RM2.5b tanpa cagaran: Mana pejuang Melayu-Isle, tiba-tiba mereka jadi pekak, bisu?
Oleh MALAYSIA DATELINE / February
2 , 2022
Isu pinjaman syarikat
judi tanpa cagaran yang menjejaskan KWSP, PNB dan KWAP bukan lagi fitnah tetapi
satu skandal memalukan dengan nilai dana sebesar 1MDB iaitu RM2.6 bilion.
Bagaimanapun timbul
persoalan bagaimana amalan memberi pinjaman tidak mewajibkan cagaran sebagai
kolateral dengan nilai pinjaman RM2.5 bilion dibenarkan.
Naib Presiden AMANAH
Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf Rawa berkata amalan ini bercanggah dengan prosedur
pinjaman yang mendedahkan bahaya kepentingan pemegang taruh dari KWSP, PNB dan
KWAP yang dimiliki kerajaan.
“Siapakah yang bertanggungjawab
sehingga amalan tanpa cagaran ini membawa risiko besar kepada dana kepentingan
negara yang sepatutnya diperlukan pada fasa pemulihan yang sedang dilalui
negara.
“Mereka perlu dipertanggungjawabkan di hadapan sebuah Inkuiri
Siasatan Bebas Diraja demi mengembalikan kepercayaan institusi perbankan kepada
orang ramai dan demi kepentingan dana awam yang diamanahkan,” kata beliau dalam
kenyataan.
Ahli Parlimen Parit Buntar itu juga berkakta, Rakyat Malaysia
khususnya pengundi Johor sepatutnya menjadikan kes ini sebagai iktibar dan
menerima kenyataan bahawa Kerajaan Melayu-Islam Tanpa Mandat yang terbentuk
atas pengkhianatan politik membawa semua bala ini.
Mujahid juga berkata, kerajaan BN ditolak kerana soal integriti
dan hari ini mereka kembali tanpa mandat bersekongkol dengan para pengkhianat
atas kewajaran perkauman agama yang sempit.
“Sememangnya pengkhianatan membawa bala demi bala kepada negara,
hentikan rantaian dengan menolak parti perosak negara, para pengkhianat serta
para penunggang agama.
“Mana suara para pejuang
Melayu-Isle? Beranikah mereka sama-sama menuntut satu Suruhanjaya Bebas?
“…tiba-tiba mereka jadi pekak, bisu dan buta-tuli serta tidak
berakal!”soalnya.
Beliau turut mempersoalkan di manakah Pematuhan Syariah dalam
pelaburan KWSP, PNB dan KWAP sedangkan dana ini dipinjamkan kepada syarikat
judi yang jelas bertentangan dengan piawaian pematuhan syariah.
Memburukkan lagi katanya, pinjaman tanpa cagaran juga tidak
mematuhi kehendak syariah kerana amalan ini tidak menjaga kemaslahatan kedua
belah pihak serta menjejaskan kepentingan dana awam.
“Kepatuhan Syariah dalam pelaburan bukan sekadar retorik tetapi
perlu menjadi rujukan asas demi memelihara kesejahteraan masyarakat.
“Kerajaan Melayu-Isle dituntut membuat penjelasan bilakah
diluluskan dan adakah benar Menteri Kewangan hari ini adalah pihak yang
bertanggungjawab mengepalai projek pinjaman ini atas nama pulangan beruntung
pelaburan.
“Menteri Kewangan hari ini perlu meletak jawatan sehingga
sisasatan bebas dilakukan kerana jika tidak, Menteri Kewangan hari ini punya
kepentingan bercanggah dan beliau berpotensi salahguna kedudukannya untuk
menutup kes,” ujarnya lagi.
Semasa Pakatan Harapan menjadi kerajaan secara bermandat, fitnah
pembohongan ke atas Tabung Haji (TH) dicanang sebagai kempen keji kononnya kami
tidak memelihara kepentingan Islam walaupun terbukti kami berjaya pulihkan TH
yang dirosakkan oleh BN sebelumnya.
KWSP, PNB dan KWAP adalah dari dana awam kerajaan berstatus
Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) mempunyai kepentingan rakyat.
GLC ini adalah pemegang taruh utama dalam skandal yang dikaitkan
dengan pinjaman RM2.5 bilion tanpa cagaran kepada Syarikat Judi Genting HK
milik rakyat Malaysia di mana otiga bank yang bertanggungjawab adalah Maybank,
RHB dan CIMB.
Di atas kepentingan awam rakyat perlu penjelasan dari Kerajaan
Melayu-Isle kenapa episod malang ini boleh berlaku.