TU DIA....JANGAN KATA PAS KHIANAT- DEPA NAK MAIN BANYAK KOLAM...BERBEKALKAN KELANTAN SAJA...BOLEH UMPAN LAIN LAIN PARTI NAK JOIN SEKALI.

 

Umno tak lalu satu selimut dengan pengkhianat, Shabery bidas Idris.




Keputusan PRU14 pedih, lebih pedih bila dikhianati selepas itu apabila PAS berdakapan dengan Bersatu dalam satu selimut, kata Ahli MKT Umno, Ahmad Shabery Cheek. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Umno lebih rela menanggung pedih kekalahan pada pilihan raya umum lalu, daripada terus dikhianati PAS selepas parti itu “berselingkuh” dengan Bersatu ketika kerjasama Muafakat Nasional (MN) berada di puncak.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Ahmad Shabery Cheek, berkata parti itu “tak lalu” bekerjasama dengan PAS, yang mengkhianati mereka apabila menubuhkan Perikatan Nasional (PN) bersama Bersatu, parti serpihan Umno.

“Umno tak lalu untuk berada dalam satu selimut dengan orang yang pernah mengkhianatinya,” katanya kepada FMT.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Semalam, Naib Presiden PAS, Idris Ahmad, berkata Umno akan mengulangi keputusan PRU14 jika kekal mahu bergerak solo.

Katanya, tindakan bergerak solo dilihat hanya lebih mementingkan diri daripada memelihara perpaduan dan menjaga kepentingan rakyat.

Baru-baru ini Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, berkata parti itu membuat keputusan untuk bergerak solo kerana tindak-tanduk dan sikap PAS itu sendiri.

Pada 2 Ogos, Zahid “mengajak” PAS beradu kekuatan terlebih dulu pada PRU15 sekiranya ingin bercakap berhubung pembentukan kerjasama.

Dalam PRU14 pada 2018, Umno dan Barisan Nasional (BN) tumbang buat kali pertama sejak lebih 60 tahun memerintah negara kepada Pakatan Harapan (PH).

Bagaimanapun, parti itu kembali membentuk kerajaan bersama Bersatu dan PAS sebagai kerajaan PN susulan “Langkah Sheraton” yang menyaksikan kerajaan PH runtuh selepas 22 bulan memerintah.

Bersatu dan PAS kemudiannya mendaftarkan PN secara rasmi pada 7 Ogos 2020, lima bulan selepas Kabinet Muhyiddin Yassin mentadbir Putrajaya.

Penubuhan gabungan itu dibuat tanpa sebarang perbincangan bersama Umno, menyebabkan parti itu merasa dikhianati PAS.

Sementara itu, seorang lagi ahli MKT Umno, Isham Jalil, menyindir PAS agar kekal bekerjasama dengan pengkhianat dan penipu manifesto, merujuk kepada Bersatu – jika mahu kalah teruk pada PRU15.

“Nak kalah teruk pergilah berganding dengan pengkhianat dan penipu manifesto. Sila pikul mereka dan kena getah,” katanya.

ZIARAH KELUARGA SAMY VELLU







Bersama Azizah ziarahi keluarga bekas Presiden MIC, Tun Dr S Samy Vellu.

Kami sampaikan takziah kepada Toh Puan, Datuk Seri Vell Paari dan seluruh ahli keluarga atas pemergiannya.

Saya juga maklumkan bahawa

jasa mendiang kepada masyarakat tidak mengira kaum di negara ini akan terus diingati.

 


Mursyidul Am Pas ‘koyak’ bila Tun M kafirkan Pas

 


Mursyidul Am Pas ‘koyak’ bila Tun M kafirkan Pas


Semalam, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa PAS kini sudah menjadi parti ‘kafir’ kerana bekerjasama dengan UMNO, parti yang pernah dikafirkan pemimpin mereka dahulu.

Bekas Perdana Menteri yang menjadi pemimpin tertinggi UMNO ketika parti itu ‘dikafirkan PAS’, menegaskan selagi parti diterajui Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu tidak ‘menghapuskan’ dakwaan dibuat terhadap UMNO sebelum ini, ia memberi gambaran PAS kini bukan lagi parti Islam.

Menurut Berita Harian, Dr Mahathir merujuk ‘Amanat Haji Hadi’ pada 1981 yang mengkafirkan UMNO sehingga menyaksikan orang Melayu ketika itu berpecah-belah. Namun pada 2019, PAS bekerjasama dengan musuh tradisinya itu atas semangat ‘perpaduan ummah’ menerusi gagasan Muafakat Nasional (MN).

Kepada Dr Mahathir, Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin, meminta Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) itu berhenti daripada berpolitik dengan membangkitkan isu yang sudah selesai dan tidak lagi berbangkit ketika ini.

Beliau menyifatkan kenyataan bekas Perdana Menteri itu hanya bertujuan mengeruhkan suasana dengan menggunakan alasan sudah lapuk bagi memecah-belahkan usaha agenda penyatuan ummah sedang digerakkan parti itu.

“Soal kafir mengkafir sekarang sudah selesai dan tidak timbul lagi, jadi kenapa Dr Mahathir bangkitkan perkara yang sudah selesai, adakah beliau mempunyai niat suci dan bersih atau hanya untuk mengeruhkan suasana.

“Saya fikir beliau (Dr Mahathir) melakukan perbuatan untuk mengeruhkan suasana, berhentilah dan pandangan ke depan, tumpu kepada agenda perpaduan ummah,” katanya kepada BH hari ini.

Hashim turut menyelar tindakan Dr Mahathir kerana isu itu sudah lama selesai.

“Kenapa dia nak ungkit balik? Ada tak mana-mana orang dan pemimpin Umno, terutamanya masih mendakwa seperti dia?. Bagi saya, PAS kata UMNO itu kafir sudah selesai, kalau dulu sembahyang dua imam, sekarang sudah tidak berlaku lagi,” katanya.

Semalam, Dr Mahathir mendakwa PAS kini adalah parti kafir berikutan tindakannya bekerjasama dengan UMNO dan parti bukan Islam demi memperoleh kedudukan.

Katanya, sehingga kini PAS tidak menarik balik dakwaan yang dibuatnya suatu ketika dulu, bahawa orang yang tidak bersama parti itu adalah kafir, maka dengan tindakan kerjasama terbabit, ia menggambarkan bahawa mereka bukan lagi parti Islam.

“Parti PAS ini kita dapati tindakan mereka pelik sikit kerana ia berbeza dengan pendirian mereka dulu. …dahulu PAS kata UMNO parti kafir dan macam-macam tuduhan dibuat.

“Tapi tanpa menafikan bahawa UMNO itu kafir, mereka bekerjasama dengan kafir, …dulu berjuang untuk Islam dan tidak boleh bekerjasama dengan kafir sebab akan jadi kafir,” kata Dr Mahathir.

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS, Khairil Nizam Khiruddin berkata, Dr Mahathir perlu berhenti bernostalgia kerana PAS tidak pernah mengkafirkan UMNO malah dalam Amanat Hj Hadi perkara itu tidak dibangkitkan.

Katanya, perkara itu sudah dinyatakan dengan jelas dalam kitab Muqaddimah Aqidah Muslimin yang menjelaskan aqidah Islamiah dan perbincangan mengenai garis pemisah antara iman dengan kufur.

“Saya minta Dr Mahathir berhenti ….cukup-cukuplah membangkitkan perkara yang sudah berlalu sebaliknya fokus kepada isu semasa dan perpaduan ummah,” katanya.

Mengulas kenyataan Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (AMANAH), Khalid Abd Samadyang menyatakan PAS kini sudah tidak bermoral kerana menggunakan nama Islam untuk berkawan dan mempertahankan pelaku rasuah, Hashim menyifatkan kenyataan itu satu tuduhan jahat kerana dengki dengan agenda perpaduan ummah yang dibawa parti itu.

“Kita pegang UMNO itu sebagai organisasi dan ia tidak boleh dianggap parti itu rasuah hanya kerana ada seorang yang melakukan kesalahan itu. Kita tak boleh anggap semua dalam UMNO itu tidak betul.

“Kita berkawan dengan sesiapa saja, apabila bersalah makan orang itu salah dan kalah dan kita tidak berkawan dengannya.

“Seperti kes Datuk Seri Najib Razak, apabila beliau dihukum dan didapati bersalah oleh mahkamah, tiada orang PAS yang membela, menangisi, meratapi atau buat bising dan duduk buat kacau. Kita hormati keputusan, hukuman perlu dilaksana dan kita tidak ganggu, itu sikap kita, sangat tidak adil jika kita kata PAS bersekongkol dengan penjenayah,” katanya.

Mengulas isu yang sama, Khairil Nizam berkata, beliau tidak mahu memberi komen kerana Khalid bukanlah pemimpin politik yang relevan untuk diulas kenyataannya.


Umno mahu bergerak solo, Ku Li ‘sekolahkan’ Umno

 


Umno mahu bergerak solo, Ku Li ‘sekolahkan’ Umno


Sentimen mahukan UMNO dan Barisan Nasional (BN) bergerak solo menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) makin kuat ketika penggal Parlimen ke-14 menghampiri penghujungnya.

Terbaharu pada Rabu lalu, beberapa ketua bahagian mendesak Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti Melayu terbesar itu menutup pintu rundingan dengan PAS, berkaitan hala tuju 27 kerusi Parlimen yang didakwa kritikal untuk menghadapi PRU15.

Bagi bekas Pengerusi Lembaga Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah, beliau sebenarnya tidak faham apa yang dimaksudkan dengan perkataan solo atau bersendirian seperti dibangkitkan UMNO.

“BN tidak pernah bergerak secara solo kerana terdapat parti-parti lain menjadi komponen dalam gabungan berkenaan, ada pakatan dengan setiap komponen.

“Mereka membawa kekuatan masing-masing untuk membantu calon-calon yang menawar diri bertanding bagi pihak parti-parti yang berkenaan atas satu simbol, semuanya menggunakan simbol BN,” katanya.

Beliau berkata demikan pada sidang media selepas Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Koperasi Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) Berhad (Bhd) Kali Ke-24, di sini malam tadi.

Bekas Menteri Kewangan itu turut mengingatkan, sekiranya pemimpin dalam sesebuah parti ada kepentingan berbeza-beza, ia akan membawa kepada pecah-belah dan disebabkan itulah, BN kalah di Johor pada PRU lalu.

“Hal ini berlaku barangkali ada kepentingan sampingan, menyebabkan tidak ada tumpuan kepada apa yang dihadapi sehingga kalah PRU-14. Sebagaimana berlaku di Selangor dan Kelantan, perpecahan dalam parti Perikatan dan UMNO menyebabkan kita kalah PRU 1959.

“Kita tidak dapat mempertahankan kerusi-kerusi yang ditandingi oleh calon-calon Perikatan mahupun UMNO disebabkan tidak ikut kehendak sebahagian rakyat. Kita juga bercelaru dalam cara membawa kempen pada ketika itu.

“Jadi, kalau ada perpecahan, maka orang tidak boleh tumpu kepada objektif sebenar kita masuk dalam pilihan raya,” katanya yang juga Ahli Parlimen Gua Musang.

Katanya, ketika zaman Datuk Seri Najib Razak berkuasa, terdapat 13 parti mendokong pimpinan BN ketika itu, sebelum Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengambil alih teraju kepemimpinan selepas UMNO tewas PRU-14.

“Pada PRU-14, kita bukan sahaja kalah di peringkat Pusat, tetapi juga di setiap negeri kecuali Perlis. Ada pula perpecahan dalam UMNO di negeri-negeri apabila ada perebutan, di peringkat Pusat, peringkat negeri dan sebagainya sehingga tidak aman sampai sekarang.

“Ada sahaja orang hendak mencelah dan disebabkan itulah, kita selalu merayu supaya ada solidariti dan perpaduan dalam kalangan kita. Sesiapa pun tidak boleh mencelah, kalau kita sepakat.

“Jangka hayat UMNO bergantung kepada rakyat. Kalau rakyat masih menyokongnya ia akan terus tegak, kuat, dan berkuasa,” katanya, lapor Berita Harian.


JANGANLAH ENGKAU MERUNGUT KERANA MEMANG TAKDIRRRRRR



Demo x kenal barey… Parti kawe ni beruboh ikut musim. Ni musim nok pru. Saing baik plop tu anjur konsert, tok key nk bantoh…Muafakat key tu…




 

Apa sebab cerdik pandai negara tidak bantu kerajaan menjadi lebih baik?


 Malaysia tidak pernah kekurangan intelektual malah anak anak muda yang pulang dari universiti terbaik di dunia juga banyak yang berkhidmat dalam sektor awam.


Namun mengapakah negara menjadi semakin merosot prestasi ekonomi dan pentadbiran secara konsisten?


Hal itu, menurut Timbalan Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli adalah kerana Menteri yang memerintah bukan dari kalangan yang bijaksana, malah korup dalam semua tindakan.


"Pengalaman saya kerja di sektor korporat, saya boleh beritahu hampir semua pimpinan (korporat) yang saya jumpa lebih cerdik daripada pimpinan Umno. Kenapa dengan begitu ramai orang cerdik, jujur dan boleh buat perubahan, tetapi kita makin teruk, makin miskin.


"Sebabnya dalam sebuah sistem kerajaan macam kita, bawalah orang cerdik macam mana pun kalau Menteri yang ada kuasa, orang cerdik ini kena jawab kepada Menteri yang tak ada ciri pemimpin baik ini maka yang baik tak akan jadi.


"Datang orang cerdik beritahu kita kalau laburkan dan beri peluang kepada orang kampung supaya setiap seorang boleh dibantu pelihara lembu 100 ekor secara teknologi dan tersusun, Menteri dengar, bagus.


"Dia ambil idea itu, dia ambil duit RM250 juta, lembu entah ke mana, kondo yang kita dapat. Benda inilah yang berlaku berpuluh tahun.


"Sebab itu orang kita balik luar negara, cerdik, umur 40an dia kata tak payah la. Aku dah lalui semua ni. Kalau kepala malaon, marilah idea hebat macam mana pun, tak jadi. Sebab itu tanggungjawab kita sebagai pengundi penting (memilih calon terbaik)," katanya dalam ceramah di Tangga Batu, Melaka, malam tadi.


Sehubungan itu, Rafizi menyarankan rakyat yang akan mengudi dalam Pilihan Raya Umum ke 15 memilih beberapa kriteria utama calon untuk diangkat sebagai prasyarat menjadi Ahli Parlimen.


Katanya, sama ada orang Islam atau bukan Islam ciri pertama yang perlu dipilih ialah bercakap benar atau sidiq.


"Mudah saja kita nak nilai. Kalau orang marah kat dia pun dia tak reti bohong itu petanda baik


"Kedua mesti amanah. Dia dapat kuasa, dia akan betul jaga kuasa dan tanggungajwab seadilnya bukan untuk temboloknya. Kalau dapat peruntukan dia agihkan kepada orang msikin.


"Ketiga tabligh, menyampaikan, mencerdikkan, mencerahkan. Kalau cari pemimin ikut yang cerdik. Kalau pilih ikut jadi lagi bodoh, mampus kita.


"Kita nak ikut orang yang angkat kewarasan jadi lebih baik. Kalau ikut yang jadi bodoh masuk longkang, itu bertentangan dengan lumrah hidup kita," katanya.


Rafizi juga dalam ceramah semalam menjawab tohmahan penyokong Umno dan Pas yang berkata bahawa beliau mempunyai kes di mahkamah tetapi digugurkan pada zaman PH memerintah, sama sahaja dengan orang Umno yang digugurkan kes.


Katanya, kes yang terpalit kepada dirinya bukanlah mencuri duit tetapi bercakap benar mendedahkan usaha Menteri tertentu cuba 'sakau' duit rakyat.


"Orang Umno dan Pas kata kamu masa PH perintah juga gugur kes, apa beza dengan Najib. Saya naik turun mahkamah dulu bukan sebab curi duit, tetapi kerana bercakap benar


"Masa itu kalau cakap benar dan mereka nak sembunyikan apa mereka buat, mereka akan gunakan undang undang untuk takut takutkan," katanya.


Mantan Ahli Parlimen Pandan itu memberi amaran bahawa selepas ini beliau akan membongkar satu lagi skandal yang besar melibatkan pembelian aset angkatan tentara darat


Katanya, beliau gembira kerana selepas kes SRC International yang menyebabkan Najib masuk penjara lebih banyak pegawai kerajaan datang untuk mendedahkan maklumat kepadanya dengan membawa dokumen dokumen penting.


(function() { var d = document, w = window; w

PH-BN AKAN JADI GABUNGAN BESAR – ZAHID HAMIDI

  Kerajaan Perpaduan dibentuk Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) diyakini terus menjadi gabungan besar yang tidak akan berakhir ...