ADA DUIT BELI KETA.....PERANGAI MELAYU


 

TEDIA AIHHH


 


ORANG DOK KATA ..NAK MUNDUR PILIH PAS


 

POOODAH...SEMBANG LA HANG. ORANG LOQ SETAQ. KATA MUKA TAK PERNAH NAMPAK PUN..


 

KEH KEH KEH


 

KELANTAN KENA TIRU SABAH DALAM MENUNTUT HAK ROYALTI


Che Ibrahim









Jika Pas yakin bahawa Kelantan berhak mendapat royalti minyak melalui Perjanjian Carigali Petroleum 1975, Kerajaan Kelantan hendaklah menuntut hak tersebut melalui mahkamah. 


Soal masa dan kos tidak berbangkit kerana amat berbaloi dengan apa yang bakal dapat seperti apa yang telah berlaku kepada Sabah selepas 60 tahun menanti.


Cuma ambo yakin Pas sendiri tidak yakin Kelantan berhak mendapat royalti petroleum kerana tidak ada telaga minyak yang diusahakan di perairan Kelantan. Yang ada hanya pertikaian istilah 3 batu nautika yang ditafsirkan mengikut selera masing masing. 


Semoga apa yang berlaku di Sabah menjadi perangsang kepada Pas untuk menuntut hak royalti petroleum, bukan sekadar bermain retorik puluhan tahun, rakyat terus digula gulakan dengan isu royalti sebagai bahan untuk menanam kebencian kepada musuh politik Pas.




PENGORBANAN ABANG DIHARGAI

 Skodeng Kreq


Di Thailand, sebuah majlis graduasi menjadi tumpuan ramai apabila seorang gadis bernama Ying Chanita, 27 tahun, melakukan sesuatu yang menyentuh hati semua yang hadir.




Ketika ramai pelajar meraikan kejayaan mereka sendiri, Ying memilih untuk menghargai insan yang paling berjasa dalam hidupnya iaitu abangnya sendiri.


Beberapa tahun lalu, keluarga mereka hidup dalam kesempitan. Wang yang ada hanya cukup untuk seorang anak meneruskan pelajaran.


Tanpa berfikir panjang, abang Ying membuat keputusan untuk berhenti sekolah supaya adiknya dapat belajar sehingga ke universiti.


Keputusan itu bukan mudah, namun dia sanggup bekerja kεras demi melihat adiknya berjaya.


Pada hari graduasi, Ying tidak dapat menahan sebak. Di hadapan ratusan orang, dia menang*galkan jubah konvokesyennya dan menyarungkannya ke bahu abangnya.


Dengan linangan air mata, dia kemudian berlutüt di hadapan lelaki yang telah meng0rbankan segalanya untuk masa depannya.


Suasana dewan ketika itu menjadi hening, ramai yang turut mengesat air mata menyaksikan detik penuh kasih sayang itu.


Bagi Ying, kejayaan yang dicapai bukan miliknya seorang tetapi milik abangnya juga.


Kredit : Xfiles



DUA TUMPUAN UTAMA PRN SABAH, 596 CALON SAH BERTANDING





 



15 November 2025


Kempen PRN Sabah bermula secara rasmi hari ini berikutan berakhirnya proses penamaan calon sebelum tengahari tadi.


Kesemua 73 kerusi DUN di negeri itu menyaksikan berlaku pertandingan dengan paling banyak ialah 14 penjuru iaitu di DUN Tulid.


Tiada pertandingan dua penjuru berlaku di mana paling sedikit berlaku pertembungan calon yang bertanding ialah 4 penjuru.


24 parti disahkan bertanding, termasuk calon-calon Bebas dan jumlah keseluruhan calon yang bertanding ialah seramai 596 orang.


Sementara Warisan mencatat rekod sebagai parti yang paling banyak meletakkan calon iaitu kesemua 73 kerusi, tetapi calon Bebas mencatatkan jumlah paling ramai sekali yang bertanding.


Dicatatkan seramai 74 calon Bebas bertanding pada PRN Sabah ke-17 kali ini.


Sekurang-kurangnya dua perkara menjadi tumpuan dan dinanti-nantikan pada PRN Sabah ini yang pengundiannya akan berlangsung pada 29 November depan:-


Pertama, parti manakah yang mampu memenangi paling banyak kerusi untuk menubuhkan kerajaan baharu nanti?


Mampukah mana-mana parti secara sendirian minima menang 37 kerusi bagi membolehkan mereka menubuhkan kerajaan secara sendirian atau apakah nanti akan berlaku penggabungan beberapa parti lantaran tiada yang mampu memenangi jumlah kerusi yang signifikan?


Berulang lagikah episod lompat-melompat parti selepas 29 November nanti?


Mampukah juga GRS yang sebelum ini merupakan kerajaan bersama PH mengekalkan kuasa mereka?


Ataukah Warisan lebih berpotensi menjadi kerajaan baharu?


Bagi UMNO dan BN pula, berpeluangkah mereka membuat kejutan dan kembali sebagai kerajaan?


