MENJAWAB POSTING DS NAJIB RAZAK MENGENAI FDI DAN DDI 2019.



LIYANA MARZUKI





Hari ni team media FB Najib Razak kena kerja lebih masa nak menjawab posting FDI saya pagi tadi. Maaf la ye, harap dapat elaun lebih hari ni.

Kita hanya sebarkan benda baik hasil laporan akhbar The Star yang dimilik MCA. Ia juga merujuk kepada pengumuman FDI 2019 oleh Jabatan Statistik Malaysia (DOSM) tiga hari lepas. Bukannya fakta atau graf yang dibuat sendiri.

https://www.facebook.com/100045124192657/posts/167190724795066/?d=n

Seperti biasa, team media Najib Razak jawab posting penuh dengan spin nak bagi rakyat keliru. Ada dua benda utama yang disebut:

(1) Pelaburan Langsung Asing (FDI) zaman PH tinggi sebab jual aset dan disebabkan pemilikan langsung asing dalam syarikat tempatan. Hujahnya PH manipulasikan data.
(2) Pelaburan Langsung Domestik ke luar negara (DIA) tu tak sepatutnya dibangga. Kerana duit kita mengalir keluar negara.

Pohon saya jawab satu persatu.




(1) Pengiraan FDI

(i) Pengiraan FDI ni oleh Jabatan Statistik dan Bank Negara Malaysia sama saja ya tuan/ puan. Baik zaman PH atau PN atau zaman BN. NR sembang kononnya FDI tak termasuk pemilikan ekuiti atau jualan aset. Ia secara tidak langsung menyatakan data yang Jabatan Statistik umumkan tiga hari lepas salah kiraannya.

Tapi mungkin dia terlupa atau buat lupa2, zaman diapun FDI ni dikira turut termasuk jualan aset dan ekuiti.

Ini saya sertakan laporan ekonomi BNM tahun 2016 mengenai FDI. Muka surat 26 menyatakan:

 “However, FDI in the services and construction sector increased, reflecting mainly the LARGE ACQUISITION OF DOMESTIC POWER GENERATION ASSETS BY FOREIGN ENTITY… “

https://www.bnm.gov.my/files/publication/ar/en/2016/cp01.pdf

Jelas dalam laporan BNM mengenai FDI tahun 2016, FDI tahun 2016 meningkat kerana pembelian (acquisition)/ divestment aset dalam industri penjana kuasa tempatan.

Untuk pengetahuan tuan puan, tahun 2016 FDI negara adalah antara yang tertinggi sebelum ia menurun tahun 2017.

Jadi ni apa cerita? Kenapa tahun 2016 masuk jualan aset, tahun 2018 dan 2019 tak boleh pula?

Adakah NR dan team medianya hidup dalam bubble ketika jadi Menteri Kewangan tahun 2016. Tak ambil tahu cara yang digunakan oleh BNM dan DOSM untuk kira FDI. Sama saja apa yang dipratikkan sekarang.

Yang pasti tahun 2016 aset 1MDB dan syarikat IPP dilelong kepada pelabur China untuk cover hutang 1MDB. Itu tak nak pulak NR bagi fakta? Ini saya sertakan keratan akhbar antarabangsa mengenainya.

https://www.reuters.com/article/us-malaysia-1mdb/malaysias-1mdb-sells-power-assets-to-china-firm-for-2-3-billion-idUSKBN0TC0PT20151123

https://www.wsj.com/articles/malaysias-1mdb-to-sell-energy-assets-to-china-nuclear-firm-1448280084

 Patutlah dia dinobatkan Menteri Kewangan paling teruk di Asia tahun 2016. Belum pernah lagi mana2 PM Malaysia dinobatkan sedemikian.

https://www.financeasia.com/article/najib-razak-asias-worst-finance-minister-2016/405600

Yang saya tak paham, dia tuduh PH manipulasikan data mengenai FDI tahun 2019 ni. Tapi yang umum mengenai FDI 2019 ni ialah Jabatan Statistik tiga hari lepas. Tang mana yang PH boleh manipulasikan data tu? Nak jugak saya tahu.

Kalau salah pengiraan yang dibuat oleh PH terdahulu dan masukkan nilai jualan aset dalam pengiraan FDI, kenapa Kerajaan PN tak betulkan dan NR tak bagi nasihat? Kenapa umumkan juga kenaikan FDI tahun 2019?

Konklusinya senang, kerja NR asyik menidakkan keupayaan kerajaan terdahulu. Walaupun faktanya ke laut. Hanya dialah yang pandai uruskan pelaburan dan ekonomi walaupun media antarabangsa iktiraf dia Menteri Kewangan Asia paling teruk.

(2) Domestic Investment Abroad (DIA)

Ni lagi satu spin team media NR. Katanya DIA meningkat tu tak elok sbb wang kita mengalir keluar. Sekarang baru la kita tahu. Patut la DIA zaman Najib asyik menurun.

DIA ni tuan/ puan menunjukkan keupayaan syarikat Malaysia melabur ke luar negara dan bersaing di peringkat antarabangsa. Takkan la syarikat kita nak jadi jaguh kampung saja. Macam Petronas tu, takkan nak disekat melabur ke luar negara hanya semata-mata kerana taknak wang kita mengalir keluar?

Habis tu kalau DIA tu tak elok, kenapa pulak berlumba-lumba syarikat luar negara membuat pelaburan ke negara luar? Kena ingat, FDI pada kita jadi DIA pada mereka.

Hujah yang kata DIA meningkat tak baik itu juga salah dari segi ekonomi ya. Sebab yang penting kita ada imbang antara FDI dan DDI. Untuk Balance of Payment dalam negara. Mana-mana negara di dunia akan sentiasa tingkatkan FDI dan juga DDI. Bukan hanya fokus untuk naikkan satu segmen saja.

Team media NR mungkin boleh baca rencana BNM mengenai kebaikan DIA ni kepada ekonomi Malaysia. Banyak kebaikan yang boleh kita dapat, bukan cerita pasal wang keluar saja ya.

https://www.bnm.gov.my/index.php?ch=en_publication&pg=en_work_papers&ac=64&bb=file

Yang pasti, apa yang saya nampak, hujah DIA team NR ini hanya nak cover kelemahan pentadbiran NR tahun 2015-2017 yang menunjukkan DIA Malaysia menurun dengan banyak. Bila PH berjaya tingkatkan pada tahun 2019 terus dispin katanya tak baik.

Makanya, senang saya cakap. NR bolehlah tukarkan team media dia. Setakat copy paste keratan akhbar tanpa konteks yang tepat, dan spin fakta pun dah banyak kali terkantoi. Lama2 rakyat akan nampak. Rakyat makin bijak. Jangan dia ingat semua Rakyat “kurang cerdik” macam cytro2 yang beliau bayar saban bulan.

Nasihat saya pada semua, berhati-hati lah menerima fakta daripada seorang bekas Perdana Menteri yang mengaku beliau ditipu oleh Jho Low hidup-hidup. Kalau akaun sendiri pun tak ambil tahu, macam mana la dia jaga ekonomi Malaysia dulu? Mintak simpang kalau ada yang nak dia jadi PM9 gantikan TSMY. Pilihlah orang lain bukan bekas Perdana Menteri yang mudah tertipu.

Wallahu a’lam.

