KISAH AYAM PUN DAH JADI KAYANGAN

 

Feb 1:Manipulasi Harga Ayam : Kaum Elit Pegang AP Jadi Kaya.

taukeh AP letak harga ayam RM8366 /tan

pengimpot lain boleh impot pada harga RM5435 /tan

Taukeh AP buat untung (8366-5435) =RM2931 setiap tan

32 syarikat dapat AP impot ayam

Mydin Hypermart kecewa tidak dapat AP

Tesco pun tak dapat AP

Jika Mydin/Tesco dapat impot harga ayam turun

taukeh AP/orang tengah letak harga tinggi.

Jab Veterinar keluarkan AP

Jab Veterinar / JAKIM letak syarat lain pula

tiada jawapan daripada Jab Veterinar

JAKIM tidak minat jawab

Yang berikut adalah analisa sebab-penyebab kenaikan harga ayam di Malaysia.

Analisa ini dibuat oleh Murray Hunter seorang penulis Australia yang cenderung mengkaji isu-isu di negara kita.

Percayalah analisa serupa ini tidak akan timbul dalam media arus perdana di Malaysia terutama sekali dalam media bahasa Melayu.

Jadi amat jelas, terang dan tersuluh bahawa selain kenaikan kos makanan ayam dan shipping costs naik akibat COVID, harga ayam naik lagi disebabkan taukeh AP impot ayam yang sangat sikit bilangan mereka (32 orang saja taukeh AP ayam) naikkan harga ayam impot.

Harga taukeh AP adalah RM8.36 satu kilo ayam impot.

Harga impot (sebenarnya) boleh sampai RM5.43 satu kilo sahaja.

Jadi taukeh AP dapat untung atas angin = RM2.93 setiap kilo ayam impot.

Soalan saya simple saja Tuan-Tuan.

Apakah kesemua 32 taukeh AP ayam itu betul-betul impot ayam dengan sendiri atau mereka sewa AP mereka kepada orang lain? Ali Babakan AP mereka? Untuk mendapat untung atas angin. Itu soalan pertama.

Soalan kedua : kenapa pula hanya 32 syarikat diberi AP untuk impot ayam?

Kenapa bukan 64 syarikat atau 128 atau 256 atau 512 atau 1024 syarikat diberi AP impot ayam itu?

Siapa kah Penjawat Awam yang genius yang tentukan 32 syarikat atau 512 syarikat atau 1024 syarikat dapat AP impot ayam?

Bilangan penduduk negara melebihi 32 JUTA manusia.

Pemegang AP impot ayam pula hanya 32 syarikat.

Fuiyyo. 32 syarikat AP tentukan duit pasar 32 JUTA penduduk.

Apa kah 'kulification' yang diperlukan sebelum sesebuah syarikat itu layak dapat AP impot ayam?

Tuan-Tuan rakyat marhaen yang haprak boleh tak mohon AP impot ayam itu?

Dan pasal apa pula Mydin Hypermarket atau Tesco atau Lotus's atau TMC atau Giant Hypermart atau AEON Big atau NSK Hypermart semua TIDAK DAPAT AP atau lesen atau permit untuk impot ayam?

Padahal mereka boleh impot ayam pada harga pasaran RM5435 satu tan metrik? (atau RM5.43 satu kilo).

Kalau Mydin letak 30% profit margin pun dia boleh jual ayam dengan harga RM7.05 se kilo saja. Bukan RM8.00 atau RM9.30 se kilo.

Jadi Tuan-Tuan alangkah baiknya nasib kalau Tuan-tuan termasuk kaum elit yang boleh dapat AP?

Tetapi the reality is, Tuan-Tuan bukan kaum elit. Tuan-Tuan hanya rakyat marhaen yang haprak.

Hanya kaum elit layak jadi kaya.

Tuan-Tuan yang haprak pula hanya layak jadi bodoh.

Tahun demi tahun, dekad demi dekad, abad demi abad Tuan-Tuan hanya layak jadi bodoh.

Syed Akbar Ali.

 

MENJAWAB SHAHBUDIN – PENJELASAN SUPOL ANNUAR MUSA

 

Sahabat saya Shahbuddin Husin dalam hantaran terbaharu di blognya mempersoalkan kenapa Tan Sri Annuar Musa (TSAM) tidak kelihatan bersungguh-sungguh mempertahankan perdana menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (DSIS) yang pada anggapannya sedang berdepan dengan kritikan hebat dari pelbagai penjuru sejak mengambil alih tampuk kerajaan dari Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSMY).

Dalam tulisan yang sama Shahbuddin turut membandingkan peranan yang dimainkan oleh TSAM pada era TSMY menjadi perdana menteri dengan apa yang dilakukannya sekarang. Perbandingan yang membawa kepada kesimpulan seolah-olah TSAM begitu beria-ia mempertahankan TSMY, tetapi bersikap sebaliknya kepada DSIS.

Kata Shahbuddin, sepatutnya sebagai menteri komunikasi dan multimedia, TSAM harus memainkan peranan yang lebih aktif. Mungkin dia maksudkan bukan setakat menjadi perisai, tetapi menjadi tembok batu.

Sebagai penulis politik, kita faham Shahbuddin hanya menjalankan tugasnya. Kita juga faham bahawa sebagai blogger yang kuat mendokong fahaman dan agenda pembangkang, Shahbuddin perlu memanfaatkan apa sahaja peluang yang ada untuk menggembirakan pasukan – dan mungkin juga majikannya.

Di Malaysia, menjadi penulis politik bukanlah sesuatu yang sukar. Ia boleh dilakukan oleh kebanyakan orang. Hanya dengar apa yang orang cakap, kemudian tulislah. Buatlah kesimpulan dan andaian sendiri. Tidak perlu bersusah payah membuat semakan, apatah lagi kajian dan penyelidikan yang sememangnya bukan budaya kita.

Jika Shahbuddin meluangkan sedikit masa untuk menyemak dan menilai apa yang TSAM telah lakukan sejak menjadi menteri KKMM, besar kemungkinan nada tulisannya akan berbeza. Tajuk tulisan itu juga mungkin tidak berbunyi ‘Annuar Musa Tidak Bantu Ismail Sabri?’, sebaliknya akan berbunyi, ‘Kenapa Annuar Musa asyik bantu/pertahan Ismail Sabri?’.

Saya katakan begitu kerana memang itulah yang dilakukan oleh TSAM. Dia bekerja keras siang dan malam bagi mempertahankan kerajaan yang diterajui oleh DSIS. Saya membuat kenyataan ini bukan berdasarkan cakap dengar yang dikutip dari bistro atau kedai kopi, tetapi berdasarkan hubungan kerja saya dengan beliau.

Saya boleh katakan bahawa tidak ada hari bagi TSAM tanpa usaha dan langkah memperkukuhkan kedudukan kerajaan, khususnya DSIS. Saya rasa ramai orang, termasuk Shahbuddin tahu bahawa TSAM merupakan antara penggerak utama misi Keluarga Malaysia yang diperkenalkan oleh DSIS. Bermula daripada peringkat draf sehingga dilancar dan dilaksanakan, peranannya bukan calang-calang. Dialah yang mencipta lagu Keluarga Malaysia, mengadakan pelbagai program dalam pelbagai format dengan matlamat untuk memastikan Keluarga Malaysia benar-benar meresapi jiwa setiap anak watan negara ini sejajar dengan hasrat perdana menteri. Kini, sedang berjalan Town Hall Bicara Keluarga Malaysia, dan TSAM jugalah penerajunya.

Sebagai supolnya, saya tahu bahawa setiap minggu TSAM akan duduk bersama dengan pasukan dari pejabat perdana menteri (PMO) untuk menguruskan hal-hal yang melibatkan kepentingan kerajaan. Dia juga sentiasa bersama dengan Jawatankuasa Komunikasi Kabinet untuk mendengar, merangka, membincang, merencana dan melaksana apa yang perlu.

Sepintas lalu memanglah semenjak menjadi menteri KKMM, TSAM kelihatan tidak segarang semasa menerajui Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP). Tetapi bukankah memang sepatutnya begitu? Konflik kepentingan akan berlaku apabila dia, selaku menteri KKMM menggunakan kedudukannya untuk berlebih-lebih dalam soal politik, apatah lagi yang berhubung kait dengan kedudukan perdana menteri yang merupakan salah seorang pemimpin partinya. Akan timbullah pula nanti dakwaan yang dia menggunakan saluran dan jentera kerajaan untuk kepentingan parti dan seumpamanya. Yang hingar nanti penulis macam Shahbuddin juga.

Lain keadaannya dengan di KWP di mana ruang untuk dia bercakap dan menyuarakan pandangan lebih terbuka. Konflik of interest memang ada, tetapi ia boleh diminimumkan berbanding dengan kedudukan sebagai menteri KKMM. Sebagai orang yang cukup lama menjadi pengamat politik, malah pernah terlibat secara langsung dalam politik, saya yakin Shahbuddin faham bahawa strategi politik mempunyai kepelbagaiannya. Ahli politik yang hebat tidak akan menggunakan strategi yang sama sepanjang masa. Contohnya, dengan mendakwa ‘ada sokongan dan cukup bilangan’ berkali-kali.

Saya juga percaya bahawa Shahbuddin dan beberapa pihak lain bukanlah berhajat sangat untuk melihat TSAM mempertahankan DSIS. Apa yang disuarakan bukan bertujuan mengukuhkan kedudukan DSIS, tetapi sekadar untuk memasang perangkap adu domba. Maaf, sahabat, kami tidak akan terjatuh ke dalamnya.

Datuk Dr Budiman Mohd Zohdi, Setiausaha Politik Tan Sri Annuar Hj Musa.




KEH..KEH....



INI MEE KARI TUNGGANG ATAU TUNGGENG- ADOIII....HARAP KALAU EDIT TAK TAHU LAH.KALAU BETUL MEMANG NGARUT LA.


 Mee kari 5 bungkus RM200? Sebab dah disediakan dengan alunan zikir dan doa? Aduh... Tunggang selagi boleh.

Aku harap ini gambar edit. Atau orang sekadar melawak. Sakit benar hati aku kalau perkara ini memang wujud.
Dan aku minta orang awam di luar sana janganlah terpedaya dengan benda sebegini kalau ada. Please.

Tatkala di ‘puncak’




CATATAN Oleh MUHAIMIN SULAM / February 2, 2022

Ilham menulis artikel ini timbul ketika memandang puncak Gunung Ledang yang terletak di negeri Johor. Ketika itu baru dalam perjalanan menziarahi rakan-rakan yang ditimpa musibah banjir besar di samping membawa bantuan sumbangan orang awam




Dari puncak Gunung Kinabalu

Kemudian teringat sewaktu mengunjungi Kinabalu, merentas banjaran Titiwangsa, Sierra Nevada, Brecon, Qal’ah Karak dan sebagainya. Himpunan kenangan itu bertalu-talu memaku dalam pemikiran saya betapa hebat dan besarnya makna di sebalik tingginya sesuatu gunung itu.

Ini juga berkaitan ayat al Quran di dalam surah al A’araf di mana Allah SWT berfirman yang bermaksud:

Engkau tidak sekali-kali akan sanggup melihatKu, tetapi pandanglah ke gunung itu, maka kalau ia tetap berada di tempatnya, nescaya engkau akan dapat melihatKu”. Gunung yang dimaksudkan oleh ayat tersebut adalah Gunung Tursina. Ayat ini menceritakan perihal Nabi Musa AS yang mahu melihat zat Allah SWT.

Mengapa di gunung?

Tulisan ini tidak akan mentafsirkan ayat-ayat suci itu. Ini sekadar pandangan yang keluar dalam tempurung otak saya.

Dalam tradisi masyarakat pagan, ada yang menjadikan gunung sebagai pusat penyembahan dan tuhan. Kerana itu, bersama gunung dipaterikan dengan dongeng dan metos. Sejuta pujian dan kata-kata indah yang tidak putus dikirimkan di kaki gunung zaman berzaman. Inilah yang berlaku kepada kebanyakan pemimpin politik yang berasa memiliki kuasa.

Pandangan dari puncak Gunung Kinabalu

Sains politik dan pengalaman berpolitik yang dilalui memberi pencerahan kepada diri sendiri. Pada kesempatan yang ada, elok juga dikongsi. Kerana sejarah dan alam itu adalah pengetahuan dan universiti buat mereka yang ingin menggunakan akal dalam mencari kebenaran dan kebahagian.

Sepanjang perjalanan, kita biasa menemui atau melalui pelbagai jenis tanah tinggi, bukit, gunung dan banjaran. Melihat bagaimana tanah dan bukit-bukau ditarah oleh manusia bagi memudahkan perhubungan dan mengembara.

Melihat bagaimana gunung yang tinggi mampu diredah, rodok dan dirobohkan oleh tangan-tangan manusia yang lembut. Nyata tangan manusia lebih keras, kejam dan kuat dari gunung yang tinggi melangit.

Memiliki kuasa politik pada kadar tertentu boleh membawa seseorang ke tahap seperti gunung yang dikagumi kerana keindahan, kesegaran, ketinggian, kerencaman dan segala yang ada di sekelilingnya.

Gunung seperti puaka yang menakutkan. Sama seperti pemimpin yang berkuasa, arahan dan permintaannya seperti puaka yang mesti diikuti atau dipatuhi.

Memang gunung sifatnya kukuh, gagah dan megah. Itulah sifat pemimpin yang ada ‘segala-galanya’, Ia diterjemahkan secara berbeza antara kelompok yang berlainan. Ulama dengan caranya tersendiri menyerlah kehebatannya. Raja dengan cara raja. Menteri dengan cara menteri. Ketua Kampong dengan cara Ketua Kampongnya. Begitulah seterusnya.

Memandang ke puncak Kinabalu atau mana-mana puncak gunung dan bukit, kita boleh memahami tabiat orang atas-atasan. Bayangkan jika berada di puncak Kinabalu dan puncak kuasa yang sebenarnya.

Namun paling penting adalah kepada yang melihat puncak, itu yang lebih penting. Agar yang melihat puncak tidak menjadi mangsa kepada mata dan akal diri sendiri. Jangan biarkan kaduk naik junjung. Jangan berdiam sewaktu sang puncak memuncak-muncak kesombongannya. Jangan abaikan sang bukit bernafsu gunung.

Jangan sesekali merendah begitu sekali hingga terbuang!


Penulis adalah Ahli Jawatankuasa Pimpinan AMANAH Nasional dan

Pengerusi Biro Kebudayaan dan Kesenian AMANAH Nasional.

 

SAJA BAGI INGATAN- TAKUT LUPA MACAM CAI DAN AUNS-HASIL PEMERINTAHAN PH SELAMA 22 BULAN

 Hasil PEMERINTAHAN PH selama 22 bulan.

Tapi sayang, masih ada yang buta mata dan buta hati... (Cai Dan Un)
Yang kurangkan harga internet Unifi dan mobile data – PH
Yang laksanakan tender terbuka bukan direct nego kecuali yg melibatkan keselamatan / bencana & kepakaran khusus – PH
Yang bayar hutang 1mdb – PH
Yang hapuskan GST – PH
Yang kurangkan tol dan mansuhkan tol motorsikal – PH
Yang stabilkan dan subsidi harga minyak – PH
Yang naikkan cukai judi dan kasino – PH
Yang meneruskan BR1M melalui BSH – PH
Yang perkenal skim carum KWSP untuk suri rumah – PH
Yang berjaya pulihkan Tabung Haji – PH
Yang bawa perasuah ke muka pengadilan – PH
Yang bawa balik dana 1mdb dari luar negara – PH
Yang turunkan usia mengundi ke 18 tahun – PH
Yang naikkan denda kepada pencerobohan nelayan asing – PH
Yang tubuhkan unit anti hina islam di Jakim – PH
Yang kekalkan institusi raja-raja – PH
Yang mengekalkan kebebasan bersuara – PH
Yang beri kebebasan media tiada lagi tv3 suku – PH
Yang bagi duit RM1.2Billion untuk Jakim – PH
Yang kurangkan beban guru-guru – PH
Yang tambah bajet kepada Kementerian Kesihatan – PH
Yang jimatkan projek-projek mega tanpa membatalkannya – PH
Yang hapuskan akta anti berita palsu yang mudah disalahguna – PH
Yang naikkan ranking anti rasuah Malaysia di dunia – PH
Yang lantik teknokrat dan pakar ketuai GLC – PH
Yang mansuhkan jabatan kerajaan berunsur politik seperti JASA, BTN dan MEIA – PH
Yang bagi royalti minyak kepada negeri pembangkang – PH
Yang beri duit kepada sekolah tahfiz – PH
Yang beri duit RM600 juta kepada kelantan & terengganu – PH
Yang naikkan elaun guru KAFA – PH
Yang beri bantuan khas kepada imam, bilal, guru takmir dan tok siak – PH
Yang berjaya kekalkan kes Covid19 bawah 50 kes – PH
Yang bagi bantuan persekolahan RM100 – PH
Yang perkenal pas bulanan tanpa had RM100 untuk rapidkl dan rapidpenang – PH
Yang hapus kadar faedah pinjaman peneroka FELDA – PH
Yang samaratakan gaji minimum semenanjung dan S&S dan naikkan gaji minimum – PH
Yang perkenal skim Mysalam insurans kesihatan untuk B40 – PH
Yang berjaya tangani krisis pencemaran air sungai kim kim dan menangkap pelaku – PH
Yang berjaya tangkap dan dakwa beberapa orang menghina islam dan Raja – PH
Yang perkenalkan wawasan kemakmuran bersama 2030 – PH
Yang turunkan tarif elektrik – PH
Yang pulangkan kontena sampah plastik haram ke negara asal – PH
Yang berjaya lesenkan E-hailing – PH
Yang berjaya tangguhkan UEC – PH
Yang usul Sabah&Sarawak diberi taraf seperti perjanjian asal – PH
Yang kekalkan demokrasi berparlimen dan beraja di Malaysia – PH
Yang bagi rebat bil elektrik RM40 untuk keluarga miskin – PH
Yang perbaiki sekolah daif (bukan buat projek solar) – PH
Yang set harga minimum getah sekerap – PH
Yang perkenalkan Skim Kesihatan Khas untuk atlet – PH
Inilah agenda PH yg mahu berkuasa di Malaysia. Selama mereka memerintah negara kita walaupun sekejap lihat lah kejayaan demi kejayaan yg telah berlaku. Sedarlah wahai seluruh bangsa tanah air ini.. Apa yg berlaku sebelum ini kita jadi kan pengajaran buat generasi baru.

APA PUN TAK JADI

 Kini di Kelantan -

1) Tiada air
2) Tiada internet
3) Sampah tidak dikutip
4) Longkang tersumbat
5) Tiada peluang pekerjaan




Selangor percepat pemulihan ekonomi pasca banjir - MB


 

Selangor akan mempercepatkan langkah pemulihan ekonomi pasca banjir dan Covid 19.



Hal itu ditegaskan oleh Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.



Katanya, pemulihan ekonomi perlu dilakukan bagi memastikan negeri itu terus berada di landasan pembangunan yang kukuh.



"Tahun ini kerajaan akan mempercepatkan proses pemulihan ekonomi pasca banjir dan pandemik demi memacu pembangunan untuk memastikan negeri terus mengukuhkan sebagai pusat pertumbuhan utama ekonomi yang mampan di Malaysia dan rantau Asia.



"Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada semua yang meraikan perayaan ini sama ada di Malaysia dan Selangor," katanya



Beliau berkata demikian menerusi program Sambutan Tahun Baharu Cina 2022 peringkat Selangor yang berlangsung secara maya di Facebook Mandarin Datuk Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari @ami.mbselangor, malam tadi.



Program tersebut menampilkan 10 persembahan daripada 55 artis tempatan dan ucapan ringkas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.





 

HAAAA.....APA MACIAM ZURAIDA....


 Tak hadir meeting PPBM selama setahun lebih

😅😅😅




'Jika PM Ismail enggan tukar Azam Baki, elok tukar Datuk Seri Anwar jadi PM


 

Skandal pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki seolah olah telah dilupakan oleh rakyat dan media massa.

Apatah lagi tiada pengumuman siasatan dilakukan oleh pihak berkuasa relevan yang mana laporan terhadap Azam Baki telah dibuat.

Bagi Ketua Penerangan KEADILAN Sarawak, Abun Sui Anyit, kes Azam Baki tersebut tidak mustahil akan disenyapkan begitu sahaja selepas ini.

Beliau tertanya tanya mengapakah Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang tidak melantik Azam ke jawatan Ketua Pesuruhjaya, begitu susah untuk mencadangkan penyingkiran atau siasatan terperinci ke atas pegawai tinggi SPRM tersebut.

"Itulah (keengganan PM) yang sepatutnya kita lontarkan supaya rakyat menilai

"Rakyat perlu menilai apabila rasuah dipertahankan oleh orang nombor satu negara, maka PM ini haruslah diganti.

"Lain kali, pasukan PM ini harus diteliti oleh rakyat (kredibiliti) dan jangan naikkan orang macam ini sebagai pemimpin kita.

"Kalau mereka mempertahankan rasuah Azam Baki, maka rakyat harus menilai dengan baik. Saya cadangkan rakyat tolak siapa pun yang terpalit dengan rasuah (dalam pilihan raya)," kata Abun Sui.

Menurut Ketua Cabang KEADILAN Hulu Rajang itu, PM tidak akan menemukan satu alasan dalam mempertahankan Azam yang telah mengaku beliau mempunyai akaun digunakan adiknya untuk membeli saham.

Azam Baki, katanya, harus disiasat oleh Suruhanjaya Siasatan Khas dan didakwa sekiranya perlu.

Tambah Abun Sui, sekiranya PM Ismail berkeras enggan mendengar tuntutan rakyat maka dalam Pilihan Raya Umum ke 15 seluruh pasukan PM mestilah ditukar dengan mengangkat pasukan yang lebih bersih di bawah pimpinan Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim

"Sekarang pilihan terletak pada tangan rakyat.

"Bagi saya calon terbaik (sebagai PM) Datuk Seri Anwar yang bersih dan tidak ada rasuah. Saya meminta rakyat menyokong Anwar dan pasukan Anwar untuk memulihkan negara ini," katanya lagi.

Azam Baki menjadi liabiliti kepada pentadbiran PM Ismail apabila beliau satu satunya pegawai tinggi dan bukan ahli politik yang seolah olah sukar untuk diambil tindakan.

Sehingga kini berpuluh puluh aktivis telah disiasat polis hanya kerana menyuarakan bantahan dalam tunjuk perasaan menuntut Azam meletak jawatan.

 

POOOODAH...BERLAKON JA LEBIH



malaysiakini.com
Hubungan dengan Umno: 'Kesabaran PAS ada hadnya'
"Kluster mahkamah ini bukannya sains roket, maklumatnya boleh diakses di mana-mana...Ini memalukan," kata ketua penerangan PAS.


HAMDAN TAHA


Ini semua berlakun lebih....percaya lah umno dan pas tak boleh bersama kerana dua dua parti ini bertanding di kerusi yang sama...begitu juga bersatu tak mungkin boleh bersama kerana bersatu juga berebut di kerusi yang sama....tapi boleh bersama bentuk kerajaan jika selepas pru semua tak cukup kerusi...tapi bila nak pru pecah kongsi semula...

Lagi pun ketiga tiga pemimpin parti ini semua bukan ikhlas antara satu sama lain....masing masing saling tidak percaya antara satu sama lain...umno ada sejarah yang panjang berkongsi kuasa bersama parti parti lain termasuk dari sabah dan serawak....setelah 70 tahun baru berpisah tapi bukan bercerai hanya asing tempat tidur sahaja....
Tetapi Pas dah berkahwin banyak kali dengan hampir semua parti dalam negara kita tapi semua tak lama...bercerai pulak tu bukan talaq satu tapi talaq 3....nak kawin semula perlukan cina buta...jadi Percaya lah Pas terutama Presidennya tidak boleh di percayai kerana prinsip mereka ialah dalam dunia ni Pas saja yang masuk syurga dan yang betul....yang lain tu alat saja....selagi mereka rasa mereka sahaja yang betul selagi itu lah tak boleh bekerjasama dengan pihak lain

Mbappe akhirnya sertai Real Madrid, bakal mendapat gaji tertinggi di dunia

 

Mbappe akhirnya sertai Real Madrid, bakal mendapat gaji tertinggi di dunia


Kylian Mbappe bakal memperoleh gaji yang luar biasa apabila dia menyertai Real Madrid pada penghujung musim.

Penyerang Paris Saint-Germain, Mbappe yang kontraknya akan tamat pada musim panas ini boleh berunding dengan mana-mana kelab luar mulai 1 Januari.

Menurut media Jerman BILD, Mbappe kini telah bersetuju untuk menyertai Madrid secara percuma pada penghujung kempen.


Dia bersedia untuk ditawarkan perjanjian bernilai €50 juta (£41.5 juta) setahun sebelum kiraan cukai, menjadikannya pemain bola sepak dengan bayaran tertinggi di dunia berdasarkan gaji sahaja.

Kontrak yang bakal ditandatangani oleh Mbappe akan menyaksikan dia dibayar sekitar €137,000 (£114,100) setiap hari, atau untuk pecahan lebih terperinci lagi, sekitar €1.58 (£1.32) setiap saat.

Madrid akhirnya akan merealisasikan hasrat mereka untuk mendapatkan pemain antarabangsa Perancis itu selepas gagal menandatanganinya tahun lalu.

Madrid telah membuat beberapa bidaan untuk Mbappe pada musim panas lalu dan sanggup membayar sehingga €200m (£166.5m) untuk penyerang itu.

Tetapi mereka terpaksa meninggalkan meja rundingan selepas Paris Saint-Germain tidak menjawab tawaran terakhir mereka.

Presiden Real Madrid Florentino Perez kemudiannya telah meluahkan kekecewaannya tentang keengganan PSG untuk menjual Mbappe.

“Kelab milik kerajaan tidak menjual pemain mereka. Ia satu kegilaan,” katanya.

“Sekarang kami menawarkan €200 juta untuk seorang pemain dan mereka tidak menjualnya. Apabila pemain menamatkan kontrak mereka, itu lebih baik.”

Sementara itu, pengarah sukan PSG Leonardo menuduh rakan sejawatannya di Real Madrid telah melakukan “kesalahan” dan cuba menghubungi Mbappe tanpa kebenaran mereka.

“Sejak dua tahun kebelakangan ini, Real Madrid berkelakuan begini, tidak betul, menyalahi undang-undang walaupun mereka menghubungi pemain tersebut. Ia tidak boleh diterima oleh kami, kerana ianya adalah kesalahan,” katanya.

“Ia adalah bukti strategi: tawaran datang setahun sebelum tamat kontraknya dan tujuh hari sebelum tamat tempoh.”

“Mereka mahu kami menolak, untuk menunjukkan kepada Kylian bahawa mereka mencuba segala-galanya dan mula berunding untuk tahun depan.”

Mbappe sebelum ini berkata dia berharap PSG akan bersetuju untuk menjualnya supaya mereka boleh menerima bayaran perpindahan, dan bukannya meninggalkannya secara percuma pada penghujung musim.

MANA ADA KONSPIRASI LA BAI...PRESTASI MENUNJUKKAN AHLI PALIMEN PAS LEMBAB DAN MANDOM

 


Konspirasi pasti dibuat untuk singkirkan Pas, dakwa Zuhdi


Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) Pas Pusat, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki berkata parti itu berkemungkinan besar kembali menjadi pembangkang selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Menurutnya, jangkaan tersebut memandangkan adanya konspirasi untuk menyingkirkan Pas di dalam kerajaan.

“Kedudukan Pas di dalam kerajaan ini sudah pasti sangat dibimbangi terutama oleh kuasa Barat dan Timur.


“Konspirasi pasti dilakukan untuk menyingkirkan Pas.

“Hari ini, belum pun sampai dua tahun Pas sudah mula tersingkir beransur-ansur dan berkemungkinan besar selepas PRU-15, Pas kembali menjadi pembangkang,” katanya.

Menerusi hantaran di Facebook semalam itu juga, Zuhdi menegaskan setiap kali gerakan Islam memperolehi kuasa, tampuk pemerintahan yang diperolehi adalah tidak lama.

“Tidak kira bagaimana mereka memperolehi kuasa sama secara demokrasi atau secara militari, tempoh pemerintahan tidak bertahan lama.

“Kuasa Barat terutamanya dan Timur tidak pernah senang apabila gerakan Islam berada di persada kuasa, lantaran konspirasi menjatuhkan mereka segera dilakukan,” katanya.

Tulisannya bertajuk, “Konspirasi Menyingkirkan Gerakan Islam Dari Berkerajaan” itu turut menyebut kejayaan Pas memperoleh “sedikit kuasa” di Kelantan pada1990.

“Bukan sedikit konspirasi untuk menyingkirkan Pas dari kerajaan Kelantan khususnya oleh rejim Dr Mahathir yang memerintah sebelum itu.

“Dengan kebijaksanaan pimpinan Pas, kerajaan yang dikuasai oleh Pas di Kelantan terus bertahan sudah 32 tahun manakala beberapa negeri yang pernah diperintah Pas gagal dipertahankan,” kata Zuhdi lagi.