RAFIZI SUDAH KEMBALI BERTUGAS HARI INI – CHANG

 

RAFIZI SUDAH KEMBALI BERTUGAS HARI INI – CHANG

Gambar ARKIB. Sumber: BERNAMA

PUTRAJAYA: Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli kembali bertugas hari ini selepas dilaporkan mengambil cuti panjang.

Perkara itu disahkan Naib Presiden PKR yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang.

“Pagi tadi saya ada bersama dengan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim), Rafizi dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, dalam satu perjumpaan dengan bekas Perdana Menteri Jepun Kishida Fumio, di Pejabat Perdana Menteri.

“Jadi ya lah, memang sah beliau (Rafizi) sudah mula bekerja,” katanya kepada media selepas pelancaran Program Innovathon Musim Ketiga, di sini hari ini.

Terdahulu, media melaporkan desas-desus mengenai Rafizi yang didakwa mengambil cuti panjang telah mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan akar umbi parti, terutamanya ketika proses Pemilihan PKR 2025 sedang berlangsung di seluruh negara.

Anwar pada Jumaat lepas dilaporkan berkata tindakan Rafizi yang didakwa mengambil cuti panjang tidak perlu dijadikan isu, sebaliknya cuti yang dimohon Ahli Parlimen Pandan itu hanyalah beberapa hari, bukan sehingga hujung bulan seperti dilaporkan media massa.–AlHijrah Online




PENCAPAIAN TERBAIK RAFIZI



Berikut ialah pencapaian terbaik YB Rafizi Ramli sejak menjadi Menteri Ekonomi dalam kerajaan perpaduan (Madani):




1. Pelaksanaan Pangkalan Data Utama (PADU)


PADU (Pangkalan Data Utama) dilancarkan pada Januari 2024 sebagai sistem menyeluruh untuk menggabungkan data isi rumah rakyat.


Ia membolehkan penyaluran subsidi secara bersasar, menggantikan sistem subsidi pukal yang boros dan mudah bocor.


Menjadi asas kepada pembaharuan ekonomi berdasarkan data, dan digunakan dalam penilaian kelayakan bantuan, subsidi diesel bersasar, serta perancangan dasar sosial.


2. Penstrukturan Semula Subsidi Secara Bersasar


Rafizi memainkan peranan penting dalam usaha menstruktur semula subsidi diesel, bermula 2024.


Ini mengurangkan ketirisan dan aktiviti penyeludupan, serta menjimatkan perbelanjaan kerajaan untuk digunakan semula kepada bantuan golongan rentan.


Subsidi disasarkan kepada pengguna sebenar melalui sistem yang dihubungkan dengan PADU dan MySubsidi.


3. Dasar Ekonomi MADANI dan Pelan Pelaksanaan


Rafizi merupakan arkitek utama Kerangka Ekonomi MADANI yang dilancarkan Ogos 2023.


Ia menumpukan kepada:


Peningkatan gaji median,


Peningkatan kadar penyertaan wanita dalam tenaga kerja, dan


Menarik pelaburan berkualiti tinggi ke dalam negara.


Disokong oleh:


NETR (Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga) – menjadikan Malaysia pusat tenaga boleh baharu,


NIMP 2030 (Pelan Induk Perindustrian Baharu) – mengubah struktur ekonomi negara kepada sektor nilai tinggi.


4. Pemulihan Pelaburan Berkualiti


Malaysia mencatat peningkatan pelaburan asing dalam sektor digital dan teknologi dengan bantuan dasar yang difokuskan Rafizi.


Menyokong pelaburan syarikat seperti Tesla, AWS, Google dan Infineon.


Tekanan beliau terhadap pelaburan berkualiti berbanding kuantiti membuahkan hasil jangka panjang dari segi gaji, kemahiran dan pertumbuhan ekonomi.


5. Pemerkasaan Pendigitalan dan Dasar Berdasarkan Data


Rafizi memperkenal budaya pentadbiran awam berasaskan data dan keberhasilan (outcome-based).


Ini termasuk pelaksanaan PADU, reformasi subsidi, dan sistem pemantauan bersepadu ke atas program kerajaan.


6. Program Vending Machine Subsidi & Pertanian Bandar PPR


Di bawah inisiatif ekonomi rakyat:


Mesin layan diri (vending machine) disediakan di kawasan tumpuan seperti PPR untuk membolehkan rakyat mendapat makanan yang berharga murah.


Program Pertanian PPR juga diperkenalkan bagi memberi peluang kepada penduduk bandar berpendapatan rendah untuk menanam makanan sendiri, sekaligus mengurangkan kos sara hidup dan bergantung kepada rantaian bekalan yang tidak menentu.


7. Projek Yayasan Peneraju – Akauntan Bumiputera


Rafizi menggerakkan usaha di bawah Yayasan Peneraju untuk meningkatkan jumlah akauntan bertauliah bumiputera dari 500 kepada 1,500 setiap tahun.


Langkah ini bertujuan mengurangkan jurang profesional antara kaum, meningkatkan daya saing Bumiputera, dan memastikan penyertaan mereka dalam sektor korporat yang bernilai tinggi.


Kesimpulan


YB Rafizi Ramli mungkin tidak menonjol melalui pendekatan populis, tetapi pencapaian beliau setakat ini adalah asas penting kepada pembaharuan struktur ekonomi negara. Daripada data dan subsidi bersasar, kepada pemerkasaan ekonomi rakyat melalui vending machine subsidi dan pertanian PPR, hingga pembinaan kapasiti profesional Bumiputera melalui Yayasan Peneraju – semuanya memberi kesan jangka panjang yang mampan.



PERNAH KAH LIHAT DIA KE LUAR NEGARA MAIN GOLF MELAINKAN MENCARI PELABURAN... DIA TIDAK ADA CADANGAN MENCETAK WANG


 

LIDAH BERCABANG

 


AGAK AGAK LA KALAU HADI AWANG ATAU YIDDIN JADI PM... BDRANI KAH BUAT SIDANG DEWAN KHAS... SAYANGNYA YANG ADA 2 3 EKOQ IDEA KEMETOT... UPPPSSS... CETAK DUIT.. SANUSI KATA LAGI... HANGPA BODO.. .



 Kalau 𝗽𝗲𝗿𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗮𝗿𝗶𝗳𝗳 ni berlaku ketika 𝗠𝗮𝗵𝗶𝗱𝗱𝗶𝗻 PM hari tu, korang rasa berani tak Mahiaddin buat 𝘀𝗶𝗱𝗮𝗻𝗴 𝗸𝗵𝗮𝘀 macam yang PMX buat ni?





Mahiaddin nak berucap 𝘭𝘪𝘷𝘦 pun tak berani, nak jumpa wartawan pun takut, setakat berani 𝗯𝗮𝗰𝗮 𝗣𝗗𝗙 je, tak mungkin akan ada sidang khas. Silap-silap dia 𝘂𝗺𝘂𝗺 𝗱𝗮𝗿𝘂𝗿𝗮𝘁. Ye la. Kan tengah perang?


Tapi PMX 𝙨𝙩𝙚𝙖𝙙𝙮. Bukan setakat sidang khas, beliau sendiri yang 𝗵𝗮𝗱𝗶𝗿 dan 𝗯𝗲𝗿𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗻𝗷𝗲𝗹𝗮𝘀𝗮𝗻. Ini baru pemimpin 𝗯𝗲𝗿𝗸𝗮𝗿𝗶𝘀𝗺𝗮. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


SELAIN RAFIZI & SAIFUDDIN ADA CALON LAIN UNTUK MEREBUT JAWATAN TIMBALAN PRESIDEN?



Perebutan jawatan Timbalan Presiden Keadilan terus menjadi tanda tanya selagi tempoh pendafataran calon belum tamat. Tarikh mendafar untuk merebut jawatan MPP ditetapkan 8 dan 9 Mei, 2025, tinggal dua hari sahaja lagi. 


Sebelum sampai ke penghujung, tanda tanya tetap bergerawangan dalam kepala umum, khas dari kalangan ahli Keadilan. 


Apakah penyandang Rafizi akan mempertahankan jawatan itu, atau pun Saifuddin Nasution lawannya sebelum ini akan bersedia untuk menghadapi Rafizi sekali lagi?


Memandangkan timbul sedikit kekemelutan menjelang proses pemilihan ini menyebabkan ada berpendapat Rafizi tidak akan mempertahankan jawatan yang disandangnya itu.

Ia boleh jadi benar sekiranya Rafizi benar-benar merajuk.


Katanya ada semacam persepakatan dari kalangan kumpulan Ayuh Malaysia untuk tidak mengekalkan jawatan masing-masing?  Tetapi kemungkinan ini kecil saja apabila Rafizi dilaporkan hadir ke mesyuarat MPP semalam. Dah habis merajuk ke?


Satu lagi kemungkinan juga boleh berlaku, Saifuddin tidak meneruskan hasrat untuk mencabar Rafizi kerana sebab-sebab lebih signifikan. 


Sementara satu kemungkinan lagi, sekiranya benar berlaku pertembungan emosi dan pengaruh di antara Rafizi dan Saifuddin menyebabkan akan ada calon ketiga sebagai pendamai senario itu.  


Calon ketiga ini penting bagi menyelesaikan masalah. Sewajarnya calon ketiga ditampilkan di antara kedua perebutan itu. 


Siapakah calon ketiga yang boleh menjadi penyelesaian kemelut kecil dalam kepimpinan Keadilan kini? Oknum itu tentulah bersifat sedarhana, punya diplomasi politik yang tinggi dan diperacayai oleh presiden dan didukung oleh kedua-dua pihak. Kita tunggu beberapa jam lagi. Trims.



GERSANG ISU... SANUSI DOK MAKI ORANG.. KEPALA BAPAK HANG.



 𝗚𝗲𝗿𝘀𝗮𝗻𝗴 𝗶𝘀𝘂 betul pembangkang. 𝗥𝗮𝗳𝗶𝘇𝗶 𝗯𝗲𝗿𝗰𝘂𝘁𝗶 pun dia nak jadikan isu besar. Tiba-tiba 𝗽𝗲𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗲𝗸𝗼𝗻𝗼𝗺𝗶.





Mana ada Malaysia perang ekonomi. Ini bukannya isu 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 𝙫𝙨. 𝗨𝗦𝗔. Ini 𝙐𝙎𝘼 𝙖𝙜𝙖𝙞𝙣𝙨𝙩 𝙩𝙝𝙚 𝙬𝙤𝙧𝙡𝙙! Kita baik-baik saja. Ekonomi kita masih mantap. Kita ada hubungan dagang dengan 𝗯𝗮𝗻𝘆𝗮𝗸 𝗻𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮 𝗹𝗮𝗶𝗻.


Lagi pun isu tariff ni aku lihat ditangani oleh 𝗠𝗜𝗧𝗜 dan 𝗠𝗢𝗙. Kementerian Ekonomi setakat yang aku lihat lebih kepada meningkatkan ekonomi 𝗱𝗼𝗺𝗲𝘀𝘁𝗶𝗸, untuk naikkan ekonomi rakyat.


Dan tugas tu dah berjaya pun Rafizi buat. Program seperti 𝗜𝗣𝗥 berjaya membantu rakyat miskin dan B40. Malah projek 𝗺𝗲𝘀𝗶𝗻 𝗴𝗲𝗱𝗲𝗴𝗮𝗻𝗴 (𝘷𝘦𝘯𝘥𝘪𝘯𝘨 𝘮𝘢𝘤𝘩𝘪𝘯𝘦) yang 𝗦𝗮𝗻𝘂𝘀𝗶 𝗽𝗲𝗿𝗹𝗲𝗸𝗲𝗵𝗸𝗮𝗻 pun terbukti berjaya.


Ini bukan macam kes negeri banjir, MB pergi melawat nak di Auckland. Atau MB pergi 𝗯𝗲𝗿𝗸𝘂𝗿𝘀𝘂𝘀 di Jepun. Tak. Rafizi bukan macam 𝗗𝘂𝘁𝗮 𝗞𝗵𝗮𝘀 𝗧𝗶𝗺𝘂𝗿 𝗧𝗲𝗻𝗴𝗮𝗵 yang cuma 𝗺𝗲𝗹𝗲𝗸𝗮𝘁 𝗱𝗶 𝗣𝗮𝗻𝘁𝗮𝗶 𝗧𝗶𝗺𝘂𝗿. Tak buat kerja.


Atas apa pun alasan, Rafizi berhak dan layak bercuti. Daripada dia sibuk kisah Rafizi bercuti, baiklah dia desak presiden dia 𝗯𝗲𝗿𝗵𝗲𝗻𝘁𝗶. Dah 𝘂𝘇𝘂𝗿 𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿 dah dia tu. Sidang parlimen pun selalu ponteng. Biarlah dia berehat dan 𝘁𝗮𝗵𝗻𝗶𝗸 𝗯𝗮𝘆𝗶 di Masjid Rusila je. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



APAKAH 4 SYARAT UTAMA US UNTUK TURUNKAN TARIF BUAT NEGARA KITA


 

BEKAS AHLI PAS DAKWA PAS JUAL AGAMA.


 

MALAYSIA MENGATASI NEGARA LEBIH MAJU DSLAM BIDSNG INI. BACOK DAN JARGON TAK TAU KOT BENDA INI? SELAIN MENCETAK WANG DAN TIDAK OUN MEMAJUKAN KELANTAN...HANGPA BUAT APA? KIOK.?


 

KALAUU TAK BETUL PATUT BUAT LAPORAN POLIS SAMA ADA ATAU FITNAH.


 

MENERIMA KUNJUNGAN BEKAS PM JEPUN.

 

Hari ini menerima kunjungan hormat mantan Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida yang lantas membuka ruang penting bagi memperkukuh kerjasama strategik antara Malaysia dan Jepun dalam mendepani tantangan global, khususnya di lapangan peralihan tenaga dan kelestarian.












Sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini, Malaysia menegaskan iltizam untuk meneraju usaha serantau ke arah masa depan yang rendah karbon. Dalam semangat yang sama, kita menyambut baik dukungan teknikal dan penyelidikan canggih daripada Jepun, termasuk melalui inisiatif seperti Asia Zero Emission Community (AZEC) terutamanya dalam menyegerakan pelaksanaan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) secara menyeluruh dan berskala besar.


Jepun, dengan keupayaan teknologi serta pengalaman mendalam dalam tenaga boleh baharu, bioenergi, dan teknologi pemerangkapan karbon (CCUS) telah muncul sebagai rakan yang mampu melonjak usaha Malaysia untuk menjadi hab serantau dalam inovasi tenaga mampan dan lestari. Justeru itu, kami turut mengusulkan prakarsa untuk menubuhkan pusat kerjasama baharu di Malaysia sebagai wahana memperkukuh kerjasama rentas sektor dalam bidang teknologi, kemampanan, dan integrasi tenaga ASEAN.


Kita yakin bahawa melalui kesalinghubungan yang diperluas antara industri, dasar dan komuniti penyelidikan kedua-dua negara, Malaysia akan mampu mempercepat agenda peralihan tenaga, merintis penyelesaian inovatif, dan memperteguh daya tahan ekonomi serantau. Ini saatnya untuk bekerja ke arah pemerkasaan ekonomi demi warisan yang lestari untuk generasi penerus.


#MalaysiaMADANI 

#MADANIbekerja




SURUH BINCANG PAS/PN BUAT APA PUN TAK TAU.... ADA KUASA PUN TAK TAU BUAT... TAK DA KUASA PUN LAGI BODO.......


 

KERJA BANGKANG SAJA.. PATUT NEGERI DITADBIR TAK MAJU.


 

PAK LONG NI KATA KE ORANG KEDAH


 

Tarif AS: Daya Tahan Ekonomi Malaysia Meyakinkan

 



Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz hadir pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat mengenai tarif AS pada 5 Mei 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 6 Mei – Kalangan ahli ekonomi menyemak turun pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia 2025 kepada 4.5 peratus berikutan pelaksanaan tarif oleh Amerika Syarikat (AS) yang memberi kesan, namun pada masa sama terus yakin dengan daya tahan ekonomi.

Bagaimanapun, mereka menekankan negara perlu mempergiat usaha penambahbaikan untuk meningkatkan aktiviti ekonomi dan meneroka pasaran baharu sebagai maklum balas kepada tindakan perdagangan AS yang dikatakan kurang adil.

Antara aspek terpenting adalah meningkatkan aktiviti pengilangan dan perindustrian, mempelbagaikan pasaran eksport menerusi perjanjian perdagangan bebas baharu, memperuntukkan lebih banyak dana untuk automasi, penyelidikan dan pembangunan serta membangunkan sektor seperti kecerdasan buatan (AI), teknologi hijau dan keselamatan siber.

Ahli ekonomi berkenaan yang menyemak turun unjuran pertumbuhan KDNK kepada antara 3.5 hingga 4.5 peratus berbanding unjuran kerajaan sebelum ini iaitu 4.5 hingga 5.5 peratus berkata, Malaysia tidak boleh mendedahkan terlalu banyak maklumat mengenai isu seperti kedaulatan data, harta intelek dan kawalan sektor teknologi semasa berunding mengenai tarif dengan AS.

Perdana Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan laporan berkenaan kesan tarif AS ke atas Malaysia di Dewan Rakyat pada 5 Mei 2025.

Bagaimanapun mereka bersetuju dengan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sesi penerangan Mesyuarat Khas Dewan Rakyat mengenai tarif AS hari ini bahawa ekonomi Malaysia masih mempunyai daya tahan, disokong oleh asas ekonomi yang kukuh dan pengurusan fiskal yang proaktif.

Bagaimanapun mereka tidak menolak kemungkinan bahawa tarif 24 peratus yang dikenakan ke atas Malaysia akan memberi kesan buruk kepada sektor semikonduktor, pengilangan, perniagaan dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), yang boleh menjejaskan peluang pekerjaan serta aliran pelaburan terutama daripada syarikat AS.

Anwar yang juga Menteri Kewangan menyifatkan keadaan ini sebagai dinamik dan beliau berkata, negara dijangka tidak mencapai unjuran terdahulu pertumbuhan KDNK 2025 iaitu antara 4.5 hingga 5.5 peratus.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia juga baru-baru ini menyemak semula unjuran pertumbuhan KDNK Malaysia, masing-masing kepada 3.9 peratus dan 4.1 peratus.

Perdana Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan laporan berkenaan kesan tarif AS ke atas Malaysia di Dewan Rakyat pada 5 Mei 2025.

“Sehubungan itu, unjuran baharu KDNK akan diturunkan dengan mempertimbangkan kesan daripada tarif ini.

“Aspek ini akan menentukan hala tuju peruntukan dalam Belanjawan 2025 terutama dari segi pelaksanaan (reformasi fiskal) yang dipercepatkan, dan kemungkinan semakan semula sasaran nisbah defisit fiskal kepada KDNK sebanyak 3.8 peratus,” katanya kepada Bernama.

Mohd Afzanizam berkata, Malaysia adalah negara yang mengamalkan ekonomi terbuka dan AS adalah antara rakan dagang utama negara.

Beliau berkata, kejutan tarif berpotensi mengurangkan permintaan dari AS berikutan kos import dari Malaysia dan negara lain akan meningkat.

“Kesan langsung akan melibatkan eksport kita ke AS, pengeluaran sektor pembuatan berorientasikan eksport dan pekerja yang berurusan secara langsung dengan permintaan dari AS.

“Kesan seterusnya pula ialah sentimen pasaran kewangan, perniagaan dan pengguna, yang mempengaruhi keputusan pelaburan dan perbelanjaan.

Perdana Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan laporan berkenaan kesan tarif AS ke atas Malaysia di Dewan Rakyat pada 5 Mei 2025.

“Justeru, ia memberi kesan langsung terhadap pertumbuhan ekonomi. Mungkin sasaran pertumbuhan KDNK baharu berada antara 3.5 peratus dan 4.5 peratus,” katanya.

Sementara itu, Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Sdn Bhd, Mohd Sedek Jantan, bersetuju dengan kenyataan Perdana Menteri bahawa asas ekonomi yang teguh membolehkan negara ini menempuh cabaran global semasa.

