WAHAI TAKIYUDDIN...HANG PI PEMBOHONG OAKCIK OAKCIK BUAT BENDANG TU BUAT APA...DEPA BUKAN NAK KIRA KOS BAGAI...TAK KE NAYA ORANG KAMPUNG..KIOK.

 


Zulkafli Daud



Aduhai Tuan Loyar, 






Kalau Harga Padi diNaik RM3000 seTan, Harga Beras Borong Kurang2 kena tolak pintu kilang  RM 4800 - 4900 seTan. Harga Runcit pula mahu cecah  RM 5.50 Se kg. 

Sapa Nak Beli Beras Pesawah Malaysia. 


BERAS putih impot (5%) Paling Mahal sejak tahun 5 tahun lepas  pun tak pernah cecah USD 700 se tan.(Tak Sampai RM3000 se Tan.) Sekarang pun dijual di pintu Gudang RM2600 se tan. (2.60 se kg) 

Harga Runcit Beras Putih Import purata RM 3.00 - 4.00 se kg.


Bolehlah Cadang Beri Subsidi Beras. Tapi Cukup Duit kah nanti?

kalau beri subsidi 10sen /kg pun kpd 25juta B40+M40, kena siap duit Rm150juta setahun

Kalau beri Subsidi RM2.50 supaya B+M80 dapat beli Beras harga RM 3.00/kg, Kenalah PM baru siapkan RM3.75Bilion. setahun utk subsidi harga beras.

Jenuhlah  Korek....


Kenalah kira bagi munasabah sikit Tuan Loyar.

Lagipun, "Ecomically" Harga Padi Dan Beras Malaysia kenalah Kompetetif dgn negara Jiran yg kita import berasnya.


 Kalau tidak Tak Larat Nak Kepong Penyeludup nanti. 

Kalau satu Tan boleh untung RM1000 pun, Satu Treler 30 tan mau RM30Ribu Untung satu malam. Kalau sekali jalan 5 treler?.

Nanti Banyak pula Lesen Kilang padi tumbuh lebih Dari pokok padi...


Yang patut difikir adalah bukan Naikkan Harga Padi tetapi Turunkan Kos Pengeluaran Tanam Padi Dan/atau Naikkan Produktiviti per hektar.


Kenapa Harga Padi Negara yg kita import beras boleh Murah ;

- India  @ RM 1200 /tan

- Thailand @ RM 1200/tan

- Vietnam @ RM 1400/tan

(lebih kurang)


Mereka boleh Jual Murah sebab Kos Pengeluaran PadiBeras Mereka Murah. 


Purata Produktiviti (yield) per hektar mereka pun tidak jauh beza dengan pesawah Kita. (Purata Pengeluaran Padi kita sekitar 4 tan/ hektar)


ISU UTAMA Yang kita kena Fikir Bukan MENAIKKAN HARGA PADI, tetapi MENGURANGKAN KOS PENGELUARAN PADI... 

Dan Faktornya ada di dalam Bukan sangat di Luar.  


Mari duduk pakat cari jalan macam mana nak Kurangkan Kos Penanaman Padi. 

Kalau "SiamPH"  boleh buat, takkan "MelayuPN"  tak gheti buat.


Jalannya InsyaAllah Ada. 

Kenalah BerFikir  

Bukan BerPiket.


Usah Mempermain Emosi

PerBanyakkan Semai Motivasi


Kenalah  turun Bendang "Berbicara dengan Padi" 

Jangan turun Padang sekadar Pancing Undi


Janganlah menJanji BULAN 

Kalau Bulan itu di Atas Awan. 


Ayoh Kita Berpakat² Mencari Jalan.

Tiadalah Tuhan Turunkan Permasalahan Tanpa diKirimnya Jalan Penyelesaian. 


فإن مع العسر يسرا إن مع العسر يسرا





NAK JUAL SEKAMPIT BERAS BERAPA PULUH RINGGIT ?






 

Ini yang jadi jika PN naikkan harga lantai padi RM3,000 per tan

Oleh AHMAD MURSI

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan kata PN-Pas akan naikkan harga lantai padi RM3,000 dalam himpunan pesawah.

Ini bukti betapa pembohong dan tidak tahunya Pas mengurus ekonomi.

RM3,000 bagi setiap tan bersamaan kira-kira RM30 bagi setiap 10 kilogram.

Ini merupakan harga padi bukan beras, kerana ia termasuk sekali sekam, dedak dan beras hancur.

Pengilang mungkin dapat sekitar 65 peratus sahaja hasil beras daripada padi yang dibeli. Maksudnya, modal kilang sahaja dah ±RM46/10kg beras.

Kilang mana yang mampu menyerap margin negatif tersebut?

Berapa pula nak jual kepada pemborong dan peruncit? Harga di kedai jadi berapa? Harga beras tempatan sudah dikunci pada RM26/10kg.

Kalau harga lantai padi RM3,000, harga beras kena dijual sekitar RM60 ke RM70/10kg baru boleh lepas.

Jadi, PN nak naikkan harga beras lebih daripada RM26/10kg untuk rakyat beli ke? Beritahu awal-awal senang.

Saya syak Takiyuddin dan Pas ini sama ada berbohong atau memang jahil berkenaan perihal industri.

Mereka hanya boleh menang dengan tunggang agama atau fitnah, bukan dengan polisi dan kompetensi mengurus negara.



MACAMANA NAK MEMBELA NASIB MELAYU


 

SETELAH SOKONGAN DITAWARKAN KEPADA UMNO TIDAK DIHARGAI, APA KATA JIKA PN SOKONG PULA AMINUDDIN?

 



30 April 2026
Persoalan penting sekarang ialah sejauh manakah Aminuddin Harun mampu bertahan lagi sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan?
Ini berikutan UMNO Pusat tetap menyokong pendirian 14 Adun parti itu menarik sokongan terhadap beliau, meskipun UMNO juga mahu kerajaan perpaduan PH/BN terus dikekalkan mentadbir negeri itu.
Ertinya sekarang, kerajaan perpaduan PH/BN kekal mempunyai majoriti iaitu 31 daripada 36 kerusi (17 Adun PH dan 14 Adun BN), tetapi Aminuddin tiada lagi majoriti sebagai Menteri Besar.
Aminuddin hanya tinggal ada 17 sokongan daripada 36 Adun keseluruhan di negeri itu.
Dengan hanya disokong oleh 17 Adun PH, tetapi tidak lagi disokong 14 Adun UMNO, Aminuddin tiada lagi sokongan majoriti.
Yang boleh kekal sebagai kerajaan hanyalah kerajaan perpaduan PH/BN.
Dalam pertemuan antara Biro Politik UMNO dan Biro Politik PH yang dijadulkan selepas ini, ketiadaan majoriti dimiliki Aminuddin itu dijangka menjadi faktor penekan paling kuat untuk memaksanya berundur sebagai Menteri Besar.
Selain 31 Adun PH dan BN yang menyokong kerajaan perpaduan PH/BN dikekalkan, lima lagi Adun Negeri Sembilan diwakili oleh PN yang berada di blok pembangkang.
Mereka terdiri daripada tiga Adun PAS dan dua Adun Bersatu.
Semua Adun PN berkenaan, berikutan 14 Adun UMNO menarik sokongan terhadap Aminuddin sebelum ini, telah hadir dengan ikhlas hati menawarkan sokongan bagi membentuk kerajaan baharu bagi menyelamatkan keadaan.
Melalui sokongan yang ditawarkan itu, majoriti mudah iaitu 19 kerusi Dun (14 Adun BN campur 5 Adun PN) sudah diperolehi serta mencukupi untuk membentuk kerajaan negeri yang baharu.
Dengan itu, UMNO Negeri Sembilan kemudian tampil menyatakan mereka sudah ada majoriti mudah untuk mengambil alih kerajaan negeri serta segera memohon untuk mengadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.
Tetapi, melalui ketetapan mesyuarat Biro Politik UMNO malam semalam, UMNO jelas menolak tawaran sokongan yang ingin ditawarkan oleh PN itu.
Sombongnya…walhal melalui sokongan PN itu dan jika ia direstui oleh UMNO Pusat, selain kerajaan baharu boleh dibentuk di Negeri Sembilan, masa depan UMNO juga mampu mengorak ke arah lebih baik.
UMNO sebaliknya ingin kekal bersama PH dalam kerajaan negeri, meskipun DAP memiliki 11 daripada 17 kerusi dalam gabungan itu.
Yang tidak berubah pada UMNO hanyalah keinginan menukar dan menjatuhkan Aminuddin sebagai Menteri Besar.
Diperkirakan bahawa percaturan UMNO ini ialah mereka mahu dan merasakan mampu memiliki kerusi Menteri Besar Negeri Sembilan selepas ini.
Apa Aminuddin nak buat?
Apakah beliau nak duduk diam saja bila kerusinya ingin ditarik dan beliau sanggup jatuh ke lantai begitu saja?
Tanpa niat untuk mengajar, apa lagi menghasut, apa kata jika sekarang Aminuddin cuba mendekati PN agar menyokongnya pula untuk terus kekal sebagai Menteri Besar sehingga habis penggal.
Atau pun PN juga boleh tampil menawarkan sokongan kepada Aminuddin sebagaimana sebelum ini mereka telah memberi sokongan kepada UMNO, tetapi tidak dihargai.
Jika sebelum ini, UMNO Negeri Sembilan telah menerima sokongan 5 Adun PN itu, malah turut mengucapkan terima kasih, namun disebabkan sokongan itu kemudian diketepikan melalui keputusan Biro Politik UMNO, logiknya tentulah bukan suatu kesalahan jika Aminuddin mengambil sokongan yang ditolak oleh UMNO itu.
Sokongan itu boleh diberi dengan tujuan untuk kestabilan serta mengelakkan diadakan pilihan raya yang membazirkan wang rakyat.
Sebagai parti yang sentiasa memikirkan kepentingan rakyat, PN rasanya tiada masalah untuk berbuat demikian.
Yang penting, dengan adanya sokongan PN, Aminuddin mampu menyelamatkan diri dalam Sidang DUN akan datang jika ada usul tidak percaya mahu dibawa oleh UMNO.
Siapa yang patut dilabel gelojoh jika akhirnya Aminuddin dan PN dapat persefahaman begitu? - ShahbudinHusin 30 April2026.

