ANWAR DITEMANI PENGAWAL PRESIDEN TURKI KETIKA RIADAH



YB Dato' Seri Anwar Ibrahim : Mencuri masa antara mesyuarat untuk bersiar-siar dan senam kaki sambil ditemani pengawal pengiring Presiden Recep Tayyip Erdogan di Istanbul - AIC

Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang, orang berdiri dan luaran


Wanita DAP Selangor ucap takziah pada keluarga mangsa serangan masjid di NZ


Wanita DAP Selangor menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Mohd Haziq Mohd Tarmizi yang terkorban dalam serangan keganasan di dua masjid di Christchurch, New Zealand minggu lalu.
Menyifatkan serangan tersebut sebagai tindakan tidak berperikemanusiaan, Setiausaha Publisiti Wanita DAP Selangor, Michelle Ng berkata, pihaknya mengutuk sekeras-kerasnya insiden tersebut.
Setiausaha Publisiti Wanita DAP Selangor, Michelle Ng – Gambar Facebook
“Pihak kami juga mendoakan semoga mangsa-mangsa yang lain iaitu saudara Mohd Tarmizi Shuib, bapa kepada Mohd Haziq, saudara Rahimi Ahmad dan saudara Mohd Nazril Hisham Omar dipelihara kesihatan dan cepat sembuh,” katanya dalam kenyataan.
Selepas hampir seminggu pencarian dilakukan, Mohd Haziq, 17, yang hilang sejak Jumaat lepas disahkan telah meninggal dunia.
Mengulas lanjut, Michelle yang juga Adun Subang Jaya berkata, Wanita DAP Selangor sentiasa menyokong keamanan dan menggesa rakyat Malaysia agar saling menghormati antara satu sama lain.
“Marilah kita saling menolak sikap prejudis dan lebih menumpu usaha untuk mengalakkan keharmonian.
“Apabila kita bersama-sama mengutuk kebencian dan saling menghargai kepelbagaian, kita akan dapat mencapai keamanan.
“DAP Wanita Selangor menyeru agar semua rakyat Malaysia bersama-sama bersatu padu dalam melaksanakan cita-cita yang kita ingini,” ujarnya.

PRK RANTAU: DR STRERAM YAKIN MENANG JIKA PH KERJA KUAT