Pengumuman Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin berhubung fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) menggantikan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah membolehkan kita merentas negeri.
Dan pastinya, ramai daripada kita akan menggunakan peluang hujung minggu ini untuk pulang ke kampung halaman masing-masing. Tidak sabar rasanya untuk pulang berjumpa sanak saudara.
Ini lebih-lebih lagi, ada antara kita yang buat pertama kali dalam hidup, terpaksa berhari raya di ibu kota atau di negeri lain ekoran tidak boleh merentas negeri. Semua ini bagi mengawal penularan wabak berbahaya Covid-19.
Apa yang pasti, kita bakal menyaksikan jumlah kenderaan yang banyak di lebuh-lebuh raya selepas ini.
Selain dapat bertemu sanak saudara di kampung, jangan dilupakan bahawa kita akan turut menikmati kadar tol yang lebih murah iaitu pengurangan sebanyak 18 peratus, terima kasih kepada pengumuman Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini.
Pengurangan kadar tol bagi pengguna kenderaan persendirian bagi pengguna kenderaan persendirian di semua lebuh raya milik PLUS Malaysia Bhd (PLUS) dilaksanakan sejak 1 Februari lalu.
Ini bermakna, tiada kenaikan kadar tol sehingga tempoh konsesi tamat selama 38 tahun iaitu dari 2020 hingga 2058.
Usaha ini adalah langkah secara berperingkat yang dilaksanakan Kerajaan PH sebelum ini bagi mencapai matlamat akhir untuk menghapuskan tol.
Janji keenam dalam manifesto PH pada Pilihan Raya Umum ke-14 lepas antara lain menyatakan gabungan itu akan mengkaji semula semua perjanjian konsesi lebuh raya dan berunding untuk mendapatkan harga terbaik bagi mengambil alih setiap konsesi tol dengan matlamat akhir untuk menghapuskan kutipan tol secara berperingkat.