen yang ditulis, setiap hantaran yang dikongsi dan setiap penghinaan yang dilemparkan bukan sahaja meninggalkan kesan kepada orang lain, malah akan kembali kepada diri mereka sendiri.


Mungkin di dunia. Mungkin juga di akhirat.


Kerana setiap patah perkataan yang kita tulis akan dipersoalkan. Setiap tuduhan yang kita sebarkan akan dipertanggungjawabkan.


Jangan sampai suatu hari nanti kita terpaksa menjawab di hadapan Allah atas satu fitnah yang kita sebarkan, hanya kerana kita terlalu mudah mempercayai sesuatu yang diulang berkali-kali tanpa pernah menyemak kebenarannya.


Kerana fitnah tidak menjadi benar apabila diulang seribu kali. Tetapi dosa orang yang menyebarkannya boleh terus bertambah setiap kali ia diulang.