“Walaupun berdepan tekanan luaran, Malaysia terus menunjukkan daya tahan yang disokong oleh kepelbagaian perdagangan, institusi kewangan yang stabil dan pengurusan fiskal yang proaktif.

“Ini sejajar dengan semakan semula unjuran KDNK saya daripada 4.8 peratus (unjuran pada Februari 2025) kepada 4.5 peratus,” katanya.

Sambil mengakui bahawa perbincangan serius sedang dijalankan berhubung perjanjian perdagangan dua hala yang berpotensi memberi manfaat jangka panjang kepada Malaysia dan AS, Mohd Sedek turut menekankan bahawa Malaysia perlu kekal realistik dalam meletakkan harapan.

“Jika Malaysia gagal mendapatkan pengecualian daripada tarif tersebut, kesannya boleh menjadi buruk. Elektronik merangkumi separuh daripada eksport kita ke AS dan kita adalah sebahagian daripada rantaian bekalan semikonduktor global.

“Pengenaan tarif boleh menjejaskan margin keuntungan, menjejaskan pekerjaan serta mengancam aliran pelaburan terutamanya daripada syarikat teknologi AS.

“PKS, yang membentuk hampir keseluruhan perniagaan di Malaysia, adalah antara yang paling terdedah dengan risiko ini,” katanya.

Mohd Sedek berkata, mempelbagaikan rakan perdagangan menerusi ASEAN, Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP), Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dan hubungan lebih rapat dengan China, India dan Kesatuan Eropah akan memberi Malaysia lebih kuasa untuk mengadakan rundingan dengan AS.

“Di dalam negara, kita perlu menggandakan usaha untuk menaik taraf industri kita. Dana Transformasi Digital yang diumumkan pada Belanjawan 2025, merupakan satu permulaan yang baik.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama menteri kabinet pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat mengenai tarif AS pada 5 Mei 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Tetapi kita perlu memastikan bahawa dana itu disalurkan ke dalam automasi, penyelidikan dan pembangunan dan membangunkan sektor-sektor seperti AI, teknologi hijau dan keselamatan siber.

“Semua industri ini akan meningkatkan kedudukan kita dalam rantaian nilai dan membantu kita mengelakkan diri daripada perangkap pendapatan sederhana,” katanya.

Mohd Sedek turut menekankan bahawa sebarang rundingan dengan AS mesti menggunakan pendekatan berhati-hati.

“Kita tidak boleh memberikan terlalu banyak, terutamanya membabitkan kedaulatan data, harta intelek atau kawalan terhadap sektor teknologi kita.

“Jadi, memiliki kedudukan itu memberi jaminan kukuh untuk membolehkan kita menolak apabila keadaan memerlukannya dan mengelakkan tawaran yang tidak memenuhi kepentingan negara kita,” katanya.

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) melantik Timbalan Ketua Setiausaha (Perdagangan), Mastura Ahmad Mustafa iaitu antara penjawat awam kanan yang paling berpengalaman sebagai ketua perunding Malaysia dalam rundingan tarif rasmi dengan AS, tidak lama lagi.

Perdana Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan laporan berkenaan kesan tarif AS ke atas Malaysia di Dewan Rakyat pada 5 Mei 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

AS juga telah melantik seorang daripada penolong wakil perdagangan (USTR) untuk mengetuai rundingan itu, dengan kedua-dua pihak bersetuju untuk memulakan perbincangan selepas Kabinet Malaysia memberikan lampu hijau.

Menurut MITI, antara bidang tumpuan utama adalah mengurangkan tarif, menangani halangan bukan tarif, terutamanya dalam pertanian dan lebihan dagangan Malaysia dengan AS, yang kini berjumlah AS$25 billion (RM108.12 bilion).

Menurutnya, Malaysia telah mengurangkan ketidakseimbangan perdagangannya hampir separuh dalam tempoh empat tahun lalu iaitu daripada lebih AS$40 bilion kepada AS$25 bilion.

Mengenai kaedah menangani halangan bukan tarif dalam sektor pertanian memberi kesan kepada pengeluar tempatan dan kecekapan perdagangan keseluruhan antara Malaysia dan AS, Mohd Afzanizam berkata berdasarkan laporan USTR mengenai halangan perdagangan asing pada 31 Mac 2025, pelaksanaan pensijilan halal yang tegas telah menjejaskan eksport daging lembu AS ke Malaysia.

“Jika isu sedemikian dapat ditangani, ia akan menambah baik bekalan daging lembu negara kerana Malaysia boleh mendapatkan lebih banyak daging lembu dari AS. Nisbah sara diri Malaysia untuk daging lembu berada pada 15.9 peratus pada 2023.

“Malaysia memerlukan bahagian import daging lembu yang besar untuk memenuhi permintaan tempatan. Ia bergantung kepada jenis produk pertanian, menangani halangan bukan tarif bermakna menambah baik akses kepada lebih banyak bekalan dari luar negara,” katanya.

Mohd Afzanizam berkata, sektor elektrik dan elektronik (E&E) serta komoditi tertentu seperti minyak sawit dan gas asli cecair telah menyumbang kepada lebihan dagangan Malaysia.

