MGID

ANWAR ON TRIAL

Anwar on Trial Forum is a roadshow that spans 10 cities in Malaysia. The first one was held in Penang on 15 January 2010 at Masyarkat Penyanyang.

Citizen journalist Chan Lilian will attempt to summarise the forum into three parts. Part 1 is about law where lawyer cum MP for Balik Pulau talked about the legal aspects.


Part 2 is how politics are involved. Sim Tze Tzin revealed the magnitude of the case.

And in Part 3, Jason Ong who is Adun of Kebun Bunga shared about the turning point where Malaysians like him felt the great injustice and hence, got in

volved in politics.

DIPLOMAT DI BERI PENERANGAN ISU SODOMI 2

OLEH:AMER SHADAT

KUALA LUMPUR, Jan 19 — Pejabat PKR hari ini telah member penerangan ketas para diplomat asing semalam, iaitu seminggu sebelum bermulanya perbicaraan sodomi ke 2 DSAI yang dipeercayai bagi menjelaskan kedudukan sebenar dan juga menjelaskan secara terperinci berkaitan peristiwa yang di rancang keatas beliau.

Strategi yang cuba di laksanakan ialah untuk memberikan imej buruk terhadap bekas timbalan perdana menteri tersebut.

Antara yang hadir dalam member taklimat tersebut ialah timb alan Presiden Dr Syed Husin Ali, naib presidents Sivarasa Rasiah dan Mustafa Kamil Ayub, dan juga pengerusi biro agama dan kerjasama antara agama Dr Muhammad Nur Manuty.

Maklumat juga menyatakan isu berkaitan dengan nama Allah turut di perjelaskan kepada para diplomat tersebut.Ianya di sahkan oleh Dr Syed Hussein Ali.

“Mereka cuba membunuh kerjaya politik Anwar kerana beliau di katakana sebagai satu ancaman kepada pemerintah sekarang “ jelas Dr Syed Hussein.

“Tidak ada sesuatu yang istimewa dalam pertemuan ini , kerana ianya adalah satu perjumpaan seperti kebiasaannya sebelum ini”

Menurut Sivarasa, kes DSAI ini adalah kes yang mana melibatkan watak yang berlainan dan dalam masa yang sama juga watak-watak ini mengambil tempat watak lama, dan skrip juga sama dengan kes yang pertama dahulu.

“Ianya berlaku setelah 11 tahun lalu bila kes anwar di pecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri.Ianya bermula dengan pertuduhan sodomi dan juga rasuah,dan memberikan gambaran buruk terhadap imej kehakiman dan pentadbiran kerajaan Mahathir ketika itu.Majlis yang di adakan semalam , dihadiri lebih 40 diplomat dan wartawan luar Negara. Kes DSAI akan di sebut semula pertama kalinya pada Isnijn ini.

ISU YBK:KAMI BERTANGGUNGJAWAB

Isu YBK : ‘Kami bertanggungjawab atas setiap sen wang rakyat!’ - Khalid Ibrahim

11:35 AM Oleh Masdar Wahid

KUALA LUMPUR : Kerajaan Negeri Selangor menuntut Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) mendedahkan maklumat mengenai semua bantuan yang diterimanya daripada Kerajaan Negeri Selangor sejak penubuhan yayasan itu.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, ini kerana laporan kewangan YBK seperti yang dipaparkan dalam laman sesawang rasminya gagal memberi maklumat penuh berhubung harta dan wang yang telah diberi oleh Kerajaan Negeri Selangor sebelum ini.

"Kita sedia maklum laporan kewangan yang dipaparkan dalam laman sesawang mereka. Tapi laporan kewangan itu tidak memberi maklumat terperinci tentang harta dan wang yang diberikan kerajaan negeri Selangor. Sebab itulah kita kata perlunya yayasan itu membuat analisa dan penyataan semula," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, laporan kewangan yang dipaparkan itu menyebut berkaitan tanah seluas 1,300 ekar di Serendah yang bernilai lebih kurang RM78 juta (dikira pada RM60,000 setiap ekar).

"Tanah itu adalah pemberian yang besar nilainya, tetapi tidak ada dalam laporan kewangan. Ini baru satu contoh. Jadi, kita harap YBK akan lebih telus dan memberikan maklumat yang sepenuhnya," tambah beliau lagi.

Khalid memberitahu, YBK gagal membayar walaupun satu sen untuk premium sejak 2001 lagi selain gagal mengambil sebarang usaha untuk membuat pembayaran.

Beliau berkata, yayasan itu hanya berhubung dengan Kerajaan Negeri Selangor ketika membuat permohonan untuk menukar status tanah itu dari pertanian kepada pengunaan komersil dan jika permohonan penukaran status tanah itu dibuat, ia akan bernilai lebih kurang RM540 juta (dikira pada RM10 perkaki persegi).

"Untuk tanah yang begitu besar nilainya sudah tentulah kerajaan negeri prihatin mengenai hal bagaimana ia diurus tadbir. Mungkin kerajaan dahulu tidak mahu mengambil tahu, tapi Pakatan Rakyat tidak boleh membelakangkan isu itu kerana 'kami bertanggungjawab ke atas setiap sen wang rakyat'," ujarnya.

Sehubungan itu, sebagai pemegang amanah harta rakyat, Kerajaan Negeri Selangor bukan sahaja perlu telus dan bertanggungjawab, tetapi juga memastikan semua keputusan dan tindakan benar-benar memberi manfaat kepada rakyat selari dengan dasar "Merakyatkan Ekonomi Selangor".

Khalid turut mengulangi keputusan Kerajaan Negeri Selangor untuk mengeluarkan satu laporan terperinci berhubung harta dan wang yang diberikan kepada YBK pada tahun sebelum ini.

"Kerajaan Negeri Selangor sebelum ini telah memohon kepada YBK supaya melantik Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Pengerusi YBK manakala ahli Exco Kebajikan dan dua lagi wakil kerajaan negeri itu dilantik sebagai ahli lembaga penasihat . Namun demikian YBK telah menolak permohonan tersebut,” kata kenyataan itu lagi yang turut disiarkan di laman rasmi Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

PEMIMPIN HARUS ADA DISIPLIN-YB SAIFUDDIN NASUTION






DISIPLIN DALAM PERJUANGN HARUS ADA DI KALANGAN PIMPINAN PAKATAN RAKYAT

oLEH: AMIR AMIRUDDIN

YB Saifuddin Nasutiaon menjelaskan bahawa sokongan rakyat yang memberi kepercayaan terhadap pimpinan Pakatan Rakyat menjadi dorongan agar kempen dan kerja kuat dikalangan rakyat dan pimpinan Pakatan Rakyat sendiri memberi impak yang amat besar bahawa ianya akan menjadi pengajaran dan menjadi medan perjuangan agar sokongan yang berterusan dan jangan sesekali merasa jemu untuk memberi sokongan dan dengan cara inilah kita dapat membentuk sebuah kerajaan yang berkebajikan dan berkepentingan untuk rakyat .

Menurut YB Saifuddin lagi kealpaan kemenagan ini tidak boleh menjadikan pimpinan dan pasukan yang menjadi nadi kepada gerakan ini serta sokongan akan membuatkan pimpinan alpa .Kercayaan yang di berikan rakyat dan amanah yang di berikan rakyat terhadap pimpinan haruslah di sedari bahawa ianya jangan di persiakan, malahan jika ini berlaku segala hasrat rakyat di lihat seolah-olah menghampakan mereka .Kita boleh lihat dalam banyak peristiwa di zaman Nabi dahulu bagaimana peperangan tanpa disiplin akan menjadikan barisan hadapan iaitu pimpinan alpa.

Detik cemas pengundian untuk meluluskan Bajet 2010 pada 14 Disember lalu dengan hanya kelebihan tiga undi, nyaris membawa kerajaan BN yang diketuai Najib terbubar.
Pada undian tersebut BN hanya mendapat 66 undi berbanding Pakatan Rakyat 63 undi.
Saat cemas itu turut diakui Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia di mana katanya, berdasar kepada konvensyen negara berparlimen, sekiranya bajet tidak diluluskan kerajaan BN terpaksa dibubar dan pilihan raya perlu diadakan. Tindakan 66 orang ahli parlimen dari 137 (1 lagi adalah Speaker) yang tidak hadir semasa sesi undian bagi kelulusan budget berkenaan , mengambarkan bahawa mereka memboikot atau menolak budget berkenaan.

”Ambil pengajaran dari peperangan di zaman Nabi dahulu, bahawa dengan adanya disiplin sahaja akan menjadi kuat dan patuh pada pimpinan sahajalah boleh menyatukan saf pimpinan dan rakyat melihat semua ini.Amat rugi dan mudarat dan jika diambil dengan apa yang berlaku pada majlis pembetangan budget baru-baru ini, ianya boleh di jadikan iktibar buat pimpinan Pakatan Rakyat , bahawa hanya disiplin sahajalah dan mematuhi arahanlah akan dapat menjayakan matlamat untuk mengambilalih pemerintahan Negara ini . Jika arahan agar bertahan di patuhi.Hanya 63 orang sahaja patuh, bakinya yang lain dan di saat undian di buat mereka tiada.Itulah disiplin dan pengajaran yang kita dapat,Mandat dan harapan rakyat diberi kepada kita untuk dibawa keparlimen gunanya untuk “check and balance” dalam parlimen meluluskan budget dan undang-undang dan pada saat undian yang paling penting, pimpinan arahkan supaya patuh, yang lain hilang”demikian tegas Yb Saifuddin ketika berceramah di Galeri Pejuang
Cherok To Kun di Bukit Mertajam baru-baru ini.

Menurut Yb Saifuddin lagi, pimpinan Pakatan Rakyat harus sedar bahawa sokongan yang diberikan rakyat akan berpatah balik jika gagal menunaikan amanah yang di berikan.Beliau berkata masalah ketidakahadiran wakil Pakatan Rakyat harus di ambil iktibar supaya kejadian yang seumpama ini tidak patut berlaku dan jangan lagi diulangi perkara yang sama di masa hadapan.Hanya jika kita bersedia, barulah kemenangan layak untuk kita memerintah Negara.

“Kita mengikuti semua persidangan ini , dan kaji ,kerana jika trend seperti ini wujud, maka pimpinan memberi arahan kepada kita untuk bertahan sehingga waktunya. Adakah kita Berjaya? Tidak , kerana kita pun tuang . 20 orang pimpinan kita tidak hadir dan percayalah,selagi kita tidak mengamalkan didiplin dan amalan kita , kita tidak akan berjaya.Bagi pihak rakyat, sokongan mereka sudah cantik,semangat dan dokongan rakyat sudah ada , namun watak yang kita lantik itu lalai. Satu peringatan buat wakil Pakatan Rakyat yang tidak hadir di saat yang membolehkan kita jika tidak membentuk kerajaan ,malah budget yang di bentangkan Najib di tangguhkan.Dikalangan kita , menjadi sebab untuk kita perhatikan.jarang di ceramah umum dan di galeri pejuang, saya kutip tempat yang paling sesuai sebagai megambil peranan mengingatkan” Kata Saifuddin lagi.

MALU JIKA KERAJAAN TIDAK BERTANGGUNGJAWAB









GAMBAR KETIKA BERUCAP DI YAYASAN AMAN .MAJLIS MENYAMPAIKAN 400 CERMIN MATA BUAT PENDUDUK PERMATANG PAUH


MALU JIKA KERAJAAN TIDAK BERTANGGUNGJAWAB

OLEH: AMIRULSHAHIR






Anwar Ibrahim menempelak kerajaan pimpinan Bn/Umno yang dikatakan tidak tahu bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku dalam Negara sekarang ini. Menurut beliau kerajaan seringkali memberikan jawapan yang dilihat rakyat sebagai sart cubaan untuk berselindung dengan berbagai jawapan yang rakyat anggap sebagai cuba memperbodohkan mereka.Beliau berucap demikian di Galeri Pejuang Cherok Tok Kun sempena lawatan beliau ke kawasan Parlimen Permatang Pauh baru-baru ini. Menurut Anwar, Negara luar memandang Malaysia sebagai sebuah Negara yang lemah dan banyak berlakunya rasuah sehingga menjauhkan pelabur dan pandangan serong Negara luar.



Sebelum itu, pada sebelah petangnya beliau memberi bantuan cermin mata kepada 400 penduduk miskin termasuk warga emas di kawasan parlimen Permatang Pauh, beliau juga menghadiri jamuan makan bersama kaum tionghua di Bukit Mertajam bersama ketua menteri Lim Guan Eng dan ahli Exco kerajaan yang lain.




“Bayangkan kerajaan Malaysia kini sampaikan lebih 50 tahun merdeka dan punya hasil minyak 70 billion dan habuan kepada rakyat bawahan tidak ada,saya sendiri tak faham, bayangkan jika saya presiden Umno hadir ke masjid dan orang kampong bertanyakan kepada saya mengenai kehilangan enjin jet , apa yang saya nak jawab.Kalau tanyakan orang Umno mereka akan kata bahawa kalau jet pun hilang takkan enjin jet tak hilang.Begitulah pemikiran orang Umno” jelas beliau lagi


Dalam ceramah yang di adakan di perkarangn rumah beliau, di Cherok Tok Kun , Anwar juga membidas sikap kerajaan yang mementingkan golongan tertentu dan melakukan perbelajaan secara tidak bertanggungjawab membeli sesuatu benda , namun dalam masa yang sama pula tidak mengambil sikap membantu golongan bawahan.


“Kerajaan seringkali bercakap mengenai ekonomi, namun enjin jet pun hilang, beli kapal selam pun ada komisyen,sebab itu kes ini sampai sekarang siasatan masih belum menemui puncanya”, di sambut gelak ketawa orang ramai yang hadir.


Beliau kemudiannya menjelaskan mengenai isu penggunaan nama Allah yang sedang hangat di perkatakan sekarang ini. Menurut Anwar , isu ini sengaja di perbesarkan supaya menutup kes yang lebih besar yang sedang di ungkit rakyat ketika ini. Kes Teoh Beng Hock, Kes PKFZ, kes Enjin Jet hilang, sehinggakan kerajaan kini dilihat sentiasa sahaja ada masalah dan cuba pula untuk melindunginya. Pakatan Rakyat jelas beliau mahukan sisatan yang telus dan jika perlu di tubuhkan suruhanjaya di raja mengenai sesautu kes maka elok di laksanakan demi memberi jawapan yang benar kepada rakyat.

“Islam bukan tujuan untuk menghina agama lain , islam membantu yang susah ,membenteras rasuah, Negara hukum ,menolong yang tidak mampu,adil,saksama ,dan bukannya membakar tempat ibadat orang lain ,dan kini satu dunia sekarang mengutuk Malaysia sekarang , kerajaan dan rakyat Malaysia di katakana tidak beradap.Islam di lahirkan untuk membantu satu sama lain,.Apakah hebatnya kita membakar satu dua gereja,hebatkah kita jika kita membakar tempat ibadat orang lain, ” kata Anwar lagi.

Rakyat kini sedang menuntut perubahan minda kita(PR), betul kita cuba untuk mengambil alih Negara, namun dalam masa yang sama juga menurut Anwar , rakyat menyampah dengan apa yang pemerintah sedang lakukan. Rakyat ,kata beliau terutamanya kaum cina yang menyokong Pakatan Rakyat kini lebih terbuka kerana media mereka kini lebih terbuka dan ramai pula yang menggunakan dan mendapat ekses internet bagi mendapatkan maklumat yang tepat.Maka kerana itu, semua penyelewengan dan sandiwara yang di lakukan kerajaan , rakyat akhirnya menempelak kerajaan kembali.Malu kita jika perkara ini masih ada yang tidak celik untuk memikirkan dan melakukan perubahan .

“Jika saya kaki menyamun,perompak,kaut keuntungan,sapu apa yang saya berkesempatan, rakyat boleh tolak saya, kenapa kaum tionghua kini menyokog kita ? kerana mereka tahu jika kita di beri amanah, kita tidak akan mempersiakan amanah yang di beri rakyat.Anak –anak muda kaum Melayu juga harus sedar betapa mereka kini perlu perubahan minda untuk memikirkan lebih jauh kehadapan.Jika saya di caci, saya maafkan, namun ini soal negara kita , masa depan Negara kita ”jelas Anwar lagi.

Kerajaan menurut Anwar melaungkan slogan yang mengutamakan rakyat, namun kita lihat bagaimana nasib penanam padi,di Kedah, di Kelantan dan beberapa negeri lain.Kerajaan, kata beliau jika mahukan perniagaan dan keuntungan, kenapakah menaikkan harga gula ,siapa yang untung jika harga yang sebegitu pun hendak di kenakan kepada rakyat. Cuba kerajaan fikirkan perkara lain yang lebih baik dari menaikkan harga gula.Bila kaum cina dan india sokong kita , berbagai tanggapan di katakan kepada saya. Dulu saya ejen yahudi, ejen cina, dan sekarang ejen kristian pula.Namun inikah sikap kita apabila menghadapi perkara sebegini? Soal Anwar
Di Selangor, kita banyak selesaikan masalah rakyat,Kita cuba sebaik mungkin.Kita perintah 6 bulan perubahan kita buat sekurang-kurangnya. Bezanya antara kita dengan Umno/Bn ini ialah bezanya kerana kita lebih prihatin kepada rakyat.

“Saya kini penasihat ekonomi Selangor.InsyaAllah kita atur program pelaburan yang baik.Semua boleh melabur, tetapi kekayaan rakyat punya, Saya berjanji untuk bantu semua kaum.Kaum Melayu ,kaum Cina dan Kaum India. Apa guna sentiment agama,buatlah program,bukan cari musuh, benci kaum, inilah satu Malaysia,semua kes tutup.Ada pula pendakwaan yang berbeza satu untuk orang miskin dan satu kaya, berbeza.Dunia melihat semua ini” kata Anwar.

(function() { var d = document, w = window; w

CERITA MATA LEBAM ANWAR ANGKARA TUN/ANWAR DI PUKUL [PIDATO DATUK EZAM GE...