PRK DUN Sg Bakap : Peluang PAS tebus dosa kepada Chegu Bard


Mohd fairul al qasas


 PRK DUN Sg Bakap : Peluang PAS tebus dosa kepada Chegu Bard






Melihat kepada calon PAS yang baru diumumkan, tidak keterlaluan jika saya meminjam perkataan dari MB Sanusi, iaitu cokia. 


Biasanya dalam mana-mana PRK, parti bertanding akan meletakkan calon terbaik yang boleh menang.


Bila calon PAS diumumkan, keesokannya beliau teruk di troll. Seolah-olah seperti berulangnya PRK KKB dimana calon Bersatu kalah sebelum bertanding akibat beberapa masalah peribadi seperti kelulusan,  pengalaman kerja dan hutang.


Masalah calon PAS DUN Sg Bakap.

1. Tiada kelulusan tinggi. Dikatakan hanya ada sijil teknikal dan beberapa sijil kesihatan pekerjaan yang sesiapa sahaja boleh ambil.


2. Diumumkan ada ISO 14001 2015. 

Adakah individu dikurniakan dengan ISO?

Perkara ini paling banyak di troll di medsos.


3. Dalam sumbangan NGO, ada 7 perkara, 4 dari 7 tersebut adalah berkaitan dengan masjid sungai duri. Melihatkan terdesaknya calon PAS untuk mencantikkan profilnya.


Penasihat Masjid Sungai Duri

Pengerusi Masjid Sungai Duri

Timbalan Pengerusi Masjid Sungai Duri

AJK Masjid Sungai Duri


Jika inilah calon terbaik PAS, wajarlah PAS lepaskan kerusi tersebut kepada Bersatu dengan calon khusus kepada Chegu Bard. Kerana jelas calon PAS cokia.


Pada PRU-13, Anwar Ibrahim dalam usaha membantu Chegu Bard menang dan menjadikan beliau sebagai YB, maka PKR telah meletakkan Chegu Bard di DUN Sungai Acheh.


Namun, PAS telah mengambil langkah kianat seterusnya menyebabkan kerusi tersebut terlepas ke tangan UMNO. Maka gagal lah cita-cita Chegu Bard untuk menjadi YB.


Chegu Bard yang kini telah bersama PN dan aktif menyerang PHBN sewajarnya diberi peluang untuk bertanding di DUN Sungai Bakap yang kebetulan satu parlimen dengan DUN Sungai Acheh, iaitu Parlimen Nibong Tebal. 


Maknanya Chegu Bard bukan asing dikawasan ini. Chegu Bard ada pengalaman di sana.


Chegu Bard yang juga bekas guru, memiliki Diploma Perguruan dari Maktab Perguruan dan Master berkaitan Demokrasi dari Korea.


Profil Chegu Bard sangat sesuai menentang calon PH yang juga merupakan bekas guru.


PAS juga berpeluang menebus dosa mereka kerana khianat kepada Chegu Bard. 


Adakah PAS akan terus tamak atau mengambil sikap bertoleransi dengan rakan kerjasama politik mereka?


Sama-sama kita nantikan.


Fairul al Qasas 

Jengka



No comments: