Pusat asuhan kanak-kanak di semua agensi kerajaan menjelang 1 Januari hadapan


Kerajaan mensasarkan untuk mewujudkan pusat penjagaan kanak-kanan di seluruh agensi perkhidmatan awam persekutuan dan negeri menjelang 1 Januari tahun hadapan kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat; Hannah Yeoh.

Selain sektor awam, pihak swasta juga katanya digalakkan untuk menyediakan kemudahan tersebut  melalui insentif pengecualian cukai 10 peratus selama 10 tahun bagi ubah suai dan penyelenggaraan bangunan untuk pusat asuhan.

“Kerajaan telah mengeluarkan Pekeliling Perkhidmatan Awam Bil. 6/1989 di mana Perkhidmatan Persekutuan dan Negeri hendaklah menyediakan pusat penjagaan kanak-kanak di tempat kerja untuk kemudahan ibubapa yang bekerja menghantar anak-anak mereka bagi mendapat pengasuhan yang berkualiti.
“Kementerian ini akan membuat audit di semua agensi kerajaan bagi memastikan semua agensi kerajaan mempunyai pusat jagaan kanak-kanak di tempat kerja terutamanya mereka yang bekerja secara syif,” katanya, dalam sidang media hari ini.

Mengulas tragedi malang kematian adik Adam Rayqal Mohd Sufi yang berusia lima bulan di rumah pengasuhnya semalam, Hannah berkata ia merupakan tragedi  yang sangat mengejutkan dan ia tidak boleh diterima sama sekali.

“Saya sempat bertemu dengan keluarga mangsa di Hospital Kuala Lumpur semalam dan telah menyampaikan salam takziah kepada kedua ibu bapa dan seluruh ahli keluarga mereka.
“Saya juga ingin merakamkan penghargaan dan syabas kepada pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) kerana bertindak pantas menyiasat dan menyelesaikan isu ini,” katanya.

Ujarnya, tragedi malang itu menunjukkan terdapat ruang yang boleh ditambahbaik terutamanya kategori taska kanak-kanak yang di bawah Akta 308.

Antara penambahbaikan yang sedang dipertimbangkan oleh kementerian katanya ini adalah mengkaji keperluan penubuhan Suruhanjaya Kanak-Kanak atau badan bebas kanak-kanak yang akan melapor dan membuat cadangan kepada Parlimen.

“Saya akan berbincang dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengenai perkara ini,” katanya lagi.


SUNGAI KANDIS: PAS MAHU KERJASAMA DENGAN UMNO LAWAN PH

BERGAMBAR : JAMAL TIBA DI KL TENGAH HARI INI DAN DI TAHAN DI SUNGAI BULOH

HARGA INTERNET LEBIH RENDAH – GOBIND

SELAMAT PULANG PENAKUT

Image may contain: 3 people, people standing

KUALA LUMPUR - Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos dijangka tiba petang ini di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Indonesia.
Perkara itu disahkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil  Ahmad.
"Jamal dijangka tiba pada jam 2.15 petang ini di KLIA.

"Kemudian Jamal akan dibawa ke Mahkamah Ampang untuk proses pertuduhan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Semalam, sepasukan pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor akan dihantar ke Indonesia bagi membawa Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos pulang.

Isnin lalu, Jamal telah ditahan Polis Indonesia pada jam 6.15 petang di Jakarta.

Pada 25 Mei lalu, Jamal, 48, yang sedang menjalani rawatan sakit belakang dilaporkan menghilangkan diri dari Hospital Pakar Ampang Puteri sebelum disedari Penolong Pendaftar Mahkamah Shah Alam yang datang ke hospital itu pada jam 5.30 petang.

Jamal yang juga merupakan Ketua Gerakan Baju Merah sebelum ini didakwa atas tuduhan melakukan mudarat awam dengan memecahkan sejumlah botol arak, tahun lalu.


PENEROKA HARUS BERSABAR-DULU SOKONG Umno?


Image may contain: 1 person, on stage and standing


Antara janji Pakatan Harapan jika memerintah ialah meningkatkan pinjaman Sara Hidup dari rm1,000-1,500 setiap bulan kepada Rm2,000 sebulan tanpa faedah. Ia bersesuaian dengan peningkatan kos sara hidup yang dihadapi peneroka sementara sawit atau getah mereka mengeluarkan hasil.
Apa yang meresahkan peneroka dan merungsingkan saya kerana, wang sara hidup ini belum dibayar. Ia sepatutnya dibayar sebelum 25hb setiap bulan.
Saya menerima panggilan talipon, sms dan whatsapp dari peneroka seluruh negara mengenainya.
Saya telah berhubung dengan Pengarah Besar Felda memohon penjelasan. Saya juga menghubungi Tengku Maradziah, Pegawai Dato' Sri Azmin Ali, gesaan saya agar Menteri yang berkaitan Felda ini campurtangan.
Seperti yang selalu saya tekankan ialah memastikan keselesaan hidup rakyat. Isu ini boleh sahaja di manipulasi, yang memberi kesan negatif kepada Kerajaan PH.
Justeru, selesaikan segera isu yang sebegini penting!
Mazlan Aliman
Pengerusi Majlis Permuafakatan Ngo Felda
Presiden ANAK
4 Julai 2018

