RAJA DR NAZRIN PERLI UMNO /BN



Hilang pedoman punca empayar jatuh-Nazrin


20/03/2008 3:00pm

IPOH 20 Mac – Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah bertitah, sikap pemimpin yang hilang pedoman ketika berkuasa adalah punca kejatuhan sesebuah empayar dan negara sebagaimana yang tercatat dalam sejarah.


Menurut baginda, sejarah turut mencatatkan ramai insan yang mendapat peluang menjadi pemimpin tetapi hanya sedikit di kalangan mereka yang berjaya mencipta sejarah dan membina tamadun bangsa.


``Ada di antaranya yang terleka, ada yang tersalah haluan, ada yang tersalah diberi nasihat, ada yang tersalah langkah dan ada yang tersalah perkiraan.


``Justeru, sejarah berkaitan kepimpinan dan pemimpin itu sewajibnya dijadikan asas rujukan oleh ummah hari ini bagi mempelajari daripada kesalahan dan menjauhi daripada mengulangi kesilapan yang sama,'' titah baginda semasa merasmikan sambutan Maulidur Rasul di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.


Putera sulung Sultan Azlan dan Tuanku Bainun itu diisytihar sebagai Raja Muda Perak pada 15 April 1984, kira-kira dua minggu selepas Sultan Azlan ditabal sebagai Sultan Perak.Raja Dr Nazrin menerima pendidikan awal di St. John's Institution, Kuala Lumpur dan memiliki Sarjana Muda (Kepujian) dalam Falsafah, Politik dan Ekonomi dari Universiti Oxford, Sarjana dalam Pentadbiran Awam dari Kennedy School of Government, Harvard University dan ijazah Doktor Falsafah dalam Ekonomi Politik dan Kerajaan, Universiti Harvard.


Baginda dilantik sebagai Duta Kewangan Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia (MIFC), merupakan Pro-Canselor Universiti Malaya sejak 1989 dan pengerusi Lembaga Pengelola Kolej Melayu Kuala Kangsar serta menerima jemputan menjadi Fellow Eminent Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (Isis) Malaysia berkuatkuasa 1 Mei, 2007.Baginda melangsungkan perkahwinan dengan Tuanku Zara di Istana Iskandariah, Bukit Chandan, pada 17 Mei 2007.

KETUA MENTERI YAB SDR LIM GUAN ENG HADIR DI SAMBUTAN MAULIDUR RASUL.YB MOHD FAIROS KETUAI PERARAKAN




SEBERANG JAYA 19 HB- Ketua Menteri YB Sdr Lim Guan Eng hadir bagi upacara sambutan Maulidurrasul di Seberang Jaya. Kehadiran beliau di sambut dengan puluhan jurugambar yang tidak menyangka akan ketibaan beliau ke Majlis sambutan . Majlis di dahului dengan perarakan badan-badan kerajaan Persekutuan ,Negeri dan juga majlis-majlis Tempatan. Turut serta ialah TYT Dato Hj Abdul Rahman Abbas.



Sementara itu, YB Mohd Fairos merangkap Timbalan Ketua Menteri pula memulakan upacara perarakan dengan disertai ribuan rakyat dari berbagai jabatan dan agensi kerajaan dan swasta dan orang ramai yang menghadirinya.Sambutan yang pertama kali diadakan diseberang Jaya ini mendapat sambutan yang cukup meriah.

















GADIS-GADIS MANIS INI JUGA TURUT MEMERIAHKAN MAJLIS


Majlis bermula dimasjid jamek Seberang Jaya dan berakhir di tapak pesta Seberang Jaya yang kebiasaannya hanya digunakan untuk tujuan pesta dan juga pameran dan EXPO, kini telah digunakan sebagai tapak untuk sambutan Maulidurrasul peringkat negeri Pulau Pinang .

Sementara itu UMNo juga dijangka mengadakan sambutan Maulidurrasul di masjid Negeri, namun sebaran SMS tersebut telah mendapat perhatian polis dan pihak Polis telah meletakkan pasukan keselamatan menjaga kawasan tersebut. Bak kata pepatah Sdr Mat Sabu"Biar orang-orang UMNO rasai pula gas pemedih mata dan juga air asid dari water canon .Itu pun kalau mereka berani sebagaimana yang telah lama kami alami sebelum ini" demikian jelas beliau secara berseloroh.