MENGANGKAT ANWAR SEBAGAI PM, BUKAN BERMAKNA TAKSUB KEPADANYA


Oleh – Azzah Arcta Yusoff

Tak faham saya kepada yang masih berpandangan dan inginkan TM sebagai PM. Kalau dari seorang rakyat biasa seperti saya, rasanya tidaklah menghairankan sangat. Ini ianya datang daripada seorang yang memiliki ijazah doktor falsafah. Pelik bin ajaib.
1. Tidak belajarkah dari sejarah bagaimana seorang yang bernama Mahathir bin Mohamad tidak akan pernah menunaikan janjinya kepada PH dan seorang yang bernama Anwar bin Ibrahim? Di antara usia 92-94 tahun dia enggan menunaikan janji yang dibuatnya sendiri, bermimpi di waktu siang kah kita untuk mengharapkan dia menunaikan janjinya di usia 95 tahun?? Saya rasa ianya adalah seumpama mimpi dalam mimpi. Seolah mengharapkan salji turun di bumi tropika!
2. Perjanjian adalah satu ikatan hati, bukannya ikatan dimeterai di atas kertas semata2. Jika janji itu dibuat seikhlasnya untuk dipatuhi sepanjang hayat, maka ia akan tetap dipatuhi walaupun tidak seketat mana terma yang dibuat namun isinya difahami. Tetapi, sekiranya sekeping hati yang berjanji itu tidak pernah berniat untuk melaksanakan janji yang dibuat, maka seketat manapun syarat perjanjian itu, ia akan tetap dilanggari jua. Pada ketika ingin melanggar perjanjian itu nanti setelah apa yang dihajati telah dicapai iaitu menduduki kerusi PM, maka akan keluarlah kata2 dalihan seperti perjanjian bukanlah kitab suci, tidak cukup sokongan ahli parlimen, serah kepada parlimen memutuskan dan seumpamanya.
3. Manifesto PH yang mana di dalamnya terkandung terma penyerahan kuasa dari TM kepada DSAI telahpun diikat oleh 4 parti dengan 5 orang yang menandatanganinya pada waktu itu; juga dengan begitu mudah dikhianati oleh TM dengan macam2 alasan. Apakah sebab dan alasan untuk mengatakan beliau tidak akan mengulanginya lagi setelah kerusi PM berjaya beliau duduki sekali lagi?
4. Mengangkat TM sekali lagi adalah umpama mencanangkan kepada rakyat dan seantero dunia bahawa Malaysia ini di bawah PH tidak ada orang yang layak menjadi pemimpin selain orang tua berusia hampir 100 tahun. Akal yang waras akan bertanya, apa tidak adakah insan Tuhan yang lain di Malaysia ini yang layak menjadi pemimpin untuk diangkat mengemudi negara? Apa rangka urus tadbir yang boleh difikir oleh seorang yang hampir mencecah usia 100 tahun? Tidak ada pemimpin yang lebih mudakah?
5. Saya ingin bertanya pemimpin Amanah dan Dap yang mendamba Dsai memberi laluan sekali lagi kepada TM sebagai PM, apakah yang telah mereka lakukan sewaktu TM berdolak dalih berkaitan isu penyerahan kuasa sewaktu PH memerintah? Pertelagahan demi pertelagahan berlaku di antara kedua2 penyokong disebabkan keengganan TM menyempurnakan proses transisi dan membenarkan sosok2 jahat seperti Azmin Ali menghimpit dirinya, apa yang mampu dilakukan oleh pemimpin2 Amanah dan Dap tadi?
6. Dan pada kala TM menyalahgunakan kuasa dengan melantik menteri semisal Azmin Ali yang tidak pernah diberi senarai oleh PKR; melantik Lateefa Koya sebagai pengerusi SPRM tanpa perbincangan dan makluman kepada Presiden PKR pun walhal Lateefa adalah ahli PKR dan sekutu rapat Azmin Ali; apa yang mampu dilakukan oleh pemimpin2 Amanah dan Dap tadi untuk menghalang? Tengok dan telan ajelah kan?
7. Mohon untuk menjadi PM sekali lagi selama 6 bulan. Soalannya 6 bulan tu untuk apa? Apa yang boleh dibuat hanya selama 6 bulan? Tidak terfikirkah, 6 bulan itu bermakna di dalam tempoh itu akan mencari alasan untuk memanjangkan lagi sehingga tamat tempoh penggal ini? Kena ingat, Malaysia ini bukan kepunyaan Mahathir; suka2 hati dia nak minta jawatan PM, letak jawtan, pegang lagi sebagai PM sementara, kemudian nak lagi selama 6 bulan. Adoiiii… ada akal pakailah!
8. Ini adalah critical issue. Isu sokongan kepada Dsai daripada Sabah dan Sarawak. Sekiranya pada waktu ini Sabah dan Sarawak tidak menyokong Dsai sebagai PM, apakah jaminannya mereka akan menyokong selepas 6 bulan nanti? Jika akan sokong selepas 6 bulan, kenapa tak boleh sokong sekarang? Sekiranya TM akan melobi sokongan mereka 6 bulan lagi, kenapa tak boleh lobi sekarang? Ataupun pada waktu itu nanti, kerajaan akan bergolak sekali dan bertukar lagi kepada PN?? Gila apakah ini? Inikah corak politik negara yang kita akan wariskan kepada generasi akan datang?
9. Untuk pemimpin2 Amanah dan Dap yang menuntut pengorbanan Dsai; saya ingin bertanya, tidak cukup lagikah pengorbanan Dsai sanggup dipenjarakan berbelas2 tahun demi perjuangan reformasi, berpisah dengan keluarga, dimaki dihina dicaci sehingga ke hari ini dan kerana pengorbanan beliaulah, lanskap politik negara ini berubah. Masih belum cukup? Berapa kerat pemimpin2 lain yang sanggup berkorban sebegitu rupa?
10. Isu mengangkat Dsai sebagai PM bukan bermaksud taksub kepada beliau. Ini adalah inti pati sejak dari awal perjuangan. Kami ingin melihat negara ini berubah ke arah yang lebih baik dan kebetulannya, pada waktu ini tidak ada sosok lain yang mampu memimpin Malaysia ke arah itu melainkan Dsai. Beri peluang kepada beliau memimpin negara agar rakyat dapat merasai perubahannya. Mengangkat beliau adalah demi rakyat dan negara, bukan atas kepentingan tertentu.
11. Adalah besar harapan agar pemimpin2 Amanah dan Dap memaklumkan kepada TM supaya tidak lagi mendamba jawatan PM dan menyokong penuh DSAI bagi memudah cara dan demi negara yang tercinta sekiranya benar beliau sayangkan negara ini dan ingin meninggalkan negara yang lebih baik kepada generasi seterusnya.
12. Ketahuilah, majoriti rakyat sudah tidak inginkan TM diangkat sebagai PM sekali lagi. Malah ada yang berikrar “lantaklah nak jadi apapun pada Malaysia”!sekiranya dia sekali lagi diangkat menjadi PM oleh PH. Bermakna rakyat sudah berputus asa.
Akhirnya, seandai sekali lagi PM yang dipilih oleh PH adalah TM (saya berdoa semoga dijauhkan Allah), maka apa yang boleh saya katakan adalah; itulah suratan takdir. Itulah kehendak dan aturan Tuhan. Walaupun pahit harus ditelan. Jika begini, maka Malaysia ini masih belum layak dipimpin oleh pemimpin yang mempunyai visi yang jauh seperti Dsai. Rakyatnya masih belum bersedia.

KABINET PH PERLU PASUKAN TERBAIK, PM BOLEH TUN M, DISUSULI ANWAR

APA SAHAJA FORMULA PERALIHAN, ASALKAN KLEPTOKRASI BERKUBUR

NEGERI MELAYU ISLE ADA BAGI CAM GINI KAH?


Kerajaan PH P. Pinang turunkan harga siling rumah mampu milik 10%




Mereka yang memasang impian untuk memilik rumah tetapi dibebani dengan kos sara hidup yang tinggi kini mampu menarik nafas lega dengan pengumuman yang dibuat Kerajaan Negeri Pulau Pinang, hari ini.
Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa Negeri, Jagdeep Singh Deo mengumumkan pemotongan sebanyak 10 peratus ke atas harga rumah mampu milik di negeri ini.
Untuk rekod, harga siling rumah mampu milik di bahagian pulau adalah antara RM150,000 hingga RM300,000, sementara di Seberang Perai Pulau adalah antara RM150,000 hingga RM250,000.
Dengan pengumuman tersebut, kadar siling baru di bahagian pulau adalah antara RM135,000 hingga RM270,000 dan di Seberang Perai pula, RM135,000 hingga RM225,000.
“Harga rumah mampu milik akan dikurangkan 10% dalam tempoh setahun,” ujarnya seperti dipetik Malaysiakini.
Beliau turut mengumumkan bahawa kerajaan negeri akan meneruskan harga pangsapuri kos rendah dan sederhana, masing-masing pada kadar RM42,000 dan RM72,500.
“Ini lebih rendah berbanding negeri-negeri lain yang menaikkan harga bagi kategori ini kepada RM60,000 hingga RM100,000,” katanya.
Mengulas lanjut, Jagdeep berkata, kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan telah meluluskan projek sektor perumahan masing-masing berjumlah RM250.2 juta dan RM20.75 juta.
Sasar 180,000 unit rumah mampu milik sebelum 2030
Katanya yang juga Adun Datuk Keramat, kedua-duanya peruntukan itu akan digunakan untuk melaksanakan projek perumahan awam dan swasta.
Tambahnya, kerajaan negeri mahu memastikan rumah mampu milik mencukupi dengan sasaran 180,000 unit sebelum 2030.
“Sehingga hari ini, kami ada 105,719 unit, di mana 30,191 telah disiapkan, 24,098 masih dalam pembinaan dan 51,432 masih dalam perbincangan atau menunggu kelulusan,” katanya.
Katanya saiz setiap unit akan dikekalkan pada 850 kaki persegi, namun bagi pemaju yang mahu mengekalkan harga siling rumah mampu milik pada kadar RM250,000 dan RM300,000 perlu membina unit yang lebih luas, iaitu 900 kaki persegi.
“Mereka juga akan menambah kemudahan awam untuk pembeli seperti ruang rekreasi, dewan serbaguna, taman permainan kanak-kanak, bilik rekreasi untuk warga emas, perpustakaan atau bilik bacaan, gimnasium dan kolam renang.
“Kami juga diminta untuk memastikan kualiti rumah mampu milik mematuhi Sistem Penilaian Kualiti Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan dengan skor Pembinaan atau ‘Qlassic’ tidak kurang daripada 70 peratus.
“Ini untuk memastikan kualiti pembinaan tetap terjaga walaupun dengan penurunan harga rumah,” katanya. 

TARIKH KERAMAT 28/7/2020

MAT ZAHARI ALI


Muhyiddin dares Najib to sue him over MO1 accusation ⋆ The ...

Tarikh 28/7/20 akan jadi detik keramat. Pada tarikh ini keputusan menentukan kes SRC Najib babitkn RM42J akan diputuskan. Bersalah atau dibebaskan.

Andai bersalah, Najib akan menjadi sejarah sebagai bekas PM yang dipenjarakan. Sebab sebelum ni belum pernah bekas PM dipenjarakan.

Andai bersalah, semua harta milik Najib akan dirampas, disita dan dibekukan. Malah bukan harta peribadi saja akan dirampas malah harta dalam parti yang beliau terajui juga akan terkesan.

Ketika ini hampir semua aset dalam akaun badan perhubungan umno negeri dan pusat telah dibekukan rentetan isu 1MDB babitkan Najib. Andai keadaan ini terus berlarutan, umno akn lumpuh apa lagi andai PRU15 mengejut akan diadakan.

Inilah kunci dari segala penjuru yang Najib dan umno paling takuti. Umno tidak terkesan terok andai Najib hanya di kurung di Sg Buluh untuk satu jangka tertentu. Imej umno akan pulih andai Najib disisih terus dari umno kerana libiliti dlaam kes IMDB cukup memalukan parti orang Melayu itu. Pada ahli umno sendiri juga ada yang setuju andai watak Najib terus dimatikan dari pesada politik.

Ada dikalangan ahli umno berpandangan  Najib seharusnya disingkirkan sebelum kemelut yang melanda beliau ditamatkan dengan pengunduran Najib dalam politik atau sebagai PM sebelum ini. Bagi mereka kekalahan BN dalam PRU 14 lalu berfaktorkan skandal 1MDB Najib.

Kekalahan dalam kes SRC yang libatkan RM42J yang ada dalam akaun personal Najib bukan setakat akan lenyap dengan memenjarakan beliau. Malah episod seterusnya akan membawa kepada kemungkinan pembatalan umno sebagai sebuah parti politik oleh pendaftar pertubuhan.

Dalam survival politik semasa pula, hubungan PM MY dengan Najib tersimpul didalamnya dendam politik yang telah berakar umbi. MY disingkir dari umno berpunca dari kritikan beliau terhadap Najib dalam isu 1MDB.

Andai Najib tidak bersalah atau menangi kes, .. Ini membawa erti MY bersalah kerana mengkritik Najib disebabkan  tiada usul periksa atau menfitnah serta cubaan menjatuhkn Najib yang menjadi bos beliau hatta PM Malaysia ketika itu. Kemenangan kes yang libatkan RM42J ini akn sucikan Najib dan meletakan MY ssebagai pengkhianat pada Umno. Manakala umno pula ada dalam posisi terbesar dalam komponen yang MY terajui.

Hireaki kemenangan Najib  akan mempercepatkan usaha merampas kedudukan MY yang kini berada dihujung tanduk. Dalam lain sirahnya bermaksud  kemenangan Najib akn menambah musuh politik paling tegar pada beliau.

Dari sudut isu perlembagaan pula, pembentukan kerajaan MY yang dianggap sebagai kerajaan pintu belakang mengaibkan dan mencemarkn imej negara dimata dunia. Isu pembebasan Musa Aman yang dikaitkan dengan 46 kes mahkamah walau pun disuluh dalam arca mana pun masih dianggap 'tidak seharusnya' berlaku begitu oleh rakyat.

Apakah dengan satu lagi kes pembebasan Najib akan membolehkan Najib-MY menjadi kawan baik yang melupakn kisah silam masing-masing. ATAU... MY terpaksa menerima tekanan dari umno kerana itulah prasyarat untuk pastikan beliau terus menjadi PM.



MASA HANG JAGA ..P KELAUT NUH....TAPI HANG KATA HANG TERRERRR......



FRIENDS OF MASLEE.


Masa Manifesto PH siap, dia sebut kepada semua orang yang dialah penulis manifesto. Dialah yang cadang Bayaran Balik PTPTN tak perlu untuk mereka yang bergaji bawah RM4k.
Sebab tu la PH lantik dia jadi Pengerusi PTPTN. Tapi apa satu pun tak ada. Kerja berjalan merata dan tabur duit PTPTN untuk tujuan politik dia.
Lepas tu Bersatu khianat, dia pun ikut. Dengan harapan nak jadi Menteri tapi TSMY tak pandang pun.
Masa dia tak buat kerja, KPM, KBS dan MOF giat bincang cara untuk selesaikan isu PTPTN.
Sebenarnya dah ada keputusan dan kaedah untuk penuhi manifesto iaitu tak perlu bayar balik kepada peminjam yang bergaji bawah RM4K.
Tapi PH tak sempat umum sebab jatuh kerajaan.
Siapa yang buat kerja tu semua? Bukan Pengerusi, tapi Menteri yang fikir. Termasuk YB Syed Saddiq masa tu yang bertungkus lumus push agenda ni.
Sekarang dalam PN dia kata PH tak stabil dan tak dipilih rakyat. Dia lupa barangkali dialah antara penyebab dan dalangnya.
Pengkhianat sebegini eloklah duduk diam-diam dalam PN dan bak kata DS Mukhriz, mereputlah di situ.
Kalau Kerajaan dapat balik ke PH nanti, jangan dibuka pintu kepada manusia ini. Rosak habis negara.





Respons terhadap PENJANA



Saya menyambut baik inisiatif kerajaan kini dalam memastikan ekonomi negara terjaga dalam keadaan pandemik ini. Ini kerana memastikan kestabilan ekonomi adalah tugas hakiki mana-mana kerajaan samada dipilih secara rasmi oleh rakyat melalui pilihanraya ataupun dengan membawa lari mandat rakyat.

Namun adalah lebih elok sekiranya pihak kerajaan kini memanfaatkan sistem parlimen sedia ada untuk berbahas terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa keputusan terutama perkara yang melibatkan pendapatan dan perbelanjaan kerajaan persekutuan yang dikatakan memakan RM 15 billion suntikan fiskal daripada kerajaan. Ini adalah duit pembayar cukai dan duit rakyat yang seharusnya disemak imbang oleh pembangkang untuk mendapat keputusan yang lebih baik untuk rakyat. Penambahan dana ini juga secara langsung meningkatkan lagi nilai defisit kerajaan yang kini sudah bernilai RM111.7 bilion atau 6.9% dari KDNK.

1. Slogan “no one left behind” yang dilaungkan oleh YAB perdana menteri dahulu tidak lagi terlihat di dalam PENJANA ini. Sepertinya golongan peniaga kecil seperti Makcik Kiah tidak mendapat manfaat terhadap pakej rangsangan ini. Golongan peniaga kecil ini tidaklah tergolong di dalam Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS) dek kerana mereka adalah di dalam kategori “informal sector” di dalam ekonomi. Makcik Kiah hanya perlu bertahan dengan pemberian Bantuan Prihatin Nasional yang tidak lagi mencukupi untuk menghadapi masa mendatang. Sudahlah mereka sudah tutup gerai sejak bulan Mac, malah tiada lagi bantuan tambahan bagi golongan kecil seperti ini. Kini mereka perlu bermula dari bawah untuk meneruskan kehidupan apabila gerai kecil baru sahaja dibenarkan untuk berniaga.

2. Pakej internet percuma 1GB sehari yang diberikan tidaklah mencukupi untuk digunakan oleh pelajar yang hadir daripada keluarga miskin terutamanya. Laporan yang dibuat oleh WhitstleOut menunjukkan bahawa satu jam sesi panggilan video berkumpulan memakan data sebanyak 810MB sejam. Ini sudahpun memakan 80% daripada data percuma yang diberikan. Bagaimana sekiranya satu pelajar mempunyai tiga kelas yang memakan sekurang-kurangnya 3 jam sesi panggilan video? Ini telahpun memakan data sehingga 2.4GB sehari. Mereka ini tidak mampu untuk membeli data tambahan internet bagi menampung penggunaan pendidikan. Adakah kerajaan hanya mahu membiarkan jurang pendidikan melebar dan mereka ini adalah mangsa penipuan slogan “no one left behind”. Kerajaan seharusnya memberi akses tidak terhad terhadap aplikasi panggilan video bukan hanya kepada laman sesawang kerajaan dan aplikasi-aplikasi kerajaan.

3. Insentif sektor hartanah yang diperkenalkan juga tidak membantu untuk golongan-golongan peniaga kecil dan golongan B40. Ini hanya akan menguntungkan syarikat hartanah dan golongan-golongan kaya. Dengan menarik semula had pembiayaan 70% bagi rumah ketiga berharga RM600 ribu ke atas, ini hanya akan meningkatkan lagi jurang pemilikan rumah antara golongan kaya dan B40. Mereka yang berkemampuan kini menambah lagi unit rumah ketiga dek kerana pengenalan polisi ini. Rakyat yang miskin hanya mampu melihat dan terus menyewa seumur hidup. Adalah lebih elok sekiranya perumahan mewah dibiarkan saja harganya berubah mengikut pasaran bebas. Kerajaan patut memfokuskan untuk memberikan bantuan untuk rumah mampu milik agar lebih ramai rakyat mampu memiliki rumah sendiri.

4. Sepertinya kerajaan PN meneruskan inisiatif kerajaan PH dengan memberikan e-dompet bernilai RM50. Walaupun dahulu usaha yang sama dilakukan oleh kerajaan PH ditentang dengan fitnah-fitnah seperti akan berlakunya ketirisan data, akhirnya pemberian wang secara digital diperakui sendiri oleh kerajaan PN bahawa inisiatif ini adalah inisiatif yang bagus untuk menggalakkan pembayaran tanpa tunai. Inisiatif ini juga dapat mengelakkan persentuhan antara pelanggan dan juruwang yang secara tidak langsung mengurangkan risiko penyebaran virus COVID-19.

Akhir kata, PENJANA ini tidak dinafikan dapat membantu merancakkan ekonomi dengan insentif-insentif dan subsidi tertentu. Tetapi adalah lebih elok sekiranya perkara ini dapat dibahaskan dan mendapatkan input penambahbaikan dari semua ahli parlimen. Kekurangan utama PENJANA adalah dari sudut menyelesaikan masalah jurang ekonomi dan jurang sosial rakyat.

YB Dato’ Wira Amiruddin Hamzah
Kubang Pasu,Kedah
14 JUN 2020

#SelamatkanBersatu
#KekalBerprinsip
#KembalikanMandatRakyat



Balik kampung: Rakyat nikmati usaha PH turunkan harga tol



Pengumuman Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin berhubung fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) menggantikan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah membolehkan kita merentas negeri.
Dan pastinya, ramai daripada kita akan menggunakan peluang hujung minggu ini untuk pulang ke kampung halaman masing-masing. Tidak sabar rasanya untuk pulang berjumpa sanak saudara.
Ini lebih-lebih lagi, ada antara kita yang buat pertama kali dalam hidup, terpaksa berhari raya di ibu kota atau di negeri lain ekoran tidak boleh merentas negeri. Semua ini bagi mengawal penularan wabak berbahaya Covid-19.
Apa yang pasti, kita bakal menyaksikan jumlah kenderaan yang banyak di lebuh-lebuh raya selepas ini.
Selain dapat bertemu sanak saudara di kampung, jangan dilupakan bahawa kita akan turut menikmati kadar tol yang lebih murah iaitu pengurangan sebanyak 18 peratus, terima kasih kepada pengumuman Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini.
Pengurangan kadar tol bagi pengguna kenderaan persendirian bagi pengguna kenderaan persendirian di semua lebuh raya milik PLUS Malaysia Bhd (PLUS) dilaksanakan sejak 1 Februari lalu.
Ini bermakna, tiada kenaikan kadar tol sehingga tempoh konsesi tamat selama 38 tahun iaitu dari 2020 hingga 2058.
Usaha ini adalah langkah secara berperingkat yang dilaksanakan Kerajaan PH sebelum ini bagi mencapai matlamat akhir untuk menghapuskan tol.
Janji keenam dalam manifesto PH pada Pilihan Raya Umum ke-14 lepas antara lain menyatakan gabungan itu akan mengkaji semula semua perjanjian konsesi lebuh raya dan berunding untuk mendapatkan harga terbaik bagi mengambil alih setiap konsesi tol dengan matlamat akhir untuk menghapuskan kutipan tol secara berperingkat. 


(function() { var d = document, w = window; w

PRU-15: Anwar hormati suara akar umbi tapi parti komponen gesa guna logo PH

  Oleh FAZLI RADZI   /  September 16, 2021 Penggunaan logo Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) perlu diselesaikan se...