PAKAT SENYUM

 Senyum je dah la.



Kita ambik sorang je contoh pemimpin berintegriti kelahiran PAS iaitu TMB Kelantan, Mohd Amar. Aku rasa kalau dengar nama saja pun dah ramai yang gelak. Orangnya memang tak nampak cerdik tapi kenyataannya memang banyak yang kedengaran dungu.


Contoh antara yang paling kerap diungkit adalah dia suruh mandi di sungai belakang Tesco Kota Bharu dan dia mandi dan buang air di tempat yang sama. Kenyataan ini dikeluar konon untuk bela kerajaan Kelantan berkenaan isu air. Akhirnya dia yang kena bahan.


Bagaimana dengan si air mani terbuang yang menangis belakang pintu bila digelar derhaka oleh Almarhum ayahnya? Orang itu yang bercakap konon dia ada kawan di CIA. Orang yang sama itu menipu untuk kebaikan.


Jangan lupa mantan menteri yang telah bawa balik pelaburan berbilion ringgit tapi kita tak nampak pun pelaburan itu  Menteri yang sama juga telah langgar SOP kemudian disamakan dengan burung hud-hud. Yang hangat kisahnya bawa artis melalui SJR.


Cukup ini dulu. Jadi mana bukti nak katakan PAS lahirkan pemimpin yang berintegriti dan kompetensi tinggi? Sebab yang terlihat kebanyakannya cuma pemimpin yang melanggar peraturan, yang menipu, yang lemah!


Memang Kelantan ada lahirkan pemimpin yang hebat. Almarhum TG Nik Aziz, misalnya. Dato' Husam Musa, Ustaz Nik Omar dan ramai lagi. Tapi mereka ini tidak dimahukan dalam PAS. Kerana PAS sekarang memang sarang pemimpin yang tak boleh dipercayai.


Masalah PAS memang macam ni. Cakap ikut sedap mulut tanpa disokong oleh fakta. Langkah pertama untuk dilihat kompeten adalah apabila bercakap mestilah benar dan berfakta.


Yang ini pun PAS tak mampu buat, kemudian nak dakwa berjaya lahirkan pemimpin berintegriti dan kompetensi tinggi? Lawak lu memang kelas la brader.


 

Raja Gelap