‘Pah Bedah’ sokong Najib tarik perhatian ramai selepas Mat Over


Ellie Suriati dibawa keluar selepas memekik ‘Bebas Najib’ di mahkamah.
Aksi pelakon dan pengarah filem, Ellie Suriati Omar di Mahkamah Kuala Lumpur semalam yang memberi sokongan terhadap Datuk Seri Najib Razak menarik perhatian ramai termasuk di media sosial.
Nama bekas guru seni persembahan dalam program TV Akademi Fantasia 2016 (AF2016) berkenaan kembali disebut netizen selain mengingatkan tindakan pelawak Mat Over menampar produser filem David Teo di depan Najib tahun lalu.
Ellie, 48, yang berpakaian dan berselendang serba hitam memekik beberapa kali, ‘Bebas Najib’ dan diikuti sekumpulan penyokong lain sebelum diiringi polis untuk dibawa keluar dari mahkamah.
Kekecohan mereka berlaku ketika Peguam Negara, Tommy Thomas hendak memulakan sidang media apabila dituntut supaya menggunakan bahasa kebangsaan.
Ellie yang pernah popular dengan watak orang gaji bernama Pah Bedah dalam drama bersiri TV3 lebih 10 tahun lalu itu juga dilihat menangis teresak-esak sambil ditenangkan seorang temannya di mahkamah itu.
Ditanya pemberita mengapa menitiskan air mata, pengarah filem hantu, Penanggal itu memberitahu, beliau terlalu sedih mengenangkan layanan yang diterima Najib.
“Bagi saya kenapa layan pemimpin yang bagus macam tu, saya pernah jumpa dia, pada satu majlis mengenang budi, saya nak lihat dia dari dekat. Saya tak percaya orang boleh buat dia macam tu,” kata bekas pramugari MAS itu dalam nada sebak.
Pada 17 Mei tahun lalu, Mat Over atau Sulaiman Yassin secara mengejut menampar muka David lantaran tidak berpuas hati terhadap sikap David yang dianggapnya bercakap kurang sopan di hadapan Najib ketika berlangsungnya Majlis Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN2050) di kediaman Najib di Putrajaya.
Semalam, Najib mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur terhadap tiga pertuduhan melakukan pecah amanah dan satu pertuduhan menyalahgunakan jawatannya berhubung dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.
Najib, 65, setakat ini satu-satunya perdana menteri Malaysia yang dikaitkan dengan pelbagai skandal dan satu-satunya bekas Presiden Umno yang menyaksikan parti itu hilang mandat rakyat untuk terus menduduki kerajaan Persekutuan.

APA KATA PINDAH SAJA KE REMBAU?



Aduhhh...sedihnya!!

Takkan begitu nazak dan papa kedana UMNO sekarang ini?

Baru tidak sampai 100 hari hilang kuasa, sudah ada cadangan mahu memindahkan ibu pejabat UMNO dari PWTC ke lokasi lain yang lebih murah atas alasan untuk menjimat kos.

Mana segala macam harta, aset dan saham-saham kepunyaan UMNO selama ini?

Apakah sebaik hilang kuasa, semua harta, aset dan saham-saham itu turut lesap entah ke mana?

Tiadakah juga sedikit pun Najib Razak tinggalkan wang untuk UMNO?

Lebih daripada itu, bukankah Presiden dan Timbalan Presiden UMNO yang baru dipilih sekarang ini turut tidak kurang kaya dan berhartanya?

Apakah mereka tidak sedia mengorbankan sebahagian daripada kekayaan yang dimiliki untuk perjuangan UMNO?

Lagi pun, daripada lokasi gah di bangunan PWTC, ke mana UMNO mahu memindahkan pejabatnya?

Adakah UMNO mahu berpindah ke bangunan kedai biasa yang terletak di pinggir-pinggir bandar?

Atau, susah-susah sangat, pindah saja ke Rembau? (ShahbudinHusin 05/07/2018)

ADAKAH DIA MENDAPAT DANA INI?

No automatic alt text available.
Image may contain: 1 person, close-up and text

SUDAH ADA CUBAAN UNTUK MENENTANG DSAI???

Image may contain: 6 people, including Harris Keadilan Ampang, people smiling, text