KEGAGALAN UNTUK LAKSANA TUGAS DISEBABKAN TENDER


 

ASRAFF JEFFRY


Semalam saya tertengok video ini di Reels dan agak terkilan dengan sistem yang diamalkan di Malaysia. Video ini tentang pekerja cat jalan tidak dapat sempurnakan catnya disebabkan ada rumput dan pokok. Katanya potong rumput dan pokok bukan dalam skop pekerjaannya.

.

Saya tidak salahkan orang yang buat video ini kerana itulah sistem yang diamalkan di Malaysia. Kononnya nak bagi organisasi tampak

hebat

, lalu dipecahkan kepada beberapa kepala atau department tapi pada akhirnya,hasil kerja ke laut disebabkan kerja tidak synchronize antara satu sama lain.

.

Apa yang kita boleh perbaiki untuk kes sebegini?

.

Pada pendapat saya yang tiada pengalaman dalam hal ini,mungkin department potong rumput datang bersihkan dulu tempat,baru lah department cat datang. Yang penting, hasil kerja tiptop.

.

Ingat,duit cat dan gaji pekerja bukan dibayar oleh Kerajaan. Tetapi pembayar cukai iaitu kita. Adakah kita sanggup bayar tukang yang buat kerja sambil lewa?

.

Sekali lagi saya tegaskan yang saya tidak salahkan pekerja ini. Mereka hanya menurut perintah. Yang salah adalah kepala mereka. Ini satu kegagalan yang teruk.

 

No comments: