QUNUT NAZILAH MEMAKAN PARTI DALAM PN

 

Ab Shukur Azhar


GEMPAR

Pengkhianat telah dikhianati. Apakah Kunut Nazilatun telah termakbul?


Mereka kelihatannya ‘bersatu’ tetapi disebaliknya mereka saling tidak mempercayai. Mari baca kesah ini…


__________________________


Selepas peperangan Uhud, Nabi ο·Ί memerintahkan Bani Nadhir (satu kabilah Yahudi di Madinah) keluar dari kota kerana mereka mengkhianati perjanjian dengan umat Islam.


Ketika itu, golongan munafiq (dipimpin oleh Abdullah bin Ubay bin Salul) berjanji kepada Bani Nadhir:


“Kalau kamu diusir, kami pun akan keluar bersama kamu; dan kalau kamu diperangi, kami akan menolong kamu.”


Namun Allah mendedahkan pembohongan mereka:


Firman Allah (al-Hashr:11–12):


“Tidakkah engkau melihat kepada orang-orang munafiq yang berkata kepada saudara-saudara mereka yang kafir di antara Ahli Kitab: ‘Jika kamu diusir, kami pasti akan keluar bersama kamu; dan kami tidak akan taat kepada sesiapa pun untuk menentang kamu. Dan jika kamu diperangi, kami pasti akan menolong kamu.’ Tetapi Allah menyaksikan bahawa mereka itu sesungguhnya pendusta.”


“Sesungguhnya jika mereka diusir, orang-orang munafiq itu tidak akan keluar bersama mereka; dan jika mereka diperangi, mereka tidak akan menolong mereka; dan jika mereka menolong, mereka pun akan berpaling lari kemudian, dan tidak akan ditolong (oleh sesiapa).”


Gambar dibawah tiada kena mengena


 dengan kesah di atas





No comments: