MGID

INI SAJA LEVEL MENTERI LEBAI?

Ini ke level menteri lebai?  Langgar undang-undang takpe yg penting tiada kluster?  Berapa ramai yang takde cluster tapi kena masuk lokap dan denda juga, mengapa bila kena pada menteri lebai ni, ada dalil pula?

Boleh tak kita langgar lampu isyarat merah, dan kita jawab yang penting takde kemalangan?

Elok letak jawatan saja kalau sendiri tak boleh patuh undang-undang.

DOK TOLONG BUAT APA OT95..


Rina Hamzah

Madey kata DSAI Tak layak jadi PM, jadi buat apa kita hantar orang-orang Kita tolong manusia yang busuk hati bernama mahathir mohamad ni? Sapa-sapa boleh terangkan apa logiknya Tak? Walatok hari-hari minta DSAI  KEDALAM balik! Cukup-cukup la percaya dengan orang tua ni, Tak serik-serik ker kena tipu, kena game Dan kena kata dengan mereka! Kalau aku memang aku potong terus!

Kenapa Pejuang di tubuhkan.
3 analisis Farish Farish berkenaan perkata ini:

1. Tun tak yakin PN boleh kalahkan PH, kekalahan PN menyebabkan DSAI pm.
2.  Penyertaan Pejuang dlm PRU15 dpt mengambil sedikit penyokong PH dan menyokong Pejuang.
3. Tun & Pejuang ingin mengagalkan kemenangan PH

Dengan 3 fakta ini
Maka #AnwarIbrahim tidak akan jadi
Perdana Menteri



JANGAN KATA AKU TAK KRITIK DAP...SEMUA AKU HENTAM JIKA TAK BETUL..


Ibrahim Mat Isa

Tindakan DAP Kuching ini amat tidak wajar sama sekali, segala usaha dan langkah positif yang dilakukan oleh DAP Pusat dicemarkan oleh segelintir pemimpin yang gagal melihat politik melalui kerangka yang luas.. Aku mengutuk dan menolak perbuatan ini, alasan yang diberikan bersikap daif kerana mahu mengalakkan kemasukan pelancong dari China, tang mana ada pelancong luar sekarang kerana negara masih mengetatkan kemasukan pelancong asing kerana COVID19..??

Tindakan macam ni akan dikaitkan dengan PH, dan jadi isu sentimen seolah PH merestui tindakan DAP Kuching..

Harap DAP Pusat akan mengeluarkan kenyataan rasmi, kerana isu telah dijadikan isu besar oleh penyokong PN samada di Semenanjung dan di Sabah Sarawak.

PN GANTI BN.BERSATU AMBIL ALIH DOMINASI UNMO DALAM MN


Semuanya nampak seperti sudah diatur dan bergerak mengikut jalan cerita yang telah dirancang.
Dengan Presiden UMNO, Zahid Hamidi dan Presiden Pas, Hadi Awang sendiri telah menulis surat secara rasmi kepada Muhyiddin Yassin menjemput Bersatu menyertai Muafakat Nasional, kemasukan parti itu ke dalam MN sudah tentu tidak menjadi masalah lagi.
Atas dasar adanya jemputan pula, Muhyiddin turut mengumumkan Bersatu telah setuju untuk menyertai MN.
Ibarat telah menghantar kad jemputan untuk kenduri kahwin, tidak pernah tuan rumah menarik balik jemputan yang telah dikeluarkan.
Dalam hal ini, meskipun Zahid Hamidi dan Mohamad Hassan berkata, suara akar umbi akan didengar terlebih dahulu lantaran majoritinya kurang setuju terhadap kerjasama UMNO dengan Bersatu, jemputan yang telah dikeluarkan kepada Muhyiddin mustahil ditarik balik.
Kecuali jika Muhyiddin kemudian membuat keputusan menarik balik persetujuan menyertai MN, keberadaan Bersatu di dalam MN boleh dikata tiada apa-apa halangam lagi.
Lagi pun, mengguna hujah akar umbi tidak ubah seperti mendengar rungutan anak cucu yang tidak setuju dengan kehadiran ketua kampung berlainan parti ke majlis kenduri kahwin bapa mereka.
Suara anak cucu tidak ke mana-mana akhirnya kerana malulah sibapa mahu menarik balik jemputan yang sudah dikeluarkan.
Tambahan lagi, rakan asal UMNO dalam MN iaitu Pas, ternampak amat ghairah untul melihat Bersatu berada di dalam MN.
Sebaik kedudukan Bersatu hampir pasti terjamin menyertai MN, Kumpulan Azmin Ali pun seperti diatur masa mengumumkan penyertaannya ke dalam Bersatu.
Pengumuman itu dibuat semalam di suatu program himpunan beberapa NGO pro Azmin yang turut dihadiri oleh Muhyiddin.
Kata Zuraidah Kamaruddin, salah seorang penyokong kuat Azmin, penyertaan mereka ke dalam Bersatu akan menjadikan parti itu paling kuat dalam kerajaan sekarang.
Serentak dengan kemasukan itu, Muhyiddin juga mengumumkan rancangan Bersatu untuk meminda perlembagaan bagi membolehkan kaum-kaum lain memegang jawatan dalam parti itu.
Katanya, kajian itu sedang dilaksanakan oleh sebuah jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Dr. Rais Yatim dan akan dibentangkan kepada mesyuarat MPT Bersatu dalam waktu terdekat ini.
Mahu tidak mahu, perubahan ini tentu saja ada kaitan dengan kemasukan Kumpulan Azmin yang berasal daripada PKR, sebuah parti pelbagai kaum tapi berteraskan Melayu, ke dalam Bersatu.
Melalui perubahan tersebut, Bersatu selepas ini akan menjadi parti mirip seperti PKR, bukan lagi sebuah parti Melayu totok seperti UMNO dan Pas.
Dengan keadaan itu serta melalui beberapa pemimpin bukan Melayu dalam Kumpulan Azmin yang telah menyertai Bersatu, parti itu bukan saja akan melebarkan lagi usaha menarik bukan Melayu bersama mereka, malah akan perlahan-lahan berusaha menenggelamkan MCA dan MIC yang seperti tidak bermaya ketika itu.
Dengan itu, dari segi pembahagian kerusi melalui MN, Bersatu dengan sendirinya mampu bersuara dengan lebih lantang menuntut jumlah yang munasabah buat mereka, termasuk kouta untuk Kumpulan Azmin dan Kumpulan Hamzah Zainuddin yang sebelum ini bagai nak rak dibantah dan enggan dikompromi oleh UMNO.
Di ketika yang sama, Muhyiddin tetap meneruskan perancangan mendaftarkan Perikatan Nasional sebagai sebuah gabungan yang sah, walaupun UMNO bertegas tidak akan menyertainya.
Tetapi, dalam pendaftatan PN itu, selain Bersatu, beberapa parti lain dalam kerajaan iaitu Pas, GPS dan MIC adalah merupakan jawatankuasa penajanya.
Ini bermakna, bagi Muhyiddin, ada atau tidak UMNO di dalam PN selepas ini, ia tidaklah penting baginya kerana yang lebih penting ialah Bersatu sudah berada di dalam MN.
Maka, apa jadi seterusnya?
Ternampak jelas bahawa dengan semua perkembangan ini, Muhyiddin sedang bergerak untuk menjadikan Bersatu lebih dominan berbanding UMNO, seterusnya memguasai MN serta dalam masa yang sama akan memastikan BN dikuburkan untuk diganti dengan PN untuk bertanding dalam PRU akan datang.
Dengan kedudukan tanpa kuasa, sebahagian pemimpin UMNO sendiri lebih sayang kedudukan dalam kerajaan berbanding perjuangan, manakala Najib Razak sudah kena dan Zahid Hamidi mungkin bakal menyusul, apa lagi yang mampu menghalang gerakan Muhyiddin yang tentunya dibantu Azmin dan Hamzah Zainuddin untuk melenyapkan UMNO dan BN yang nampaknya sudah berada di laluan yang lancar setakat ini?
Malah, jika PN terus menang PRU akan datang, siapa bakal Perdana Menteri selepas Muhyiddin tidak sukar lagi untuk diduga.

 Shahbudindotcom 23/08/2020)

BERPELUK TAPI PISAU DITANGAN MASING MASING.MELAYU AKHIRNYA KENA JUAL LAGI...

No photo description available.


HAMDAN TAHA

Parti Bersatu ni di kuasai oleh bekas pimpinan Umno. Tetapi walaupun mereka dari Umno sejarah mereka berbeza. Mereka di anggap oleh Umno sebagai pengkianat termasuk lah presiden Bersatu...timbalan dan ahli majlis tertingginya....mereka yang menang pula kerana mereka telah memaki hamun Umno dan di maki hamun oleh Umno juga maka saya tak nampak untuk Bersatu dan Umno akan bekerjasama secara ikhlas dan bagus....

Saya tak nampak mereka akan ada hubungan yang panjang dengan Umno....Bersatu dalam hati ada perasaan nak tanam Umno dan Umno juga dalam hati nak tanam Bersatu....berpeluk peluk tapi saling tersimpan pisau yang panjang di tangan....

Tengok keputusan akhir pemilihan Bersatu....yang menang hampir sepenuhnya orang yang dari Umno lompat ke Bersatu...
Hamzah zainudin berjaya mengawal parti Bersatu dengan baik. Naib Presiden no 1 pun orang Umno juga...

Yang lompat dan  bertanding semua menang....maknanya orang asal dan awal Bersatu habis al Quyuuupppppppp

Selama 4 tahun parti Bersatu pusing satu Melaya laungkan kisah Melayu...

Kami satu satunya parti Melayu...semuanya demi Melayu....parti ini di tubuhkan kerana nak selamatka Melayu....pokoknya setiap hari pekikan dan laungan semuanya hidup Melayu...orang Melayu pun yakin dan percaya.

Tiba tiba demi kuasa dan nak memanjangkan kekuasaan satu pengumuman di buat...

"Kami akan buka sayap parti untuk bukan Melayu supaya boleh di lantik menjadi pemimpin dalam Bersatu"...

Melayu kena jual lagi dan lagi....




Kisah kuarantin Khairuddin: Beritahulah kebenaran, tak perlu dolak-dalik


Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang pada hari Ahad 23 Ogos 2020:
Masanya telah tiba untuk kerajaan Perikatan Nasional memberitahu semua rakyat Malaysia keseluruhan cerita sebenar berkaitan dengan skandal ingkar kuarantin Khairuddin — tidak perlu lagi sebarang penyorokkan fakta, cerita dibuat-buat, atau apa-apa lagi cerita yang bukan-bukan.
Kerajaan boleh bermula dengan menyatakan:
– nama semua ahli rombongan yang bersama dengan Khairuddin ke Turki di antara 3 ke 7 Julai dan sama ada mereka menyertai rombongan ini di atas kapasiti peribadi atau rasmi;
– sama ada Perdana Menteri telah pun memberikan kelulusan untuk lawatan ke Turki ini, mengapa kelulusan diberikan, dan tujuan kelulusan untuk lawatan ini diberikan;
– aturcara penuh lawatan ini — kedua-dua aturcara rasmi dan peribadi — untuk semua ahli rombongan daripada 3 ke 7 Julai;
– sama ada semua ahli rombongan ini telah menjalani ujian saringan khas Covid-19 sejurus selepas mereka pulang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan nyatakan keputusan ujian saringan ini;
– siapa yang enggan untuk menjalani kuarantin selama 14 hari dan dipakaikan gelang tangan merah jambu;
– sama ada perkara di mana terdapat mereka yang enggan untuk menjalani kuarantin dan dipakaikan gelang tangan merah jambu ini terjadi akibat kedegilan Khairuddin ataupun kecuaian pegawai KKM;
– tindakan yang diambil, sama ada terhadap kedegilan Khairuddin ataupun kecuaian pegawai KKM yang telah membawa kepada pelanggaran SOP oleh Khairuddin dan ahli rombongan beliau di antara 7 Julai sehingga 21 Julai;
– aturcara aktiviti Khairuddin dan semua ahli rombongan beliau di antara 7 sehingga 21 Julai (tempoh kuarantin) dan di antara 21 Julai sehingga 18 Ogos (tarikh perkara ini dibangkitkan di Parlimen oleh Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok);
– bilakah keputusan diambil oleh Kementerian Kesihatan untuk mengeluarkan kompaun RM1,000 yang bertarikh 7 Ogos kepada Khairuddin;
– tarikh Khairuddin membayar kompaun RM1,000 ini;
– mengapa Khairuddin dan ahli rombongan beliau yang telah mengingkari SOP Covid-19 tidak didakwa di mahkamah;
– mengapa pihak Kementerian Kesihatan sehingga semalam, masih berpura-pura sedang menyiasat kes ini sedangkan kini pihak Kementerian mendakwa yang kes ini telah pun selesai;
– mengapakah Khairuddin tidak mengaku mengenai pelanggaran perintah kuarantin beliau semasa perkara ini mula dibangkitkan di Parlimen pada 18 Ogos, tetapi telah cuba untuk menyiratkan yang pelanggaran SOP ini telah mendapat kebenaran Perdana Menteri;
– apakah tindakan yang telah diambil oleh Kementerian Kesihatan terhadap setiap seorang ahli-ahli rombongan yang bersama Khairuddin yang telah melanggar SOP kuarantin 14 hari; dan
– siapakah yang telah mencelakan reputasi dan maruah negara dengan mengatakan yang Turki adalah sebuah “negara zon hijau” untuk pandemik Covid-19 sedangkan negara tersebut merupakan salah satu daripada pusat penularan utama. 
Rakyat Malaysia berhak untuk mendapatkan kebenaran daripada kerajaan. 
Apa yang mengejutkan selepas kerajaan pintu belakang ditubuhkan selepas Langkah Sheraton pada Februari lalu — kejadian yang telah mencuri mandat rakyat yang diberikan pada Pilihan Raya Umum ke 14 pada 9 Mei 2018, untuk perubahan dan reformasi bagi membolehkan negara kita untuk mencapai potensi penuhnya sebagai sebuah negara pelbagai kaum, bahasa, dan budaya dan untuk menjadi sebuah negara berkelas dunia yang berteraskan kecemerlangan dan pencapaian dalam pelbagai bidang yang diceburi oleh umat manusia — ketidakjujuran, penyalahgunaan kuasa, pembohongan, dan tipu daya kini sudah menjadi perkara yang biasa dilakukan oleh kerajaan semasa. 
Episod kuarantin Khairuddin ini mungkin dipandang enteng oleh kerajaan pintu belakang ini, namun ia merupakan satu tragedi untuk negara kita terutamanya apabila kita berada di ambang sambutan Jubli Emas Rukunegara, yang mana Menteri Kabinet sepatutnya menjadi contoh terbaik yang mengamalkan prinsip-prinsip Rukunegara ini dan bukan sebaliknya.
Rakyat Malaysia telah berasa kecewa dengan prinsip moral yang ditunjukkan oleh para pemimpin politik di dalam kerajaan, tetapi jangan kita benarkan para ahli politik ini untuk menarik dan memusnahkan kecemerlangan profesional para petugas awam, terutamanya yang diketuai oleh hero baharu negara, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah — yang baru-baru ini telah dianugerahkan darjah Tan Sri di atas sumbangan beliau dalam melawan wabak Covid-19. 
Janganlah kita rosakkan maruah seorang Dr Noor Hisham untuk menyelamatkan seorang menteri “air suam” ataupun seorang pengingkar SOP Covid-19. 
Semalam, Khairuddin telah memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia akibat mengingkari SOP kuarantin ini. 
Persoalan telah ditimbulkan mengenai keikhlasan permohonan maaf ini, memandangkan ia sepatutnya telah dizahirkan semasa isu ini ditimbulkan di Parlimen oleh Teresa Kok pada hari Selasa lepas jika beliau benar-benar terasa bersalah kerana telah mengingkari SOP kuarantin — bukannya dengan mencuba untuk menipu dan kemudiannya terbongkar segala penipuannya lima hari kemudian. 

BERSATU JADI GELANGGANG REBUT JAWATAN?

GUGUR TALAK KE PEMIMPIN PAS KERJASAMA DENGAN UMNO?

NEPOTISME: UMNO GESA TIMBALAN MENTERI BERSATU LETAK JAWATAN

MANA BOLEH KOMPAUN KESALAHAN LANGGAR KUARANTIN?

RAKYAT MAHU AT TAKIRI SERAH JAWATAN.BUKAN SERAH GAJI


Ibarat kata, daripada 32 juta rakyat Malaysia yang ada, 35 juta tidak setuju dengan kompaun RM1000 yang diumumkan Kementerian Kesihatan Malaysia semalam terhadap Khairuddin Attakiri atas kesalahannya tidak menjalani kuarantin diri selepas pulang dari luar negara.
Itulah gambaran bagaimana negara bagai bergegar sejak petang menolak hukuman kompaun yang dikenakan KKM terhadap Attakiri itu.
Suara desakan rakyat yang mahukan KKM mengenakan hukuman lebih berat boleh didengar di mana-mana di seluruh negara, khususnya di alam maya.
Suara yang cuba membela dan mempertahankan Attakiri pun jadi terdiam dan senyap sunyi dibuatnya.
Sebagai menteri yang sepatutnya menjadi contoh teladan kepada rakyat, didenda RM1000 kerana tidak menjalani kuarantin diri sebaik kembali dari luar negara amatlah tidak patut berbanding pakcik dan makcik tua yang dikenakan denda RM12,000 serta RM8,000.
Lantaran itu, semua orang mahukan Attakiri diberikan hukuman lebih berat, apatah lagi beliau telah menghadiri sekurang-kurangnya 12 program sepanjang tempohnya engkar kuarantin itu.
Lebih mendukacitakan, mereka sedar denda itu bukan saja tidak adil berbanding apa yang diterima rakyat biasa, malah seperti menunjukkan ada campurtangan pihak lain untuk menyelamatkan Attakiri.
Memandangkan selama ini Attakiri mengelak daripada memberi sebarang ulasan, tiba-tiba KKM memaklumkan denda itu sudah pun dibayar pada 7 Ogos lalu.
Tidakkah ini pelik namanya kerana pendedahan tentang Attakiri tidak menjalani kuarantin baru didedahkan pada 18 Ogos dan Ketua Pengarah Kesihatan, Dr. Noor Hisham Abdullah pada 19 Ogos pula mengatakan akan menyiasatnya dengan teliti.
Tiba-tiba diumumkan denda sudah dibayar pada 7 Ogos lalu?
Tidakkah ini pelik dan ajaib namanya, melainkan mungkin ada campurtangan pihak lain?
Begitu pun, meski masih tidak logik juga bunyinya, Dr. Noor Hisham menjelaskan, denda RM1000 itu hanya kerana kesalahan melanggar perintah kuarantin dan pihak polis masih lagi menyiasat Attakiri atas tindakannya tidak mematuhi arahan kerajaan.
Lagi sekali, bagaimana denda itu sudah dikenakan pada 7 Ogos, walhal Dr. Noor Hisham sendiri berkata sedang menyiasatnya pada 19 Ogos?
Apa pun, dengan siasatan polis masih berjalan, apa yang rakyat harapkan ialah Attakiri mesti didenda lebih daripada RM12,000 atau dipenjara sekali atas kesalahannya itu.
Kalau rakyat biasa boleh didenda RM12,000 dan RM8,000, sebagai pemimpin yang berjawatan menteri, sudah tentu beliau patut dihukum lebih berat lagi?
Tambah pula, Attakiri sendiri mengakui kesalahannya adalah serius dengan sedia menyerahkan empat bulan gajinya kepada Tabung Covid-19 KM berikutan denda RM1000 yang dikenakan terhadapnya.
Bukankah dengan sedia berbuat demikian itu memperlihatkan Attakiri tak kisah kehilangan pendapatan selama empat bulan, asalkan kedudukan menterinya terus selamat?
Atas apa pertimbangan sekali pun, Attakiri wajib diheret ke mahkamah untuk diadili dan dijatuhkan hukuman atas kesalahan yang dilakukannya.
Sudahlah tidak menjalani kuarantin diri, hadir pula dalam sekurang-kurangnya 12 program ketika ingkar perintah kerajaan, mahu tidak mahu, dilakukan pula seorang menteri, ia adalah kesalahan berat dan serius yang harus menjadi pengajaran kepada seluruh rakyat.
Hukuman mesti dilaksanakan dengan adil tanpa mengira terhadap menteri atau rakyat biasa.
Dalam hal ini, sementara siasatan polis dijalankan untuk kemudiannya dibawa ke mahkamah, menyerahkan empat bulan gaji bukanlah sesuatu yang memadai sebenarnya buat Attakiri.
Yang paling afdal ialah beliau harus menyerahkan surat perletakan jawatan sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman terhadapnya.
Attakiri tidak wajar lagi berada sebagai dalam kabinet dan kita pun tidak mahu lagi beliau menjadi menteri kepada kita semua. (Shahbudindotcom 23/08/2020)

