Bekalan ayam ‘tak ada’, penternak salahkan kerajaan kononya bawa masuk 200 kontena


 

Oleh MALAYSIA DATELINE / February 2, 2022

Penternak ayam daging mendakwa tindakan kerajaan yang kononya mahu import ayam daripada luar negara menjadi punca bekalan ayam dalam negara hampir tiada.

“Member bagi tahu, di pasar. Tak ada orang meniaga ayam. Sebabnya, bekalan ayam “TAK ADA”.

“Yes, inilah puncanya bila dua bulan lepas kerajaan “ugut” nak import ayam dari luar 200 kontena,” kata Mohd Firdaus Mat Saad yang menjalankan sistem reban tertutup.

Beliau berkata, apabila kerajaan seolah-olah ‘ugut’ seperti ini penternak ayam telah “mengurangkan” kemasukan ayam kerana tidak mahu berlaku lambakan ayam di pasaran yang akan menyebabkan penurunan harga ayam di bawah harga kos.

“Kami penternak ayam sekarang pun tak senang juga. Keadaan sekarang menyebabkan kami juga ditekan oleh pihak integrator dengan kenaikan harga dedak dan ayam yang tidak seimbang.

“Jemmm…,” luah Mohd Firdaus.

Katanya, adalah lebih baik mengurangkan kemasukkan anak ayam di pasaran kerana ia akan merugikan peniaga.

“Buat apa meniaga kalau tak untung. Baik jangan bagi masuk anak ayam.

“Anak ayam yang dah ready keluar tu, cuba teka apa dia orang buat? Faham-faham sajalah. Sekarang, terimalah akibatnya,” katanya lagi.

Bagaimanapun beliau kecewa 200 kontena yang ditunggu-tunggu tidak kunjung tiba tambahan pula harga ayam diluar negara mahal jika dikira kos transport, lagi mahal dari ayam tempatan.

“So, cancel.

“Sekarang ayam pun tak ada. Siapa yang susah? Rakyat juga.

“Tapi nak buat macam mana. Inilah perancangan menteri-menteri kita. Failed. Mereka punya keputusan. Kita yang susah.

“Dan sekarang, bermula Februari harga ayam diturunkan lagi 20 sen. Ahaks. Kita guling-guling dulu. Dengar cerita akan ada sedikit subsidi dibahagian dedak.

“Jadi kita tengok macam mana.,” katanya.

Beliau percaya dua bulan lagi bekalan ayam akan terus berkurangan jika kerajaan terus silap merancang.

“Tak caya? Hampa pi tengok KFC la ni. Banyak dah KFC yang tak cukup bekalan ayam sekarang. Psstttt.. La ni hampa nak cari telur ada tak? Ahaks,” ujarnya lagi.

Awal Disember 2021 lalu, kerajaan akan membawa masuk 200 kontena ayam sejuk beku dari luar negara bagi memberi pilihan harga lebih murah berbanding ayam segar dari ladang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ayam tersebut dijangka berada di pasaran tempatan awal minggu Disember.

 

 

No comments: