FELDA TERLALU BERMASALAH, JANJI 100 HARI SUKAR BUAT PENEROKA

PEMILIHAN PKR: KOPERASI UNTUK SEMUA AHLI MELIBATKAN DIRI TANPA BEREBUT JAWATAN


 | August 12, 2018
Calon timbalan presiden PKR Rafizi berkata, beliau lebih berminat mengemudi koperasi milik ahli PKR sesuai dengan kepakaran yang dimilikinya.
Image result for rafizi ramliRafizi juga berkata, jika PH, khususnya PKR, tidak bekerja dari sekarang menarik undi orang Melayu, gabungan itu akan tumbang pada pilihan raya umum akan datang.
 Calon timbalan presiden PKR, Rafizi Ramli berkata tidak seperti orang lain, beliau tidak berminat menjadi seorang menteri walaupun memenangi jawatan itu dalam pemilihan parti itu kali ini.
Sebaliknya kata Rafizi, beliau lebih berminat mengemudi koperasi milik ahli PKR sesuai dengan kepakaran yang dimilikinya.
“Saya tidak minat jawatan menteri, saya tak minat masuk (pejabat) kena ‘clock in’, jalan salah kena tegur, saya minta kalau jadi timbalan presiden, saya lebih berminat untuk usahakan sebuah koperasi PKR dan ia sesuai dengan latar belakang saya dalam bidang pengurusan koporat.
“Dengan adanya koperasi PKR, selepas ini tidak ada lagi ahli berebut-rebut jawatan, nak jadi ketua kampung macam orang Umno ke orang PAS ke. Nak hidup senang kita sama-sama berniaga, kami latih.
“Siapa kata kalau jadi orang politik tidak boleh kaya kecuali makan duit kerajaan. PKR akan buktikan kalau lantik saya (sebagai timbalan presiden), saya buat koperasi la,” katanya dalam program jelajah Debat Reformasi 20 Tahun peringkat Negeri Sembilan di Seremban malam tadi.
Bekas Ahli Parlimen Pandan dan penyandang jawatan naib presiden PKR itu bakal berdepan penyandang timbalan presiden Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam pertandingan yang dianggap kritikal dalam penentuan hala tuju masa depan parti itu.
Dalam pada itu, Rafizi juga berkata, jika Pakatan Harapan (PH) khususnya PKR, tidak bekerja dari sekarang dalam menarik undi Melayu, kemungkinan besar gabungan itu akan tumbang pada pilihan raya umum ke-15 akan datang.
“Sokongan Melayu kepada PH dalam pilihan raya lepas adalah kurang berbanding PAS dan Umno. Kalau PAS dan Umno pinang meminang satu lawan satu dengan PH dalam pilihan raya umum ke-15, dan dalam keadaan kita abaikan akar umbi dan tidak sensitif dengan permintaan rakyat, kita boleh kalah,” katanya, selain menambah PH perlu mengelak budaya Umno menawarkan jawatan kepada ahli kerana ia akan memakan diri.
Siri jelajah Debat Reformasi 20 Tahun diadakan sempena pemilihan PKR bulan depan bagi mengerakkan agenda reformasi mengangkat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.





GAGAL ‘REFUND’ GST PUNCA BARANG TIDAK TURUN WALAU GST 0%

TUMPU TUNAIKAN JANJI MANIFESTO, KURANGKAN KRITIK BN – RAFIZI

LOGIKKAH BARANG2 BERHARGA DISIMPAN DI RUMAH BESAN?




Dilaporkan bahawa kononnya kurang separuh daripada barangan yang dirampas sebelum ini di kediaman dan kondo yang dikaitkan dengan Najib Razak serta dikaitkan dengan 1MDB adalah merupakan milik Rosmah Mansor.

Selebihnya ia dikatakan milik besan Rosmah iaitu Maria Nazarbayez, selain ada juga yang merupakan kepunyaan anak Najib sendiri, Nooryana Najwa.

Pernahkah kita dengar seseorang menyimpan berkotak-kotak beg tangan mewah dan berbeg-beg barangan kemas di rumah besannya?

Jika kita sendiri sebagai besan, adakah kita akan meletakkan barangan berharga seperti itu di rumah besan kita?

Kahkahkah....

Putar...Abang Halim...putar...

Sebelum ini, Najib turut dilaporkan berkata, wang tunai berjumlah RM114 juta yang dirampas bersama barangan kemas dan beg tangan itu juga adalah kepunyaan UMNO yang merupakan lebihan yang tidak digunakan dalam pilihanraya lalu.

Pengakuan Najib itu dibuat di sebalik fakta yang didedahkan oleh pihak polis bahawa wang tunai itu adalah dalam 29 jenis mata wang asing.

Sebagaimana pengakuan Najib itu menimbulkan keraguan yang nyata, dakwaan sejumlah barangan yang dirampas itu merupakan milik besan Rosmah juga menimbulkan tanda tanya yang sama kepada kita.

Logikkah ia? (ShahbudinHusin 12/08/2018)

DATIN FAEZAH : KETUA WANITA PKR HANYA TAHU "PROJEK"

ADVERTI
 |  2018
Faezah turut mendakwa Zuraida seorang pemimpin 'kaki projek' dan mendesak ahli PKR menolak 'geng kartel' dalam parti.
Image result for zuraida kamaruddin facebook

Zuraida Kamaruddin didakwa tidak membawa banyak perubahan, sebaliknya menjadi punca pelbagai kepincangan semasa menerajui sayap parti itu.
Kumpulan pro Rafizi Ramli, yang memperjuangkan agenda reformasi, dilihat lebih terkedepan dalam mengerakkan kempen dan menyerang lawan.
Malam tadi di Seremban kumpulan itu mensasarkan Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin yang didakwa tidak membawa banyak perubahan, sebaliknya menjadi punca pelbagai kepincangan semasa menerajui sayap parti itu.
“Kita lihat kepincangan berlaku sejak akhir-akhir ini, kalau kita biarkan Zuraida Kamaruddin dan sekutunya menerajui Wanita PKR maka pincanglah pergerakan Wanita seperti yang berlaku sekarang,
“Wanita PKR sekarang tidak berfungsi seperti yang sepatutnya. Kita lihat hari ini apakah yang terjadi setelah kuasa diberi kepada dia (Zuraida).
“Dah jadi menteri dia naik kepala,” kata calon naib ketua Wanita PKR, Datin Faezah Ariffin dalam ceramah sempena program jelajah Debat Reformasi 20 Tahun peringkat Negeri Sembilan malam tadi.
“Apa kenyataan dia baru-baru ini? Dia kata bukan semua daripada kita PKR boleh beri kerusi kepada Anwar. Patut ke dia buat kenyataan macam itu? Kalau dia tak nak beri takpalah, orang lain semua boleh beri,” kata Faezah lagi.
Image result for fauziah salleh timbalan menteri
Beliau merujuk kepada laluan yang perlu diberikan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding dalam satu pilihan raya kecil bagi membolehkan beliau dipilih sebagai seorang Ahli Parlimen dan memudahkan proses peralihan kuasa bagi jawatan perdana menteri.
Mengulas lanjut, Faezah menyeru ahli PKR menolak Zuraida dengan mendakwa Ahli Parlimen Ampang itu seorang “kaki projek”, sekali gus meminta mereka memberi sokongan kepada calon ketua Wanita mewakili kumpulan pro-Rafizi, Fuziah Saleh mengemudi sayap parti reformasi itu.
“Kalau dia (Fuziah) menang beliau akan dilantik menjadi ketua wanita Pakatan Harapan. Kita mahu wanita berkualiti. Kita dah beri Zuraida cukup masa, tetapi yang dia tahu ialah ‘projek’. Saya yakin ada di antara kita yang dia jumpa cakap akan bagi projek itu dan ini. Apa akan jadi dengan PKR kalau inilah yang diterapkan kepada ahli kita,” katanya lagi.
“Ini kita perlu kekang. Kali ini kita kena pilih ketua Wanita yang boleh membawa keadilan. Kita kena pastikan ‘geng kartel’ ini terkubur dan tidak ada ruang dalam PKR hari ini,” kata beliau.
Faezah berkata, berdasarkan pengalaman Fuziah sebagai Ahli Parlimen selama 3 penggal, banyak perubahan boleh dilakukannya sekiranya diber peluang menerajui sayap wanita parti.
Fuziah, yang merupakan Ahli Parlimen Kuantan akan ditentang oleh Haniza Talha sementara Zuraida bertanding merebut jawatan naib presiden PKR dalam pemilihan kali ini.
Zuraida dan Haniza dikatakan menyokong penyandang timbalan presiden parti itu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang bakal berhadapan cabaran bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli untuk jawatan orang No 2 parti itu.







Abdullah Sani dakwa Kem Rafizi diwujudkan elak pengkhianat kuasai PKR, halang Anwar jadi PM



 2018
Calon Majlis Pimpinan Pusat PKR, Abdullah Sani Abdul Hamid berkata, keputusan menyokong Rafizi Ramli sebagai timbalan presiden PKR kerana beliau lebih baik daripada penyandang, Azmin Ali.
Abdullah Sani Abdul Hamid menggesa ahli PKR memilih pasukan Rafizi Ramli bagi memastikan tidak tiada kacau bilau dalam pentadbiran Anwar Ibrahim.
PETALING JAYA: Seorang pemimpin PKR berkata, senarai pilihan atau “cai” yang diketuai Rafizi Ramli diwujudkan bagi mengelakkan pengkhianat dan kumpulan kartel menguasai pucuk pimpinan parti serta menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri.
Calon Majlis Pimpinan Pusat PKR, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid berkata, keputusan menyokong Rafizi sebagai timbalan presiden PKR kerana bekas ahli Parlimen Pandan itu lebih baik daripada penyandang, Datuk Seri Azmin Ali.
“Kita tahu kebelakangan ini banyak pihak yang cuba halang Datuk Seri Anwar jadi perdana menteri, kita tahu mereka menzalimi Datuk Seri Anwar,” katanya dalam jelajah “Debat Reformasi 20 Tahun” di Negeri Sembilan, malam ini yang turut dihadiri Rafizi.
Image result for abdullah sani kapar


“Kalau tidak pilih Rafizi hari ini (sebagai timbalan presiden PKR), sudah tentu sukar Datuk Seri Anwar (menjadi) perdana menteri.”
“Jangan ada halangan untuk angkat Datuk Seri Anwar jadi perdana menteri. Tiada pilihan, Rafizi yang akan kita nobat menjadi timbalan presiden PKR dan ikuti 4 naib presiden.
“Kenapa perlukan gabungan ini? Sebab kita tidak mahu ada pengkhianat, penjenayah ini duduk dalam pimpinan tertinggi.
“Siapa yang mahu kita angkat? Nurul Izzah Anwar, Datuk Johari Abdul, William Leong dan S Kesavan, pilihan lain tidak ada untuk pastikan tiada kacau bilau dalam pentadbiran Anwar.”
Sani turut mengkritik kumpulan kartel dalam PKR tanpa menyebut menamakan sesiapa.
“Allah tidak akan ubah nasib kaum itu, kalau kaum itu tidak mahu mengubah nasib mereka, yang baik dari Allah, yang tak baik dari mereka yang menyokong kartel.”
Berikut pasukan Rafizi yang akan merebut jawatan tertinggi PKR:
Calon naib presiden:
  • Nurul Izzah Anwar (Ahli Parlimen Permatang Pauh)
  • Datuk Johari Abdul (Ahli Parlimen Sungai Petani)
  • William Leong (Ahli Parlimen Selayang)
  • S Kesavan (Ahli Parlimen Sungai Siput)
Calon ketua Wanita:
  • Fuziah Salleh (Ahli Parlimen Kuantan)
Calon timbalan ketua Wanita:
  • Rodziah Ismail (Adun Batu Tiga)
Calon ketua Pemuda:
  • Akmal Nasir (Ahli Parlimen Johor Bahru)
Calon timbalan ketua Pemuda:
  • Raymond Ahuar (Ketua Pemuda PKR Sabah)
Calon Majlis Pimpinan Pusat (MPP):
  • Datuk Abdullah Sani (Ahli Parlimen Kapar)
  • Aminuddin Harun (Menteri Besar Negeri Sembilan)
  • Syed Ibrahim Syed Noh (Ahli Parlimen Ledang)
  • Dr Idris Ahmad (Adun Ijok)
  • Wong Chen (Ahli Parlimen Subang)
  • Lee Chean Chung (Adun Semambu)
  • June Leow (Ahli Parlimen Hulu Selangor)
  • G Manivannan (Adun Hutan Melintang)
  • R Summugam (Adun Bukit Selambau)
  • Nik Nazmi Nik Ahmad (Ahli Parlimen Setiawangsa)
  • Datuk Abdul Halim Hussain (Adun Batu Maung)
  • Bun Lai (Ketua Cabang PKR Klang)
  • Mohamad Imran Abd Hamid (bekas ahli Parlimen Lumut)
  • Dr S Streram (PKR Rantau)
  • Dr Zaleha Ismail (PKR Johor)
  • Nurin Aina (Ahli Parlimen Merbok)
  • Mohd Amin Abdul Mem (Ketua Cabang Semporna)