TERKINI - CERAMAH PH KULIM BANDAR BARU- SAIFUDDIN NASUTION ULAS BERBAGAI...


Ceramah PH diadakan di Parlimen Kulim Bandar Baru malam tadi (19/8/22). MP Kulim Bandar baru, YB Dato Seri Saifuddin Nasution mengulas berbagai isu politik semasa


BN langsung tak minta maaf, menyesal atas skandal LCS - Khalid


Barisan Nasional (BN) dilihat seolah-olah tidak menunjukkan sebarang penyesalan atas skandal perolehan kapal tempur pesisir (LCS) yang melibatkan keselamatan negara, kata Khalid Samad. Pengarah Komunikasi Amanah itu berkata, kelewatan projek yang dimulakan sewaktu pentadbiran kerajaan BN itu tidak boleh diterima susulan kos besar yang telah dikeluarkan dan menteri-menteri yang terbabit perlu dipertanggungjawabkan.




ASYIK SALAH ORANG LAIN JUGA..ORANG MELAYU ISLE DAH BERKUASA TERPALIT DENGAN RASUAH..PARTI YANG MENGAKU ISLE..SOKONG PERASUAH..BUKAN MELAYU TAK PEDULI , TAPI KALAU ADA KUASA ,MAKAN GAJI BUTA, JANJI KE LAUT JANGAN KATA GOLONGAN LAIN AMBIL ALIH KUASA POLITIK. DAH ADA KUASA MELINGKUP HABIS....ORANG MELAYU TAK MAHU PAS SEBAB PAS CAKAP TAK SERUPA BIKIN ..

 


Pengundi Melayu tak peduli politik, golongan liberal, bukan Islam berkuasa, kata Hadi




Presiden PAS Hadi Awang berkata, sikap tidak ambil peduli politik dalam kalangan orang Melayu mengakibatkan politik negara dikuasai bukan Islam.

PETALING JAYA: Presiden PAS Hadi Awang berkata, ramai orang Melayu didakwa tidak suka berpolitik termasuk mengundi dalam pilihan raya umum (PRU).

Beliau berkata, sikap tidak ambil peduli itu akhirnya menyebabkan kuasa politik negara dikuasai bukan Islam dan golongan liberal pada PRU lalu.

“Sedangkan orang bukan Islam tidak pernah mengetepikan soal politik, walaupun bertugas di dalam hutan di Sabah, Sarawak mahu pun di luar negara, namun mereka sanggup balik ke kampung halaman bagi menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

“Jauh bezanya dengan kita sebagai orang Islam yang tidak mahu mengundi mahu pun terlibat dalam PRU hingga kuasa politik diambil alih orang lain,” katanya lapor Utusan Malaysia.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Beliau berkata demikian ketika program Pesanan Ayah Chik buat mahasiswa sempena Konvensyen Mahasiswa Malaysia 2022 di Wisma Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di Puchong hari ini.

Sehubungan itu, Abdul Hadi berkata, menjadi tanggungjawab PAS untuk menyedarkan dan menginsafkan orang Melayu betapa pentingnya tanggungjawab berpolitik dan menegakkan kuasa Islam.

Katanya, politik bukan bidang yang jahat sebagaimana tuduhan masyarakat, sebaliknya bidang ini dicemari segelintir ahli politik yang jahat dan kotor.

SUDAH SUDAH LA NAK MEROYAN..KEJAP MN..UMNO TAK MAU..KEJAP PN..BERSATU BAKAL LUNYAI KEJAP AJAK PH WALAU PARTI DIA SIKIT SEKALI DI PAHANG....KEJAP DENGAN ATOK PUN SANGGUP...AKHIRNYA NAK SENDIRIAN PULAK...SENDIRIAN KAN KUAT....FUHHHH...FENING KOOOOO......

 


PERASAN KUAT...PAS DAN AHLINYA KUTUK ORANG INI TAK BETUL PARTI INI TAK BETUL..SEMUA ORANG SALAH...PARTI KITA KUAT BERSENDIRIAN....KALAU DULU IKUT TOK GURU..PAS TAK AKAN MENJATUHKAN MARUAH  PARTI DENGAN MENYONDOL UMNO DAN PARTI LAIN...PAS KINI TELAH MENJATUHKAN REPUTASI PARTI ITU  SENDIRI




PAS sedia bergerak solo pada PRU15, kata Tuan Ibrahim



Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS bersedia dengan pelbagai kemungkinan bagi menghadapi PRU15.

PETALING JAYA: PAS bersiap sedia dengan pelbagai kemungkinan, termasuk bergerak solo pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Tetapi, Timbalan Presidennya, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, parti itu tetap akan memperkukuhkan Perikatan Nasional (PN) dalam persiapan menghadapi PRU15.

“Saya lihat BN (Barisan Nasional) banyak buat keputusan untuk bergerak solo, jadi kalau BN buat keputusan begitu, kita sedia hadapi dalam semua kemungkinan. Kalau muafakat, kita boleh pakat, kalau mahu lawan pun kita boleh lawan.

“Ya (sedia bertembung), tetapi sebagaimana kita tahu, keputusan parti ini akan dibawa ke majlis pimpinan masing-masing. Bagi parti kita, kita bergerak atas PN sebab PAS sebahagian daripada PN.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

“Apapun paling penting rakyat dapat manfaat daripada kerajaan yang stabil dan adil, itu fokus kepada rakyat. Kita tidak mahu kerajaan yang tidak stabil sebab ekonomi negara belum pulih sepenuhnya,” katanya menurut laporan Sinar Harian.

Ditanya sama ada PAS akan meletakkan calon di Sabah, Tuan Ibrahim berkata, ada beberapa kerusi yang dicadangkan untuk ditandingi parti itu pada PRU15.

Tetapi, katanya, beliau belum menerima calon yang dikemukakan di Sabah.

“Namun, saya ada dengar mengenainya. Biasalah parti-parti politik mengemukakan calon untuk cadangan di peringkat negeri. Namun bagi pihak parti, kita akan tunggu secara rasmi dan lihat bagaimana kesediaan PAS negeri untuk bertanding.

“PAS sudah lama di Sabah dan kita dapati sokongan semakin hari semakin baik.”

Beliau mengulangi kesediaan PAS untuk berbincang dengan mana-mana parti yang mahu bekerjasama dengannya.

KAH..KAH...TU LA MACAI..MALAS BACA DAN KURANG ILMU...KENAPA MARAH HAKIM, MENGAPA TAK DISANGGAH ISU POKOK RM42 JUTA MASUK KE AKAUN PERIBADI?





 Beberapa pemimpin utama UMNO nampaknya begitu bersungguh-sungguh mengkritik hakim dan badan kehakiman di ketika rayuan Najib Razak dalam kes SRC International semakin berada ke penghujung.

Ia berikutan keputusan sebulat suara lima hakim menolak dua permohonan Najib dalam proses rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan iaitu yang pertama, untuk mengemukakan bukti baru berkaitan hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali atas dakwaan konflik kepentingan dan kedua, memohon penangguhan sehingga tiga atau empat bulan dengan alasan peguam baru yang dilantik memerlukan masa yang mencukupi untuk membuat pembelaan.

Dalam hal ini, Ketua Hakim Negara, Tengku Maimun Tuan Mat paling menjadi sasaran dengan dikritik tidak berlaku adil, merosakkan sistem keadilan serta termasuk ada yang membuat ugutan terhadapnya.

Tidak cukup dengan itu, suaminya yang didakwa hadir ketika pendengaran kes rayuan Najib di mana gambarnya tengah memegang telefon bimbit telah diberikan bermacam tafsiran yang bertujuan menjejaskan imej Ketua Hakim Negara itu.

Lebih jauh lagi, tulisan suami Tengku Maimun di laman sosial berkaitan Najib pada 2018 turut diviralkan kembali dengan maksud serta tujuan yang sama.

Selain beberapa pemimpin UMNO dilihat melakukan serangan kepada hakim dan badan kehakiman, laskar maya parti itu turut sama melakukannya dengan bentuk serangan lebih keras lagi, terutama berkaitan suami Tengku Maimun.

Sesetengah kritikan tersebut, baik oleh pemimpin UMNO mahu pun laskar mayanya, ia bahkan jelas menjurus kepada menghina badan kehakiman tertinggi negara ini.

Soalnya, apakah dengan melakukan serangan sedemikian, bukti baru masih dapat diketengahkan dan penangguhkan boleh diberikan?

Sudah tentu jawabnya tidak, tambahan lagi Tengku Maimun telah berkali-kali menegaskan tiada penangguhan lagi akan diberikan dan jadual pendengaran yang telah ditetapkan iaitu 15-26 Ogos adalah muktamad.

Jadi, untuk apa mereka menyerang Ketua Hakim Negara dan mengaitkan dengan tulisan suaminya pada 2018 itu yang dengan mudah sebenarnya boleh difahami langsung tidak relevan lantaran pada tahun tersebut, Tengku Maimun belum lagi memegang jawatan tertinggi badan kehakiman negara ini.

Apa kaitan kerjaya Tengku Maimun dengan kerja atau tulisan suaminya?

Ataukah tujuan mereka untuk menghasut rakyat agar membenci badan kehakiman?

Kalau mahu dikira, bukan saja majoriti rakyat tidak bersama dan mengkritik Najib pada 2018, bahkan sebahagian yang menjadi penyokong bekas Perdana Menteri itu sekarang ini pun adalah pembalun beliau juga pada 2018 dahulu.

Maka, nak hairan apa?

Dalam rayuan kes SRC International ini, perkara pokok dan terpenting sekali yang harus disedari ialah tentang kemasukan wang daripada dana syarikat itu sebanyak RM42 juta ke akaun peribadi Najib dan bagaimana wang itu telah dibelanjakannya.

Dalam hujahan pendakwa, disebutkan bahawa Najib sendiri memang sedar kemasukan wang itu ke dalam akaun bank peribadinya dan tahu ia datang daripada SRC International.

Sepatutnya, jika ingin mengukuhkan hujah rayuan, yang perlu disangggah atau dinafikan ialah tentang kemasukan wang sebanyak RM42 juta itu serta perbelanjaannya.

Kenapa tidak dibuktikan wang itu tidak pernah masuk ke akaun Najib dan beliau juga tidak pernah berbelanja mewah dengannya?

Mengapa untuk tujuan membebaskan diri atau melepaskan Najib daripada pertuduhan, perkara yang melibatkan hakim yang cuba dijadikan sebagai sandaran?

Ibarat bermain bola, kalau sudah ketinggalan 0-4, usaha yang sepatutnya dilakukan untuk membolehkan menang ialah dengan berusaha menjaringkan sekurang-kurangnya 5 gol ke gawang lawan, bukannya dengan menyerang pengadil agar permainan dapat ditamatkan, kemudian diadakan perlawanan semula.

Kalau perbicaraan semula diadakan pun, tetapi kemasukan wang RM42 juta dan perbelanjaannya tidak dapat disanggah, walau di depan hakim baru – boleh menang ke? – Shahbudin Husin 20/08/2022.



MAMPOIH LA HANG ZURAIDA- KAWASAN AMPANG TU LAMA DAH PKR KUASAI...KETUA CABUT ANAK BUAH DAN RAKYAT TAK CABUT....


Cabang Ampang tumpukan gerak kerja pilihan raya - Syed Ahmad






Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 yang boleh diadakan pada bila bila masa memerlukan penyusunan rapi jentera pilihan raya Cabang KEADILAN Ampang.


Bagi Ketua Cabang Ampang, Syed Ahmad Syed Abd Rahman atau lebih dikenali sebagai Ultimet, persediaan sedang disusun dengan beberapa strategi pilihan raya baharu yang diharap akan menarik sokongan pengundi kepada KEADILAN.


"Saya telah buat persediaan dengan pengarah operasi pilihan raya, saudara Ikrami. Dia mencadangkan beberapa strategi baru yang dicampur strategi lama, sebab sentimen sudah bertukar," katanya kepada Suara Keadilan usai Majlis Serahan Sumbangan untuk pelajar dan Majlis Pelancaran Pusat Perkhidmatan Pinjaman Perumahan, anjuran Persatuan Inisiatif Bina Ummah (IBU) dan Masjid Ukay Perdana bersama Penyelaras Ampang, Rodziah Ismail, semalam.


Menjawab soalan media sama ada Syed Ahmad berminat untuk menjadi calon di parlimen berkenaan, beliau berkata tidak mengharapkan diangkat sebagai calon.


"Jika yang terbaik untuk Ampang saya bukan calon. Saya ok saja.


"Sebagai Ketua Cabang sekarang tanggungjawab saya banyak, kerja banyak. Jadi saya nak fokus kerja saya, tak nak fikir benda lain. Kita kena perkasakan jentera kita," katanya.


Mengenai gerak kerja yang dilakukan di Cabang Ampang pula, Syed Ahmad berkata, cabang itu lebih menumpukan kepada pilihan raya umum.


"Sekarang aktiviti banyak fokus kepada jawatakuasa pilihan raya Cabang. Mesyuarat Cabang, mesyuarat politik dibelakangkan sedikit kerana pilihan raya hampir tiba," katanya lagi.


Beliau juga berkata, hubungan pasukannya dengan Penyelaras Parlimen berjalan baik dan beliau menghargai Exco Selangor, Rodziah Ismail yang dapat membahagikan masa untuk menyelaras aktiviti di Ampang.

HAI...PAS ...DENGAN SAPA PUN SANGGUP KERJASAMA...MACAM TERDESAK JA...DULU BUKAN DOK TIBAI PH KAH..KATA AMBIK MAHATHIR NI JADI PM...DULU KUTUK PM...PAS PUN DULU BUKAN DOK TIBAI ATOK NI JUGA KAH ? ISHHH....TAK MALU SUNGGUH PAS ...



Jalin kerjasama politik? PAS tak ada masalah dengan Dr M, kata Tuan Ibrahim




Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata PAS tidak ada masalah dengan Dr Mahathir Mohamad, namun belum ada perbincangan menjalin kerjasama dengannya menjelang pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

PETALING JAYA: PAS menjelaskan parti itu tidak mempunyai “masalah” dengan Dr Mahathir Mohamad walaupun belum ada perbincangan untuk menjalin kerjasama dengan gabungan baharu diterajuinya, Gerakan Tanah Air (GTA), kata Tuan Ibrahim Tuan Man.

Timbalan presiden PAS itu berkata, bagaimanapun tumpuan ketika ini fokus kepada usaha memperkukuhkan persiapan Perikatan Nasional (PN) berdepan pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

“Kita tiada masalah dengan Dr Mahathir, tetapi buat masa ini belum ada perbincangan (bersama beliau) untuk menjalin kerjasama menghadapi PRU15.

“Setakat ini, kita perkukuhkan dulu kekuatan PN dalam persiapan menghadapi PRU-15, perkara selebihnya kita akan tentukan selepas ini,” lapor Berita Harian.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Beliau berkata demikian ketika memperjelaskan kenyataannya sebelum ini mengenai keterbukaan PAS bekerjasama dengan mana-mana parti politik, selain Pakatan Harapan (PH).

Hari ini, memetik laporan Bernama, Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan, berkata partinya turut menjemput Mahathir selaku pengerusi GTA untuk menghadiri Muktamar Tahunan PAS kali ke-68 pada 3 dan 4 Sept.

Selain itu, katanya wakil semua parti komponen Perikatan Nasional dan pimpinan tertinggi Umno turut dijemput.

Beliau berkata sejajar dengan muktamar kali ini, PAS turut mengadakan Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat, Muktamar Dewan Ulama PAS, Muktamar Dewan Muslimat PAS Pusat, Konvensyen Dewan Himpunan Pendukung PAS dan Konvensyen Assabiqun (veteran) PAS pada 1 dan 2 Sept.

APA BERLAKU JIKA PEGUAM PEMBELA TARIK DIRI..KENAPA PEGUAM LAIN DIAM.

 

Shamsudin Nawawi

Tadi ada kawan saya tanya. 


Bila Teh Poh Teik umum nak tarik diri, kenapa peguam2 lain yang duduk disebelahnya itu diam sahaja?

Patutnya jawab lah, "saya peguam Perayu (atau kami peguam2 Perayu) dari firma Zaid Ibrahim juga ingin menarik diri. ATAU kami peguam2 lain dari firma Zaid Ibrahim bersedia untuk meneruskan rayuan ini.


Jika itu berlaku, maka mahkamah boleh lah bertanya kepada Perayu, "adakah kamu masih ingin meneruskan rayuan ini? Adakah kamu bersedia jalankan rayuan tanpa peguam?"


Tapi itu semua tidak berlaku juga (tiada laporan ianya berlaku).

Makanya oleh kerana DPP telah bersedia dengan hujahannya, mahkamah minta dia meneruskan.


Selesai hujahan DPP nanti, mahkamah boleh beri peluang kepada Perayu untuk menjawab dan menyangkal hujahan DPP. 


Jika tiada jawapan atau hujah menyangkal, boleh lah dianggap Rayuan itu tidak berjaya. 


Rayuan tidak berjaya sama lah dengan rayuan ditolak. Makanya keputusan Mahkamah Rayuan itu kekal.


Keputusan Mahkamah Rayuan ialah secara ringkasnya memutuskan Mahkamah Tinggi tidak khilaf, sabitan dikekalkan begitu juga hukuman.


Makanya hilang lah penangguhan sabitan dan hukuman.