Tumpuan kedua kali ini ialah sejauh manakah parti-parti lokal berjaya mendapat tempat di hati pengundi bersama slogan “Sabah For Sabahan” dan “Sabah First” yang agak menggegar sejak bahang PRN bermula?


Dalam ledakan gelombang “Sabah For Sabahan” dan “Sabah First” itu, apa pula nasib parti-parti daripada Semenanjung?


Paling dinantikan tentunya juga ialah berapakah jumlah kerusi yang bakal dimenangi oleh PKR/PH dan UMNO/BN kali ini?


Kemampuan memenangi kerusi oleh kedua-dua parti itu lebih menarik untuk dinanti kerana mereka adalah parti Semenanjung yang membentuk kerajaan di peringkat pusat.


Jika parti kerajaan seperti PKR dan UMNO tidak berjaya memenangi banyak kerusi, sebaliknya parti lokal yang tiada kaitan dengan parti Semenanjung lebih diberi sokongan, ia dengan jelas memperlihatkan isu-isu hak Sabah telah berjaya mempengaruhi sentimen pengundi.


Bergegar dan makin tegangkah hubungan Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu jika dominasi kerusi dimenangi parti-parti lokal?


Berbeza dengan parti Semenanjung lain seperti Bersatu dan Pas, ia tidak begitu menarik untuk ditunggu keputusannya kerana kedua-duanya bukan parti blok kerajaan.


Tidak menang banyak kerusi adalah lumrah, tetapi jika ada kejutan mampu berlaku, banyak perkara harus difikirkan selepas ini.


Yang pasti, tempoh dua minggu daripada sekarang iaitu sehingga hari pengundian pada 29 November akan datang, suhu politik Sabah akan terus panas, berapi-api dan menjadi kerugian jika diabaikan tumpuan. – ShahbudinHusin 15November2025.


https://shahbudindotcom.net/2025/11/dua-tumpuan-utama-prn-sabah-596-calon-bertanding/



PAS KINI JADI MASALAH KEMPEN PN DI SABAH.






“Exco Roti Gardenia. PALUI. Malukan diri sendiri.” - Ronald Kiandee, Pengerusi BERKECAI PN Sabah.


Exco PAS Kedah jadi punca PAS/ PN bakal kalah di PRN Sabah


Ada logo baru Pas di Sabah🤣



MEMANG LAMA TAK NAIK CUKAI. TAPI PENDAPATAN PUN TAK DICARI.

 


BUKA MULUT JA MUHONG

 


MENJADI HEEO MENJELANG PILIHANRAYA.


 Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyindir segelintir bekas pemimpin yang kini muncul sebagai ‘hero rakyat’ menjelang PRN Sabah, sedangkan ketika berkuasa dahulu mereka gagal melaksanakan tanggungjawab.






Katanya, ramai yang kini galak menuding jari, tetapi tidak bertindak semasa diberi kuasa. Beliau menegaskan kuasa bukan untuk memenuhi kepentingan diri dan keluarga, sebaliknya wajib digunakan untuk membela rakyat.


Anwar turut memaklumkan Kerajaan Persekutuan terus memberikan perhatian kepada pembangunan Sabah, termasuk peruntukan tertinggi dalam sejarah – RM6.9 bilion untuk Belanjawan 2026, serta pemberian khas interim RM600 juta di bawah MA63.


Beliau menyeru pengundi menilai rekod dan keikhlasan pemimpin, bukan hanya janji ketika pilihan raya.


Sumber: Awani



TAK DAPAT KUASA ,BIAR NEGARA MELINGKUP


  •  

KENA KAT BANGSA LAIN HANHPA DIAM


 

PAS KINI DIAM. MULA DIA SOKONG MEZAH..BILA GINI...PAS DIAM..ALMAKLUM..PARTI BERMUKA MUKA...

 BERSATU: Retak Menunggu Belah



Apa yang berlaku dalam BERSATU kini bukan sekadar isu pertemuan biasa, tapi cerminan kepada krisis kepercayaan dan pergelutan kuasa yang semakin parah. Surat rasmi bertarikh 18 November 2025, dikeluarkan oleh Pejabat Urus Setia Bekas Perdana Menteri Kelapan, menjemput semua Ahli Parlimen BERSATU ke kediaman Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara.






SEMUA AHLI POLITIK PERNAH MENJADI KERAJAAN. PILIJLAH YANG MAMPU MEMBELA NASIB RAKYAT



 

NOHHHHH


 

BUANG JAA KERJA


 

BUDAK PAS YANG TIADA ADAB DAN TIDAK KENANG JASA


Syam Ghaz



 Budak2 Pas yang tak tahu hargai jasa orang dan suka “gelar” “label” macam2 kepada lawan dia, tujuan takda benda lain nak buruk dan jatuhkan imej lawan.






Langsung tak bawa akhlak sebagai pengikut parti Islam.


Cuba tengok komen dia, duk label Pengerusi MADA, Datuk Dato Dr Ismail Salleh sebagai “Mail Kepala Paip”


Dia tak tahu ke Dato Dr Ismail lah yang berjaya bantu beratus buah rumah yang takda air yang tak boleh dibekalkan oleh Kerajaan Negeri, dengan cari bajet RM1.5 juta untuk buat sistem air tandak hingga air disalurkan ke semua rumah rumah berberapa buah kampung tu.


Kg tu takda air sejak dari Merdeka hingga diselesaikan. Bertapa banyak jasa dan pertolongan dia, sampai sekarang jika tanya penduduk kg tu berterima kasih pada Dato Dr Ismail.


Budak Pas tak berberapa cerdik dan tak tahu asal usul cerita je nak “gelar” kat orang.




NOHHH....MATI ORANG PENANG....SEBENARNYA PROSES MENGAMBIL AIR DARI SG KERIAN TELAH LAMA DIJALANKAN.


Che Ibrahim.


 Tuntutan/saman Kedah ke atas Pulau Pinang akan dimulakan serentak dengan kambus Sungai Muda. 


- cif un






INFAQ DEMI TAR SENIK


Norshidah Md Daud



 Harini dah 14hb...





Kena bayar 20hb...


Infaqla korank semua demi keterangan kubur kelak


Jgn nnt menyinggah kt kubur hakak lak sebab kubur korang gelap


Hakak ni kt dunia pun kedekut, alam kubur pun sama


Sorry ehhh nak menumpang cahaya dalam kubur nanti


P infaq sekarang





UPKO LONJAKKAN LAGI SENTIMEN SABAH FIRST, DIJANGKA MAMPU MENANG BANYAK KERUSI



11 November 2025


Semalam, Perdana Menteri menyifatkan tindakan Presiden Upko, Ewon Benedick meletakkan jawatan menteri sebagai keputusan terburu-buru.


Ini kerana menurut Anwar Ibrahim, kerajaan masih belum membuat keputusan sama ada mahu merayu atau tidak terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu mengenai isu pemulangan 40 peratus hasil negeri Sabah.


“Ewon sepatutnya meneliti perkara itu terlebih dahulu.


“Sebagai pemimpin, kita tak boleh terburu-buru. Kita kena dengar dulu dan mesti tahu juga perlembagaan serta proses yang  mesti dilalui,” ujarnya.


Katanya lagi, kabinet akan memutuskan hari ini  sama ada untuk membuat rayuan atau tidak terhadap keputusan mahkamah itu.


Serentak itu, Anwar juga berkata, beliau secara peribadi  lebih cenderung agar kerajaan tidak merayu keputusan Mahkamah Tinggi itu.


Adakah Ewon terburu-buru?


Meskipun dengan kenyataan Anwar itu, selain Ewon tetap tidak berganjak daripada keputusan meletakkan jawatan, ketetapan mesyuarat Upko petang semalam turut memutuskan untuk parti itu keluar meninggalkan PH secara serta merta.


Bermakna, PH kini bukan saja kehilangan satu anggota komponennya, bahkan PH Sabah yang sedang berdepan PRN Negeri, 29 November depan juga kehilangan penerajunya.


Ia berikutan Ewon yang merupakan Ahli Parlimen Penampang dan Adun Kadamaian adalah Pengerusi PH Sabah  ketika ini.


Berdasarkan tindakan Ewon meletakkan jawatan dan kemudian membawa Upko yang diterajuinya keluar PH, ia sebenarnya bukanlah keputusan terburu-buru.


Sebaliknya kerana beliau meletakkan jawatan itulah yang membuatkan Anwar bersuara berkenaan pandangan peribadinya serta segera menentukan sama ada kerajaan mahu merayu atau tidak keputusan mahkamah itu diputuskan oleh mesyuarat kabinet pada hari ini.


Jika Ewon tidak meletakkan jawatan, mungkin sampai sekarang tiada apa-apa respon daripada kerajaan berhubung keputusan mahkamah berkaitan 40 peratus hasil Sabah itu.


Hakikatnya, tindakan Ewon meletakkan jawatan telah memberi kesan yang besar kepada isu pemulangan 40 peratus hasil Sabah itu.


Keputusan Upko keluar PH pula pasti mendatangkan kesan yang lebih besar lagi. 


Bermakna, jika kabinet hari ini memutuskan untuk merayu dan mengabaikan pandangan peribadi Anwar supaya rayuan tidak dilakukan, risiko lebih besar bakal menimpa parti-parti Semenanjung dalam PRN Sabah nanti.


Dalam hal ini, dengan keputusan Upko keluar PH, peluang parti itu memenangi lebih banyak kerusi pada 29 November depan adalah amat cerah.


Upko sebelum ini dilaporkan mahu bertanding lima kerusi Dun, tetapi selepas kedudukannya yang bebas daripada PH sekarang, besar kemungkinan mereka akan bertanding lebih banyak kerusi lagi.


Kalau pun lima kerusi ditandingi, jangan terkejut jika Upko mampu menang kesemua kerusi ditandinginya.


Di mata pengundi Sabah, Ewon dan Upko dengan slogan “Sabah First” adalah hero yang dinanti-nantikan. – ShahbudinHusin 11November2025.


https://shahbudindotcom.net/2025/11/upko-lonjakkan-lagi-sentimen-sabah-first-dijangka-mampu-menang-banyak-kerusi/