PRK DUN Sg Bakap : Peluang PAS tebus dosa kepada Chegu Bard


Mohd fairul al qasas


 PRK DUN Sg Bakap : Peluang PAS tebus dosa kepada Chegu Bard






Melihat kepada calon PAS yang baru diumumkan, tidak keterlaluan jika saya meminjam perkataan dari MB Sanusi, iaitu cokia. 


Biasanya dalam mana-mana PRK, parti bertanding akan meletakkan calon terbaik yang boleh menang.


Bila calon PAS diumumkan, keesokannya beliau teruk di troll. Seolah-olah seperti berulangnya PRK KKB dimana calon Bersatu kalah sebelum bertanding akibat beberapa masalah peribadi seperti kelulusan,  pengalaman kerja dan hutang.


Masalah calon PAS DUN Sg Bakap.

1. Tiada kelulusan tinggi. Dikatakan hanya ada sijil teknikal dan beberapa sijil kesihatan pekerjaan yang sesiapa sahaja boleh ambil.


2. Diumumkan ada ISO 14001 2015. 

Adakah individu dikurniakan dengan ISO?

Perkara ini paling banyak di troll di medsos.


3. Dalam sumbangan NGO, ada 7 perkara, 4 dari 7 tersebut adalah berkaitan dengan masjid sungai duri. Melihatkan terdesaknya calon PAS untuk mencantikkan profilnya.


Penasihat Masjid Sungai Duri

Pengerusi Masjid Sungai Duri

Timbalan Pengerusi Masjid Sungai Duri

AJK Masjid Sungai Duri


Jika inilah calon terbaik PAS, wajarlah PAS lepaskan kerusi tersebut kepada Bersatu dengan calon khusus kepada Chegu Bard. Kerana jelas calon PAS cokia.


Pada PRU-13, Anwar Ibrahim dalam usaha membantu Chegu Bard menang dan menjadikan beliau sebagai YB, maka PKR telah meletakkan Chegu Bard di DUN Sungai Acheh.


Namun, PAS telah mengambil langkah kianat seterusnya menyebabkan kerusi tersebut terlepas ke tangan UMNO. Maka gagal lah cita-cita Chegu Bard untuk menjadi YB.


Chegu Bard yang kini telah bersama PN dan aktif menyerang PHBN sewajarnya diberi peluang untuk bertanding di DUN Sungai Bakap yang kebetulan satu parlimen dengan DUN Sungai Acheh, iaitu Parlimen Nibong Tebal. 


Maknanya Chegu Bard bukan asing dikawasan ini. Chegu Bard ada pengalaman di sana.


Chegu Bard yang juga bekas guru, memiliki Diploma Perguruan dari Maktab Perguruan dan Master berkaitan Demokrasi dari Korea.


Profil Chegu Bard sangat sesuai menentang calon PH yang juga merupakan bekas guru.


PAS juga berpeluang menebus dosa mereka kerana khianat kepada Chegu Bard. 


Adakah PAS akan terus tamak atau mengambil sikap bertoleransi dengan rakan kerjasama politik mereka?


Sama-sama kita nantikan.


Fairul al Qasas 

Jengka



WOIII ISO TU MANGKOK JAMBAN PUN ADA... DIA BUKAN UNTUK MANUSIA, TAPI UNTUK SYARIKAT DAN BARANG... APA PUNYA LEKEH PN NI...

 






Zuwairi Mohd Yusof




TUKANG BACA.. SEMAK TAK PERNAH... APA LA LEKEH... DOSA TIPU BOLEH HAPUS KAH.??? 

ORANG SG BAKAP HARUS TOLAK... SITU TEMPAT PMX DILAHIRKAN.... 



Punyalah hancing Timbalan Presiden PAS pis pus ni entah gam apa dia hisap agaknya calon pun boleh ada ISO 14001,kikiki.Satu-satunya calon pilihanraya dalam dunia yang ada ISO 14001 🤣🤣🤣 https://x.com/lady_bugg11/status/1802329701568119102




Tiket Syurga dah ada.

Sijil ISO pun dah ada.

Sijil Halal akan datang. 

Cuma SPM je takde. 

Ahakkkk....🤣🤣🤣🤣


Certificate tu bunyi macam seminar kursus yg jenis sehari je! Sebab kantoi ujung title Cert tu ade sebut “…..Awareness..”! 





🤣 kantoi ! Nampak sangat itu jenis kursus sehari @ jenis seminar 3,4 jam ! Tak ku sangka Chemical Safety Awareness pun boleh jadi pencapaian.Masuk kelas tak sampai seminggu kot course tu😂


Ingat manusia ni standard operasi ke.Macam barang pulak di buatnya.ZIONIS PAS pis pus punya goreng.Dah boleh jadi calon PM11 ni si TITM PRU16 nanti bukan SANUSI dan SAMSURI apelagi SHUKRI RAMLI,kehkehkeh.Calon ada ISO 14001 yg di umumkan oleh mantan / bekas Menteri Alam Sekitar 😂 kerajaan tebuk atap,kahkahkah


p/s Jadi orang2 Sg Bakap jangan silap pilih undi calon buruk akibatnya zaman berzaman.ZIONIS PAS anggap calonnya seperti BARANG yang perlu ikut SOP bukan seperti WAKIL RAKYAT manusia biasa




3 SEN ITU BERNILAI 100 JUTA. NAMPAK 3 SEN TAPI PN TAK MAMPU ADAKAN TELUR DI ZAMAN MEREKA. JANGAN SEMBANG.


 Komen dari tulisan Shahbudin Husin... 




  3 sen tu bernilai 100 juta, keseluruhan subsidi mencecah 1 billion, lewat umum salah, PMX umum salah, lagipun subsidi di bawah PMX selaku menteri kewangan, xkan itu pun salah? Insya allah lepas nih banyak berita baik penjimatan subsidi dikembalikan kepada rakyat, makin meroyan haters PMX, nak gila tulih apa lepas nih?

Lagi hebat 33 bulan telur RM18 sepapan .... malahan hilang dari pasaran.Keh.. Keh.. Keh... 





SEKADAR TURUN HARGA TELUR TAK SEPADAN DENGAN KEHEBATAN SOSOK BERNAMA ANWAR



Kerajaan memutuskan harga runcit bagi telur gred A, B dan C di seluruh negara diturunkan 3 sen sebiji, bermula hari ini.


Penurunan itu, menurut Perdana Menteri adalah selaras dengan usaha mengembalikan hasil penjimatan penyasaran subsidi kepada rakyat,


Dengan penurunan itu,  Anwar Ibrahim berkata, harga runcit bagi telur ayam gred A, B dan C kini masing-masing adalah 42 sen, 40 sen dan 38 sen sebiji.


Tidak dipastikan sama ada penurunan harga telur yang diumumkan Perdana Menteri pada pagi Hari Raya Haji tadi melalui satu kenyataan media merupakan berita baik sebagaimana dimaksudkan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam pemberitahuannya pada 15 Jun lalu.


Jika itulah berita baiknya, ia bukan saja terlewat sehari kerana Fahmi berkata pengumuman berita baik itu akan dibuat pada 16 Jun, tetapi juga dirasakan terlalu minima bagi seorang Perdana Menteri hebat seperti Anwar.


Hebatnya Anwar sebelum bergelar Perdana Menteri, beliau dengan gagah mampu menurunkan sebuah kerajaan, malangnya setelah bergelar Perdana Menteri nampaknya hanya mampu menurunkan harga telur saja.


Memang tak sepadan  dengan kehebatan serta aura Anwar selama ini, patutnya yang diturunkan adalah harga barangan asas yang lain yang lebih menjadi keperluan rakyat dalam kehidupan seharian mereka.


Lebih-lebih lagi pengumuman turun harga telur itu dibuat di pagi Hari Raya Haji, ia langsung tak menambah kemeriahan sambutan daripada yang sepatutnya.


Sewajarnya Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu saja yang mengumumkan turun harga telur ini.


Lagi pun, janji turun harga telur tidak pernah diucapkan Anwar sepanjang liku-liku perjuangannya untuk menjejaki jawatan Perdana Menteri.


Yang kerap diulang ialah menurunkan harga minyak, namun malang sekali menaikkan harga minyak lebih mudah akhirnya daripada menurunkannya setelah kuasa ada dalam genggaman.


Dengan telur diumumkan turun harga, ia hampir tiada bezanya dengan kangkung turun harga di zaman Najib Razak sebelum ini.


Selain rakyat tidak ternampak kegembiraan yang ketara lantaran telur bukanlah makanan asas, sebaliknya penurunan itu lebih menjadi bahan untuk netizen lebih “ganas”  lagi menyindir Anwar.


Pelbagai “troll” ketika ini boleh ditemui di media sosial sejak Anwar mengumumkan penurunan harga telur sebanyak 3 sen pagi tadi.


Pokoknya bukan rakyat tidak bersyukur atau tidak berterima kasih, cuma ia keberanian yang terlalu minima bagi sosok Perdana Menteri hebat seperti Anwar yang selama ini dikhabarkan berjaya membawa masuk pelaburan ratus-ratus bilion ke dalam negara.


3 sen turun harga, makan roti telur atau maggi goreng telur mata atau telur separuh masak di kedai mamak pun rasanya masih kekal dengan harga lama.


Habis…camno??? - ShahbudinHusin17Jun2024.


https://shahbudindotcom.net/2024/06/17/menurunkan-harga-telur-tak-sepadan-dengan-kehebatan-sosok-bernama-anwar.html



JKOM YANG GAGAI.....HANGPA TAU KA HANGPA TAK GUNA SEDUIT PUN.

 

RMS

Pengumuman ini sepatutnya semalam, macam yang diumumkan Menteri Komunikasi.. tapi hari ini.. ni bukan kelemahan JKOM deh..

😇😇😇




ISO 14001 NI UNTUK SYARIKAT. BUKAN MANUSIA - PAS dan Calon Sg Bakap Tanpa Kaliber Akademik: Apa Ceritanya?





✍️ Saiful Nizam 


Kadangkala kebodohan sukar ditutup, lebih lagi apabila ada yang cuba mahu menonjolkan kelebihan tetapi semakin jelas ketara kebodohan yang ditayang!


Penamaan calon hanya akan berlaku pada 22hb Jun 2024 nanti tetapi Kerajaan Perpaduan dan Perikatan Nasional sudah membuat pengumuman calon yang bakal bertanding.


Namun ada persoalan besar..


Adakah PAS sengaja letak calon yang tak setanding langsung dengan calon dari perpaduan? Mungkinkah PAS nak bagi calon perpaduan menang supaya laluan PAS untuk menyertai kerajaan lebih mudah? Semakin kuat ura-ura yang sebut PAS akan buat u-turn dan sokong PMX.


Atau adakah PAS memang dah tak ada calon yang hebat, terutama dari segi kelulusan, pendidikan, dan pengalaman dalam pentadbiran? Adakah PAS ketandusan orang yang boleh diangkat sebagai pemimpin?


Lebih lagi PAS seperti menembak kaki sendiri dengan secara tidak sengaja melondehkan kekurangan calon mereka apabila menegaskan calon mereka mempunyai ISO 14001 tetapi tidak sedar bahawa ia hanya terpakai untuk syarikat, bukan individu.


Ini menunjukkan pimpinan PAS yang ada sebenarnya tak tahu apa-apa tentang pentadbiran dan hanya membawa negara ke arah kemunduran. Masih ada masa untuk PAS buat lawak terkejut untuk menukar calon sebelum 22hb.


Apakah Bersatu pula akan balas boikot kempen Sg Bakap sebagaimana yang PAS lakukan di Kuala Kubu Bharu tempohari?


Takdir..


#RakyatBijak #PilihPerpaduan



BIAQ BETOI LAWYER NI MERACAU HARI HARI....

 

Mula mula Matematik kantoi... Hang jadi lawyer apa ni.? Lawyer tipu tipu kot... Matematik kantoi... Keh.. Keh.. Keh.. 



No Name 

LAMAN Reformasi lawyer lembik ni pernah jadi pegawai khas Menteri Luar Negeri era Kerajaan Gagal. Tak pasti sama ada dia ada lobby jadi calon PRU 2022 atau tak, tapi lepas PN kalah PRU dan gagal tebuk atap, dia nye gile menjadi-jadi. 

Kat Twitter tu berkali-kali dia kena bahan je, harap nama peguam, tapi quality macam cytro picisan biasa je.

 

At one point dia kantoi pernah biar alamat pejabat dia digunakan oleh PPBM untuk mohon dana judi.



POLITIK SIAPA YANG RESAH?


 

BERSATU BAKAL HILANG WAKIL RAKYAT SENDIRI


 

ULANG BANYAK KALI. SEBAB WALAUN TAK FAHAM BAHASA.




 Untuk yang sibuk kata harga barangan keperluan akan naik sebab 𝗹𝗼𝗿𝗶 𝗴𝘂𝗻𝗮 𝗱𝗶𝗲𝘀𝗲𝗹, sila hadamkan informasi ini. Jelas tak? Kenderaan 𝘀𝗲𝗸𝘁𝗼𝗿 𝗹𝗼𝗴𝗶𝘀𝘁𝗶𝗸 masih dapat menikmati diesel pada harga lama, RM2.15.


Bagi sektor pengangkutan awam seperti bas ekspres dan termasuklah bas sekolah, harga diesel jauh lebih murah pada RM1.88 seliter. Dekat mana yang dikata 𝗵𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗯𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗻𝗮𝗶𝗸 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗻𝗮 𝗸𝗼𝘀 𝗻𝗮𝗶𝗸?


Sebab itu Ameer Mydin kata harga barangan 𝘁𝗮𝗸 𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂 𝗻𝗮𝗶𝗸 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗯 𝘁𝗶𝗮𝗱𝗮 𝗽𝗲𝗻𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗸𝗼𝘀. Malah Gabungan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia juga dah umumkan harga tambang bas sekolah 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗸𝗮𝗹.


Ada pentaksub 𝗣𝗠 𝘁𝗲𝗿𝗱𝗮𝗵𝘂𝗹𝘂 dakwa sebelum ini pun dah ada subsidi bersasar. Jadi aku nak tanya, pernah tak kita dengar 𝘀𝘂𝗯𝘀𝗶𝗱𝗶 𝗱𝗶𝘀𝗮𝗹𝘂𝗿𝗸𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗹𝗮𝗹𝘂𝗶 𝙛𝙡𝙚𝙚𝙩 𝙘𝙖𝙧𝙙 seperti sekarang ini? Cuba ingat. Ada tak?


Kalau ada, takkanlah begitu ramai yang bebal sampai tak faham bagaimana subsidi bersasar ini dijalankan. Sampaikan 𝗞𝗲𝘁𝘂𝗮 𝗣𝗲𝗺𝘂𝗱𝗮 sebuah parti tu sama naik dengan walaun dia punya bodoh tu.


𝗠𝗲𝗸𝗮𝗻𝗶𝘀𝗺𝗲 𝘀𝘂𝗯𝘀𝗶𝗱𝗶 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗮𝘀𝗮𝗿 yang sedang dilaksana ketika ini memang tak pernah dibuat oleh mana-mana pentadbiran sebelum ini. Yang ada dulu cuma bantuan tunai. Itu pun cuma pada B40, tapi tidak pada syarikat. Sebab tu dulu 𝗵𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗯𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗻𝗮𝗶𝗸 𝗺𝗲𝗻𝗰𝗮𝗻𝗮𝗸.


Dari isu ni, boleh nampak beberapa pemimpin yang mengaku cerdik, ada 𝘵𝘪𝘵𝘭𝘦 doktor, tapi sebenarnya IQ rendah. 𝗡𝗮𝗸 𝗳𝗮𝗵𝗮𝗺𝗸𝗮𝗻 𝘀𝘂𝗯𝘀𝗶𝗱𝗶 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗮𝘀𝗮𝗿 𝗽𝘂𝗻 𝘁𝗮𝗸 𝘁𝗲𝗿𝗺𝗮𝗺𝗽𝘂, apatah lagi nak pimpin parti?


Tauke pasaraya, pengusaha bas sekolah, pemandu lori dan banyak pihak dah akui 𝘁𝗶𝗮𝗱𝗮 𝗽𝗲𝗻𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗸𝗼𝘀 tapi orang politik yang berlebihan menafikan. Padahal ko tu bawak lori pun tak reti. Apa kes? Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



SETAKAT KECAM, MAKI PADA ANWAR, SIKIT TAK JADI KUDIA. KAMU TU HATI HATI. BELUM PEENAH LAGI WALAU SWHARI MASUK JEL.


 

SEMOGA PDRM SAMPAI DEPAN RUMAH KHAWARIJ MENTAKAB NI.







Isaarsy Morni


 Kita tengok setakat mana berani walaun ni. Esok hari raya tapi perangai mengalahkan Abu jahal. Mohon #pdrm melawat mentakab esok ek.


Nampak tak bahaya sikap khawarij dalam negara kita? Inilah ajaran sesat lagi menyesatkan. Jangan tutup komen mcm tok guru dia tu plak.



#PDRM : Ugutan terbuka untuk bakar Mydin oleh penyokong pembangkang


Dr Mazlee Malek







 Ugutan terbuka untuk bakar Mydin oleh penyokong pembangkang


Harap Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) boleh ambil tibdakan terhadap individu seperti ini sebelum terlambat.


Mungkin beliau anggap ianya sebagai ugutan biasa, namun kebanyakan aktiviti keganasan adalah disebabkan provokasi seperti ini dinormalisasikan.


Harap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dapat memantau pengguna maya yang bebas menormalisasikan ugutan keganasan seperti ini agar keamanan Malaysia tidak dirobek oleh ekstrimis dan pelampau agama.


Pihak MYDIN Malaysia juga harus tongkatkan keselamatan sebelum ekstrimis seperti ini menterjemahkan ugutan mereka ke kehidupan realiti.


Bersama kita perangi unsur keganasan, pelampau dan ekstrimisme.



ORANG YANG BUAT FITNAH, ANIAYA ORANG TAK AKAN DIPERMUDAHKAN.. AKAN ADA PEMBALASAN


 

KENYATAAN MEDIA PERDANA MENTERI*



Kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri telah menggerakkan Ops Tiris yang telah berlangsung sejak 1 Mac 2023 yang mana ia bertujuan bagi membanteras permasalahan penyelewengan minyak diesel bersubsidi tatkala ia memanfaatkan pihak yang tidak layak.


Sehingga 31 Disember 2023, sebanyak 6,441,118 liter minyak diesel dianggarkan berjumlah RM14,208,824.00 telah dirampas.


Justeru, atas hasil dan perkembangan yang baik dari ops tersebut, maka Ops Tiris 3.0 dijalankan dengan skop yang diperluas mencakup barang-barang kawalan lain iaitu gula putih bertapis (kasar dan halus), minyak masak bungkusan polibeg 1KG, petrol RON95 dan gas petroleum cecair (LPG).


Sehingga 14 Jun 2024, sejumlah RM12,956,089.96 nilai barang kawalan telah dirampas dengan diesel menjadi barangan kawalan yang tertinggi yang diseludup dan diseleweng.


Lantaran itu, Kerajaan Madani akan kekal komited menangani penyeludupan diesel sambil berusaha mengimbanginya dengan perihal bekalan dan kos sara hidup rakyat.


Subsidi tidak dihapuskan, tetapi apa yang dilakukan adalah memastikan pengurusan subsidi yang lebih cekap, tidak tiris dan sampai kepada kumpulan rakyat yang selayaknya. Malah, Kerajaan masih perlu menanggung sekitar RM7 bilion untuk subsidi berkaitan diesel di Semenanjung Malaysia.


Tujuan utama dalam dasar penyasaran subsidi diesel ini adalah memastikan pembaziran subsidi tidak lagi diteruskan sambil memastikan penjimatan mesti dipulangkan kepada rakyat terbanyak.


Hasil penjimatan daripada penyasaran subsidi ini tentunya akan dikembalikan kepada rakyat dalam bentuk pendidikan, kesihatan, pengangkutan awam dan lain-lain sektor yang memberi dampak terbesar kepada rakyat.


Selain itu, Kerajaan masih mengekalkan harga minyak masak sawit tulen kemasan botol pada harga RM6.90 (1kg), RM13.30 (2kg), RM19.60 (3kg) dan RM30.90 (5kg) sejak Kerajaan ini mengambil alih tampuk kepimpinan meski harga minyak sawit mentah (CPO) dunia meningkat melebihi harga ambang RM3,890/mt.


Sebagai contoh dengan harga CPO pada bulan Mac RM4,215/mt dan April RM4,256/mt, harga minyak masak sawit tulen 5kg boleh meningkat sehingga

RM33-RM35.


Perkembangan semasa menunjukkan berlaku penurunan kos input pengeluaran telur ayam khususnya bahan asas kepada makanan ayam.


Selaras usaha mengembalikan hasil penjimatan penyasaran subsidi kepada rakyat, Kerajaan memutuskan supaya harga runcit bagi telur gred A, B dan C di seluruh negara diturunkan 3 sen sebiji.


Kini, harga runcit bagi telur ayam gred A, B dan C masing-masing kepada 42 sen, 40 sen dan 38 sen sebiji berkuatkuasa mulai Isnin, 17 Jun 2024.


Penampungan subsidi keperluan makanan rakyat sebanyak 10 sen bagi sebiji telur ayam ini melibatkan perbelanjaan RM100 juta, manakala pada tahun 2023 peruntukan subsidi telur ayam adalah sebanyak RM927 juta.


Manakala harga runcit bagi telur di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan juga akan diselaraskan mengikut Bahagian dan Zon yang diwartakan.


Ingin saya tegaskan, masalah atau isu terkait kos kehidupan rakyat akan terus ditangani Kerajaan secara lebih proaktif dan berkesan sambil berusaha sebaiknya dalam memampan dampak yang buruk ke atas kehidupan harian rakyat.


 

ANWAR IBRAHIM

17 Jun 2024



GURU INI MEMBANTU PELANCONG TAIWAN.




 PASANGAN Taiwan yang menghadapi situasi cemas apabila tayar motorsikal mereka pancit di tengah jalan di kawasan pedalaman (Jalan belakang Keningau-Tawau) Sabah terharu menerima bantuan yang tidak disangka-sangka oleh seorang lelaki budiman.

🔷 Zoe, vlogger wanita itu mengatakan dia hampir menangis apabila ditolong tanpa diminta sebarang balasan. Motorsikal mereka diangkat menggunakan kereta 4WD milik lelaki itu dan di bawa ke pekan Nabawan.

🔶  “Mengapa mereka mahu membantu saya? Mengapa mereka mahu membantu saya? Saya hampir menangis,” katanya sebak dalam video tersebut.

🔶 “Mereka telah memandu setengah jam ke tempat kerja, kemudian memandu setengah jam lagi untuk membantu kami, dan sekarang mereka perlu memandu balik satu lagi setengah jam. Mereka benar-benar tidak mementingkan diri,” kata Zoe.

🔷 Apabila hendak membalas budi lelaki itu, Zoe menghulurkan wang namun lelaki itu hanya tersenyum dan dengan lembut menolak dengan baik.

🔶 "Tidak mengapa kerana kami orang Malaysia! Anda orang asing dan memerlukan bantuan. Ingatlah, saya dari kampung ini!” katanya.

_

Setelah mencari siapa gerangan lelaki ini, beliau adalah Cikgu Martin Majin. Terima kasih cikgu memberikan contoh pekerti yang terbaik.

.

"Cikgu Martin Majin tu dalam gambar....sebelum pindah ke KV Keningau, iya mengajar di KV Betong Sarawak dan KV Labuan....memang seorang yang sangat baik hati...pernah membantu di Tadika St Anne (Sekolah Mubaligh Kindergarten) untuk welding gate pagar walaupun dia seorang muslim....salah satu contoh masyarakat borneo yang hebat" - Tulis Sylvester Binson



FITNAH APA HARI INI.


Harakatdaily


 Pesuruhjaya PAS Perak kongsi cerita makan daging saudara sendiri.


“Tu makanan tradisi saya ketika pilihanraya,” ujarnya.




SG BAKAP, HUTAN PUN TAK DAK DAH... HANG NAK JAGA ALAM MACAMANA LAGI.. MAIN BACA SAJA.


 CALON PN ADA ISO 14001?


Anak Sg Derhaka



Wahhhh!! Hebat sekali Calon PN itu.. hebatlah sebab jadi manusia yang pertama dalam dunia ini dianugerah ISO 14001..


Sebab selama ini ISO 14001 tu hanya untuk firma atau kilang saja..


Apa itu ISO 14001?


