MGID

Johor, Sabah dan Sarawak akan tumbang


Penyokong Umno tetak petugas Pakatan, letak parang di kepala

Penyokong Umno tetak petugas Pakatan, letak parang di kepala

Sidiqin Omar
TERENGGANU 15 APRIL: Seorang petugas Pakatan Rakyat parah selepas ditetak sekumpulan penyokong Umno bersenjata pedang dan parang di Felda Neran 1 pada 11 April lalu.
Asri Hassan, 40, diserang lebih 15 penyokong Umno BN yang datang menaiki empat kereta, di hadapan Markas Pakatan Rakyat di situ, kira-kira jam 11 malam.

“Saya seorang terpaksa berlawan 15 atau 16 orang. Saya terpaksa mengelak dan bertahan menggunakan tangan,” katanya kepada Keadilan Daily.

asriIa menyebabkan Asri menerima lebih 30 jahitan, 20 di lutut kaki kanan, pergelangan kaki kiri (10 jahitan), selain lebam di belakang badan dan luka di kepala dan dahi.
Mangsa turut lebam dari bahagan pergelangan tangan kiri hingga ke bahu selain pecah bahagian bibir bawah akibat ditumbuk.

Beberapa lelaki yang cuba membantu Asri pula ditampar, malah diugut dengan mengacu dan meletakkan parang di kepala seorang daripada mereka.

Asri dikejarkan ke hospital Kemaman tetapi terpaksa dirujuk ke Hospital Kuantan berikutan kecederaan serius sebelum dibenarkan pulang 13 April lalu.

Satu laporan polis dibuat di Hospital Kemaman pada hari sama tetapi Asri sehingga kini, belum dipanggil memberi keterangan.

Serangan itu dikatakan berpunca dari pertelingkahan berkaitan pemasangan bendera parti berdasarkan tuduhan liar tanpa bukti.
(FZL)

Anwar perlu maklum kepada Agong segera lepas menang PRU- Aziz Bari

(Oleh: Rusnizam Mahat)

KUALA LUMPUR 14 APRIL: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu mengadakan sidang media segera untuk memaklumkan kepada Yang Di Pertuan Agong selepas Pakatan Rakyat menang majoriti dalam Pilihan Raya Umum ke 13.

Pakar perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari berkata, ia bagi membolehkan Agong menintahkan Anwar segera ke istana bagi  proses pelantikan  perdana menteri baru.

Aziz bari“Secara formal kuasa pemerintahan negara berada di tangan Agong tetapi ia hanya boleh dilaksanakan oleh sebuah kerajaan yang mempunyai mandat rakyat; sesuatu yang dilaksanakan melalui konsep bertanggungjawab kepada parlimen, khususnya Dewan Rakyat.
“Jadi strategi yang perlu dilakukan Anwar sebaik sahaja PR menang 112 kerusi nanti ialah membuat sidang media dan menyatakan beliau menunggu titah  Agong untuk menjemput beliau ke istana bagi dilantik sebagai PM baru.Pelantikan kabinet akan dibuat selepas itu,” katanya dalam satu kiriman email kepada Keadilandaily.

Menurut Aziz, tindakan itu bagi mengelakkan pihak tertentu menceroboh ke istana dan memaksa pelantikan sebagaimana dilakukan bekas Ketua Menteri Sabah, Tun Datu Mustapha Datu Harun selepas parti pimpinannya kalah dalam pilihan raya negeri Sabah pada 1985.

Katanya, istana juga perlu segera melantik sebuah kerajaan dan tidak mengulangi kelewatan seperti PRU 1999 apabila kerajaan baru  Dr Mahathir Mohamad hanya dilantik 11 hari selepas keputusan pilihan raya diumumkan.
Kelambatan ini, katanya menyebabkan kekecohan berlaku dalam sidang pertama Dewan Rakyat ketika itu.

Agong perlu proaktif

Aziz berkata demikian ekoran timbul pertanyaan mengenai senario yang akan terjadi jika Pakatan Rakyat menang dalam PRU kali ini.
Beliau berkata, hal ini tidak pernah berlaku di peringkat persekutuan, dan kemungkinan BN akan membuat huru-hara dan kekecohan jika Pakatan memperolehi majoriti di dewan rakyat.
“Siapa yang berkuasa ketika itu? Jawabnya tidak ada; yang ada kerajaan sementara yang kerjanya setakat melaksanakan pentadbiran rutin sahaja.
“Kerajaan ini tidak boleh meneruskan kerjanya sebaik sahaja ada parti yang menang majoriti mudah dalam Dewan Rakyat; ertinya dalam PRU yang baru saja tamat,” ujar calon KEADILAN bagi Parlimen Sabak Bernam ini.

