"NGOK - TANYA SOALAN PUN TAK TAU- BALIK BELAJAR KIRAAN" ! YB HULU TERENGGANU KENA SINDIR ?

Anwar bimbang kos tinggi jejas tarikan ke Langkawi berbanding Phuket

'Menteri pelancongan mana tak teman PM?' - Mas Ermieyati tanya Anwar


Ahli Parlimen Masjid Tanah, Mas Ermieyati Samsudin, mempersoalkan ketiadaan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Tiong King Sing di Dewan Rakyat hari ini, ketika Perdana Menteri Anwar Ibrahim menjawab soalan berkaitan isu pelancongan. Namun, Anwar secara bersahaja membalas bahawa beliau akan menyemak punca ketiadaan Tiong, sambil menyelitkan nada sinis dalam jawapannya.




Ucapan Anwaar Ibrahim di Majlis Perhimpunan Bulanan bersama warga Jabata...



Sewaktu berucap di Majlis Perhimpunan Bulanan Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri semalam, saya singkap dalam setiap pengalaman yang kita lalui, tersimpan pelajaran berharga yang membentuk kebijaksanaan dan kematangan kita sebagai sebuah kerajaan serta sebagai penjawat awam. Kita belajar daripada kesilapan, kita dengar suara rakyat, dan kita berani melakukan perubahan kerana tujuan kita jelas adalah memperkukuh tadbir urus, membanteras ketirisan, menentang rasuah, serta mengekang penyeludupan yang merugikan negara. Saya berdiri teguh memberikan sokongan penuh kepada semua badan penguatkuasaan yang berani bertindak tanpa gentar. Jangan takut dengan tekanan, jangan tunduk pada kuasa. Tiada sesiapa yang kebal di sisi undang-undang. Integriti mesti kekal sebagai nadi dan roh dalam setiap perkhidmatan awam. Kita juga harus insaf bahawa kekuatan negara bukan hanya bergantung pada ilmu dan kepakaran, tetapi pada nilai moral serta prinsip etika yang menjadi panduan dalam setiap tindakan dan keputusan. Marilah kita terus bekerja dengan tekad dan kejujuran, menjunjung amanah yang diberikan rakyat, demi keluarga, masyarakat dan masa depan Malaysia yang bersih, berintegriti dan bermaruah.


ZAMAN 33 BULAN 2.10...ANWAR NAIKKAN 2.40..2.70..SWKARANG 3.203.40..


Che Ibrahim


Harga pok segerap mana tu YB hanya RM2.70?? 


Ambo jual 3-4 hari lepas rm3.45 sekilo tak basi @ tak potong timbangan kerana air/basah.






MP PAS KEPANASAN HABIS DIPARLIMEN! SIAPA SURUH BAGI IDEA BANGGANG!

Pelan Kurangkan Pelepasan Karbon Kapal Terima Ugutan AS

 


Rangka kerja NZF akan mengenakan cukai ke atas pelepasan karbon yang melebihi paras tertentu, bagi mewujudkan tabung untuk memberi ganjaran kepada kapal rendah karbon serta membantu negara yang terdedah kepada perubahan iklim.

LONDON, 14 Okt – Agensi pelayaran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang merancang untuk mengurangkan pelepasan karbon sektor maritim mungkin tergugat pada saat akhir selepas Amerika Syarikat (AS) mengugut untuk mengenakan sekatan terhadap pihak yang menyokongnya.

Pelan yang diluluskan pada April lalu dijangka diterima pakai secara rasmi oleh ahli-ahli Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO) yang berpangkalan di London pada Jumaat ini, sebagai sebahagian daripada rundingan yang bermula pada Selasa.

Rangka Kerja Sifar Bersih (NZF) tersebut mengkehendaki kapal-kapal mengurangkan pelepasan karbon mereka secara berperingkat bermula tahun 2028 dan mencapai penyahkarbonan sepenuhnya menjelang 2050.

Rangka Kerja Sifar Bersih (NZF) tersebut mengkehendaki kapal-kapal mengurangkan pelepasan karbon mereka secara berperingkat bermula tahun 2028.