“Petroleum mentah telah mencatatkan defisit perdagangan selama tiga tahun berturut-turut.

“Malaysia telah bergantung kepada import untuk produk lain seperti pertanian makanan dan peralatan jentera tertentu. Trend sedemikian menunjukkan bahawa negara perlu meningkatkan inovasi, mempelbagaikan rangkaian produk eksport dan meningkatkan keadaan kompleks dalam aktiviti ekonomi,” katanya.

Justeru, Mohd Afzanizam berkata penyusutan lebihan perdagangan Malaysia memberi peringatan bahawa negara perlu meningkatkan aktiviti ekonomi.

Lebihan dalam imbangan dagangan Malaysia susut kepada RM136.8 bilion pada 2024 daripada RM215.2 bilion pada 2023 dan RM256.2 bilion pada 2022, katanya.


ISU PEMBANGGUNAN SEMULA RUMAH USANG-ZAMAN PN JANGAN KATA NAK BUAT DAN BINA...NAK BENTANG DALAM DEWAN PUN TK BERANI...BILA JADI PEMBANGKANG TUKNG CADANG CETAK DUIT HENTAM PMX KATA JALAN SANA SINI...PEEEGEEEDAH LU MABUK'!!!!






Ini rupanya tawaran diterima penduduk flat jika setuju dengan pembaharuan semula

Akta Pembaharuan Semula Bandar (PSB) adalah salah satu usaha berterusan dari kerajaan bagi menyediakan model perumahan yang bermaruah dan sesuai diduduki oleh orang ramai.


Kerajaan telah memberi jaminan akta ini tidak akan menafikan hak atau mengubah peratusan pemilikan Bumiputera di sesuatu kawasan.

Rundingan bersama pemaju dan penduduk juga dijalankan seadil yang mungkin. Namun ramai tidak tahu, apakah yang akan diperoleh oleh penduduk flat yang bersetuju dengan pembaharuan semula kediaman mereka.



1. Pemaju akan menanggung kesemua kos guaman, caj pindah milik unit rumah gantian baru dan kos penyelenggaran selama 3 tahun.

2. Pemilik yang menduduki unit rumah sedia ada akan mendapatkan dana kos perpindahan berjumlah RM6,000.


3. Tiga pilihan diberi kepada 148 pemilik flat sedia ada. Antara pilihan yang ada ialah, sekiranya pemilik menanggung sendiri segala kos sewaan unit rumah sewaan sementara selama 48 bulan, pemilik akan mendapat unit rumah gantian baru berkeluasan 1000 kaki persegi dengan anggaran nilai rumah berjumlah RM520,000.


4. Jika pemilik berkongsi kos sewaan unit rumah sewaan sementara bersama pemaju, iaitu pemaju membayar sebanyak RM800 sebulan selama 48 bulan, pemilik akan mendapat unit rumah baru berkeluasan 900 kaki persegi.


5. Sekiranya pemilik menolak unit rumah baru, mereka akan menerima gantian wang tunai sebanyak RM200,000.


Menurut Ahli Parlimen Bentong, Young Shefura Othman, tawaran-tawaran yang diberikan ini adalah munasabah dan mengambil kira kebajikan penduduk.


Beliau yakin pihak kerajaan juga sedang meneliti kaedah terbaik bagi memastikan kadar yuran penyelenggaran untuk unit baru kelak adalah berpatutan dan mempunyai mekanisme yang lestari dalam membiayai kos penyelenggaran bangunan baru itu kelak.

Pada masa sama, beliau menegur tindakan beberapa pihak yang sanggup menuduh bahawa akta ini ingin mengusir pendudukan orang Melayu di kawasan bandar.

“Ini adalah tuduhan jahat yang tidak berlandaskan fakta, malah hanya akan menyebabkan golongan miskin bandar berterusan terperangkap di dalam kawasan perumahan yang tidak selamat, usang dan membahayakan masa depan penduduk khususnya anak-anak mereka.


“Kerajaan telah menyatakan bahawa status tanah tidak berubah, jika tanah itu ialah rizab Melayu, ianya kekal sebagai rizab Melayu; jika pajakan 99 tahun, ia juga akan kekal begitu dan sekiranya statusnya ialah pegangan bebas (freehold), maka statusnya tetap sama. Tiada isu perkauman di sini.


“Akhir kata, saya menyeru kepada semua untuk berlapang dada membaca dan mengkaji akta ini, memberi pendapat yang sewajarnya, serta mengelakkan persepsi yang negatif,” ujarnya.


 

Pemandu e-hailing dedah Pamela Ling dipaksa keluar kereta oleh anggota polis


 

Seorang pemandu e-hailing mendedahkan bahawa Datin Seri Pamela Ling Yueh, telah dipaksa seseorang yang mendakwa anggota polis untuk keluar daripada kereta dan masuk ke dalam kereta anggota tersebut.


Pemandu e-hailing yang ingin dikenali sebagai Kok berkata, pada hari kejadian, dia mengambil wanita itu dari Velocity Tower, Cheras ke SPRM Putrajaya.

Namun ketika hampir tiba ke bangunan SPRM, tiba-tiba tiga kereta muncul dari depan, di belakang dan di sisi kenderaannya sebelum terus menghalang laluan.


“Kemudian, keluar dua lelaki dan seorang wanita dari dua kereta, manakala tiada orang keluar dari satu lagi kereta.


“Saya lihat dua lelaki itu pakai vest polis, manakala seorang lagi wanita memakai pakaian seragam polis menghampiri kereta saya serta memaklumkan ingin menahannya (Pamela) bagi membantu siasatan selepas menerima laporan polis,” katanya memetik Harian Metro.


Katanya, pada mulanya, wanita terbabit enggan keluar dari kereta sebelum wanita berpakaian polis itu cuba hendak tariknya keluar.


“Dua lelaki lain kemudian menerangkan ini adalah tangkapan dan mendakwa hanya akan menghantar pelanggan saya itu (Pamela) ke balai polis berdekatan untuk membantu siasatan.


Barulah ketika itu wanita terbabit turut dan dia membayar RM100 kepada saya untuk kos penghantaran sebelum penculik itu memaksa saya menekan butang complete job,” katanya.

Polis ketika ini sedang menyiasat dakwaan kehilangan Pamela, sama ada dia dilarikan oleh pihak polis atau individu yang menyamar sebagai pegawai polis.


Fakta ini diperoleh daripada saksi iaitu pemandu e-hailing yang membawa Pamela ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya, pada tengah hari 9 April lalu.




BELI DULU BAYAR KEDIAN KEDIAN.



 "Eh, kau ada baca pasal berita terbaru ni?"

"Pasal data transaksi Buy Now, Pay Later (BNPL)".

"Beli sekarang, bayar kendian-kendian".

"Wah.. konsep ni dah meroket, eh?"


Ya, Tok tengok pun terkejut. 


Untuk enam bulan pertama tahun lepas, transaksi BNPL adalah RM4.9 billion. Tapi untuk enam bulan berikutnya, transaksi BNPL adalah sebanyak RM7.1 billion! Ini game kecik je ni, tapi nombor yang dicatatkan tu, giler besar.


Yang mengejutkan, rakyat Malaysia yang terlibat adalah 5.1 juta orang, di mana majoritinya berumur 21-45 tahun, dengan gaji bawah RM5,000. Fuh, memang dangerous game ni!


Nampaknya banyak betul orang muda terbabit dengan konsep BNPL macam SPayLater, Atome, dan Grab PayLater. Konsep ni ok, kalau kita pandai susun. Tapi kalau dah macam ini paparan data, nampaknya bakal timbul masalah kemudian hari ni. BNPL ni buatkan kita tak terasa duit keluar dari akaun bank. Tapi hujung bulan, mesti banyak yang dah mula pening kepala sebab bil bertimbun.


Tok sendiri ada anak yang dah masuk kolej, dan setahun dua lagi akan mula masuk alam pekerjaan. Ya, mereka tak terlibat dengan aktiviti BNPL, memang Tok audit satu-satu duit keluar masuk mereka setiap minggu dan bulan. Tapi, mereka ni yang akan hidup dalam dunia seperti ini nanti. Persekitaran tak subur akan beri kesan secara langsung dan tak langsung kepada mereka nanti.


Ini risiko sebenar di sebalik konsep BNPL:


1. Hutang tersorok.

BNPL memang best sebab kita tak perlu bayar duit besar seketul. Tapi bila dah salah guna, banyak yang tak sedar mereka mengumpul hutang. Sedikit demi sedikit akan bertambun.


Bayangkan kalau orang muda guna SPayLater untuk beli iPhone 15 Pro Max. Katakan sahaja berharga RM6,000 dengan pelan 6 bulan. Maka bayarannya cuma RM1,000 sebulan. Siapa-siapa pun boleh beli hp camni, betul?

 

Tapi bagaimana dengan komitment lain?


Apa akan jadi kalau gaji cuma RM4,000 dan separuh dah habis untuk komitmen lain? Sudah tentu kena ikat perut. Kalau tak mampu bayar nanti caj penalti akan masuk, jadi komitment semakin berat. Atau kerana dah biasa dengan cara mudah, maka kita ambil jalan mudah lagi dengan cara berhutang dengan kawan, dengan bank, dengan orang lain pulak. 


Dan ini belum temasuk pembelian lain macam kasut, baju, Starbucks, atau gadget yang kita tak perasan dah 'ter-swipe' guna SPayLater. Makin lama, makin terperangkap dalam pusaran hutang. Giler bahaya.


2. Caj tersembunyi dan penalti.

Banyak yang sangka BNPL ni "takda kena interest". Tapi sebenarnya ada caj pentadbiran, penalti lewat bayar, juga interest tersembunyi.


Contoh SPayLater dari Shopee:

Kalau beli RM1,000 secara ansuran untuk 6 bulan, ada caj 1.5% sebulan, jadi jumlah akhir dah lebih RM1,090. Kalau terlambat bayar, boleh di caj denda sehingga RM30 sebulan.


Haa.. ni memang nampak kecik je ni. Tapi kalau jumlah pembelian besar, caj ni boleh jadi beban besar. Dan biasanya, kalau dah biasa dengan pembelian seperti ini, maka ia akan jadi habit. Kita akan beli semakin kerap guna BNPL. 


Habit berhutang kita ni juga boleh compounding. Giler bahaya.


3. Domino effect.

Dari BNPL, orang muda akan beralih ke credit card. Sebab BNPL ni Tok tengok memang mirip credit card, tapi requirement untuk dapatkan BNPL jauh lebih mudah. Bila kita dah khatam credit card, biasanya akan beralih ke personal loan pulak. Ini chain reaction, aturannya memang selalu akan jadi macam ini.


Cuba fikir jap.


Bila kemudahan BNPL dah sampai limit, tapi kita masih nak shopping, apa akan jadi? Ofkos, kita akan capai credit card. Dan bila credit card pun dah sampai had, maka personal loan jawaban biasa yang orang akan buat, kan? 


Dari satu hutang kecik, ia beransur jadi jumlah yang semakin besar -- compounding perlahan-lahan. Dari satu jenis hutang, jadi pelbagai jenis hutang yang berlapis-lapis -- semakin lama semakin bersisik, jadi semakin kebal!


Bila sampai tahap ni, duit gaji habis untuk bayar hutang je, bukan untuk hidup. Untuk saving dan investment memang jauh sekali. Eh, tahu tak, kalau  hutang BNPL kita banyak, markah kredit (credit score) kita jadi tak elok? Haaa... payah nanti nak buat loan rumah. Nak beli aset pun dah jadi susah.


Dah hutang-hutang yang dah compounding dan berlapis macam ini hanya tunggu masa je ni. Kalau ada satu nasib tak baik berlaku pada kita, habislah. Misalnya kalau berlaku kegawatan ekonomi, kena buang kerja, sakit tak boleh kerja, kena pay cut misalnya, etc. Komitment bulanan kita kekal, tapi gaji pula dah takda atau kurang. Maka runtuhlah semuanya satu persatu aspek hidup kita -- pum pum pum tumbang tak berhenti macam domino. Itu la dia domino effect.


Satu kali je, baekkk punya kena hentam, kat titik kelemahan itu -- memang sah kita habis tumbang.


4. Over-Spending tanpa sedar.

BNPL buatkan kita tak terasa duit keluar. 


Misalnya, kalau kita nak beli kasut RM600. Kalau kena bayar tunai, mesti kita fikir banyak kali juga, kan? Tapi kalau BNPL kata "cuma RM100 sebulan selama 6 bulan", kita lebih cenderung untuk terus tekan beli.


Tahu-tahu, dah ada 5-6 barang kita beli guna BNPL. Setiap bulan ada komitmen tambahan RM500-RM1,000 tanpa kita perasan. Tak akan boleh tenang hidup kita kalau dah jadi macam ini.


Ni Tok belanja jalan penyelesaiannya pulak:

1. Kalau bukan betul-betul perlu, tak payah la kita guna BNPL. Sabar la sikit.

2. Kalau kena guna BNPL juga, elakkan dari buat banyak transaksi serentak. Kalau tidak, masak nanti.

3. Kalau dah terjebak juga, cepat-cepat bayar dan jangan ulang lagi. Jangan sampai kena tambah dengan credit card dan personal loan pulak nanti. Ini giler bala.

4. Kalau perlu guna BNPL, pastikan caj yang dikenakan tu berbaloi.

5. Sebaiknya berbelanja ikut bajet. Cuba beli apa yang kita mampu bayar penuh. Kita akan ok.


Orait.


BNPL ni neutral, ia cuma alat. Ni bukan benda haram pun. Tapi kalau kita dah salah guna, haa... Ini akan jadi time-bomb. Tunggu masa je nak meletup. Bukan kita je yang kena, orang sekeliling kita pun nanti dapat susah juga. Jangan sampai suka-suka shopping hari ini, tapi menyesal di kemudian hari.


Eh, Tok tahu la...ehehe


Tok pun pernah bujang dan berambut panjang dulu. Ya, BNPL ni memang tak wujud lagi masa tu. Tapi baru keluar kolej, Tok dah ada pun platinum credit card pasal kerja di stockbroker. Tok kenal BNPL ni -- asas ia terbentuk dan dibina, tricks and traps semua pun kalau tengok betul-betul masih tak banyak beza dengan credit card. Atau sistem chetti yang popular masa Tok baru lahir dulu.


Cuma masalahnya, BNPL ni betul halus jarumnya, dan nampak remeh sangat. Sementara golongan sasaran pulak memang orang muda kurang berpengalaman dan yang berpendapatan rendah. Ini yang buatkan Tok rasa dia menjadi semakin berbahaya.


Kalau betul-betul nak berbelanja sesuka hati, kita kena  capai dulu tahap kebebasan kewangan. Belajar kawal diri, belajar kawal nafsu berbelanja dulu. Dan utamakan simpanan serta pelaburan -- sebab ini sebenarnya yang akan buatkan kita kekal ada duit, untuk bebas berbelanja, forever.


Till then, happy investing.

.


Tok

-a seated scribe-


#artofliving #thisistheway #savinginvestjolly

#kapitalispatuhshariah