PEMIMPIN HARUS ADA DISIPLIN-YB SAIFUDDIN NASUTION






DISIPLIN DALAM PERJUANGN HARUS ADA DI KALANGAN PIMPINAN PAKATAN RAKYAT

oLEH: AMIR AMIRUDDIN

YB Saifuddin Nasutiaon menjelaskan bahawa sokongan rakyat yang memberi kepercayaan terhadap pimpinan Pakatan Rakyat menjadi dorongan agar kempen dan kerja kuat dikalangan rakyat dan pimpinan Pakatan Rakyat sendiri memberi impak yang amat besar bahawa ianya akan menjadi pengajaran dan menjadi medan perjuangan agar sokongan yang berterusan dan jangan sesekali merasa jemu untuk memberi sokongan dan dengan cara inilah kita dapat membentuk sebuah kerajaan yang berkebajikan dan berkepentingan untuk rakyat .

Menurut YB Saifuddin lagi kealpaan kemenagan ini tidak boleh menjadikan pimpinan dan pasukan yang menjadi nadi kepada gerakan ini serta sokongan akan membuatkan pimpinan alpa .Kercayaan yang di berikan rakyat dan amanah yang di berikan rakyat terhadap pimpinan haruslah di sedari bahawa ianya jangan di persiakan, malahan jika ini berlaku segala hasrat rakyat di lihat seolah-olah menghampakan mereka .Kita boleh lihat dalam banyak peristiwa di zaman Nabi dahulu bagaimana peperangan tanpa disiplin akan menjadikan barisan hadapan iaitu pimpinan alpa.

Detik cemas pengundian untuk meluluskan Bajet 2010 pada 14 Disember lalu dengan hanya kelebihan tiga undi, nyaris membawa kerajaan BN yang diketuai Najib terbubar.
Pada undian tersebut BN hanya mendapat 66 undi berbanding Pakatan Rakyat 63 undi.
Saat cemas itu turut diakui Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia di mana katanya, berdasar kepada konvensyen negara berparlimen, sekiranya bajet tidak diluluskan kerajaan BN terpaksa dibubar dan pilihan raya perlu diadakan. Tindakan 66 orang ahli parlimen dari 137 (1 lagi adalah Speaker) yang tidak hadir semasa sesi undian bagi kelulusan budget berkenaan , mengambarkan bahawa mereka memboikot atau menolak budget berkenaan.

”Ambil pengajaran dari peperangan di zaman Nabi dahulu, bahawa dengan adanya disiplin sahaja akan menjadi kuat dan patuh pada pimpinan sahajalah boleh menyatukan saf pimpinan dan rakyat melihat semua ini.Amat rugi dan mudarat dan jika diambil dengan apa yang berlaku pada majlis pembetangan budget baru-baru ini, ianya boleh di jadikan iktibar buat pimpinan Pakatan Rakyat , bahawa hanya disiplin sahajalah dan mematuhi arahanlah akan dapat menjayakan matlamat untuk mengambilalih pemerintahan Negara ini . Jika arahan agar bertahan di patuhi.Hanya 63 orang sahaja patuh, bakinya yang lain dan di saat undian di buat mereka tiada.Itulah disiplin dan pengajaran yang kita dapat,Mandat dan harapan rakyat diberi kepada kita untuk dibawa keparlimen gunanya untuk “check and balance” dalam parlimen meluluskan budget dan undang-undang dan pada saat undian yang paling penting, pimpinan arahkan supaya patuh, yang lain hilang”demikian tegas Yb Saifuddin ketika berceramah di Galeri Pejuang
Cherok To Kun di Bukit Mertajam baru-baru ini.

Menurut Yb Saifuddin lagi, pimpinan Pakatan Rakyat harus sedar bahawa sokongan yang diberikan rakyat akan berpatah balik jika gagal menunaikan amanah yang di berikan.Beliau berkata masalah ketidakahadiran wakil Pakatan Rakyat harus di ambil iktibar supaya kejadian yang seumpama ini tidak patut berlaku dan jangan lagi diulangi perkara yang sama di masa hadapan.Hanya jika kita bersedia, barulah kemenangan layak untuk kita memerintah Negara.

“Kita mengikuti semua persidangan ini , dan kaji ,kerana jika trend seperti ini wujud, maka pimpinan memberi arahan kepada kita untuk bertahan sehingga waktunya. Adakah kita Berjaya? Tidak , kerana kita pun tuang . 20 orang pimpinan kita tidak hadir dan percayalah,selagi kita tidak mengamalkan didiplin dan amalan kita , kita tidak akan berjaya.Bagi pihak rakyat, sokongan mereka sudah cantik,semangat dan dokongan rakyat sudah ada , namun watak yang kita lantik itu lalai. Satu peringatan buat wakil Pakatan Rakyat yang tidak hadir di saat yang membolehkan kita jika tidak membentuk kerajaan ,malah budget yang di bentangkan Najib di tangguhkan.Dikalangan kita , menjadi sebab untuk kita perhatikan.jarang di ceramah umum dan di galeri pejuang, saya kutip tempat yang paling sesuai sebagai megambil peranan mengingatkan” Kata Saifuddin lagi.