"ISO 14001 is the internationally recognized standard for environmental management systems (EMS). It provides a framework for organizations to design and implement an EMS, and continually improve their environmental performance.:


Tuan Ibrahim pun.. main baca saja.. semaklah dulu apa yang nak dibaca tu...



KEH.. KEH.. KEH... PAK NGAN ANAK SAMA SEWEL. KALAU NAK JUAL UBAT KURAP SILA PAKAI BAJU

 

MSO


KALAU NAK JUAL UBAT KURAP SILA PAKAI BAJU



Siapa han dia ni, dia kata semua benda kerajaan PH buat tak ada berkat. Berkat itu apa benda broder? Berkat ke karat. Tolong difiniasikan apa maksud berkat itu baru boleh ulas.


Dia juga ungkit yang Anwar janji kalau menang hari ini esok harga minyak turun. Perkara itu dijadikan hujah untuk mengatakan Anwar bohong dan menipu. Dalam dunia politik tidak ada istilah menipu dan brrbohong sdr tok lebai dan ustaz juga tak terlepas berbohong menipu malah makan rasuah kalau dah masuk politik.


Maka jika hendak kritik dan tegur janji orang politik kena tegur semua jangan pilih kasih, buat hukuman biar adil dan saksama baru ada keberkatan. 


Mungkin sdr tidak ingat atau lupa pihak disebelah sana juga cakap bohong. Contohnya presiden parti Pas berjanji hendak laksana hukum huhud, sampai ke akhir janji itu tidak ditunaikan. Ke apa sdr tak ungkit?


Kenapa sdr tak unggkit cerita pembohonggan Hadi Awangg itu. 


Itu sebab kalau dibadan kita penuh dengan kurap,  panau jangan sesekali berniaga ubat kurau dan panau tanpa pakai baju atau jubah. Apakah sdr

 Pakai jubah labuh itu kerana nak lindungi rahsia badan sdr yang bdrkurap dan berpanau? Trims.



WALAUN REGA TELOQ TURUN LAGI. ZAMAN HANGPA JADI KERAJAAN TELOQ TAK DAK... NI ZAMAN MADANON NI, TELOQ TURUN. MAKAN TELOQ BANYAK SIKIT SUOAYA BANYAK PROTEIN DAN OTAK MENJADI LEBIH BIJAK.

 

Iswardy Morni


Bagi walaun yang tak sabar tanya apa pengumuman yang Fahmi Fadzil kata pm akan umumkan




Selaras usaha mengembalikan hasil penjimatan penyasaran subsidi kepada 

rakyat, Kerajaan memutuskan supaya harga runcit bagi telur gred A, B dan C di

seluruh negara diturunkan 3 sen sebiji.

Kini, harga runcit bagi telur ayam gred A, B dan C masing-masing kepada 42 

sen, 40 sen dan 38 sen sebiji berkuatkuasa mulai Isnin, 17 Jun 2024.

Penampungan subsidi keperluan makanan rakyat sebanyak 10 sen bagi sebiji  telur ayam ini melibatkan perbelanjaan RM100 juta, manakala pada tahun 2023  peruntukan subsidi telur ayam adalah sebanyak RM927 juta.


Manakala harga runcit bagi telur di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan juga akan diselaraskan mengikut Bahagian dan Zon yang diwartakan.



AKIBAT KENA PANAH PETIR..

 

Aiman Banna


Takpe, saya maafkan Ustaz Dusuki. 


Mungkin ada uzur, sebab kesan kena guruh halilintar sewaktu terawih yang dulu itu... 🥲




HAAAA... ISO 14001. TAHUN 2015.....NALA PUNYA LAMA WOIII....


 

WOIII SANUSI... NI APA YANG SAIFUDDIN KATA NI BETOI.. AYAQ TEMPAT HANG NI TAK DAK SEDIA...


 

TAK SALAH LAWAN PAS DAN LEBAI PAS YANG MENGAKU ULAMA NI.


 

ADA MASAALAH NI BERSATU DAN PAS


 

KEPALA BAPAK HANG SANUSI. SG BAKAP BUKAN TAK DAK AYAQ MACAM NEGERI HANG TAK DAK AYAQ.. BUKA PAIP ANGIN JA KLUAQ.. SG BAKAP AYAQ ADA TAPI PELAN.. PENANG TAK KEBULOQ AMBIK AYAQ DARI KEDAH SEBAB DAH BELI DARI PERAK. LRA KERIAN.. HANG SEKUPANG PUN TAK DAPAT.. BUKA MUKUG JA HASUT ISU PERKAUMAN....


 

KISAH PARALLEL PATHWAY. NI KOT 6 JAHANAM YANG DI SEBUT OLEH DR FARIDAH TU.



 Dato Zainal Omar mungkin dah lama tak get in touch dengan situasi pendidikan program kepakaran sekarang kot, sebab tu join sekapal geng yang nak hancurkan paralel pathway. Saya nak kritik sikit tulisan dato di Code Blue.



1. Program kepakaran luar negara mesti diiktiraf di negara mereka sendiri.


Siapa cakap tak diiktiraf? Jangan pening dato. Kelayakan tersebut diiktiraf sebagai exit exam kepakaran. Untuk menjadi pakar di sana pula, ia memerlukan tambahan komponen iaitu dengan menunjukkan tahap kompetensi. Ia dicapai melalui penilaian di tempat kerja. Ada beberapa kaedah yang dijalankan termasuklah penyeliaan dalam melaksanakan prosedur, perbincangan kes klinikal, maklumbalas dari rakan sekerja, penilaian berkala dengan penyelia dan lain-lain. Benda ni sama ja dengan program master dekat Malaysia. Bukan semata-mata berdasarkan peperiksaan ja. Jika tak diiktiraf, tak da lah ramai calon paralel resign dan kerja di UK.


2. Program paralel tiada latihan cukup dan menyalahi akta perubatan 1971 (akta 50) (pindaan 2012).


Mungkin dulu, ada masalah “fast track” di mana calon lulus exam sahaja terus dapat jadi pakar dan ia memang menimbulkan kegusaran dalam kalangan doktor lain. Tapi sekarang, majoriti program latihan dah ada struktur sendiri dato. Untuk perubatan dalaman, sekurang-kurangnya 4 tahun latihan. Untuk perubatan kecemasan sendiri perlu sekurang-kurangnya lima tahun (extra setahun berbanding master). Malah program paralel kardiotorasik juga mempunyai struktur mereka tersendiri. Kalau mereka bodoh-bodoh lulus FRCS(ed), tak kan ada dinasour bagi cadangan nak harmonikan kelayakan mereka dengan proses pemindahan kredit.


Selain latihan waktu program, setiap graduan paralel juga perlu menjalani sesi gazzetment minimum 6 bulan untuk memastikan tahap kecekapan mereka.


Isu jadi pakar segera tak timbul dato. Ambil contoh saya. Tahun ni adalah tahun ke 13 saya bergelar doktor dan ada 10 tahun pengalaman di Jabatan Kecemasan. Saya telah lulus FRCEM setahun yang lalu beserta ada fellowship special interest group dalam bidang wilderness medicine. Tapi, saya belum jadi pakar sah lagi kerana belum menamatkan latihan di ‘hospital tertiary’ seperti yang tertakluk dalam struktur program latihan kepakaran paralel. Di mana masalah tak da latihan seperti yang dato hebohkan?


3. Tiada regulasi program kepakaran


Maka sebab itu, KKM telah bekerjasama dengan Akademi Perubatan Malaysia untuk melakukan regulasi dan menetapkan standard untuk program kepakaran. Bawah Akademi Perubatan Malaysia, ada pelbagai kolej yang mewakili kepakaran. Tak kan nak bagi majlis profesor yang pengerusi dah pencen tapi masih gila guna gelaran nama profesor selesaikan benda ni kan. Jadi tepatlah, pihak akademi yang diberi tanggungjawab ni.


Kebanyakan kolej di bawah akademi telah mengeluarkan standard untuk latihan kepakaran dalam bidang masing-masing termasuk paralel pathway.


4. Perlu pengiktirafan MQA


CEO MQA, Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran, telah menjelaskan di media (bahkan ada hitam putih terdahulu tentang hal ini) bahawa MQA hanya terlibat dalam program akredetasi di universiti tempatan dan tidak terlibat dalam membuat sebarang pengesahan atau akredetasi untuk paralel pathway. MMC adalah badan bertanggungjawab dalam menyelesaikan masalah ini.


5. program paralel hasilkan pakar tidak berkualiti


Dato sekali lagi bercakap tanpa fakta. Cuba bagi berapa rekod kes mismanagement disebabkan pakar paralel berbanding pakar keluaran master?

Lagipun, program master jauh lebih muda berbanding program paralel. Lebih ramai pakar dihasilkan melalui program paralel sejak sekian lama termasuklah geng yang buat program master tempatan. Adakah mereka semua tak berkualiti?


6. Dato pernah memegang jawatan penting dalam kementerian dan MMC.


Isu ni isu lama. Kenapa sejak zaman dato pegang jawatan, tak pernah cuba selesaikan isu ni? Kenapa bila dah pencen, baru nak melenting?


7. Individu yang tak dipanggil, adalah orang penting dalam pendidikan perubatan?


Ye ke dato? Yang bangkrapkan universiti hingga gelapkan masa depan pelajar perubatan dan ribuan staf tu termasuk juga ke? Tapi kita move forward, boleh ja bagi mereka peluang. Tapi janganlah hentam program orang lain kalau program mereka sendiri baru bermula, tiada graduan dan tiada bukti berkualiti.


Apa-apa pun, selamat hari Raya Dato. Maaf zahir dan batin.


Dr Muhamad Na'im Ab Razak

MD (USM) MRCEM (UK) FRCEM (UK) FEWM FAWM.


Dah lulus exam tapi belum jadi pakar.



NOHHH ISO 14001...TAK DAK LAGI LAM DONIA....



Saha Mongkol


 30 tahun Incik Bidin maintain jawatan Eksekutif. 

Memang patut la Incik Bidin jadi manusia pertama di dunia dapat ISO 14001.


Demikianlah ..Incik Bidin dan ISO.



NASIHAT YANG BAIK. JANGAN DOM PERLI ORANG SUKA HATI



Pendakwah Teknology




 Saya ada terbaca komen ni yang ditulis oleh seorang individu. Komen ni secara amnya memerli aktiviti yang dibuat oleh kerabat diraja. Nasihat ikhlas saya kepada rakan-rakan sekalian, janganlah tulis komen sebegini. Ia akan mengundang masalah yang sangat tidak berbaloi untuk diri anda.


Saya faham kita sebagai manusia ada perasaan tak puas hati dan sebagainya dan kita ingin meluahkan rasa tidak puas hati tersebut. Tapi fikirkanlah sebaik mungkin, tak berbaloi kalau anda kena tangkap sebab isu 3R, ia akan menyusahkan anda. Hanya disebabkan komen yang suka-suka, ia boleh mendatangkan masalah pada diri anda. Kalau salah tarikh, tempat dan lokasi, anda mungkin kena habiskan masa, tenaga dan wang. Sangat tak berbaloi untuk satu komen atau posting, melainkan ada isu yang anda nak perjuangkan. 


Saya berikan nasihat ni sebab saya sendiri dah pernah kena. Sampai satu masa saya terfikir "untuk apa?...."



Tiga prinsip asas pemberian subsidi:


Nazri Hamdan


1. Subsidi mesti diberikan kepada perniagaan yang terlibat dalam perniagaan barangan dan perkhidmatan keperluan. Ini untuk mengurangkan impak inflasi


2. Subsidi mesti diberikan kepada warganegara sahaja.


3. Subsidi mesti diberikan kepada mereka yang layak sahaja dengan tahap pendapatan tertentu



SAH LAWYER NI TAK LULUS MATEMATIK. PATUT TAK PANDAI KIRA. TU PUN KEMAIN.

 


Betul ke mamat ni peguam? Setahu aku peguam orang yang cerdik. Tak pasti kalau 𝗹𝗲𝗺𝗮𝗵 𝗺𝗮𝘁𝗲𝗺𝗮𝘁𝗶𝗸 boleh jadi peguam.



Kos isi minyak pada harga lama RM688 (RM172 darab 4). Kos terkini RM1,072. 𝗣𝗲𝗿𝗯𝗲𝘇𝗮𝗮𝗻 𝗵𝗲𝗿𝘃𝗮 𝗹𝗮𝗺𝗮 𝗱𝗮𝗻 𝗯𝗮𝗵𝗮𝗿𝘂 𝗶𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗥𝗠384.


Dapat 𝗕𝗨𝗗𝗜 𝗥𝗠200. Jadi pertambahan kos sebulan adalah RM184 atau RM46 setiap kali dia isi minyak 𝘧𝘶𝘭𝘭 𝘵𝘢𝘯𝘬. Begitu cara kiranya.


Tapi bila hati tu ada niat jahat, dia pusing seolahnya belanja dia bertambah sebanyak RM872 sebulan.


Kalau rasa tak sanggup, 𝗷𝘂𝗮𝗹 𝗛𝗶𝗹𝘂𝘅 𝗯𝗲𝗹𝗶 𝗔𝘅𝗶𝗮. Minyak pun jimat. Jadi bila RON95 diapungkan juga nanti tak payah meroyan 𝘁𝘂𝗻𝗷𝘂𝗸 𝗯𝗼𝗱𝗼𝗵 𝘀𝗲𝗸𝗮𝗹𝗶 𝗹𝗮𝗴𝗶. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


KISAH CALON SG BAKAP. PAS NAK SOKONG PMX PULAK?

 

Desa HM


Tadi bersembang dengan sorang kawan lama... orang kuat Bersatu Selangor, asal dari Kedah...


Dia sentuh pasal calon PAS kat Sg Bakap.


Katanya... PAS memang sengaja letak calon koman, yang tak setanding langsung dengan calon dari PH/BN..


Dia bagi dua sebab.. 


Pertama. 

Mungkin PAS sengaja nak bagi calon PH/BN menang, jadi lps ni, laluan PAS untuk menyertai kerajaan perpaduan akan lebih mudah... banyak dah dok sebut, PAS akan buat u turn, mai sokong PMX... 


Kedua. 

PAS memang dah betul- betul tak ada lagi calon yang hebat-hebat, terutama dari segi kelulusan,  pendidikan dan pengalaman dlm pentadbiran... memang PAS sudah ketandusan orang-oranh yang benar-benar boleh diangkat oleh pengundi...


Kemudian aku pulak sambung... "Tu pun jangan... lambat siang, nk letak calon depa... hangpa ada ramai calon profesional hebat2, awat PAS tak bagi kat hangpa?"..


Sikit saja dia jawab... "hang tunggu tengok la.. apa yang berlaku kat KKB, akan berulang kat Sg Bakap pulak..."


Aku senyum jer... 


Malam-malam raya macam ni memang seronok buat aktiviti 'bakar membakar'..


🤣🤣🤣🤣🤣