KENAPA MAMAK TAK BOLEH TAWARKAN UNTUNG KEDAI SEPERTI TAKIRI

LIVE SEMALAM DARI GOMBAK.:GERAK98 - PANAS!! EZAM GEMPUR HALAMAN AZMIN DI GOMBAK



200K BAIK TUBUH PARTI BAHARU?

Image may contain: 9 people, people standing, text that says "KONGRES NEGARA 200,000 orang telah berdaftar sebagai ahli PKN. Kemasukan keluarga besar PKN dalam BERSATU akan memperkukuhkan parti di Peringkat Nasional, Negeri Daerah, Parlimen sehingga ke lokaliti di setiap pelusuk Negara. YB ZURAIDA KAMARUDDIN RIAN JAAN AN ZuraidaKamaruddin Kamaruddin @zuraida_my zuraida_kamaruddin"

Rina Hamzah & W.Faudzin

Hahahahahahahahaha 200k lagi melukut di parti ppbm. Sembang kencang......kalau dah 200k tubuhlah parti sendiri buat apa start all over again jadi macai dlm ppbm dan aku mula percaya Babi itu terbang kahkahkah.

Maka dihebuh kononnya banyak cabang Keadilan telah terbubar kerana ikut Semburit dan mak lampir. Mereka pun test market buat NGO sebelum nak tubuh parti baru. Malangnya tiada sambutan. Akhirnya tersipu-tersipu isi borang parti Bersatu. Bersatu pulak terhegeh-terhegeh nak masuk Muafakat Nasional. Begitulah nasib si pengkhianat..






SETIAP KALI AZMIN BUKA MULUT, DIA KENA HENTAM











Akuan bersumpah pemimpin liwat, polis ambil keterangan Ramesh Rao


Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Mior Faridalathrash Wahid berkata, Ramesh hadir memberi keterangan di Bukit Aman jam 11 pagi hari ini untuk membantu siasatan. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR: Polis mengambil keterangan Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin Ramesh Rao, berhubung 1 akuan bersumpah (SD) mendakwa seorang pemimpin politik pembangkang terbabit dalam kes liwat.
Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Mior Faridalathrash Wahid berkata, Ramesh hadir memberi keterangan di Bukit Aman jam 11 pagi hari ini untuk membantu siasatan.
Ramesh Rao
“Siasatan dijalankan secara menyeluruh dan ada beberapa lagi individu akan dipanggil untuk kes ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Sebelum ini, 1 SD mendakwa seorang lelaki mengadakan hubungan luar tabii dengan seorang ahli politik sebanyak 4 kali di hotel berbeza di Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang pada 2013, tular menerusi media sosial.
Bagaimanapun, individu yang membuat SD itu membuat laporan polis minggu ini, mendakwa Ramesh mempengaruhinya supaya membuat tuduhan tersebut.

BAGAIMANA AT TAKIRI DI KOMPAUN PADA 7 OGOS ,SEDANGKAN ISUNYA DIBANGKITKAN PADA 18 OGOS?

Ramai rakyat Malaysia terkejut dengan kenyataan Kementerian Kesihatan yang menyatakan kompaun RM1,000 telah pun dikeluarkan kepada Datuk Khairuddin pada 7 Ogos 2020 dan beliau telah pun menjelaskan bayaran kompaun ini.
Soalan saya ialah, saya bangkitkan isu berkenaan Datuk Khairuddin tidak mematuhi perintah kuarantin 14 hari selepas pulang dari Turki di Dewan Rakyat pada 18 Ogos 2020, selama ini Ketua Pengarah Kesihatan hanya berkata Kementeriannya tengah menyiasat pelanggaran perintah kuarantin oleh menteri tersebut.
Kenapakah hari ini baru Kementerian Kesihatan memberitahu orang ramai bahawa kompaun telah dikeluarkan kepada beliau dan beliau telah menjelaskan denda tersebut?
Memang tidak mungkin Menteri dan KP Kementerian Kesihatan tidak tahu bahawa kompaun telah dikeluarkan pada 7 Ogos dan Datuk Khairuddin telah bayar denda itu, tetapi kena tunggu empat hari kemudian baru buat pengumuman!
Begitu juga dengan Menteri Datuk Khairuddin Aman Razali sendiri, sekiranya beliau telah bayar kompaun RM1,000 pada 7 Ogos, beliau seharusnya memberitahu kepada media selepas isu ini dilaporkan oleh media, tetapi beliau tidak berbuat demikian sehingga hari ini baru pohon maaf dan potong gajinya sendiri.
Jadi, adalah jelas kenyataan Kementerian Kesihatan hari ini dan juga kompaun RM1,000 kepada Menteri pada 7 Ogos 2020 dibuat atas arahan ataupun paksaan daripada pihak atasan, samada kabinet ataupun MKN.
Dalam sidang akhbar Menteri Kanan Dato’ Ismail Sabri pada 13 Ogos 2020, beliau berkata sesiapa yang sengaja ingkar perintah kuarantin, tidak lagi dikenakan kompaun tetapi akan terus dihadapkan ke mahkamah.
Persoalannya ialah kenapakah semua pesalah dihadap ke mahkamah, tetapi menteri kabinet ini diberi layanan istimewa dengan penjelasan kompaun RM1,000 yang balik bertarikh.
Sekali lagi, rakyat lihat layanan dua darjat berlaku dalam perlaksanaan perintah kawalan COVID-19. Kemarahan rakyat adalah jelas ditunjukkan dalam Facebook Kementerian Kesihatan.
Teresa Kok


Ahli Parlimen Seputeh
22 Ogos 2020

Kenapa KKM baru maklum hari ini menteri bayar kompaun 7 Ogos?

Kenapa KKM baru maklum hari ini menteri bayar kompaun 7 Ogos?

(function() { var d = document, w = window; w

PENYOKONG UMNO, PAS BERBEZA PENDAPAT TENTANG MUHYIDDIN

  Minggu ini politik Malaysia digawatkan berkaitan hubungan politik antara UMNO dan Perikatan Nasional (PN). Pembentukan Kerajaan Perikatan ...