Ridwan Khusaini
Kalau tanya my opinion, better tanding sendirian, lepas dapat keputusan baru bincang untuk bergabung berdasar kerusi masing2. Sebab BN sebenarnya cuma bernasib baik kerana ketika prn negeri 2022 dulu ketika itu negara baru nak recover dari covid serta kadar keluar mengundi pada prn negeri Johor masa tu sekitar 50% je. Lagi satu faktor yg bantu kemenangan BN adalah PM masa tu dari parti mereka.
Tetapi situasi amat berbeza pada 8 bulan kemudian pada pru 15, BN hanya mampu menang 9 kerusi saja walaupun mereka kuasai 2/3 Dun kerana Kadar keluar mengundi hampir 70%. PH menang 15 kerusi parlimen. Kalau di translate pada dun, PH menguasai dun di Johor. So kalau prn Johor diadakan serentak dengan PRU 15 dulu, belum tentu BN perintah Johor lagi.
Satu perkara yg perlu di fikirkan, pada prn Johor akan datang kalau sekiranya PH dan BN Nak kerjasama, bagaimana mekanisma nak tentukan jumlah kerusi di tandingi masing2? Adalah berdasar prn Johor 2022 atau berdasar data pru 15? Kalau berdasar prn Johor, PH hanya boleh bertanding 13 kerusi je dan agak tak logik sedangkan PH kuasai kerusi parlimen di Johor. Kalau Nak ikut keputusan prn Johor sebagai asas, ia tak mencerminkan realiti kerana yg keluar mengundi kurang 50% ketika itu berbanding hampir 70% pada pru 15.