Kata Aziz, perlembagaan tidak memberi sebarang panduan bagaimana senario itu hendak ditangani, namun ia mempunyai semangat tertentu berasaskan demokrasi yang perlu diteliti.
“Senario itu menyebabkan Agong kena proaktif; perlembagaan meletakkan tanggungjawab melantik kerajaan kepada baginda dengan secepat mungkin.

“Ini kerana baginda perlu ada kerajaan yang menasihati baginda sepanjang masa. Dalam bahasa yang mudah perlu ada kerajaan yang menjalankan pentadbiran dan kerajaan ini perlu ada mandat; yakni kerajaan ini boleh bertanggungjawab kepada parlimen iaitu Dewan Rakyat,” ujarnya
Bagaimanapun, beliau yakin  kekecohan sedemikian dapat dielakkan ekoran jaminan Datuk Seri Najib Razak untuk membenarkan peralihan kuasa secara aman ketika mengumumkan pembubaran dewan rakyat, 3 April lalu.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=50321

Jaga kekuatan jemaah, sokong semua calon Pakatan – Anwar

Jaga kekuatan jemaah, sokong semua calon Pakatan – Anwar

Aedi Asri
KUALA PILAH 14 APRIL: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru semua pihak agar memberi sokongan padu kepada semua calon yang dipilih Pakatan Rakyat dalam pilihan raya akan datang.
Ketua Umum KEADILAN itu berkata, tenaga semua pihak diperlukan untuk membawa perubahan, apatah lagi ketika di peringkat akhir untuk mencapai kemenangan.
“Kita tidak boleh sama sekali tolak ansur dengan orang yang khianat kerana RM5, RM50, tunjuk muka di TV3. Pengkhianatan banyak ada sekarang,” katanya lagi.
IMG_7836Beliau berkata demikian ketika berucap kepada ribuan hadirin di program ‘Ceramah Perdana Pakatan Harapan Rakyat’ di Kuala Pilah, Negeri Sembilan semalam.
Anwar juga meminta agar semua penyokong Pakatan menjaga kekuatan jemaah dan tidak melupakan matlamat perjuangan.
“Saya tuntut penyokong KEADILAN dan Pakatan, jaga jemaah ini. Kita dengar cadangan ranting, dengar cadangan cabang, dengar cadangan negeri,” katanya.
Beliau menyifatkan terlalu ramai yang berkhidmat dengan baik dan layak untuk menjadi calon dalam PRu ke 13.
IMG_7854“Orang yang kerja (ada) beribu, yang layak jadi calon ratus, yang akhirnya jadi calon seorang.
“Sebaik sahaja kita ada penyakit, anggap aku (sahaja) berkhidmat, aku (sahaja) kerja. Ini penyakit yang boleh lunturkan semangat dan musnahkan jemaah.
“Apa juga keputusan, saya rayu kepada rakyat, saya rayu kepada pengundi, supaya pastikan calon Pakatan – PAS, DAP dan KEADILAN diberi sokongan padu untuk menang,” katanya.
Turut berucap, Pengerusi KEADILAN negeri, Datuk Kamarul Bahrin Abbas, Pengerusi DAP negeri, Anthony Loke dan Pesuruhjaya PAS negeri, Mohd Taufek Abdul Ghani.
(FZL)

Sah, Bekas MB Selangor sertai PAS April 14, 2013 admin Reply

Sah, Bekas MB Selangor sertai PAS

MatTaibBekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad bin Muhammad Taib atau lebih dikenali sebagai Mat Taib atau nama timangannya Mike Tyson dilaporkan telahpun menyertai Parti Islam Semalaysia (PAS) sebentar tadi.
Beliau dikatakan telah menyerahkan borang keahlian kepada Datuk Dr Harun Din dirumah Dr Harun Din di Bangi tadi.
Pengisytiharan kemasukan Mat Taib ke dalam parti Pas pula akan dilakukan Tuan Guru Haji Hadi Awang pada malam esok.
Sama-sama kita nantikan pengisytiharan ahli baru Pas ini nanti.
Semoga dengan kemasukan bekas menteri besar selangor daripada Umno ini bakal memberikan impak dan tenaga positif kepada Pas dan juga Pas Selangor secara khususnya.
Marilah berdoa agar ramai lagi tokoh-tokoh besar berhijrah untuk bersama-sama dengan perjuangan Islam yang dibawa oleh Pas. – Ajijoi
Pengesahannya juga telah dibuat oleh Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub. Rujuk

(function() { var d = document, w = window; w

ANWAR DAN SKIM SISWAZAH MENGANGGUR 80AN-.- KINI IANYA DIPERKENALKAN DI PORT DICKSON UNTUK PETANIAN MODEN

  Sekitar 1986, ketika beliau menjadi menteri pertanian, beliau telah melancarkan siswazah tani. Lebih kurang macam itu.Masa tu banyak mahas...