MASING MASING TANDING SENDIRI. KEMUDIAN GABUNG.


 Ridwan Khusaini


Kalau tanya my opinion, better tanding sendirian, lepas dapat keputusan baru bincang untuk bergabung berdasar kerusi masing2. Sebab BN sebenarnya cuma bernasib baik kerana ketika prn negeri 2022 dulu ketika itu negara baru nak recover dari covid serta kadar keluar mengundi pada prn negeri Johor masa tu sekitar 50% je. Lagi satu faktor yg bantu kemenangan BN adalah PM masa tu dari parti mereka. 


Tetapi situasi amat berbeza pada 8 bulan kemudian pada pru 15, BN hanya mampu menang 9 kerusi saja walaupun mereka kuasai 2/3 Dun kerana Kadar keluar mengundi hampir 70%. PH menang 15 kerusi parlimen. Kalau di translate pada dun, PH menguasai dun di Johor. So kalau prn Johor diadakan serentak dengan PRU 15 dulu, belum tentu BN perintah Johor lagi.  


Satu perkara yg perlu di fikirkan, pada prn Johor akan datang kalau sekiranya PH dan BN Nak kerjasama, bagaimana mekanisma nak tentukan jumlah kerusi di tandingi masing2? Adalah berdasar prn Johor 2022 atau berdasar data pru 15? Kalau berdasar prn Johor, PH hanya boleh bertanding 13 kerusi je dan agak tak logik sedangkan PH kuasai kerusi parlimen di Johor. Kalau Nak ikut keputusan prn Johor sebagai asas, ia tak mencerminkan realiti kerana yg keluar mengundi kurang 50% ketika itu berbanding hampir 70% pada pru 15.



TAK MALU TUA TUA PUN TUMMPANG LAGI JASA MAK AYAH...

 Che ibrahim


Sebab tu mereka berpusu pusu ke Selangor Penang untuk cari kerja, rumah yang ada milik mak ayah....



PH SAJAKAH PERLU MINTA MAAF, UMNO TAK NAK MINTA MAAF JUGA KE


1 October 2024


Kalau mahu dibuat persamaan, UMNO sekarang ini tak ubah seperti lelaki yang mudah terangsang dan mudah pula klimaksnya.


Baru menang dua PRK – Nenggiri dan Mahkota – sudah bertebaran kenyataan mengatakan sokongan orang Melayu telah kembali semula kepada parti itu.


Lantaran seronok dengan andaian itu, seorang pemimpin UMNO Johor iaitu Timbalan Speaker Dewan Negara, Nur Jazlan Mohamad, belum pun sempat  lagi Adun Mahkota yang baru, Syed Hussein Syed Abdullah mengadakan kenduri kesyukuran atas kemenangannya, lantas mahu PH meminta maaf kepada parti itu.


Katanya, dengan kembalinya sokongan orang Melayu kepada UMNO kini, PH tiada pilihan lain selain perlu bergantung kepada sokongan parti itu untuk memastikannya kekal sebagai kerajaan.


Sehubungan itu, sarannya, PH harus meminta maaf secara terbuka kepada UMNO atas serangan selama berdekad lamanya kepada parti itu yang kini diketuai Ahmad Zahid Hamidi.


“PH kena sedar dan mungkin kena minta maaf kepada UMNO atas segala tohmahan, tuduhan dan persepsi yang telah mereka cipta sejak berpuluh tahun lalu hingga menyebabkan UMNO dipandang kotor oleh pengundi.


“Hari ini, suka atau tidak, PH amat memerlukan UMNO.


“Tanpa undi Melayu yang dibawa UMNO, PH boleh lupakan harapan untuk kekal berkuasa,” katanya lagi.


Kepada Nur Jazlan, pandang kiri kanan dululah sebelum mahu berkata-kata.


Apakah PH saja yang memerlukan UMNO dan UMNO langsung tidak memerlukan PH?


Apa nasib UMNO hari ini kalau selepas PRU15 lalu, sebagaimana dicadangkan oleh Agong ketika itu, PN sedia bekerjasama dengan PH untuk membentuk kerajaan?


Selain itu, apakah PH saja yang perlu meminta maaf kepada UMNO dan UMNO tidak perlu meminta maaf kepada PH?


Lupakah Nur Jazlan bahawa UMNO selama puluhan tahun juga lebih teruk mengecam dan menyerang PH, termasuk isu-isu peribadi Anwar Ibrahim ketika BN berkuasa sebelum ini?


Tak nak minta maaf juga ke?


Dalam pada itu, sebagai makluman Nur Jazlan, untuk mengatakan sokongan Melayu telah kembali kepada UMNO hanya semata-mata parti itu baru menang di Nenggiri dan Mahkota, ia masih jauh daripada realiti yang sebenar.


Baru dengar berita Fazura nak bercerai, ia belum membolehkan sesiapa pun untuk pergi ke kedai emas membeli cincin untuk meminang.


Untuk membuktikan sama ada UMNO benar-benar telah diterima semula oleh orang Melayu atau tidak, perlu ada beberapa PRK lagi sebagai ujian penentunya.


Kalah dah menang, misalnya enam atau tujuh PRK, barulah selepas itu boleh mendabik dada mengatakan sokongan orang Melayu telah kembali.


Tetapi, itu pun tidak semestinya tepat seratus-peratus juga sebab sebelum PRU14 dahulu, walaupun UMNO menang dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar, tetapi UMNO tetap hilang kuasa akhirnya.


Hakikatnya, banyak faktor perlu diambil kira dan dianalisa sebelum UMNO mahu mendabik dada mengatakan mereka kini telah berjaya mendakap kembali sokongan Melayu.


Jangan stim awal sangat, nanti klimaks pun cepat juga.


Namun, jika terbukti akhirnya sokongan Melayu benar-benar telah kembali kepada UMNO sebelum PRU16 nanti dan parti itu berjaya memenangi lebih banyak kerusi berbanding PKR, atas nama kepentingan Melayu, ia dengan sendirinya akan membuka jalan untuk Zahid Hamidi menuntut kerusi Perdana Menteri.pula.


Ertinya, PKR dan Anwar kena hati-hati juga. – ShahbudinHusin 01Oktober2024.


https://shahbudindotcom.net/2024/10/01/janganlah-umno-cepat-klimaks.html



CEO MADA CORP KEDAH ENGGAN BERSALAMAN YB MENTERI MAD SABU KPKM.

LIVE : DAIM GUNA BLOOMBERG UNTUK KETEPI PANDORA PAPERS




CEO MADA CORP KEDAH ENGGAN BERSALAMAN YB MENTERI MAD SABU KPKM.



Live Panas Berkaitan Ceo Lembaga Pengarah Mada Corporation Kedah, Apabila Yb Menteri Mohammad Sabu Mahu Bersalaman Bersama Beliau Terus Beliau Buat tidak Tahu Malah Tidak Melayani. beliau Hanya Senyum Sahaja. Sangat Tidak Patut Dibuat Begitu Terhadap Seorang Menteri. Kita yakinkan agarkan Mb Menteri Mohamad Sabu Mengambil Tindakkan Diatas Kebidapan Beliau. Tajuk Seterusnya Berkaitan Politik Tanah Air Dan Perdana Menteri Malaysia Yang Panas dan Hangat Diperkatakan. Jom Tonton Hingga Tamat. Pelbagai Perkongsian Video akan ditunjukkan Didalam Live Solihin Shabudin. Harap Memberi Manfaat Kepada Para Penonton dalam Siaran Ini. Terima Kasih, Teruskan Menonton Hingga Tamat.





IRAN MEMPERTAHANKAN DIRI.

 

Presiden Iran, Masoud Pezeshkian menegaskan, serangan peluru berpandunya ke atas Israel semata-mata untuk mempertahankan kepentingan negara dan rakyatnya.



Dalam masa sama, negara itu memberi amaran kepada Israel, pelancaran peluru berpandu balistik pada Selasa merupakan "hanya sebahagian daripada kuasa kami."


“Tindakan ini adalah untuk membela kepentingan dan rakyat Iran. Untuk memberitahu (Perdana Menteri Israel Benjamin) Netanyahu bahawa Iran tidak berperang, tetapi ia berdiri teguh menentang sebarang ancaman. 


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews



LEMBAB BAB NAK UCAP TERIMA KASIH. BAB NGANJING DAN MINTA CEPAT JA.

 

MSO


Dalam masa tidak sampai seminggu negeri Kelantan mendapat peruntukan tambahan bagi kemudahan perasana di negeri berkenaan. 



Sempena kunjungan Perdana Menteri ke Kelantan untuk menerima anugerah darjah kebesaran daripada Al Sultan Muhammad V hari ini, Datuk Seri Anwar mengumumkan peruntukan untuk keceriaan pasar Siti Khadijah RM 5.5 juta.


Tiga hari lepas Menteri Agama Dr Mohd Na’im Mokhtar telah mengumumkan sumbangan untuk pembinaan masjid di Telekong berjumlah RM1.2 juta. 


Tudak sampai seminggu rakyat Kelantan menerima peruntukan atau sumbangan daripada kerajaan Madani bernilai RM6.7  juta.


Setakat ini belum ada ucapan terima kasih bertulis atau bersuara daripada kerajaan Kelantan. Esok kok?


Pemimpin kerajaan Kelantan dan para wakil rakyatnya memang lembab dalam hal hal berterima kasih ini hanya cepat dalam hal menerima sahaja dan menyindir serta menganjing kepada PM. Trims.



KERANG BUSUK NI MULA MULA LATAH NAK SOKONG KERAJAAN PERPADUAN. PAS TU DIAM SEBAB TAK JADI.

Najib Bakar. 


Kesetiaan menghalangi

Ku pindah ke lain hati

Dan tak ingin ku melukai

Mendambakan cinta ini 

Hanya kekalnya denganmu

Tapi kudrat tak di tanganku


 Mohamad Vayuz. 



Ramai rakyat definitely lupa.. tapi Insha'Allah aku takkan lupa... Dari awal era Kerajaan Gagal memang dah proven yang pemimpin macam Taki ni takde hati perut. Kenapa kezaliman Kerajaan Gagal dulu ramai orang mudah lupa ye?


PATUT KALAH.. SIB BAIK UMNO TAK IKUT KELAKU MAMAT NI.

Che Ibrahim


 Patut pun MCA kalah hampir di semua kerusi ketika lawan DAP sebab DAP tidak mahu belajar cara MCA yang bermuka muka dengan UMNO.



ANWAR TANPA SAINGAN.

Nabeil Ahmad


 Ada yang kata PMX akn bertahan tak lebih dari sepenggal (60 bulan). Sy jwb, alhamdulillah. 


Sbb ada yg 22 bulan PM7, ada yang sempat 17 bulan PM8, ada yang 15 bulan PM9. 


Ada yang meramalkan, selagimana PN tidak ubah pendekatan politik yg hanya bergantung kpd 3R dan tidak ubah kepimpinan yg ada, selagi itu DSAI akn bertahan sehingga 2 penggal. 


Hujahnya :


1. Dalam PN siapa calon PM? Hadi? Azmin?

2. Dalam PN siapa yg berpengaruh diperingkat antarabangsa?

3. Dalam PN siapa yg ada track rekod dan benar teruji?

4. Dalam PN siapa yg mampu pulihkan ekonomi negara, selepas 33 bulan terbukti gagal?

5. PN sukar mendapat sokongan dari Sabah dan Sarawak.

6. PN tidak melambangkan wajah Malaysia, sebaliknya membawa imej melayu yg ekstrem.

7. Betapa tak ada yg layak, PN terpaksa perkudakan sang saka tua sbg penasihat SG4.


Jika dibaca penulisan dibawah, penulis bukan lah menyokong PMX. 


Tapi seperti tajuk dibawah :


Anwar tanpa saingan.


Buat masa ini, saya iyakan.



CEO MADA CORP KURANG AJAR BIADAP DAN CELAKA. SIKAP MACAM NI JANGAN ADA PADA BANGSA MELAYU.


 

KALAU YA PUN HANG TAK SUKA. TAK KAN LA TAK MAU SALAM. LAHANAT BETOI.

 Zuz Din


Jom kita singgah page Pengerusi MADA dan beri sedikit nasihat pada beliau agar CEO dia jangan perangai jijik dan biadap tak hormat pemimpin.





MEROYAN BILA HILANG JAWATAN LEPAS TEBUK ATAP KALAH. HARI HARI NAK PILIHANRAYA.

 

Kemaruk betul nak kuasa. Sibuk nak pilihanraya. Dia ingat pilihanraya tu murah macam ayam sekilo zaman Madani? Woi! PRU mahal la woi! Lagi mahal dari harga ayam, telur dan minyak masak zaman PN!.



Lagipun berderetan PRK yang PN kalah. Tempat yang asalnya PN sandang pun 𝘁𝗲𝗿𝗹𝗲𝗽𝗮𝘀. Nak PRU apa lagi? Kalau rasa kuat sangat sokongan, bawa 𝘂𝘀𝘂𝗹 𝘂𝗻𝗱𝗶 𝘁𝗮𝗸 𝗽𝗲𝗿𝗰𝗮𝘆𝗮 ke parlimen. Boleh menang tak.


Nak kata rakyat sokong PN pun takde jugak. Tu buat himpunan 𝗧𝗼𝗹𝗮𝗸 𝗔𝗻𝘄𝗮𝗿, berapa kerat je turun? Tu pun entah entah berbayar. Sedar la diri. Rakyat dah tolak kerajaan kayu yang macam 𝘂𝗹𝗮𝗿 𝘀𝗮𝘄𝗮 𝗸𝗲𝗻𝘆𝗮𝗻𝗴.


Sibuk nak kuasa. Tapi dapat kuasa langsung tak buat apa. Tutup ekonomi, tutup industri, 𝘁𝘂𝘁𝘂𝗽 𝗽𝗮𝗿𝗹𝗶𝗺𝗲𝗻. Rakyat sudah dibiarkan. Doa sebat duit 𝗝𝗮𝗻𝗮 𝗪𝗶𝗯𝗮𝘄𝗮. Lepas tu sibuk nak kuasa lagi. Pigi da! Guane boh?


 

Raja Gelap II 


#BoikotHotFM

#BoikotKJ

#BoikotJohan


.