Kenapa Kerajaan Madani Tak Berani Halang Pesta Air? | THE ZAID IBRAHIM PODCAST






Hamdan Bin Sarabani




 Raja Perlis mahu Perlis jadi macam Dubai. Bagaimana Kerajaan PN nak laksanakan? Pengerusi PN perlu jelaskan. Betul tak Tn Shahbudin Husin, YB Syahir Sulaiman , YB Afnan Hamimi Taib Azamudden ?




PAS TAK SETUJU AZMIN


 

𝗜𝗡𝗜 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗝𝗔𝗗𝗜 𝗝𝗜𝗞𝗔 𝗣𝗡 𝗡𝗔𝗜𝗞𝗞𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗟𝗔𝗡𝗧𝗔𝗜 𝗣𝗔𝗗𝗜 𝗥𝗠𝟯,𝟬𝟬𝟬 𝗣𝗘𝗥 𝗧𝗔𝗡


Ahmad Mursi



Taki kata PN-PAS akan naikkan harga lantai padi RM3,000 dalam himpunan pesawah. Naik dua kali ganda.
Ini bukti betapa pembohong dan tak retinya PAS urus ekonomi.
RM3,000 per tan maksudnya RM30/10kg. Ini harga padi, belum jadi beras — termasuk sekali sekam, dedak dan beras hancur.
Modal kilang beli padi je dah lebih harga kawalan jualan beras tempatan RM26/10kg di kedai.
Pengilang mungkin dapat sekitar 65% sahaja hasil beras daripada padi yang dibeli. Maksudnya, modal kilang sahaja dah ±RM46/10kg beras.
Kilang mana nak serap margin negatif tu?
Berapa pula kilang nak jual kepada pemborong dan peruncit? Harga di kedai jadi berapa?
Kalau harga lantai padi RM3,000, harga beras kena dijual sekitar RM60 ke RM70/10kg baru boleh lepas.
Jadi PN nak naikkan harga beras lebih daripada RM26/10kg untuk rakyat beli ke? Beritahulah awal-awal senang.
Masa PN-PAS Tebok Atap, tak naik pun harga lantai. Madani jadi kerajaan, barulah naik dari RM1,200 ke RM1,500.
PN-PAS hanya boleh menang dengan tunggang agama atau fitnah, bukan dengan polisi dan kompetensi mengurus negara.

Baru diterima semula, berlagak macam dia Presiden Umno





 


Pemuda AMANAH mengecam ahli Umno yang baru diterima semula menyertai parti itu, Khairy Jamaludin dengan menyifatkannya sebagai bercakap umpama dia presiden Umno.

Ketua Pemuda AMANAH, Senator Hasbie Muda berkata, KJ hanya baru sahaja diterima menyertai Umno tetapi apabila bercakap seolah-olah dia pemimpin parti itu.

“Baru masuk semula parti dah buat kenyataan macam dia presiden,” kata Hasbie (gambar atas) menerusi facebook beliau.

Bagi Hasbie, lama atau sekejap kerjasama antara Pakatan Harapan dengan Umno biarlah diputuskan oleh pucuk pimpinan parti bukannya ahli biasa yang tidak mempunyai sebarang jawatan.

“Lama atau sekejap biar pucuk pimpinan kedua-dua coalition putuskan. Bukan kuasa kamu,” kata Hasbie.

Dalam satu berita yang disiarkan, Khairy mendakwa, kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dengan Pakatan Harapan (PH) hanya sementara sahaja.

Khairy baru sahaja diterima semula sebagai ahli Umno selepas dipecat dari parti itu apabila mengkritik Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi secara terbuka menjelang pilihan raya umum ke 15 lalu.

Beliau juga kalah dalam PRU-15 lalu di kerusi Sungai Buluh.


KIOK..PUNYA BODO PIANG


 

RENTASAN 1812 | PANAS!! KES 61 TIKAMAN: KINI KESELAMATAN WANITA DI MALAYSIA SEMAKIN TERANCAM?


 

TERIMA KASIH & LANGKAH KE HADAPAN

 

Mohd Ridzuan Muhamad





Alhamdulillah. Terima kasih kepada JPS Kelantan dan Pejabat Ketua Jajahan Pasir Mas atas kepercayaan menjemput kami sebagai sebahagian daripada peserta dalam Mesyuarat & Bengkel Cadangan Pembinaan Lencongan Sungai Lanchang Lemal (PLSB Sungai Golok Fasa 1).
Ini bukan sekadar mesyuarat biasa.
1. JK Bertindak Banjir Rantau Panjang kini diiktiraf sebagai salah satu pemegang taruh.
2. Akhirnya suara rakyat bawahan mula didengari dalam meja perbincangan rasmi
3. Kita meraikan perbezaan pandangan, bukan menolaknya
4. Usaha ini membuka ruang untuk formula alternatif bagi menangani isu banjir di Rantau Panjang, Pasir Mas dan Tumpat.
5. Masa untuk berganding bahu, bukan berpolitik semata-mata. Ini adalah permulaan kepada pendekatan yang lebih inklusif — di mana pengalaman rakyat di lapangan diberi nilai dalam merangka solusi sebenar.
Terima kasih Malaysia MADANI.
Terima kasih Kerajaan Negeri Kelantan.
Terima kasih PETRA.
Terima kasih PMX.
Semoga usaha ini benar-benar membawa perubahan yang ditunggu sekian lama oleh rakyat di kawasan sempadan.
4.5.2026
Lawyer Wan
Next....

LAMA LAMA MELINGKUP


 

SALUR 100K


 

KESILAPAN BESAR UMNO


 

PULAK DAH.....





Norshidah Mohd Daud







 Dulu kita marah umngok habiskan duit cukai rakyat utk bayar cybertrooper

Skang lak, MADANI buat kerja yg sama
Sian aku tengok sekor2 dlm group ni yg hina mengemis duit camni
Plg kesian, dalam group tu ada beberapa ekor yg aku kenal
Sekor tu tua kutuk dah
Dah bertahun berhutang dengan seorang perempuan & terus block perempuan tu tanpa bg penjelasan & jawapan bila nk bayar hutang
Punya la bangsat idop dia
Aku AIM lama dah dia tu
Bukan sket2 dia punya hutang
Korang hati2 la, tolong AIM dia
Kerbau dipegang pada janji
Yg dlm group ni semua babi
Keja pemalas
Harap dok depan pone slurppppp MADANI tunggu gaji



Festival air bukan isu moral : MCA ‘sekolah’ Akmal


 


Naib Presiden MCA, Datuk Ir Lawrence Low membidas cadangan Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Akmal Saleh untuk membatalkan Rain Rave Water Music Festival 2026, dengan menyifatkannya sebagai tidak berasas dan berpotensi menjejaskan ekonomi negara.

Menurut Low, pendekatan menentang acara pelancongan berskala besar itu dilihat tidak konstruktif ketika Malaysia sedang berusaha merancakkan pertumbuhan ekonomi melalui sektor pelancongan.

“Acara seperti ini bukan hiburan semata-mata, tetapi strategi untuk menarik pelancong dan merangsang ekonomi negara,” katanya dalam kenyataan.

Low berkata bantahan terhadap festival itu mencerminkan pendekatan emosional yang tidak mengambil kira realiti ekonomi semasa, terutama ketika negara berdepan ketidaktentuan global.

Katanya, pelancongan kekal sebagai antara industri paling berkesan dalam menjana pendapatan segera kepada negara.

Menurut beliau, pada 2024 sahaja sektor itu menyumbang RM106.7 bilion kepada ekonomi Malaysia.

Beliau menjelaskan penganjuran festival di Bukit Bintang bukan kebetulan, sebaliknya lokasi strategik yang mampu memaksimumkan impak kepada ekonomi tempatan.

Katanya, acara seperti itu memberi limpahan manfaat kepada pelbagai sektor termasuk peniaga kecil, industri hospitaliti, pengangkutan dan peruncitan.

Low turut mengingatkan bahawa Malaysia menyasarkan 47 juta pelancong dengan hasil RM300 bilion menerusi kempen Visit Malaysia 2026.

Sehubungan itu, katanya, pendekatan kreatif dan acara berimpak tinggi perlu disokong, bukan ditolak tanpa asas kukuh.

Beliau menegaskan bahawa kepelbagaian budaya Malaysia seharusnya diraikan sebagai kekuatan dalam menarik pelancong global.

Katanya, bantahan berasaskan sentimen sempit bukan sahaja tidak membantu, malah berisiko menjejaskan imej negara di mata dunia.

Low menambah usaha pemulihan ekonomi yang sedang berjalan tidak wajar diganggu oleh cadangan yang tidak berpaksikan fakta dan kepentingan nasional.