Perayu akan dipersiapkan untuk dihantar ke penjara. Jaminan akan dikembalikan kepada penjamin. Barang2 kes akan diserahkan kepada kerajaan untuk dilupuskan pada masa yang sesuai.


Adakah ia akan berlaku hari ini? Wallahuaklam bissawab.


Alamak.....bahaya betul tidur tengahari ni.....boleh mimpi pulak!



KITA BAGI POLIS AMBIL DIA ..SEBAB PERBICARAAN SEDANG BERJALAN LAGI

 



LIYANA MARZUKI

Tengokkan apa dah jadi pada anak muda kita! Cytro2 jembalang menghasut rakyat membenci Mahkamah. Kes masih berjalan lagi ni. Boleh pulak gertak bunuh macam ni.

Tuan/ puan, harap kita tak jadi seperti USA dan Filipina. Suara demokrasi rakyat ditenggelamkan oleh hantu jembalang cytro. Lepas tu mereka jajah minda anak2.

This is not who we are. We can rise above this hate mongering politics… and be better than USA and Philippines.

#pertahandemokrasi #solidaritiuntukmahkamah

 

Penyokong Mohon Mahkamah Adil Terhadap Najib,Tapi banyak macam makcik zuraida ni...







MOHD  SHAH RIM

Puan Zubaida ni very Najib.. makan najib, minum najib, tidur pun najib..kau tak boleh argue atau explain kenapa najib bersalah, dia akan tetap cakap najib tidak bersalah..

Ni bukti kekuatan UMNO..kerana ramai yang mcm Puan Zubaida..

Dulu penyokong Anwar pun sama ..tetapi perbicaraan anwar dan penyokong punya fakta apabila kes Anwar dilihat lebih bersifat politik. Kes Najib sebut sahaja sakaw ..dimana mana pun ada sakaw...kah..kah...bertabahlah makcik...

 


ADA PERKARA KITA SETUJU, ADA YANG TIDAK.

 




SHAMSUDIN NAWAWI


But we don't speaketh eloquent rubbish!

Sebagai peguam, kalau kita tarik diri atau diberhentikan khidmat oleh anakguam, apa perlunya buat statement macam2?

Buat press conference, keluarkan press statement itu kenapa? Kalau bertujuan hendak memberi penyokong dan taksubers faham, apa perlu nya pula mempersoalkan apa yang telah diputuskan oleh hakim?

Hakim telah putuskan bukti baru yang diwar-warkan itu tidak lagi boleh dibawa masuk dengan alasan undang2 yang sedia terpakai. Itu keputusan mahkamah tertinggi negara, the Apex Court.

Hujahan yang kita buat tidak sampai ke tahap boleh diterima oleh mahkamah terpaksalah kita terima. Kerana hujahan itu sudah di Apex Court. Lain lah kalau dikemukakan di mahkamah lebih rendah, boleh lah kita terus merayu ke mahkamah yang lebih tinggi.

Akui kesilapan kita kerana tidak bawa perkara itu semasa di mahkamah lebih rendah dulu. Kalau tak perasan semasa di Mahkamah Tinggi, takkan lah semasa di Mahkamah Rayuan juga tidak perasan? Those materials were readily available had your team be a little bit more diligent.

Bukankah itu mendedahkan kelemahan persediaan kita sendiri.

Apa perlunya lagi bercakap pasal "nuclear effect" sedangkan bidangkuasa mahkamah menolak permohonan yang tidak menepati kehendak undang2 tidak perlukan kita jadi nuclear scientist untuk memahaminya.

Apa juga perlunya mendedahkan ketidakcekapan kita bila mengaku tidak tahu yang peguam menarik diri dari perbicaraan kes jenayah perlukan kebenaran mahkamah. Perkara asas begitu kalau tidak tahu menunjukkan bahawa perbicaraan kes jenayah bukan lah bidang kita. Dan sekali gus menjadikan tanda tanya mengapa lah dia dilantik untuk menjadi peguam dalam kes jenayah yang besar?

Apa juga peguam buat di mahkamah mesti mendapat kebenaran mahkamah dulu. Hendak bangun berhujah pun perlu izin mahkamah dulu. Bukan boleh bangun tiba2 berhujah sahaja. Itu contoh buruk yang sering berlaku dalam Dewan Parlimen.

Memang benar kita kena akui apabila hakim tidak berpihak kepada kita sangat menyakitkan hati. Tapi sakit hati itu bukan traits of a real pro. Itu amateurish.

In the final analysis, you speaketh eloquently uttering rubbish!