Namun, pada Jumaat lalu, AS mengancam akan mengenakan sekatan dan tindakan punitif lain terhadap negara yang menyokong rangka kerja itu, langkah yang berpotensi menggagalkan pelan berkenaan.

Diplomat tertinggi AS, Marco Rubio; Setiausaha Tenaga. Chris Wright dan Setiausaha Pengangkutan, Sean Duffy dalam satu kenyataan berkata, pentadbiran Presiden, Donald Trump menolak secara mutlak cadangan NZF tersebut.

Mereka mengugut akan mengambil pelbagai tindakan terhadap negara yang mengundi menyokong pelan itu, termasuk sekatan visa, larangan kapal berdaftar di negara berkenaan daripada berlabuh di pelabuhan AS serta hukuman perdagangan.

Pengaruh AS

Rangka kerja NZF menghendaki semua kapal menggunakan campuran bahan api rendah karbon atau berdepan penalti kewangan.

 

Pada April lalu, majoriti 63 negara ahli mengundi menyokong langkah itu, termasuk Kesatuan Eropah (EU), Brazil, China, India dan Jepun.

Sebanyak 16 negara menentangnya, termasuk pengeluar minyak utama seperti Arab Saudi, Russia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Negara-negara Kepulauan Pasifik memilih untuk berkecuali, dengan alasan cadangan tersebut masih belum cukup kuat untuk mencapai matlamat penyahkarbonan.

AS menarik diri daripada rundingan itu dan tidak mengulas lanjut sehingga minggu lalu.

Brussels pada Isnin menegaskan semula sokongan penuh negara anggota EU terhadap cadangan tersebut, begitu juga dengan Britain, menurut kenyataan kepada AFP.

Namun, menurut sumber, ancaman AS mungkin menjejaskan negara-negara yang lebih terdedah kepada pengaruh dan tindakan balas Washington.

“Kami kekal optimistik terhadap keputusan akhir, tetapi ia mungkin lebih sengit kali ini dengan risiko lebih tinggi negara memilih untuk berkecuali,” kata satu sumber Eropah kepada AFP.

Konsensus, yang biasanya menjadi kebiasaan dalam perhimpunan ini, sudah diketepikan.

Filipina yang mempunyai tenaga kerja maritim terbesar di dunia dan menyokong NZF pada April lalu dijangka paling terjejas akibat sekatan visa.

Negara-negara Kepulauan Caribbean, yang ekonominya bergantung pada pelancongan kapal persiaran AS, juga mungkin menjadi mangsa sekatan.

Dakwaan ‘scam iklim’ Trump

Apabila dihubungi AFP, Setiausaha Agung IMO, Arsenio Dominguez enggan mengulas secara langsung mengenai kenyataan AS, sebaliknya menegaskan beliau amat yakin terhadap undian NZF itu.

Rangka kerja NZF akan mengenakan cukai ke atas pelepasan karbon yang melebihi paras tertentu, bagi mewujudkan tabung untuk memberi ganjaran kepada kapal rendah karbon serta membantu negara yang terdedah kepada perubahan iklim.

Jika sistem harga global pelepasan ini diterima pakai, ia akan sukar dielakkan termasuk bagi AS.

Konvensyen IMO membenarkan negara penandatangan memeriksa kapal asing ketika berlabuh dan menahan kapal yang tidak mematuhi piawaian.

Sejak kembali berkuasa pada Januari lalu, Trump memansuhkan dasar iklim Washington, menolak isu perubahan iklim sebagai penipuan serta menggalakkan penggunaan bahan api fosil melalui langkah pelonggaran peraturan.




PMQT: Kibar Bendera Isr*el, Pamer Tulisan Hebrew Satu Pengkhianatan – PM Anwar

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga, Majlis Parlimen ke-15 Persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen pada 14 Oktober 2025. Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 14 Okt – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa perbuatan mengibar bendera Israel atau menampal dan mempamer pelekat bertulisan Hebrew, yang menyinggung sensitiviti rakyat dan bercanggah dengan dasar negara, tidak boleh diterima sama sekali.

Menganggap ia seperti satu pengkhianatan, Perdana Menteri bersetuju bahawa pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan sewajarnya terhadap mana-mana individu terbabit bagi memastikan ia menjadi pengajaran kepada semua pihak.

“Ini menyinggung perasaan khalayak dan bertentangan dengan dasar negara keseluruhannya. Ini dasar negara yang merentas parti termasuk soal bendera, walau apa pun matlamatnya, ia tetap salah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga, Majlis Parlimen ke-15 Persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen pada 14 Oktober 2025. Foto Bernama

“Mana ada negara di dunia yang ketika dijajah, rakyatnya mengibar Union Jack (bendera UK), bendera penjajah, dan ia akan dianggap sebagai pengkhianatan,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) berhubung pendirian kerajaan terhadap acara yang mengibarkan bendera Israel di negara ini.

Sebelum ini, polis telah membuka kertas siasatan berhubung isu pengibaran bendera Israel ketika “Program 500 Pelayaran Solidariti Kelantan untuk Gaza” mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.

Kebodohan penganjur amat ketara kerana memberi ‘penjelasan’ kononnya pengibaran bendera Israel hanya sebuah ‘lakonan’.

Polis juga menjalankan siasatan terperinci terhadap kenderaan pacuan empat roda yang didakwa menampal pelekat bertulisan Hebrew membawa maksud “Malaysia adalah Rumah Kita” atau “Malaysia di Tangan Kami”.


Kes Bunuh Pelajar: Motif Luahan Perasaan Ditolak Sedang Disiasat

 


Kes pembunuhan pelajar perempuan di Bandar Utama, Petaling Jaya dalam siasatan polis dari pelbagai aspek. Foto Saddam Yusof

PETALING JAYA, 14 Okt – Polis menjalankan siasatan berhubung dakwaan pelajar yang ditikam di sebuah sekolah menengah di Bandar Baru, di sini, hari ini, menolak luahan perasaan suspek.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, dakwaan berkenaan tersebar di media sosial dan ia turut berada dalam siasatan lanjut pihaknya.

Bagaimanapun katanya, perkara berkenaan perlu disiasat secara menyeluruh dan teliti.

“Proses siasatan masih lagi berjalan dan dilakukan secara menyeluruh namun apa sahaja maklumat perlu diteliti dahulu,” katanya di sini hari ini.

Kejadian berlaku di sebuah sekolah di Petaling Jaya kira-kira jam 9.30 pagi 14 Oktober 2025.

Terdahulu media melaporkan, pelajar lelaki berusia 14 tahun yang menikam pelajar perempuan berusia 16 tahun sehingga mati di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, di sini, dikatakan meluahkan perasaannya kepada mangsa malam tadi, namun ditolak.

Perkara itu didedahkan seorang pelajar di sekolah sama, sambil menyatakan daripada apa yang didengari, suspek dikatakan marah selepas pengakuan perasaannya kepada mangsa ditolak.

Media hari ini melaporkan, seorang pelajar perempuan maut dipercayai ditikam pelajar lelaki.

Shamsudin dilaporkan berkata, mangsa cedera ditikam di bahagian badan dengan beberapa tikaman dipercayai menggunakan senjata tajam.

KIOK IDEA MEZAH MINYAK MASAK

 Najib Bakar


Ketua Pembangkang sebut akan beri RM500 sebulan kepada rakyat yang memerlukan jika mereka perintah.






Tapi, beliau tak sebut kaedah nak dapatkan dana untuk membiayai idea tersebut.


Adakah melalui penjimatan?Pewujudan industri baru?


Atau akan menggunakan idea Ahli Parlimen Machang untuk mencetak duit?


Menurut data 2022, terdapat sejumlah 3.16 juta isi rumah dalam kalangan B40. 


Bermaksud, PN perlu mencari dana sebanyak RM1.58 billion sebulan atau RM18.96 billion setahun untuk menampung program ini.


Kalau idea mencetak duit dijadikan panduan, memang boleh bagi setiap isi rumah B40 sebanyak RM500 sebulan.


Alang-alang, disebabkan beliau bandingkan dengan SARA RM100 yang diterima oleh 22 juta rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas, eloklah bagi Rm500 sebulan kepada kesemua 22 juta rakyat Malaysia terbabit.


Tak banyak mana, RM11 billion ja sebulan atau RM132 billion setahun. 


Print la duit banyak-banyak, kan ka?


Cuma akan berlaku situasi sepertimana hyperinflation di Zimbabwe yang juga akibat daripada banyak mencetak wang.


Sampaikan satu tahap pada tahun 2008, USD1 bersamaan dengan 25 juta dollar Zimbabwe.


Gila, nak beli nasi kandaq pun kena usung cash bertambun.


Dengar macam best, RM500 sebulan. Ketika itu silap-silap RM500 yang kita akan dapat secara bulanan cuma bernilai RM5 sekarang.


🙈




PN MENUJU MELINGKUPKAN NEGARA


 

UNTUK MP YANG @#$$&-_(?...MAAUK ANGIN


 

BUAT AFNAN YANG TONGONG.

 

Ameno World


Kronologi.


2 Oktober - insiden berlaku






10 Oktober (Jumaat) - video leak, mak tahu sebab cikgu beritahu. Petang tu bawa anak, buat laporan polis. Polis dah buat kerja siasatan.


11 Oktober (Sabtu) - Jumpa semua suspect dah. PDRM tahan, buka kertas siasatan, mohon reman. Reman lulus sehingga 16 Oktober. Media dimaklumkan perihal kejadian.


12 Oktober (Ahad) - Menteri maklumkan perkembangan dari side KPM, situasi mangsa, tindakan & jabatan terlibat. Jawab soalan media mengenai SPM bagi 4 suspek direman. Afnan palatao desak buang sekolah sebab dia ingat sekolah bodoh macam dia.


13 Oktober (Isnin) - Pihak sekolah bermesyuarat, bincang hal ini yang mereka dapat tahu masa hari sabtu & ahad ketika sekolah ditutup. Masing² tengah serabut. Tertanya². Apa berlaku. Kenapa macam ini. Adoiyaii sekolah ku anak pelajar ku whyyyy... then pagi² masuk kerja terus mesyuarat. Ambil satu ketetapan. Pagi ini buat tindakan. Keempat² dibuang sekolah. Dah jadi kes polis. Perlakuan jenayah. Sekolah ikut SOP sedia ada. Dan, akan membantu siasatan. 


Yer, Afnan. SOP buang sekolah memang ada. Tapi itu ikut aturan. Bukannya jam 4 petang waktu cuti baca media, jam 4.10 petang, Pengetua dah siap surat, email & call mak bapa suspect, hi anak² you allll dah kena buang thehehehehee.... bukan macam tu ye tongong 🤭



KEMAIN WAN OAK YA...WAN OQL HIJAU.

 

Fawwaz Fadthil


Inilah bahana orang bodoh main facebook. Dah tua tapi fikiran masih jahil dan bodoh. 


Tah apa kena mengena qunut nazilah dengan kes sebegini?








HANG DOK CAKAP PANDAI..PONG PANG PONG PANG...NI HABUAN YANG DAPAT.KIOK.


 

PELAWOK


 

FADLI KUTUK MEZAH


 

TIADA YANG DISOROK BAWAH KARPET



Syam Ghaz


 Zaman dulu guru guru dan Pentadbiran simpan bawah karpet, zaman skrg lebih terbuka. Satu persatu kes diselesaikan, dan semua berani tampil bersuara bawa Isu Isu sekolah ke Kementerian, Polis dan Media Sosial.


Keterbukaan dan kecekapan Ketua Pengarah Pendidikan DR AZAM AHMAD  teruji, sebab dia amalkan sistem terbuka untuk menerima semua aduan dan kes untuk diselesaikan, bukan untuk disembunyikan dan bagi nampak elok atas kertas ja.


Reform habis habisan Dr, inilah masanya.







KEJADIAN BUNUH DI SEKOLAH.









 



BUKAN MANUSIA.. ATAU PENGARUH DADAH?


 Che Ibrahim} 


Perbuatan merogol, merakam dan menyebar perbuatan tersebut adalah satu jenayah yang tidak boleh dimaafkan. Tidak ada akal yang sihat akan membela perbuatan tersebut. 








Namun begitu, hak hak mereka sebagai manusia spt makan minum, tidur, mandi, beribadat dll tidak boleh dinafikan walaupun selepas mereka disabit kesalahan, apalagi dalam tempoh siasatan atau tahanan reman.


Ketika Maiz yang mengaku berzina menjalani hukuman rejam, ada seorang sahabat telah terkena percikan darah Maiz yg tersembur keluar akibat dilontar dengan batu, lalu sahabat tersebut telah "mengeji" Maiz dengan kata kata yang menghina, namun Rasulullah saw telah menegur perbuatan tersebut. 


Perbuatan jahat mereka tidak boleh menafikan hak mereka termasuk hak untuk menduduki peperiksaan SPM. Mereka mungkin boleh dilucut hak belajar di sekolah kerajaan @ buang sekolah, tapi hak mereka utk belajar dan mengambil peperiksaan, setakat ini tidak ada undang undang yang menghalang.



JOM BELANJA SATU LAGU.....KOTAK KASUT SUWEYYY


 

DIA ASKAR WATANIAH...NGAKU KAPITAN DALAM RISIK ASKAR...RUPANYA PIANG JA...


 

KESIAN JARGON..DIA TRY HARD LAM DEWAN DENGAN SOKLAN BODO BODO DIA...HANGPA GANTUNG WAT PA



 

JARGON..APA MACIAM ..SUDAH KENA TIEW OOOOO.,..


 

NAK MEMBANTU LEBIH LEBIH PUN, KAMI PROBONO...

 

Ariff Kadir Al Katami


Ya ampun. Kes rogol belum setel, dah keluar kes amang seksual dalam tandas sekolah kat Seremban. Ni kes bunuh pulak sesama pelajar sekolah. 


Kalau YBM KPM Fadhlina Sidek pasang cytro, boleh gak laa kami tolong jelaskan kat rakyat. Kami bukan team komen AI. Jgn risau. Kami organic & genuine. PM tepi.









HATI HATI DENGAN 8200


 

WOIII. 600 JUTA TU BANYAK WOIII... MAKAN TEPI KA LAGU MANA?


 Shahrul Syafie


600 juta itu dalam Ringgit Malaysia ya bukannya Rupiah. Hendak roboh Carcosa dan bina baharu ke? Nak buat bangunan kondo mewah ke dengan jumlah tu? Jumlah sebanyak itu bukan angka calang-calang.





Kena telus dengan rancangan ini. Takut orang tuduh kali ini ada parti cuba kumpul dana untuk PRU kurang dua tahun lagi tu. Kalau dulu mereka teriak pemerintah ketika itu projek bernilai tinggi demi mengutip dana parti. 


Jangan pula kali ini terjangkit buat benda yang sama. Nanti kalah senasib pemerintah dahulu, macam mana ya!



TIDOQ KENA PELUK.

 



Jika sebelum ini, suami isteri jarang sekali nak tidur berpelukan, mungkin sebab rasa rimas, panas atau apa juga alasan. Baik mulakan tidur berpelukan ini, mulai hari ini.

.

Ini kerana satu kaji selidik terbaru menunjukkan, pasangan suami-isteri yang tidur secara berpelukan setiap hari mendapat banyak kelebihan yang tersendiri.

.

Ia menambah keharmonian dalam rumah tangga serta menjalin hubungan perasaan dan perkongsian emosi antara suami isteri.Bahkan, sangat baik untuk kesihatan!

.

Berikut antara kelebihan tidur berpelukan bersama pasangan;

.

1. Mencegah Stress

.

Ketika tidur dengan seseorang yang anda cintai, ini boleh membantu meringankan fikiran dan mengurangkan tahap stres.

.

Apatah lagi jika akhirnya anda tidur berpelukan dan bercinta, manfaatnya boleh menjadi lebih dari itu.

.

Ini kerana pelukan dapat menghilangkan kesakitan dan membantu meningkatkan peredaran darah pada tisu-tisu lembut dalam tubuh badan.

.

2. Menaikkan Kadar Hormon ‘Oxytocin’

.

Hormon oxytocin dikatakan juga sebagai hormon cinta.

.

Apabila banyak hormon cinta dirangsang, maka bertambahlah kasih sayang dan ia dapat menghilangkan perasaan kesunyian atau kemarahan.

.

3 . Tidur Lebih Nyenyak

.

Jika anda sukar tidur, mintalah pasangan memeluk anda semasa tidur.

.

Kajian membuktikan, tidur berpelukan secara automatik membantu anda menyingkirkan masalah seperti sukar tidur (insomnia), merasa lebih relaks dan tidak memikirkan hal-hal lain dan membuatkan lebih cepat terlelap.

.

4. Baik Untuk Jantung

.

Tidur di samping pasangan juga baik untuk kesihatan jantung anda.

.

Oleh itu, anda rasa aman dan kehangatan menyebabkan jantung pada kelajuan normal, sehingga tidak menyebabkan ketegangan pada jantung anda.

.

5. Bangun Penuh Bertenaga

.

Kebahagiaan tiada habis ketika bangun tidur, anda tetap melihat pasangan di samping anda.

.

Malah, para pengkaji mendakwa, anda bakal merasakan tenaga positif yang melimpah dan bersemangat untuk bekerja.

.

6. Panjang Umur

.

Sebuah kajian menunjukkan, seseorang yang berehat di samping pasangan yang dicintainya dapat membuatkan otak, jantung, dan organ lain bekerja secara santai.

.

Akhirnya, tanpa disedari perkara ini meningkatkan umur anda.

.

7. Tanda Luahan Kasih Sayang

.

Pelukan adalah tanda luahan kasih sayang antara suami dan isteri.

.

Ia memperbaiki hubungan yang retak dan menyuburkan kasih sayang antara suami isteri serta meningkatkan kepercayaan pada pasangan.




SAKSIKAN PEMBELOT DIHUKUM MATI


Karipap Oksigen


 Pasukan Sayap Keselamatan Penentangan bergandingan Unit Sahem Polis Gaza melaksanakan hukuman mati secara terbuka terhadap beberapa ejen pengkhianat dan penjenayah dari keluarga Daghmash tajaan Israel di kawasan Sabra.






Hukuman dilaksanakan serta merta selepas operasi pembersihan besar-besaran yang berlangsung sejak semalam sehingga hari ini, berjaya memberkas sehingga 60 anggota penjenayah yang bersubahat dengan Israel.


Hasil operasi gempur ini juga mengakibatkan sepasukan anggota Unit Sahem gugur syahid, selain wartawan Saleh Al Jaafarawi dan anak lelaki kepada Pemimpin Hamas Bassem Naim.


Hukuman mati tersebut dilaksanakan di hadapan penduduk Gaza sebagai saksi dan pengajaran akibat berkhianat ke atas anak bangsa dan negara.


Video di komen. Yg lemah semangat tidak digalakkan tengok.




NI YANG DIKATA KAN BRIGED 8200 NI... ADA LAGI KOT.

 Sharifah Faraha dituduh miliki pistol, dipercayai dibekalkan kepada warga Israel


Seorang pegawai polis memberitahu Mahkamah Sesyen bahawa, beliau dimaklumkan mengenai penemuan sepucuk pistol di dalam sebuah beg galas berwarna hitam ketika serbuan dilakukan di sebuah rumah.


Baca berita penuh di ruangan komen.


Foto Bernama.







KAH KAH... TU PUN BUKAN MAIN.. ORANG NAIK PI KE LAUT.. KO NAIM LAM SUNGAI.. KIBAR LAK BENDERA DIA... APA PUNYA TURRR..


 

KEH KEH KEH KO BENGGONG RUOANYA.. PATUT DUKU PERNAH JADI TIMBlAN MENTERI KODNK KO DIAM SERIBU BAHASA.


 

PERTANYAAN TERKAIT PELAN DAMAI


 

TIDAK LAKSANAKAN TAPI PERKENAL ARAK TIMAH


Zainuddin Omar


 Ini saya setuju tetapi peliknya semasa pemerintahan PN selama 33 bulan kenapa tak buat? 






Kak Lah dan lebai-lebai yang menegur pakaian pramugari kenapa tak ubah semasa mereka memerintah. Begitu juga RUU355. 


Sama saja dengan sembang kencang Hamzah nak beri 22 juta rakyat Malaysia RM6000 setahun. Mana nak korek RM132 billion setahun? Dia sendiri tak sebut mana nak cari sumber kewangan. 


PN ni macam Jeb4t. Cakap kosong sahaja pandai.  


Kita Ahaks kan mereka. 


•••

KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen Perikatan Nasional menggesa Kementerian Pengangkutan menghentikan penyajian arak dalam penerbangan Malaysia Airlines, bagi menghormati agama dan sensitiviti majoriti rakyat.

Membangkitkan isu ini semasa perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2026 di Dewan Rakyat hari ini, Hasnizan Harun (PN-Hulu Selangor) berkata terdapat kewajaran untuk tindakan perubahan dilakukan.


“Saya melihat sendiri dan mendengar dilema yang dialami pramugara dan pramugari yang beragama Islam tetapi terpaksa menghidangkan sesuatu yang jelas haram dalam agama Islam.


“Begitu juga penumpang yang tidak selesa dengan situasi yang berlaku,” katanya.


Ini bukan kali pertama PAS membuat gesaan ini. Pada 2017, timbalan ketua Pemuda PAS ketika itu, Ahmad Fadhli Shaari, pernah membuat cadangan tersebut selepas seorang penumpang mabuk membuat gangguan dan menyebabkan pesawat MAS berpatah balik ke Melbourne.


Hasnizan berkata cadangannya bukan soal menafikan hak sesiapa tetapi menghormati agama dan sensitiviti majoriti rakyat.


Beliau menggesa kementerian agar penyajian arak dihentikan sepenuhnya dalam penerbangan Malaysia Airlines.




KIOK LA BERSATU

 Tarmizi Md  Jam


Macam tak percaya pulak YB Wan Faiysal @ Mat Jargon digantung keahlian sepenggal dan YB Wan Saiful dipecat keahlian drpd Bersatu. Eh betul ker nih? Takkan lah kesan doa Qunut Nazilah YB Jassin kat Parlimen dulu? Amacam?




NAK TANYA KENA BATANG HIDUNG

 


MELUDAH KE LANGIT


Tuituman ketika mencelah soalan tambahan kepada PM semasa PMQ bertanya sejauh manahkah boleh dipercayaI dengan Israel, beliau cuba menyentuh tentangan kesungguhan usaha Malaysia untuk selamatkan Palestin sampai jemput Donald Trump.


Untuk menyatakan keraguannya kepada Israel dan mengingatkan sikap bani itu Tuituman petik ayat Quran surah al Baqarah ayat 100 mencerita golongan yang mungkir janji dan tidak boleh dipercayai. Macamlah orang lain tak reti.


Cara Tuituman bertanya itu semacam hendak menempelak PM saja. Sebelum Tuituman nak tempelak PM dan kutuk Israel, cuba chek diri sendiri dulu, rasanya banyak kali juga Pas memungkiri janji ianji kerjasama politik sebelum ini, terbaru dengan Umno robohkan MN kemudian buat PN secara songsang.


Tidakkah Pas juga termasuk dalam golongan seperti dimaksudkan dalam surah al Baqarah ayat 100 itu. Tuituman jangan sembarangan petik ayat Quran nanti terkena ke batang hidung sendiri. 🤑Trims.