MALU BESAR JIKA PAS TAK BERANI SAMAN HUSAM


Wahhh....belum pun menerima surat notis atau tuntutan saman daripada Pas, tetapi Husam Musa dengan pantas telah tampil menyatakan pendirian tidak akan berganjak daripada dakwaan yang dibuatnya terhadap parti Islam itu berhubung wang RM90 juta yang didakwanya disalurkan melalui Affin Bank.

Kata Adun Salor dan Penasihat Amanah Kelantan itu, beliau akan mempertahankan apa yang diucapkannya semasa berceramah di Selising, Pasir Puteh pada 6 Februari lalu.

Tindakan mahkamah mungkin satu cara untuk membuktikan kebenaran  isu yang berbangkit, kata Husam dalam kenyataan melalui Facebooknya.

Tidak seperti Tunku Aziz Tunku Ibrahim yang berdalih-dalih dengan kenyataannya sendiri apabila diancam saman oleh Mukhriz Mahathir sebelum ini, Husam sebaliknya lebih menampakkan keberanian dan sikap tanggungjawabnya sebagai pemimpin.
Apakah segala bukti-bukti sudah ada dalam tangan Husam?

Apa pun, malu besarlah Pas jika tidak berani atau masih bertangguh-tangguh untuk mengambil tindakan saman terhadap Husam yang seolah-olah memang menunggu saman terhadapnya bagi membuktikan kebenaran yang tentunya ditunggu-tunggu oleh semua. (SH 10/02/2017).

Kerjasama dengan Bersatu: Pas berpecah dua?


Tuan Ibrahim Tuan ManTuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menafikan wujudnya dua kumpulan dalam Pas iaitu kumpulan yang menyokong kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan kumpulan yang tidak menyokong kerjasama itu.
"Tidak ada dua kumpulan. Ini persepsi yang sengaja dibuat oleh para wartawan," katanya ringkas menjawab soalan pemberita dalam sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat di Gombak semalam.
Tuan Ibrahim dan Presiden Pas Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dilihat bercanggah dalam keputusan berkaitan rundingan dan kerjasam dengan Bersatu.
Abdul Hadi bertegas dengan keputusan tidak akan bekerjasama dengan Bersatu kerana parti serpihan Umno itu mempunyai hubungan dengan Amanah dan DAP.
Namun Tuan Ibrahim kelihatan sedikit lembut apabila berkata rundingan dengan Bersau akan diteruskan.
Sementara itu, mesyuarat semalam masih belum membuat keputusan berhubung perkara itu.
Tuan Ibrahim berkata, parti Islam itu akan terus mengadakan rundingan dengan Bersatu sampai bila-bila dan tidak terikat dengan mana-mana tempoh masa.
"Secara keseluruhannya Jawatankuasa Perunding (Pas) akan teruskan perundingan dengan Bersatu dan kita juga meneliti beberapa perkara dalam muafakat ini.
"Tak ada tempoh (tamat rundingan) dan tak terikat dengan tempoh," katanya seperti dipetik Malaysiakini.
Selain itu, Tuan Ibrahim turut menjelaskan, walaupun adanya rundingan dengan Bersatu, namun keputusan muktamad terletak pada Majlis Syura.
Katanya lagi, 'kerjasama' dengan Bersau itu juga akan dipantau bagi memastikan parti itu tidak bersama parti politik yang menyerang Pas.
"Jawatankuasa Perunding ada beberapa prinsip. Yang nak kita tegaskan ialah walaupun tak ada perjanjian keseluruhan tapi kita tak nak mereka (Bersatu) bersama dengan parti yang menyerang Pas.
"Saya fikir ini adalah polisi biasa.
"(Bagaimanapun) Jawatankuasa Perunding tak ada mandat. Kita hanya runding, lepas runding bawa pada Pusat dan seterusnya pada Majlis Syura," katanya lagi.

PAGI LAIN, PETANG LAIN - ADAKAH PAS PENING KEPALA UNTUK MEMBUAT PENDIRIAN?




Muktamad tidak ada kerjasama - ini pendirian Pas pada sebelah pagi semalam seperti yang dinyatakan sendiri oleh Hadi Awang di Terengganu.

Kata beliau, dasar Pas tidak akan menjalin kerjasama dengan mana-mana pihak yang mempunyai hubungan dengan DAP dan Amanah adalah muktamad.
Bagaimanapun, pada sebelah petang selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat di Gombak, Tuan Ibrahim Tuan Man menyatakan parti itu akan terus mengadakan rundingan ke arah kerjasama dengan Bersatu.

Rundingan itu, kata Timbalan Presiden Pas itu, akan diteruskan dan tidak terikat dengan tempoh masa tertentu.

Tuan Ibrahim turut menjelaskan, walaupun ada rundingan dengan Bersatu, keputusan muktamad terletak pada Majlis Syura.
Kenapa pagi lain pendirian dan petang pula lain pendirian?

Mana satu yang boleh dipakai?

Mengapa kali ini, selepas mengeluarkan kenyataan di Terengganu, Hadi tidak hadir ke ibu negara dan membawa pendirian tegasnya itu dalam mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat?

Kenapa diserahkan kepada Tuan Ibrahim untuk mempengerusikan mesyuarat petang semalam?

Apakah Pas sengaja berbuat demikian untuk "memeningkan kepala" pemimpin-pemimpin UMNO dan Bersatu yang pada anggapan mereka begitu memerlukan Pas atau Pas sendiri sebenarnya yang "pening kepala" untuk membuat pendirian yang nyata? (SH 18/02/2017)

(function() { var d = document, w = window; w

Bila Malaysia akan beli vaksin dos ketiga?

  POSTED BY AMIR WRLR Beliau berkata, negara-negara lain sudah mengeluarkan belanja besar untuk membeli dos ketiga tetapi Malaysia masih lag...