Zainuddin Omar
Ini saya setuju tetapi peliknya semasa pemerintahan PN selama 33 bulan kenapa tak buat?
Kak Lah dan lebai-lebai yang menegur pakaian pramugari kenapa tak ubah semasa mereka memerintah. Begitu juga RUU355.
Sama saja dengan sembang kencang Hamzah nak beri 22 juta rakyat Malaysia RM6000 setahun. Mana nak korek RM132 billion setahun? Dia sendiri tak sebut mana nak cari sumber kewangan.
PN ni macam Jeb4t. Cakap kosong sahaja pandai.
Kita Ahaks kan mereka.
•••
KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen Perikatan Nasional menggesa Kementerian Pengangkutan menghentikan penyajian arak dalam penerbangan Malaysia Airlines, bagi menghormati agama dan sensitiviti majoriti rakyat.
Membangkitkan isu ini semasa perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2026 di Dewan Rakyat hari ini, Hasnizan Harun (PN-Hulu Selangor) berkata terdapat kewajaran untuk tindakan perubahan dilakukan.
“Saya melihat sendiri dan mendengar dilema yang dialami pramugara dan pramugari yang beragama Islam tetapi terpaksa menghidangkan sesuatu yang jelas haram dalam agama Islam.
“Begitu juga penumpang yang tidak selesa dengan situasi yang berlaku,” katanya.
Ini bukan kali pertama PAS membuat gesaan ini. Pada 2017, timbalan ketua Pemuda PAS ketika itu, Ahmad Fadhli Shaari, pernah membuat cadangan tersebut selepas seorang penumpang mabuk membuat gangguan dan menyebabkan pesawat MAS berpatah balik ke Melbourne.
Hasnizan berkata cadangannya bukan soal menafikan hak sesiapa tetapi menghormati agama dan sensitiviti majoriti rakyat.
Beliau menggesa kementerian agar penyajian arak dihentikan sepenuhnya dalam penerbangan Malaysia Airlines.

No comments:
Post a Comment